Selamat malam semua... Mesti sejuk2 ni tiada yang dapat tahan mata untuk terlena kan. Godaan cuaca sejuk lah katakan. Walau keadaan yang hujan lebat, malam pekat gelap, kami buat juga penghantaran walaupun hanya satu botol B-Complex, tambah lagi ke Layangan, jauh jugak tu. Tapi teruskan juga sebab sudah janji dengan customer. Selesai penghantaran, hidangkan makan malam bersama, dan akhirnya bobok kan Nazran tidur.
Saya masuk office sendiri, di tepi tilam ni saja. Tiba masa untuk saya duduk mencari rezeki. Yalah, ini dikatakan pengorbanan kan. Walau hidung agak tersumbat, tambah lagi dugaan cuaca yang sejuk, sangatlah best kalau sudah berbaring atas tilam berehat kan. Sebelum duduk buka menghadap rakan karib (lappy) saya, telan dulu 2 biji SR Vita C dan 1 biji Vita E. Walaupun tidak berapa sihat, tapi masih lagi mahu bekerja kan. Pedulikan lah semua tu. Apa yang penting, apa yang kita mahu kita mesti sanggup 'mampu' melaksanakannya. Betul tidak?? "Inda majal inda belurih"
Apa-apa pun saya sangat berpuas hati hari ini, dapat sapu habis stok SR Vita-C, Vita E Complex dan B-Complex saya. Jadi, tiba masa untuk re-order stok lagi. Syukur Alhamdulillahh Ya Rabbul Jalil. In shaa Allah.
Bagi saya perniagaan begini sesuatu yang sangat murni, dapat membantu lebih ramai orang supaya hidup sihat dan terjamin. Saya pun dapat mencuba sendiri produk Shaklee. Jadi sekarang kebanyakan testimoni daripada diri saya sendiri dan keluarga saya. Saya bukan hanya mencuba produk nutrisi, tapi juga shampu, pembersih rumah dan sekarang ni agak tergoda dengan produk kecantikan. Berjinak2 untuk mencuba Deep Cleansing Gel NutriWhite. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Dahulunya buat mencuba satu dua produk sahaja. Tapi sekarang, saya berjaya pujuk suami saya makan Set Vitamin Asas, mama saya bagi makan OsteMatrix, anak saya Nazran pula campuran susu dan Meal Shake & Omega Guard. Setahun sudah berada dalam Shaklee bisnes, dalam masa setahun ini juga saya sudah merasa beberapa kali bonus cash 4 angka. Ada juga sekali yang hampir maintain Supervisor, hanya kelekaan pada masa itu, dan beli stok di Shaklee KK, saya terlepas hanya 40uv, HANYA 40UV!!!! Allahuakbar.. Belian anggaran dalam RM150 ke atas sahaja lagi. Entah kenapa terleka pada masa tu. Mungkin itu sahaja rezeki di izinkan. Jadikan panduan untuk bergerak ke depan lagi pada masa hadapan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Walau apa pun, saya bersyukur saya berada di sini sekarang pada tahap saya sekarang. Tiada yang mustahil. Tiada alasan lagi... Berusahalah dari sekarang!!! Jangan tunggu lagi, nanti kita akan ketinggalan jauh... Jangan putus asa, jangan cepat mengalah, walaupun sokongan tidak berapa memberangsangkan daripada insan2 tersayang, anggap itu sebagai cabaran kita untuk bergerak ke hadapan, untuk pemangkin kepada usaha kita. Buat betul2!! Tiada siapa yang boleh bantu kita melainkan diri kita sendiri. Kita buktikan pada semua orang kita akan berjaya satu hari nanti. In shaa Allah. Kejayaan pasti milik kita.