Aszda LifeNotes

Sunday, 19 February 2023

Duta Shaklee: Nazran terima anugerah

 
Pada petang yang indah 16 Februari yang lalu, balik sahaja Nazran dari sekolah memberi khabar gembira. Di tangan nya Nazran memegang sijil anugerah kehadiran terbaik dan wang tunai RM10.

Syukur Ya Rabbul Jalil !

Sesungguhnya rintihan seorang ibu untuk melihat juga anaknya menerima anugerah di dengar Maha Penyayang. Walaupun tidak sehebat anak-anak yang lain mendapat tempat dalam kelas tapi ini sudah lebih dari mencukupi.

Syukur atas izin Allah SWT, Nazran jarang jatuh sakit dengan berbekalkan vitamin Shaklee setiap hari.

Sesungguhnya inilah kejayaan sebenar di mana pengorbanan saya terbayar secara tunai. Bukan wang ringgit tapi ketenangan dalam meniti hari-hari saya sebagai seorang ibu yang mengharapkan anak nya sentiasa sihat dan ceria.

Kadang, ada juga sekali dua dia demam tapi sekejap sahaja tidak sampai pun sehari. Mungkin, faktor cuaca dan fizikal nya kepenatan. Cuma, ralat sedikit mendengar nya bercerita yang dia ditolak semasa menuruni tangga sekolah petang itu. Koyak seluar nya yang baru pertama kali dipakai dan ada secalit darah disitu. Tersentuh hatiku.

Walau bagaimanapun, Nazran juga kuat minum air putih. Memang saya selalu pesan supaya jangan lupa minum air yang banyak. Nazran bersekolah pagi dan petang memang penat. Saya yang tengok dia pun penat apatah lagi dia yang mengalami nya sendiri.

Harini, kami solat maghrib bersama. Nazran lah imamnya. Selepas solat, saya pesan supaya usai solat jangan terus bangun berdiri, kita mesti rajin berzikir setiap kali setelah habis solat dan saya ajarkan zikir yang basic untuk dia amalkan. Ayatul Kursi juga jangan dilupa. Dan akhir sekali, jangan lupa berdoa, minta pada ALLAH supaya hidup kita diberkati, supaya kita cemerlang dalam pelajaran.

Nazran salah seorang peserta dalam Program Berkhatan anjuran USIA (United Sabah Islamic Association), sebuah badan NGO yang diadakan pada minggu depan dan seramai 50 orang kanak-kanak yang tersenarai sebagai peserta. Percuma. 

Jadi, saya pesan bila sudah berkhatan nanti, Nazran mesti rajin solat, tidak boleh tunggu ummi ingatkan untuk solat, besar nanti bila ummi sudah tiada abang sudah tahu semuanya dan akan ingat sendiri sampai bila-bila. Dia menangis dan saya pun turut menangis. Semoga jadi anak yang baik ya anakku bila besar nanti. Semoga Nazran tidak tergolong di kalangan orang-orang yang sesat. Aminnnn Ya ALLAH!


"Prevention is Better Than Cure" 
Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”