Aszda LifeNotes

Sunday, 11 June 2023

Cerita Pengedar Shaklee Labuan

pengedar shaklee labuan
Yr 2023 with Nazran, Nashwa dan Nayla

2023 vs 2015


Dulu dan sekarang tetap setia bersama Shaklee. Saya masih ingat lagi selepas saja lahirnya Nazran, anak sulong saya, saya sangat aktif dalam bisnes Shaklee. Siang atau malam kami tetap buat penghantaran suplemen. 

pengedar shaklee labuan
Year 2015 bersama Nazran
Di tempat yang sama kami bergambar cuma masa dan situasi yang berbeza. Pada tahun ini, bersama tiga orang celik permata saya yang juga merupakan duta Shaklee kids saya. Duta yang tidak berbayar tapi mesti bagi upah vitamin Shaklee. Hihi. 

Apa lagi si kecik tu. Baru-baru ini saya menang contest Ramadhan GiveAway yang dianjurkan upline saya, Master Siti Aisah. Katanya pembelian melebihi RM450 dalam tempoh masa tertentu dapatlah Hero Kiddo.

Saya menang 4 botol Hero Kiddo tau dan 1 botol Vita-Lea Children! Uishh excited ummi rezeki anak-anak dapat makan vitamin percuma. Kali ini harap lah menang vitamin percuma daripada super upline pula Master Norita.


Pengguna setia Shaklee


Saya bukan sahaja seorang pengedar tapi juga seorang pengguna tegar suplemen ini. Sejak melahirkan Nazran, saya berpantang dan menyusukan dia berbekalkan vitamin Shaklee. 

Masa itu, saya masih kurang berpengalaman yalah anak pertama kan. Tapi walau anak pertama, dan saya pula melahirkan secara ceaser, semangat saya kuat untuk direct feed Nazran. 

Tapi dalam keterujaan bergelar ibu, saya terlupa untuk ready untuk pulang bekerja setelah maternity leave saya hampir tamat.

Jadinya saya mula kelam kabut mencari 'breast pump' masa tu dan dari situlah saya mencari makanan tambahan yang boleh banyakkan susu ibu. 

Maka, dari situlah detik saya bersama Shaklee bermula. Sehingga kan saya kongsi di laman sosial Facebook saya ada seorang rakan bertanya. 

Tidak sedar saya pun masuk ahli dan cuba menjual. Tidak sangka masa itu saya boleh jual beberapa set menyusu dan beberapa tong ESP. Alhamdulillah. Dapat juga bonus tunai boleh lah jadi duit poket isi minyak kereta untuk pergi bekerja kan. 

Shaklee Ada Di Mana-Mana


Saya pengedar Shaklee di kawasan Labuan tapi ya saya tetap boleh jadi pengedar untuk anda semua walau di mana saja anda berada. Jangan risau kita boleh order dan post direct kepada anda. 

Caj penghantaran tidak mahal pun cuma RM10 untuk semua kawasan. Tapi kalau anda membeli lebih RM300 produk Shaklee, penghantaran adalah percuma. 

Sekiranya bukan waktu sibuk dan waktu perayaan penghantaran mengambil masa 2-3 hari bekerja saja. Cepatkan? Baru-baru ini saya shopping kan untuk downline saya yang berada di Wangsa Maju. Selang sehari saja parcel Shaklee sudah pun sampai ke depan rumah nya. 

Senang saja pun kalau berminat dengan Shaklee ini. Saya pengedar saya juga pengguna. Anda? Jangan berlengah kerana zaman sekarang bukan lagi seperti dulu. 

pengedar shaklee labuan
Ready stock in da house 🏡

Dunia penuh sibuk dan kita tidak ada masa untuk mengambil berat tentang pemakanan kita. Saya bukan kata anda tidak boleh makan semua itu tapi berpada-padalah. Sedangkan doktor pun mencadangkan kita mengambil suplemen.

Disebabkan itulah, mencegah lebih baik daripada kita mengubati. Vitamin ini menggantikan buah-buahan yang anda tiada masa untuk mengupas nya membeli nya dan memakan nya. Vitamin juga menggantikan sayur-sayuran yang kaya dengan nutrisi penting yang diperlukan oleh badan kita.

Badan mau pakai lama ma. Tidak boleh cincai makan. Sekali sekala mau makan yang bergoreng ah, yang mentah-mentah ah boleh lah. Tapi jangan selalu ya.

Mari kita sama-sama amalkan hidup sihat. Kalau ingin tanya apa-apa boleh hubungi saya cepat jangan ragu-ragu ya gais. Tekan saja nama saya di bawah tu boleh terus whatsapp saya.

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”