Aszda LifeNotes

Friday, 4 March 2016

Menyusukan Anak Tak Semudah Disangka. 10 Sebab Boleh Gagalkan Ibu!

Ada ibu marah-marah bila membaca fakta mengatakan bayi yang menyusu susu ibu eksklusif mempunyai IQ lebih bijak. Kenapa perlu marah? Itu adalah penemuan para pakar yang membuat kajian dan ia sememangnya benar.

Pilihan di tangan ibu sendiri. Kenapa tidak memilih untuk menyusukan anak dengan susu ibu?

Biasanya ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi mereka sudah mempunyai keazaman dan persiapan rapi sebelum melahirkan anak lagi dan mereka yang tidak menyusukan bayi pula memang mempunyai 'zero knowledge' tentang penyusuan susu ibu.

Mungkin juga mereka beranggapan tugas menyusukan bayi adalah perkara fitrah yang akan berlaku secara semula jadi selepas bayi lahir. Namun apabila berdepan dengan suasana sebenar, barulah mereka akur menyusukan bayi tidak semudah yang disangka dan akhirnya terpaksa berputus asa sebelum berjuang habis-habisan. Kenapa?

Mungkin salah satu sebab ini berlaku ke atas diri anda.

1. Susu tiada

Info yang dibaca mengatakan sebaiknya susukan bayi selepas dilahirkan. Tapi susu tak ada pun! Habis tu macam mana ni? Anak asyik menangis nak susu tapi setitik susu pun tak keluar lagi. Yang ada cuma beberapa titik cecair kuning. Nak bagi ke tak? Untuk pengetahuan cecair kuning di awal kelahiran bayi adalah kolostrum yang sangat bagus untuk antibodi bayi.

2. Ahli keluarga dan kawan-kawan tak faham

Adakalanya ada ahli keluarga dan kawan-kawan yang datang melawat ibu bersalin akan menyuruh ibu 'top up' bayi dengan susu formula. Kononnya susu ibu makin lama makin kurang, nanti bayi tak kenyang dan asyik meragam. Apatah lagi bila ibu sudah kembali bekerja, susah hendak ditinggalkan di rumah pengasuh kalau tak pandai minum susu formula. Alasan yang tak masuk akal!

3. Bagi anak air masak

Bagi yang baru bergelar ibu, tentu kurang pengalaman dan pengetahuan. Kadang kala nasihat daripada orang yang lebih tua untuk memberi bayi minum air masak kerana kononnya bayi cepat haus sebab itu asyik menangis sahaja mesti dipatuhi. Padahal susu ibu sendiri sudah mengandungi 80% kandungan air dan bayi berusia bawah enam bulan tak perlu air atau makanan lain selain susu ibu.

4. Salah info

Pernah tak berhadapan dengan situasi ditegur oleh ahli keluarga supaya jangan kerap sangat menyusukan bayi sebab nanti susu habis! (Ni memang kelakar). Bagi ibu yang tiada maklumat sudah tentu akan ikut nasihat tersebut. Hakikatnya susu ibu tak pernah habis bahkan lagi kerap menyusukan anak lagi banyak susu terhasil.

5. Tunggu bengkak baru pam

Siapa selalu buat macam ini? Alasannya bila pam nanti baru banyak susu yang diperoleh. Sebenarnya salah cara tersebut. Jangan tunggu sampai payudara bengkak baru hendak pam kerana anda sebenarnya mencari nahas untuk membuatkan susu makin berkurangan. Ini kerana bila bengkak, ibu akan demam, seterusnya jadi mastitis atau terkena jangkitan kuman. Sebetulnya pam setiap dua hingga tiga jam sekali walaupun payudara anda ketika itu 'lembik' dan rasa kosong tanpa susu.

6. Cuci puting payudara

Puting payudara perlu dicuci setiap kali lepas menyusukan anak. Penat juga kalau kena ikut 'nasihat' tersebut. Buatnya ketika itu ibu menyusukan anak dalam kereta bagaimana hendak cuci puting pula? Jangan silap info ya ibu-ibu. Ia sama sekali tidak benar. Puting payudara ibu tak perlu dicuci kerana ia mempunyai sebum yang mengeluarkan agen antibakteria yang dapat melindungi bayi yang menghisap susu ibu daripada sebarang kekotoran.

7. Kuantiti susu tak sama bila pam

Jangan jadikan ini sebagai punca ibu cepat putus asa. Sebenarnya ia memang perkara normal kalau kadang-kadang pam dapat sikit dan kadang kala dapat banyak. Tak semestinya setiap sesi mengepam susu, ibu akan dapat dalam kuantiti yang sama. Yang penting, lagi kerap kita pam, lagi banyak susu akan dihasilkan.


8. Perbandingan yang negatif

Ini berlaku pada ibu-ibu menyusu yang berkerjaya. Biasanya ibu-ibu menyusu akan bersama mengepam susu ketika di pejabat. Ada buruk baiknya perkara ini. Baiknya mungkin masing-masing akan saling bertukar info dan pengalaman tentang penyusuan. Tetapi yang buruknya bila ada yang suka membandingkan kuantiti dan rupa susu setiap ibu yang mengepam. Ini boleh memberi tekanan kepada ibu yang mendapat susu perahan yang sedikit atau yang susunya agak cair pada hari tersebut.

9. Stok susu makin berkurangan

Bila ibu menyusu mengalami situasi ini, ia memang boleh buat ibu tak senang duduk. Walaupun sudah pam mengikut waktu, susu yang keluar masih tidak cukup untuk menampung keperluan anak. Jangan putus asa! Bila berhadapan dengan situasi ini, ibu perlu kuat semangat dan terus gigih berusaha. Selain itu jangan lupa berdoa kepada Tuhan agar mencukupkan rezeki anak dengan susu ibu.

10. Bila ibu mengalami stres

Stres memang akan mengganggu penghasilan susu ibu. Kalau boleh, ibu menyusu perlu elakkan daripada mengalami stres. Kalau stres juga, cuba pura-pura tidak stres dan gembirakan hati dengan pelbagai cara.

Resources: Pa&Ma

1001 Khasiat Kurma

KHASIAT KURMA

1. Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2. Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3. Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4. Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.

“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5. Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6. Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7. Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

Selamat mengamalkannya

Reosurces: Facebook Cheta Penang 

Cara-cara untuk Menghilangkan Panau

PETUA HILANGKAN PANAU

Boleh cuba mana-mana cara berikut:

1. Daun pinang

Tumbuk daun pinang hingga lumat dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

2. Buah pinang
Ambil air perahan buah pinang dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

3. Daun belimbing
Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.

4. Daun kesum dan minyak tanah
Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Aalkan setiap hari.

5. Daun gelenggang
Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.

6. Halia
- Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

7. Pucuk lada
Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.

8. Bawang putih dan halia
Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

9. Lengkuas
Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

10. Daun lengkuas
Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

Selamat Mencuba


Resources: Facebook Cheta Penang