Walaupun penat, masih lagi bertahan untuk update blog, update fb, baca info-info penting dan semasa. Saya hanya ada masa ini sahaja untuk 'part time income' saya.
Balik saja dari ofis tadi, temankan partner lepak kedai makan sekejap. Balik sahaja rumah bersiap untuk pergi 'Leader Coaching' pula, pergi bertemankan Nazran, hero saya. Alhamdulillah dapat mempelajari sesuatu juga hari ini. Tapi dengan syarat, kena gandakan usaha lah bah kan.
Tadi pun sudah hampir lelapkan mata bila bobokkan Nazran, wah hampir sejam juga melayan kerenah dia mahu tidur tu. Genap 11mlm, di sinilah saya ni, duduk bercahayakan laptop. Di tepi tilam saja ofis part time saya ni.
Dalam 24 jam sehari saya hanya rehat dari pukul 12mlm hingga 6pg sahaja setiap hari. Tidak percaya?? Sekiranya kita ingin berjaya, kita perlu juga pengorbanan. Sekiranya kita ingin melangkah lebih jauh, usaha kita pun perlu seperti air sungai, dia akan tetap mengalir, selagi bumi masih berputar, selagi itulah kita akan terus berusaha atas izin Allah s.w.t. Tidak perlu takut untuk berusaha, kelak kita pasti dapat ganjarannya. Percayalah!!!
Siapa kata wanita berkerjaya ini lemah?? 24jam saya berkerja tahu.. Mana malam lagi bangun buat susu untuk anak, mana lagi balik kerja kita kena masak buat anak dan suami, mana lagi kita berkerja dari pagi ke petang membanting tulang, semua hanya kerana kita mencari sesuap nasi. Kamu ingat wanita kerja dia relax saja goyang kaki. Tidak!! Banding lelaki, dia cuma penat semasa di tempat kerja sahaja. Bila sudah dirumah, semua akan dihidangkan. Hebatkan seorang pemimpin keluarga. Tapi ganjarannya pasti besar, tidak di dunia ini akhirat itu pasti.
Pengorbanan seorang isteri, seorang ibu, seorang anak sulong, seorang kakak sulong, seorang pekerja, seorang yang juga berkhidmat pada masyarakat untuk mengubah cara hidup kita, untuk mengubah jalan cerita lebih menarik, lebih sihat berbanding sebelumnya, lebih income daripada hari2 sebelumnya. In shaa Allah. Jalan ini pasti adalah jalan yang lurus untuk saya dan juga tidak mustahil buat kalian.
Saya sangat pentingkan simpanan, jaminan masa hadapan... Sejak buat Shaklee, saya tidak pernah gagal menyimpan wang setiap bulan. Walau amaun yang tidak menentu, tapi sesuai setimpal dengan hasil yang saya perolehi. Banyak dapat, banyaklah kita dapat simpan.
Impian saya terletak pada 5 huruf yang sama menjadi dua perkataan yang lain -
R.U.M.A.H dan U.M.R.A.H.
In shaa Allah.