Aszda LifeNotes

Thursday, 27 November 2014

Pengedar Shaklee UTAMA di Labuan: Free Keahlian


Bertambah lagi Keluarga Shaklee Saya


Tadi baru balik dari rumah kawan suami saya, yang juga seorang customer saya. Dia pernah beli set resdung dari saya dan belikan Lecithin buat isteri dia. Sabtu yang lepas dia whatsapp saya mau jadi ahli Shaklee. So saya explain dia briefly tentang cara2 masuk member. Dan hari ini dia sudah confirm untuk jadi ahli selepas bincang dengan beloved wife. 

Selepas proses pemilihan produk, saya bagi mereka tandatangan borang permohonan dan Protection Data Act form. Sampai sahaja dirumah, selesai makan malam, saya duduk untuk mengisi borang bagi pihak mereka. Sedang khusyuk isi borang, putus pula bekalan letrik. Sudahlah guruh dan kilat sabung menyabung di luar. Bergegar rumah rasanya. Nazran pun asyik terbangun2. Hehe.

Kan best kalau suami isteri join member. Sebab jimat lah kan. Kalau tidak, pasangan pun kena bayar yuran ahli. Memang best kalau spouse joining bukan rugi pun bah. Jadi nanti bila satu hari nanti kita berjaya, kita akan bersama2 pasangan kita berada di pentas untuk mengambil anugerah. Wahh.. Kan best tu. 

Saya pun sudah dapat pin Supervisor. Disebabkan saya join ahli bersama suami, saya dapat dua pin. Supervisor Pin. Best woo.. Untung kan. Walaupun stakat Pin tapi bagi saya itu suatu recognition dalam kejayaan saya dalam Shaklee. Tidak apa, saya ada 6 lagi level untuk di kejar. Semoga Allah permudahkan. 

Tambahan lagi, saya excited sangat sebab apa, dia mau masuk ahli secara free. Ala, yang cara 2 tu. Beli produk dengan 200uv (Pembelian dalam RM650 ke atas). Fuhh, kejutan bagi saya. Excited nya saya. Syukur alhamdulillah.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Shaklee: Vitamin Wajib Sebelum Tidur


OsteMatrix adalah pilihan saya sejak sebulan yang lalu. Saya perlukan kalsium kerana saya sering lewat tidur malam, duduk lama depan laptop. Itupun tunggu hero saya tidur dulu lah. Sebab tu saya baring bersama then bangun duduk dalam tempoh masa yang lama. Sampai sy puas hati untuk hari tu. Kalau terlalu mengantuk saja saya akn update ala kadar dan sharing di facebook. Mana yang sempat. Kalau belakang sudah terlalu sakit, saya baring dan post update melalui handphone sajalah. 

Memang betul pepatah ini dulu, bukan pepatah lah lebih kepada kata nasihat. Wanita yang sedang mengandung perlukan lebih kalsium kerana kalsium ini diperlukan oleh kedua ibu dan anak dalam kandungan. Kalau kita kurang sumber kalsium dalam badan, boleh rasa semasa mengandung contohnya pengalaman saya sendiri gigi saya sakit, saya sudah tidak ingat berapa hari tapi lebih dalam 3 hari macam tu lah. Gigi sakit yang ngilu, setiap malam saya tidak dapat tidur, yang macam berdesing dan macam mahu cabut gigi tu pun ada. Bukan itu sahaja, setiap pagi gusi akan berdarah semasa memberus gigi. Haaa, siapa yang sering menghadapi masalah ini confirm kamu kurang kalsium.

Saya sangat perasan sejak saya makan OsteMatrix memang saya sudah tiada masalah sakit belakang. Sangat jelas lagi terang saya tidak lagi minta suami saya urut, tidak minta picit belakang dan bahu lagi. Hehe. So kita tidak perlu lah susahkan suami atau adik atau mak saya untuk minta picit.

Kesan sampingan kurang kalsium ini kamu tidak akan nampak sekarang, atau dalam masa dua tiga tahun kah, tidakkk... Tapi akan rasa masa tua nanti. Memanglah sakit tua tu ada... Tapi mencegah itu kan lebih baik... Ini adalah kesan jangka masa panjang. Kalau tidak mahu telan OsteMatrix, minum lah susu rendah lemak setiap hari minimum 3 gelas sehari.

Vitamin E itu pula supaya segala regangan kulit di badan, kaki, punggung, betis, perut semua pudar dan seterusnya hilang. Saya sendiri tidak senang tengok badan saya ini. Yalah, ini kan pengorbanan seorang ibu kesan mengandung dan melahirkan. Ini memang perkara biasa buat ibu mengandung kerana kulit mereka akan tertarik sebab badan mengembang dari lah muka sampai lah ke kaki. Bila mengecil semua tu nanti akan meninggalkan regangan kulit tu. Saya harap ini dapat membantu saya dalam masalah regangan kulit.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Hipertensi: Gejala & Rawatan

set darah tinggi shaklee

Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%.

TEKANAN DARAH


Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75.

Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
Tekanan Darah Abnormal

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.

Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:

~Penyakit buah pinggang
~Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
~Faktor keturunan
~Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

Tanda & gejala

  • Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
  • Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.

Komplikasi


Komplikasi- komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

Peningkatan mendadak tekanan darah boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-

1. Jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan
kematian
2. Pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
3. Buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
4. Mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya
dalam mata
5. Otak- strok/angin ahmar

Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

RAWATAN


Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara rawatan tanpa ubatan & ubatan
1. Anda perlu mengubah cara hidup seperti
2. Kurangkan pengambilan garam
3. Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
4. Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan
pemakanan
5. Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
6. Hindari stress

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

Penyakit Kencing Tikus



Sejak kebelakangan ini, kes kencing tikus ini terlalu biasa di dengar tambah2 lagi di Kolej Matrikulasi Labuan. Tambah2 lagi adik saya pun sedang belajar di sana. My only sister. Oleh disebabkan kes begini merisaukan saya. Saya pun buatlah kajian, carilah bahan2 untuk mengetahui lebih dalam tentang Penyakit Kencing Tikus ini. 

Penyakit Kencing Tikus (Leptospirosis)


Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.

• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.

• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

• Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.

Gejala :

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).

2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.

3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)

4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes). Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.

5. Radang selaput mata.

6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Tanda dan ujian makmal
1. Ujian sel darah putih (WBC).

2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.

3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.

4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.

5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).

6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.

7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.

8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.

9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Harapan(Expectations)(prognosis)

Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:

• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.

• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).

• Perdarahan yang teruk. <>• Respiratory (distress).

• Kegagalan fungsi hati.

• Kegagalan fungsi buah pinggang

Boleh membawa maut sekiranya kritikal!!

Rawatan 

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan 

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”