Saya percaya ramai yang pernah rasa kegagalan berkali-kali dalam hidup. Saya ingat suatu ketika dulu, stok suplemen Shaklee saya yang banyak tidak habis terjual dan saya gagal mencari tuan baru setiap botol stok vitamin saya. Sempat juga saya kira rugi saya masa tu. Hampir RM500. Bagi saya jumlah itu banyak untuk saya buatkan modal.
Tapi, disebalik rugi yang saya tanggung, saya sedekahkan beberapa vitamin dan selebihnya ada juga saya, adik dan anak-anak makan sendiri, Rugi tu mungkin saya rekod kan dalam bentuk wang, tapi apabila di ingat kembali memang ada hikmah tersembunyi.
Kejayaan itu dinilai apabila kita mampu bangun setiap kali kita jatuh.
Saya tahu, kejayaan yang saya cari masih belum saya kecapi. Manusia biasa seperti saya memang sering beralasan. Walaupun sebenarnya saya sangat ingin menjejakkan kaki ke dunia kejayaan. Tetapi kadang-kadang kita masih terpinga-pinga apa yang perlu kita buat untuk mengecapi kejayaan itu. Walhal kita rasa bersyukur dengan apa yang kita sudah ada sekarang.
Kata motivasi lagi untuk semua "Tidak ada jalan pintas untuk berjaya melainkan kesungguhan, ketekunan dan kegigihan"
Ya! Sesuatu yang dibuat penuh bersungguh-sungguh, kita sanggup berkorban masa dan tenaga. Tekun iaitu konsisten dalam setiap apa yang dilakukan. Usaha dalam kegigihan perlukan hati yang kental. Ini baru berniaga sehari tak laku esok tidak mahu berniaga pulak dah.
Teruskan saja usaha mu kalau penat kita rehat tapi jangan sekali kali berhenti
Tiga kunci yang saya pegang: Usaha, Doa dan Tawakal
Sesuatu kejayaan itu datang dengan izin Allah SWT. Jadi sebagai hambanya, kita perlu selalu berdoa minta untuk Allah kabulkan doa kita. Berdoa itu pun ada caranya tersendiri. Tawakal semestinya berganding dengan usaha yang berterusan. Selepas kita sudah cuba berusaha sehabis daya kita barulah kita boleh bertawakal dan serahkan pada kuasa Allah SWT.
Syukurlah walaupun ada masanya saya perlukan rehat yang panjang, saya tetap tersedar dalam lena dan sering bangkit juga tidak kira walau apa pun halangan yang ada kita cuba tepis.
"Prevention is Better Than Cure"
Jom sihat dan cantik bersama saya
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673
YouTube: RH AszdaYanty
Facebook: Asda HealthJourney
Instagram: asda_healthjourney
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi
“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”