Aszda LifeNotes

Friday, 19 September 2014

Vivix & Schizofrenia

TINGKAH laku berubah secara tiba-tiba, gemar menyendiri, suka berhalusinasi dan banyak bercakap benda mengarut serta tidak masuk akal antara gejala awal penyakit psikosis iaitu penyakit mental popular ketika ini.

Mungkin bagi sesetengah orang, penyakit mental adalah biasa, namun yang luar biasa dan perlu dipandang serius apabila penyakit psikosis bermula seawal remaja. Perkara ini didedahkan Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Mohamad Hussain Habil.

Psikosis berasal daripada istilah Greek, iaitu ‘psyche’ yang bermaksud minda atau jiwa manakala ‘osis’ bermaksud keadaan tidak normal.

Ia adalah terma psikiatri umum bagi tahap mental yang dikaitkan dengan hilang pertimbangan terhadap dunia realiti. Penderita masalah ini disebut psikotik.

Situasi psikosis lebih serius digelar halusinasi dan delusi.

Menurutnya, psikosis boleh menyebabkan berlaku perubahan perilaku, termasuk meracau, delusi, halusinasi dan tidak dapat melihat sesuatu dalam bentuk realiti, menjadikan pesakit tidak mampu mengawal perasaan.




“Psikosis tidak boleh dipandang ringan. Pesakit yang mempunyai gejala ini perlu mendapat rawatan segera bagi mengelakkan ia berlarutan dan sukar sembuh. Ibu bapa yang mendapati anak mereka mempunyai tingkah laku luar biasa perlu mendapatkan rawatan.

“Walaupun masyarakat kita sedar penyakit mental, masih ramai melakukan rawatan menerusi bomoh atau pengamal agama, sedangkan masalah mental seumpama itu perlu mendapatkan rawatan pakar psikiatri,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Ada 280 jenis penyakit mental, dan satu daripadanya ialah skizofrenia. Psikosis adalah satu cabang skizofrenia yang dikaitkan dengan gangguan bahan dalam kimia iaitu serotonin dan dopamin.

Ia dianggap berbahaya jika pesakit tidak dirawat kerana boleh membawa perlakuan negatif, termasuk pembunuhan kejam.

“Walaupun sakit mental adalah penyakit baru dikenal pasti 50 tahun di Malaysia, kemajuan bidang perubatan hari ini membolehkan kita mengesan tahap sakit mental seseorang dan priskripsi ubat boleh diberi berdasarkan tahap penyakit dan jenis tekanan dialami.

“Semua penyakit berkaitan mental boleh diubati, apabila pesakit dirujuk kepada pakar dan patuh pada pengambilan ubat diberikan.

“Kalau dulu penyakit mental mungkin orang kaitkan dengan saka atau terkena ilmu hitam, rasukan makhluk halus, tetapi dengan adanya kemajuan perubatan itu, ibu bapa perlu segera membawa anak mereka yang mula menunjukkan tanda kecelaruan mental kepada pakar,” katanya.

Beliau berkata, pesakit mental banyak berlaku di kalangan orang Melayu dan golongan miskin kerana mereka sering mengaitkan kelakuan pesakit mental seperti bercakap dan ketawa sendirian akibat tersampuk, rasukan dan benda halus menjadikan mereka kurang berminat merawatnya menerusi cara rawatan moden di hospital. sebaliknya dirujuk kepada bomoh serta ahli agama.

“Tidak salah kalau kita mempunyai ikhtiar sebegitu. Sekali dua bawa berubat ke bomoh dan ahli agama, kalau masih tidak baik juga, keluarga perlu rujuk kepada hospital. Jika tidak dirawat dengan betul, lambat laun pesakit akan menjadi lebih teruk, termasuk membunuh,” katanya.

Katanya, kemajuan teknologi perubatan hari ini boleh mengesan pelbagai jenis penyakit mental, malah dalam janin sekalipun imbasan boleh dilakukan mengenal keganjilan pada otak bayi dalam kandungan.

Justeru, jika ada ahli keluarga dikesan berubah atau menunjukkan tanda seperti bercakap seorang diri, segera dapatkan rawatan kerana sebarang jenis penyakit mental boleh dirawat seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi.

“Paling penting, pesakit juga memerlukan rawatan, cuma mereka sebenarnya tidak sedar atau tidak tahu diri mereka menghidap masalah mental seperti itu,” katanya.

Simptom psikosis

· Mengalami perubahan ketara dalam tingkah laku, pemikiran dan perasaan mereka dan mampu menjejaskan kewarasan pesakit
· Berasa keliru
· Terdengar suara ghaib berkomunikasi dengan mereka (halusinasi)
· Mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi dengan orang lain (delusi)
· Percakapan banyak merapu dan mengarut
· Berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah secara tiba-tiba tanpa sebab

Antara punca

· Mempunyai keturunan yang mengalami sakit mental
· Mempunyai sejarah sakit mental
· Melahirkan anak (primaparity)
· Mengalami komplikasi ketika hamil
· Mengalami komplikasi ketika bersalin
· Masalah sosial

Vivix membantu dalam penumbuhan sel baru. In shaa Allah mampu mengurangkan simptom yg di alami


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂