Aszda LifeNotes

Thursday, 16 March 2023

Set Shaklee Paling Saya SUKA


Suplemen
OsteNutrix dan SR Vita C Plus ialah vitamin Shaklee pilihan saya yang memang saya konsisten makan setiap hari. Bagi saya seorang ibu dan isteri, tidak kira bekerjaya atau pun suri rumah mesti ada set suplemen yang dua ni. Paling penting! 

Merehatkan otot dengan OsteNutrix


Dulu nama dia OsteMatrix. Sekarang dia tukar nama sebab Shaklee upgrade untuk tambahkan kandungan Vitamin D. OsteNutrix ialah all-time favourite vitamin untuk saya. Tidak boleh tidur tanpa telan OsteNutrix ni. 

Pernah sekali produk ni tiada dalam pasaran. Saya tiada bekalan OsteNutrix dalam tempoh yang sangat lama. Disebabkan  upgrading product perlu banyak proses dan perlu dapat kelulusan sebelum masuk ke pasaran, saya yang pengguna tegar menunggu lah dengan setianya. 

Dan mahu dijadikan cerita pada masa tu, saya mengalami sakit bahagian belakang pinggang yang berterusan. Mahu juga dua bulan saya tanggung sakit tu. Setiap hari setiap kali berdiri lama, bangun berdiri setelah duduk lama, memang sangat payah. Saya rasa postur duduk semasa dalam pejabat yang buat pinggang saya sakit. Berkali juga check dan pergi x-ray tiada masalah tulang pun. Memang tersiksa zahir ku beb!   

Setelah product announcement, pulak tu limited stock, grab cepat-cepat dan berbulan konsisten lama kelamaan saya pun secara tidak sedar alhamdulillah hilang pun sakit pinggang tu sehinggalah sekarang. Syukur atas izin Allah SWT. 

Mulai daripada itu, saya tidak boleh tinggalkan OsteNutrix. Wajib telan sebelum tidur, bangun pagi confirm rasa segar dan best giler. Confirm bangun tidur terus membuang. Badan pun rasa ringan. 

Dalam OsteNutrix ada magnesium yang membantu kita dapatkan tidur yang lena sepanjang malam. Otot kita akan ikut berehat semasa kita tidur, jadinya sendi dan otot yang lenguh semuanya akan hilang selepas kita bangun setiap pagi. Best kan? Eh siapa yang tidak percaya tu mesti cubalah keberkesanan produk Shaklee yang satu ni ya. 

Vitamin C untuk Sihat dan Cantik

Bagi saya kita sangat perlukan Vitamin C ini sebab bukan saja untuk menguatkan imun sistem, ia juga membantu menganjalkan kulit. Betul bah? Iya bahh! 

Vitamin C dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel yang rosak disebabkan oleh radikal bebas. Sekiranya kita kekurangan vitamin c, badan kita tidak mampu menghasilkan kolagen seterusnya kulit akan nampak kusam, tidak sekata dan tidak anjal. 

Tambahan lagi, umur kita ni makin meningkat jadi lagi kita perlu vitamin c. Makin kita tua makinlah kurang tu Vita C dalam badan. Lebih teruk lagi, apabila kita banyak terdedah dengan cahaya matahari tanpa perlindungan.

Jadi, mama di luar sana tu mesti mau ada ni Vitamin C ya, paling best lagi pilihlah Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee. Sebab apa? 

1- Sustained release: Kita tahu vitamin c ialah vitamin larut air jadi kan setiap kali kita berpeluh kah kencing kah mesti keluar tu vitamin c dari dalam badan, jadi untuk dia maintain bekalan dalam badan kita mau dia lepaskan secara perlahan-lahan. Kita mau dia slowly keluar dari dalam badan supaya badan kita dapat perlindungan yang lebih lama lah begitu. Boleh lah elak sel dalam badan kita rosak. Sel sihat badan kita pun sihat lah. 

2- Lembut pada perut: SR Vita C Plus daripada Shaklee dihasilkan daripada ekstrak buah jagung dan bukan buah citrus yang selamat untuk mereka yang ada gastrik dan perut sensitif. Jadi selamat lah untuk semua orang. So, jangan risau! 

vitamin shaklee
Dan, mari dengar cerita ini memang pengalaman saya sendiri lah kan. Selama 10 tahun makan vitamin c ini, banyak yang saya nampak keberkesanannya. Tapi ini yang saya cerita ni baru salah satunya saja ya. Lately, dalam 2 minggu ni entah apa yang saya sibukkan sangat, tidur pun selalu lewat dan awal pagi kena bangun, saya selalu tertinggal makan vitamin c dan sekarang saya tersiksa menderita kerana jerawat tumbuh dengan banyak di muka saya. Oh NO! Mau cerita pun stress. Sebelum ni elok jak tumbuh pun mungkin satu biji dua dalam satu masa tapi sekarang menyesal tidak sudah ya. Mari kita halau dengan vitamin c Shaklee yang best ni. Jerawat please go away.

Sayang sebenarnya untuk yang tidak pernah terbuka hati untuk mencuba suplemen sihat yang dua ni. Tidak mahal wehhh sangat berbaloi dan sangat membantu. InshaALLAH! Dengan syarat kita mesti konsisten. 
   

 #blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleelabuan

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”