Aszda LifeNotes

Friday, 12 September 2014

Cara Tentukan Waktu Subur Wanita

Salah satu cara untuk mengetahui waktu kesuburan seorang wanita ialah melalui pemeriksaan lendiran serviks atau bahasa mudahnya lendiran yang ada di alat sulit anda. Anda boleh lakukan sendiri pemeriksaan tersebut. Waktu yang paling sesuai ialah diawal pagi, sebaik sahaja bangun tidur.

Lendiran serviks mudah diperolehi dalam keadaan mencangkung, jadi sila lakukan langkah-langkah di bawah dalam keadaan mencangkung. Pastikan tangan anda dalam keadaan bersih sebelum melakukan langkah-langkah di bawah bagi mengelakkan infection. Seeloknya basuh tangan anda dengan sabun. Langkah-langkah untuk memeriksa lendiran serviks adalah seperti berikut:

1. Masukkan jari telunjuk ke dalam vagina sehingga merasakan sesuatu yang agak pejal. "Sesuatu yang pejal" yang dimaksudkan ialah pangkal rahim (serviks) anda. Putarkan jari di situ dan keluarkan jari bersama dengan lendiran.

2. Lendiran itu perlu dipegang dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Kemudian renggangkan kedua-duanya untuk menganalisa kepekatannya.

3. Jika terdapat kekeringan di bahagian kemaluan (vulva) dan hanya sedikit lendiran mukus, jangan paksa diri untuk terus melakukannya. Ini boleh mencederakan vagina.

4. Tidak perlu menggunakan bahan pelincir seperti KY Jelly untuk tujuan ini kerana ia akan mengelirukan keputusan. Kekeringan ini bermakna seseorang itu belum lagi mengalami ovulasi. Maka kemungkinan untuk hamil adalah rendah.

5. Jika lendiran serviks itu agak kental dan pekat, berwarna putih atau warna krim, ini bermakna seseorang wanita itu menghampiri waktu ovulasi. Jika direnggangkan antara kedua jari , ianya mudah putus. Kemungkinan untuk hamil adalah rendah, namun semakin lama semakin banyak kuantiti lendir dan lendirannya akan bertambah pekat dan jernih.

6. Jadi jika lendiran serviks telah berubah menjadi warna jernih, licin dan mudah direnggangkan, ini bermakna wanita itu mengalami ovulasi. Ramai wanita yang menggambarkan lendiran serviks ini sebagai warna ‘putih telur’.

Ketika ini, lendiran itu boleh direnggangkan antara jari telunjuk dan ibu jari sebanyak beberapa sentimeter sebelum ianya putus. Kuantiti lendiran pada waktu ini biasanya banyak sehingga anda terpaksa menukarkan pantyliner beberapa kali dalam sehari. Inilah masa di mana peluang untuk hamil adalah amat tinggi. Keadaan lendiran sebegini sesuai untuk sperma hidup sehingga 72 jam.

7. Walau bagaimanapun analisa ini haruslah dilakukan ketika di awal pagi kerana lendiran serviks adalah dalam kuantiti yang banyak berbanding dari waktu-waktu lain.

8.Jangan lakukan analisa ini selepas bersama suami. Ini kerana lendiran sperma masih berada di dalam vagina isteri untuk beberapa hari. Maka keputusan mungkin mengelirukan, kerana anda tidak dapat membezakan sama ada ianya lendiran serviks atau lendiran sperma.

9. Anda juga tidak akan mendapat keputusan yang baik jika vagina anda mengalami jangkitan kuman atau pun jika anda mengambil ubatan hormon herba, atau mengamalkan pil perancang keluarga kerana kesemuanya akan mengubah kepekatan lendiran cervical mucus itu.

Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan lendiran serviks, sila berjumpa dengan doktor untuk berbincang mengenai cara yang lain bagi menentukan waktu kesuburan anda. Atau pun anda boleh mengamalkan GLA Complex Shaklee. GLA merupakan vitamin yang dapat membantu memulihkan hormon kesuburan supaya kitaran haid anda kembali teratur. Pada kebiasaanya, selepas pengambilan yang betul selama dua bulan, anda akan mendapati bahawa kitaran haid anda mula teratur. Apabila kitaran haid anda teratur, anda dapat menganggar tarikh kesuburan anda & itu bermakna anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hamil.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...



"Prevention is better than cure" 

Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty



“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂