Aszda LifeNotes

Tuesday, 12 September 2023

Set Mengandung Shaklee


Semasa awal kandungan saya amalkan set mengandung Shaklee dan mula makan B-Complex untuk memenuhi keperluan asid folik, juga membantu selera saya dan mengawal emosi saya yang sering sakit kepala

B-Complex Shaklee istimewa kerana ianya lengkap dengan asid folik dan semua 8 jenis vitamin B. 

Pastinya kita semua lebih tahu bahawa asid folik ini sangat perlu untuk pertumbuhan janin dalam rahim kita supaya membentuk saraf tunjang bayi yang sihat. 

Malahan mereka yang mahu mengandung dinasihatkan supaya makan asid folik seawal yang mungkin.

Disebabkan itu kita memerlukan suplemen sebagai pelengkap nutrisi kita.

Seterusnya kita cerita vitamin C lah pula... Vitamin C ni bila-bila pun perlu bukan saja semasa mengandung bah. 

Tambahan lagi vitamin C Shaklee ini ada kelainannya yang tersendiri yang mampu membina kolagen di dalam kulit kita yang mampu menjaga ksihatan kulit kita pada bila2 masa dan di mana saja kita berada. 

Lagipun ianya diekstrak daripada buah jagung ya, bukan vitamin C yang macam di pasaran yang selalu kita jumpa diekstrak daripada buah oren sitrus yang boleh menyebabkan kita mendapat gastrik. 

Tambahan lagi, vitamin C memang sangat membantu penyerapan zat besi ke dalam badan kita jadi tidaklah kita sering mengalami kekurangan zat besi.

Tiba masanya untuk menceritakan keperluan OsteNutrix sebagai sumber kalsium kita ini pula. 

Sejak dari mengandung, melahirkan dan menyusukan itulah kita nampak perlunya kalsium ini lebih kepada wanita. 

Segala nutrien yang ada pada badan wanita mengandung dan myusukan akan disalurkan juga pada si comel dari dalam kandungan sehinggalah dia lahir dan seterusnya menyusu badan. 

Jangan nanti sudah menginjak umur 40 tahun nanti kita mula sudah mengadu kesakitan apatah lagi penyakit tulang yang serius boleh membawa kpd Osteoporosis. 

Kalsium ini bukan sahaja untuk tulang kita, tapi juga untuk gigi dan gusi. 

Jangan menyesal kalau kita mudah diserang sakit gigi di kemudian hari gara2 kita tdk mempunyai cukup bekalan kalsium di dalam badan utk diri sendiri dan juga untuk si baby. 

Kita tidak risau dengan bekalan jika kita benar2 minum susu rendah lemak tinggi kalsium 4-5 gelas sehari semasa mengandung.

Saya pun tidak mampu menelan 4 gelas dalam sehari sebab itu saya memilih untuk menelan OsteMatrix. 

Bagi saya OsteNutrix sangat perlu untuk memudahkan saya tidur lena tanpa menghadapi kebas dan kekejangan kaki

Selain dari itu mudah saya untuk membuang setiap hari tanpa sembelit. Baik semasa mengandung dan juga tidak.

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 8 September 2023

Keperluan Ibu Bersalin

Sepanjang pengalaman saya sebagai wanita mengandung tiga celik permata hati saya juga mengalami tiga kisah yang berbeza.

Debaran setiap wanita mengandung sememangnya kian terasa apabila menghampiri tarikh akhir untuk bersalin. 

Ini bermakna anda perlu menyediakan barang keperluan bersalin dengan secukupnya untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan. 

Sekiranya anda tidak membuat persiapan awal, ia akan menyebabkan anda berada dalam keadaan kelam kabut dan barang-barang yang penting boleh ketinggalan.

Untuk para ibu yang baru pertama kali mahu melahirkan, sudah pasti akan merasa teruja dalam masa yang sama turut gemuruh serta bingung untuk membuat persiapaan barang keperluan bagi menghadapi pengalaman pertama kali tersebut.

Oleh itu, berikut kami kongsikan senarai barang keperluan bersalin yang boleh dijadikan rujukan untuk memudahkan para ibu membuat persiapan.

Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Ibu

1. Tuala

Bawa satu tuala khusus untuk ibu gunakan sepanjang berada di hospital. Tuala ini boleh digunakan untuk mandi dan sebagainya. Sediakan satu tuala jenis lembut dan ringan.

2. Pad Bersalin / Pad ‘Overnight’

Jangan lupa sediakan pad bersalin (maternity pad) atau pad ‘overnight’ untuk digunakan selepas bersalin. 

Ini adalah untuk mengelakkan darah yang keluar selepas bersalin bocor. Sekiranya perlu, pilih saiz yang lebih besar dan sediakan beberapa keping tambahan pad untuk persediaan. 

3. Baju + Kain Batik/Skirt

Walaupun di hospital anda akan diminta untuk menukar baju & kain yang disediakan, namun sebaiknya, sediakan sahaja satu set baju dan kain batik atau skirt yang boleh digunakan untuk dipakai apabila sudah discaj dari hospital nanti.

4. Stokin Tebal

Selain itu, stokin tebal juga sangat penting untuk mengelakkan kaki anda kesejukan sehingga boleh menyebabkan masuk angin.

6. Tudung Sarung

Sediakan satu atau dua tudung sarung untuk digunakan sepanjang berada di wad bersalin.
Ia sangat mudah dipakai (tidak perlu menggunakan pin) dan tidak perlu digosok.

7. Suplemen

Supaya bertenaga untuk melahirkan perlukan suplemen yg ringkas dan mudah untuk disediakan. 

Ini kerana mungkin juga akibat menahan sakit anda mungkin hilang selera makan.

Minuman protein tinggi boleh membantu meningkatkan tenaga. Sekiranya diminta bersedia untuk ke labour room boleh lah bancuh ESP Shaklee dan minum sebelum masuk bilik bersalin tu nanti.

8. Nursing Bra

Nursing bra mempunyai ciri khas yang membolehkan bahagian hadapan bra dibuka bagi memudahkan penyusuan bayi. Jadi, anda boleh menyusukan bayi tanpa perlu bersusah payah lagi.

9. Kit Penjagaan Diri

Sediakan kit penjagaan diri anda seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, syampu, losyen, deodoran, pencuci muka dan sebagainya. 

Anda tidak perlu membawa dalam kuantiti yang banyak, hanya masukkan ke dalam botol/bekas kosong khusus agar tidak membazir.

Set berpantang Shaklee

Selain daripada persediaan untuk dibawa ke hospital yang saya kongsikan di atas tadi. 

Saya juga teruja untuk berkongsi manfaat set ini untuk mereka yang bakal menjadi ibu diluar sana. 

Pengalaman mengambil set ini sangat mengujakan saya selama perjalanan saya mengandung, bersalin dan akhirnya menyusukan si comel saya. 

Set ini bukan sahaja membantu ibu yang sudah bersalin tetapi juga digalakkan juga kepada semua ibu mengandung. 

Set ini juga membantu menghasilkan air susu ibu yang banyak dan berkualiti.

Ibu mengandung, bersalin dan menyusukan boleh ambil set ini untuk membantu tumbesaran bayi dalam perut dan selagi bayi menyusu dari susu ibu. 

InshaAllah si comel membesar dengan sihat dan jayanya. 

Kita pasti mahu yang terbaik buat si comel yang menghuni rahim kita buat saat ini bukan? Jangan berlengah boleh tekan nama saya di bawah untuk terus hubungi saya. 


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”