Aszda LifeNotes

Friday, 2 October 2015

Makanan Yang diLarang Untuk Ibu Hamil

Bagi bakal ibu yang sedang mengandung anak pertama, mari kita bincangkan apakah makanan yang perlu dihindari, dielakkan dan tidak digalakkan semasa mengandung. 


1. Alkohol

Alkohol mesti dijauhi dan sememangnya ia haram di sisi agama Islam. Ingat, pengambilan alkohol akan mengundang kecacatan fizikal dan mental pada bayi. Proses pembuangan alkohol akan mengambil masa yang lama. 


2. Rokok 

Sebenarnya di sekeliling saya sendiri ramai ibu hamil yang merokok, kadang saya terserempak di shopping mall dan juga tempat awam yang lain. Kasihan kan pada bayi dalam kandungan tu. Disebabkan sifat pentingkan diri sendiri, si ibu sanggup merokok untuk keseronokan diri sendiri. Merokok semasa mengandung selalunya dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantutu pertumbuhannya dan tidak cukup berat badan. Kes kematian mengejut pada bayi juga dikaitkan dengan keluarga perokok. 


3. Minuman berkafein 

Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti koko, kopi, minuman bergas, coklat juga dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tidak normal. Ini termasuk bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Selain daripada itu, kafein juga merosakkan kandungan kalsium tulang pada ibu mengandung. Ini akan menyebabkan si ibu hamil akan mudah diserang kekejangan otot kaki semasa tidur. Sungguh menyiksakan. 


4. Pil dan ubat-ubatan

Sila rujuk doktor untuk penerangan yang lebih konkrit tentang ubat-ubatan sebelum anda mengambil nya. Ini disebabkan ada sesetengah ubat yang boleh mendatangkan mudarat kepada bayi anda. 


5. Gula 

Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi dalam kandungan bersaiz besar dan mungkin juga akan cenderung mendapat penyakit yang lain juga. Gestational diabetes mellitus iaitu kencing manis semasa mengandung ini boleh dikesan daripada ujian air kencing dan sampel darah semasa mengandung. Jadi berwaspadalah ya ibu-ibu semua. 


6. Vitamin A

Multivitamin suplemen yang mengandungi dos Vitamin A yang tinggi adalah juga tidak digalakkan sama sekali. Ia dikatakan boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan Vitamin yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan. Adalah lebih selamat sekiranya wanita hamil mengambil beta carotene yang terdapat di dalam lobak dan sebagainya. Beta carotene ini akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan bila masa sahaja badan memerlukan vitamin A. 


7. Raksa

Raksa ini boleh didapati dalam kuantiti yang tinggi dalam makanan laut seperti tuna, shark-fin, mackerela dan ikan-ikan besar yang lain. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi dalam kandungan. 


8. Makanan mentah atau tidak cukup masak

Jangan makan daging mentah. Jangan makan susu mentah. Jangan makan telur mentah. Ini kerana makanan yang mentah mempunyai bakteria yang mungkin tidak sesuai untuk perkembangan si bayi dan jika diambil dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan komplikasi yang buruk. Parasit yang terdapat dalam daging mentah merebak dalam badan ibu mengandung. Penyakit ini boleh meyebabkan jangkitan intra-uterine yang serius pada bayi. Parasit ini juga didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih. 


9. Makanan segera atau makanan yang banyak melalui proses pengawetan 

Bagi saya makanan segera kalau boleh elakkanlah walaupun tidak mengandung seharusnya juga kita elakkan. Sekali sekala itu boleh lah cuma tidak perlulah diambil secara kerap. Apa tidak, makanan bertin dan makan ringan kebanyakan nya sudah melalui proses pengawetan yang terlalu banyak untuk dihasilkan. Ibu yang mengandung digalakkan makan makanan yang asli contohnya pilihlah buah dan bukan biskut dan lebihkan pada sayur-sayuran. 

Pantang Larang Semasa Hamil

Pantang larang ini harus sentiasa dipatuhi demi menitik beratkan keselamatan buat si ibu dan bayi dalam kandungannya tidak kiralah sebelum dan selepas kelahiran bayi. 

Petua yang diwarisi oleh nenek moyang sememangnya diakui keberkesanannya dan membuatkan  wanita hamil moden hari ini tidak boleh memandang enteng tentang khasiat petua warisan lama masyarakat melayu.


Peringkat Awal Hamil - Trimester Pertama (1 -3 bulan) 

  • Ibu hamil dinasihatkan untuk elak mengambil makanan yang meloyakan seperti susu dan makanan-makanan berlemak.
  • Elakkan juga makan atau minum yang menambahkan ketagihan seperti milo, kopi, teh, coklat, merokok dan minum minuman beralkohom dan mengambil dadah.
  • Ubat-ubatan yang meragukan tanpa kebenaran doktor harus dielakkan termasuk jamu. 
  • Digalakkan supaya elakkan makan atau minum yg bersifat tajam dikuatiri bagi mgelakkan keguguran seperti ikan pari, air tebu, nenas, peria dan air kelapa.
  • Tidak digalakkan berjumpa orang2 yang menghidap penyakit berjangkit.
  • Bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan, digalakkan mengurangkan aktiviti lasak dan banyakkan berehat. 


Peringkat pertengahan Trimester Kedua (3 - 6 bulan) 

Pada peringkat ini, ibu hamil sudah mula stabil dari segi emosi dan fizikal. Senaman ringan yang ringkas digallakn buat ibu hamil pada peringkat ini dengan berpandukan jurulatih bertauliah atau sumber rujukan lain. 


Peringkat Akhir, Trimester Ketiga (6 - 9 bulan)

Pada peringkat ini, berat badan ibu hamil semakin bertambah dan perut juga menjadi semakin besar. Ibu hamil cukup sekadar melakukan aktiviti ringan seperti berjalan-jalan sambil menghirup udara segar. 

Pengambilan air yang cukup sangat diperlukan pada peringkat ini untuk memastikan tubuh ibu hamil tidak terhidrat dan bekalan air ketuban sentiasa mencukupi buat bayi di dalam rahim. 

Makan sedikit tetapi erap untuk mengelakkan muntah disebabkan keadaan bayi yang semakin membesar dan faktor kedudukan ruang perut.