Hai semua...Salam ceria!!! Pengedar SHAKLEE yg sudah lama mendiamkan diri. Sunyi saja blog ini rasanya...
Tapi entri kali ini di isi untuk share perkembangan si bunga yang ada di taman rumah aku iaitu puteri ku bernama Nashwadina Asyirah.
Sekejap saja rasanya masa berlalu, puteri ku ini sudah menginjak ke umur setahun. Sejak akhir ini, dia mula menonjolkan kecerdikan dan kecomelan nya tu. Hihi. Ummi rasa sungguh berbesar hati. Rupanya hampir setahun lah sudah saat-saat getir itu berlalu. Melahirkanmu mencatat pengalaman baru bagiku dalam sejarah hidup.
Bermula di hari due 13 November 2015, aku terpaksa pergi pre-natal appointment seperti biasa. Oleh kerana bacaan tekanan darah tinggi aku di bawa terus ke hospital dengan ambulans. Pertama kali lah pengalaman naik ambulans yang sangat laju dengan membawa perut boyot masa tu. Ngam hari tu hari Jumaat encik suami terpaksa pergi Solat Jumaat dan tidak dapat follow ke hospital.
Di hospital, seperti biasa lah procedure pendaftaran di emergency dan aku di tolak di dalam wheel chair. Aduhai macamlah aku tidak boleh berjalan kan. Tapi kata nurse Suni Idris yg tolak aku tu memang kena tolak kalau doktor nampak aku berjalan sendiri mungkin akan dimarah. Yalah kan pesakit darah tinggi ni tidak boleh penat nanti tekana darah naik. Kasihan nurse tu, termengah-mengah menolak aku naik di laluan wheel chair pesakit tu.
Dipendekkan cerita aku di masukkan ubat setiap hari dan monitor blood pressure lagi, pasang mesin CTG di awal subuh hari. Pagi Isnin, 16 November 2015, aku diberitahu kalau tidak ada progress lagi aku mungkin terpaksa melahirkan secara pembedahan. Tapi pukul 9 pagi itu aku di masukkan ubat untuk ketiga kali. Oleh pakar Dr Ehad Helmi. Sejam selepas itu sakit kontraksi mula menyerang dan aku tidak dapat makan dengan seleranya. Masih boleh tahan lagi. Tahan saja sakit tu tanpa memberitahu sesiapa pun. Pukul 4 aku diperiksa oleh seorang nurse bertugas. Katanya baru 2cm. Fuh! 2 cm saja padahal sakit bukan main lagi. Ya Allah Ya Mujib. Doktor pula yang check katanya 4cm dan decide masuk labour room. Haaaa? So soon. Menggeletar seluruh badan rasanya rasa takut dan rasa sakit bercampur baur. Sehingga kan petugas nurse tadi yang check aku offer untuk tolak aku guna wheel chair. Aku sempat bertanya, "bolehkah" jawabnya, "eh boleh bah sini aku tolak kau"...
Dari pukul 4 petang, setiap jam berlalu terasa begitu lama kerana aku sering merenung jam dinding yang berhampiran. Hujan lebat dan kilat kedengaran di luar. Dan melalui tingkap kecil di labour room tu aku boleh lihat percikkan hujan mengena cermin tingkap itu. Sakit? Jangan cakaplah kan. Tidak dapat dibendung.
Tiba masa untuk meneran aku cuba sedaya upaya sekuat hati tapi tenaga itu datang cuma sementara. Tolak lagi, tekan lagi still tidak dapat juga. Sehinggakan aku lupa terlalu banyak percubaan entah berapa kali dan doktor decide untuk vacuum baby aku. Arrhhh fikiran aku bercelaru, sedih pun ada, terkilan kerana tidak mampu mengeluarkan puteri ku. Kasihan anak ummi. Setelah dia dikeluarkan, lama barulah tangisan nya kedengaran. Aku bertanya pada doktor "is it a girl?" petugas nurse malam itu mendekati "baby girl" dan dari kejauhan aku nampak tanda di bawah dagunya.
Selepas dibius, dijahit, diberi masa untuk rehat, dia dibaringkan di sebelah ku untuk sentuhan kulit dan beri dia breastfeed. Betapa besar kuasa Allah swt itu kan. Bayi baru dilahirkan tahu untuk menghisap apabila disuakan puting susu ibu.
Setelah keluar dari wad O&G, kami check in pula di wad neonatal sebab baby kuning tinggi mengejut. Ummi pula masa itu, masih belum sembuh berjalan pun sakit, bangun dari duduk saja air kencing mengalir tanpa sedar, buang air besar pun secara berdiri. Yalah kan digunting kan untuk memasukan vacuum equipment tu untuk tarik baby keluar. Peritnya pengalaman.
Pejam celik setahun berlalu, seperti nya kesan vacuum tu masih lagi tidak hilang. Terkadang setiap kali membuang air kecil rasa tidak lawas. Apa pun melihat mereka membesar menghilangkan rasa sakit melahirkan mereka. Terubat juga hati seorang ibu kepada dua anak ini.