Aszda LifeNotes

Wednesday, 17 December 2014

Thalasemia: Gejala & Rawatan

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:


Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.

Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Tanda dan gejala penyakit Talasemia


Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.

>> Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.

>>Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.

>>Jaundis

>>Tumbesaran terbantut

>>Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.

>>Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

Rawatan penyakit Talasemia


Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.

Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.

Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.

Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Set Talasemia


Salam ceria buat semua... Selamat pagi.. Hari ini saya servis customer saya yang pernah hubungi saya melalui whatsapp. Alhamdulillah banyak feedback yang memberangsangkan. Syukur sangat2. Berkat menghubungi mereka satu persatu, whatsapp saya tidak berhenti berbunyi menerima balasan daripada mereka. Di antara yang saya hubungi salah seorang daripada mereka bertanyakan tentang set talasemia.

Saya pun bergegas bertanya dalam group whatsapp upline saya. Nasib cepat feedback dari mereka. Sebenarnya saya pun tidak tahu menahu tentang talasemia ini sehinggalah orang bertanya kan tentang penyakit ini hari ini. Saya google lah. 

Menurut si ibu, anaknya terpaksa di bawa ke hospital sebulan sekali untuk pemindahan darah. Bukan itu saja, anaknya yang mempunyai masalah Talasemia Major tu kena menjalani suntikan 4 kali dalam seminggu. Sekali tu sesi nya memakan masa 8 jam....

Kasihannya kan bila dengan macam tu, dari lahir sehingga lah sekarang yang umurnya sudah mencecah 12 tahun.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”