Aszda LifeNotes

Friday, 10 October 2014

Wanita - Hiasan Dunia

Wanita terkenal sifat lemah lembut mereka. Walaubagaimanapun, kaum hawa ini dilahirkan untuk menjadi insan yang sangat kuat semangat dan tabah. Mereka di anugerahkan kebolehan melahirkan zuriat, keturunan hasil hubungan kasih sayang antara dua insan bergelar suami isteri. Contoh paling terdekat adalah ibu kita sendiri. Walau bagaimana cara sekalipun, kita sudah meningkat dewasa, tahap keprihatinannya tetap tinggi. Sehingga terkadang kita sebagai anak berasa rimas.

28 tahun berlalu, saya dianugerahkan cahaya mata, bersih sempurna walaupun bukan secara normal tapi saya tetap bersyukur, sangat bersyukur. 8 jam bertarung di labour room akhirnya saya di bawa juga ke dewan bedah atas alasan doktor 'poor progress'. Apa yang saya fikirkan ketika doktor menerangkan perkara tersebut, hilang segala rasa sakit berganti dengan perasaan gementar, atau lebih kepada takut. Pembedahan pertama dalam hidup bakal saya lalui pada ketika itu. Apa yang pasti seluruh badan menggeletar pada masa itu. Semasa di tolak ke dewan bedah, perasaan saya sangatlah kosong, saya anggap itu mimpi sementara sahaja. Tenang sekali.

Selepas disuntik ubat bius di tulang belakang, saya tidak dapat rasa pergerakan kaki saya, kita rasa pergerakan tapi sakit itu kita tidak terasa. Bersembang juga dengan petugas di situ, walau kadang terlena berdengkur. Apa tidak!! Kepenatan melanda, saya tidak makan seharian sejak pukul 8.30 pagi tu, dan ke bilik bedah pun pukul 9 malam. Pada pukul 9.28 malam anak saya berjaya dikeluarkan, selepas dibersihkan, dia dibawa untuk bersama saya. Wahhh, indah sungguh perasaan pada saat itu.. Ya Allah, lahir juga zuriat ku dari rahimku.

Selama 9 bulan mengandungkan Nazran, memang banyak telah saya lalui, memang emosi banyak sangat terganggu, entahlah, mengandung ni mampu mengubah perangai seseorang dan pasti mampu mengubah postur badan wanita. Walau kadang sekarang, saya rasa terbawa-bawa perasaan sedih dan terkilan masa mengandung dulu. Tapi saya tetap rindu perasaan itu. Keajaiban zuriat berada di dalam rahim wanita itu sangat mengagumkan. Semasa mengandung dulu saya tertanya-tanya bagaimana dalam perut kita tu ada orang. Besarnya kuasa Allah SWT kan.

Malam pertama bergelar ibu, saya langsung tidak dapat bergerak, anak saya menangis kelaparan. Ubat bius masih belum habis lagi. Lagipun waktu tu air susu badan masih belum ada lagi. Hari kedua saya tidurkan anak saya di sebelah saya sahaja supaya mudah bergerak. Itupun dia sudah berteriak kelaparan, kerana saya pergerakan saya terhad kerana luka pembedahan masih terasa lagi.

Dugaan bertambah hebat, apabila anak saya dimasukkan ke hospital akibat jaundis yang melarat dan paras bilirubin tinggi. Dua kali saya dan anak saya masuk hotel hospital. Dugaan yang maha hebat, saya tidak cukup tidur dan rehat, kadang saya menangis di tandas kalau anak saya sedang tidur, setiap 2 jam saya kejut dia bangun untuk menyusu, mana lagi luka saya yang masih belum sembuh. Kadang saya tidur di atas kerusi sahaja dan lunjurkan kaki ke tilam. Sebab, kalau saya baring saya tidak nampak anak saya di dalam tempat khas di bawah lampu tu. Lagipun saya susah bergerak kalau sudah baring, saya takut nanti saya tidak dengar kalau anak saya menangis.

Sehingga ke saat ini, saya masih terasa perkara tu macam baru semalam berlaku, walhal sudah setahun berlalu. Wanita itu sungguh istimewa. Hargailah ibu dan isteri anda. Bukan mudah untuk menjaga hati anda, mereka sanggup berbuat apa saja demi sayangnya pada anda. Suami atau anak yang di luar sana, janganlah terlalu berkira pada isteri atau ibu sendiri. Kelak kamu akan berasa bersalah memperlakukan sedemikian pada mereka. Sayangilah isteri anda atas segala pengorbanan mereka melahirkan zuriat anda. Sayangi ibu anda kerana melahirkan anda ke dunia indah ini.

ESP Shaklee Di Iktiraf Seluruh Negara

Rugi tidak GRAB ESP di bulan ini...

1. Diiktiraf di seluruh negara

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee adalah salah satu produk Shaklee yang telah mendapat pengiktirafan di seluruh negara kerana telah menjalani ujian klinikal yang paling banyak. Ianya dibuat dari protein tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi. Satu-satunya kandungan di dalam ESP hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik). Kacang soya ini diproses dibawah suhu yang rendah. Info menarik, setiap 1 kg ESP adalah dari 30 kg kacang soya. ESP sangat terkenal sebagai ‘energy booster’ atau pemangkin tenaga, tenaga yang dihasilkan dapat bertahan berjam-jam lamanya

2. Kandungan Protein penting

Kandungan protein di dalam kacang soya adalah 2 kali ganda dari daging, 4 x lebih dari telur dan 12 x lebih dari susu. ESP juga lemak dan kolestrol yang rendah dan diserap dengan mudah oleh badan. Ianya juga adalah makanan berindex glisemik rendah yang menghasilkan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang lebih lama.

3. ESP Shaklee sesuai untuk siapa?

--->Mereka yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.

---->Mereka yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi rasa kenyang yang lebih lama.

---->Ibu-ibu yang menyusukan anak: Membantu membanyakkan dan mengekalkan supply susu disamping pengambilan air yang cukup dan proses pengepaman yang konsisten.

---->Pesakit kencing manis: mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

---->Mereka yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri.

Harga Pasaran 1 Canister RM150

ISTIMEWA HARI INI BULAN INI 

Beli 6 tong dapat??
~Percuma 1 Tong ESP (Jimat RM150), dan
~Percuma keahlian (Jimat RM65), dan
~Layak dapat bonus 5% dari Shaklee lagi...
Apa tunggu lagi?? Call saja saya
Asda 0136507465
‪#‎Sid1071673‬

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”