Aszda LifeNotes

Sunday, 1 November 2015

Susu Ibu Terbaik Untuk Si Comel Anda

Jika anda baru mula memberi bayi anda susu badan, anda sedang melakukan perkara terbaik untuknya. Namun jika ia tidak berlaku secara natural, janganlah bimbang. Ramai ibu yang sukar melakukannya sehinggalah mereka telah biasa. Kami akan membantu anda dalam langkah-langkah pertama ini.

Benarkah susu ibu adalah yang terbaik?

Benar, susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya. Memberi bayi susu badan dapat membantunya mengelakkan penyakit seperti:






Susu ibu juga dapat mengekalkan kesihatan bayi untuk jangka masa panjang. Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang diberi susu badan ketika bayi mempunyai tekanan darah yang lebih rendah, kadar kolesterol lebih rendah dan kurang berkemungkinan menghidap penyakit diabetes jenis 2 apabila dewasa berbanding mereka yang diberi susu formula.

Namun faedahnya bukan terhad kepada bayi sahaja. Menyusu badan juga baik untuk anda. Ia dapat mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara sebelum menopaus (putus haid). Ia juga membantu melindungi anda daripada kanser ovari dan osteoporosis (tulang lemah) ketika lanjut usia.

Organisasi Kesihatan Dunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan supaya bayi diberi susu badan sahaja selama enam bulan yang pertama. Mereka juga menasihatkan para ibu supaya meneruskan penyusuan badan setelah bayi mula makan makanan pejal, sehingga usia bayi satu tahun atau lebih, jika boleh.

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 400 jenis nutrien termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula. Malah, kandungan nutriennya juga berubah mengikut keperluan bayi anda semasa dia membesar. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana badan anda menghasilkan susu badan.

Dan selain daripada manfaat pengembangan minda dan imuniti terhadap jangkitan yang terkandung dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda.

Persediaan untuk penyusuan badan

Asalkan sahaja anda sihat, tidak banyak yang perlu dilakukan sebagai persediaan bagi penyusuan badan. Tetapi anda boleh bersedia dari segi minda. Belajarlah sebanyak mungkin mengenai penyusuan badan sebelum bayi anda lahir. Galakkan juga suami anda untuk belajar mengenai penyusuan badan supaya dia boleh memberi sokongan dan galakan kepada anda.

Bagaimanakah cara untuk mula menyusukan bayi saya?

Memandangkan sesi penyusuan boleh mengambil masa dari tujuh hingga ke 40 minit, pilihlah tempat yang selesa untuk anda. Keadaan persekitaran adalah sangat penting, terutamanya pada peringkat awal ketika anda masih perlu membiasakan diri. Jika anda mudah diganggu oleh bunyi bising, cari tempat yang senyap. Jika anda mudah bosan, anda mungkin mahu menyusukan bayi di hadapan televisyen, tetapi hanya jika cara itu berkesan bagi anda dan bayi. Cubalah beberapa tempat yang mungkin dahulu sehingga anda menjumpai tempat yang sesuai untuk anda.

Pegang bayi anda dalam posisi yang tidak membuatkan lengan dan belakang anda sakit. Letakkan seberapa banyak kusyen di sekeliling anda untuk sokongan. Ramai wanita mendapati posisi melengkok seperti buaian adalah paling selesa untuk mereka walaupun kegemaran ibu mungkin berlainan. Pastikan anda dan bayi berada dalam keadaan selesa sebelum mula menyusukan.

Perhatikan bagaimanakah rasa pada buah dada anda semasa bayi anda melekap padanya. Bayi sepatutnya menghisap satu mulut penuh payu dara anda. Jika pelekapan menyakitkan, lepaskan lekapan dengan memasukkan jari kelengkeng anda di antara gusi bayi dan puting anda. Kemudian cuba sekali lagi. Apabila bayi anda dapat melekap dengan baik, dia akan dapat melakukan apa yang perlu seterusnya.

Saya pernah mendengar ibu-ibu menghadapi masalah semasa penyusuan

Walaupun para wanita telah menyusukan bayi sejak berkurun-kurun lamanya, ia bukan selalunya mudah. Ramai yang menghadapi kesulitan pada peringkat awal.

Dalam enam minggu pertama, ketika bekalan susu anda sedang mengadaptasi dan bayi anda belajar untuk menyusu, anda mungkin akan mengalami perkara yang berikut:

pembengkakan: buah dada yang sangat penuh.
mastitis: radang pada buah dada.
Benarkah menyusu badan itu mudah?

Sesetengah wanita akan mudah menyesuaikan diri dan penyusuan dan tidak menghadapi sebarang masalah. Tetapi kebanyakan ibu-ibu baru mendapati ianya sukar untuk dilakukan. Jika anda rasa kecewa, ingatlah bahawa bukan hanya anda seorang yang rasa begitu. Jika anda berputus-asa (atau hanya mahukan nasihat profesional), hubungi pakar perunding penyusuan ibu (terdapat di kebanyakan hospital). Direktori Penyusuan Badan A-Z kami juga menawarkan lebih banyak sumber.

Anda juga boleh berbincang dengan doktor anda mengenai sebarang kebimbangan bersabit kesihatan yang mungkin akan menghalang penyusuan.

Penyusuan memerlukan latihan. Berikan diri anda masa sebanyak mana yang anda perlukan untuk membiasakan diri. Lakukannya satu persatu dengan perlahan. Jika anda mengalami penyusuan yang teruk pada satu hari, beritahu diri anda bahawa hari esok akan menjadi lebih baik. Sentiasa ingat bahawa sebarang masalah yang anda hadapi hanyalah untuk sementara. Menjelang pemeriksaan doktor pada minggu ke-6, anda sudah boleh menyusukan bayi anda tanpa sebarang masalah. Jika tidak, jangan teragak-agak untuk mendapatkan pertolongan.

Bolehkah saya menyusukan di tempat awam?

Walaupun anda rasa malu untuk menyusukan bayi di hadapan orang lain, ini telah menjadi satu perkara yang biasa di kawasan bandar di Malaysia. Lagipun, anda tidak boleh sentiasa pulang ke rumah anda setiap kali bayi anda perlu menyusu.

Sesetengah baju direka khas untuk membolehkan anda menyusukan bayi anda dengan baik. Elakkan baju yang menggunakan butang kerana ia akan membuatkan anda berasa sangat terdedah. Baju yang boleh meregang adalah lebih baik. Letakkan sehelai skarf, selendang atau kain selimut yang nipis pada bahu dan dada anda semasa bayi anda menyusu supaya anda tidak berasa malu di tempat umum (pastikan anak anda boleh bernafas dengan baik).

Kebanyakan pusat membeli-belah utama, atau yang dibina atau diubah suai dalam masa lima tahun yang lepas mempunyai bilik persalinan bayi, di mana anda boleh duduk dan menyusukan bayi anda dengan selesa dengan kehadiran ibu lain. Walaupun sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada kemudahan seperti itu, kebanyakan tempat akan menyediakan tempat untuk ibu yang menyusukan dan bayi yang kelaparan. Mintalah sebuah bilik atau satu sudut apabila anda mahu menyusukan bayi anda. Lambat-laun, apabila anda sudah biasa dengan penyusuan, anda tidak akan keberatan untuk menyusukan bayi anda di tempat awam.

Walau bagaimanapun, anda mungkin mahu mempertimbangkan hakikat bahawa cara hidup orang Malaysia boleh mewujudkan beberapa cabaran untuk menyusukan bayi di tempat awam. Sebagai contoh, jika anda berada di medan selera atau gerai mamak yang buka 24 jam (jangankan kemudahan untuk ibu dan bayi, bilik air yang bersih pun sukar untuk dicari!), jadi lebih baik anda menyusukan bayi anda sebentar di dalam kereta (kunci pintu dan hidupkan enjin supaya penghawa dingin boleh dipasang). Selesaikan penyusuan apabila anda telah sampai di rumah.

Dapatkan tip-tip mengenai penyusuan badan di tempat awam daripada ibu-ibu Malaysia yang lain. 

Bolehkah saya teruskan penyusuan badan selepas saya kembali bekerja?

Ya. Kembali bekerja tidak bermakna anda terpaksa berhenti menyusukan. Malah, ibu-ibu yang bekerja di luar kawasan juga dapat menyusukan bayi mereka selama mana yang mereka mahu. Anda mungkin mahu mengepam susu di tempat kerja atau menyusukan hanya apabila anda bersama dengan bayi anda. Kedua-duanya boleh dilakukan.

Baca lebih lanjut mengenai pengeluaran dan penyimpanan susu badan.

Jika majikan anda maklum mengenai penyusuan badan, mereka tentu tahu bahawa ibu-ibu yang menyusukan kurang perlu mengambil cuti kerana bayi mereka tidak kerap jatuh sakit.


Resources: BabyCentre

Misi Breastfeeding

shaklee labuan
Ini adalah nekad dan tekad saya untuk menyusukan anak saya kedua ini dengan jayanya. Semua ini berkat daripada usaha untuk menyusukan anak saya yang pertama. Walaupun dua tahun yang lalu saya agak terlambat menyediakan segala persiapan sebelum masuk bekerja dan bekalan susu mula berkurangan. Kali ini saya tidak mahu terulang lagi kesilapan yang dulu.

Alhamdulillah, semua masih ada dan masih berkeadaan baik setelah tersimpan elok dua tahun dan rasa bersyukur sangat untuk memulakan misi breastfeeding saya tanpa ada kelambatan. Saya cuma membeli 'cooler bag' baru, 'ice pack' juga baru dan botol susu medela untuk breastpump electrik saya sebab yang dulu tu sudah kekuningan dan tulisan ukuran sudah tidak kelihatan. Saya juga sedia membeli medela membrane sebagai spare part sebelum terjadi apa2 pada membranes yang ada pada pam susu medela tu. 

Kali ini saya ada medela collection shells, prelove item daripada sahabat saya yang berada di Kuala Lumpur. Ini adalah senarai persiapan saya untuk menyambut kelahiran bayi kedua dan untuk menyusukan si comel secara ekslusif:-

~ Medela mini electric breastpump
~ Tommie Tippee manual breastpump
~ Cooler bag 
~ Milk storage bottles & storage pots
~ Reusable ice pack
~ Washable breast pad 
~ Milk collection shells
~ Nursing wear(blouse)
~ Nursing bra
~ Nursing poncho