Aszda LifeNotes

Tuesday, 7 October 2014

Cara Membaca Label Makanan

Tip bagi Pesakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

Jika anda menghidap CKD, anda mungkin perlu mengehadkan pengambilan sesetengah nutrien seperti natrium, fosforus atau kalium. Di samping itu, anda juga digalakkan untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans. Bacalah label pemakanan untuk membantu anda memilih makanan yang baik untuk kesihatan buah pinggang anda.
  • Lihat kandungan natrium pada label Fakta Khasiat Pemakanan.
  • Lihat senarai kandungan untuk melihat sekiranya terdapat penambahan fosforus dan kalium.
  • Lihat dakwaan pada label, seperti "rendah lemak tepu" atau "tanpa natrium".
Apakah yang harus saya perhatikan pada label Fakta Khasiat Pemakanan?

Lihat kandungan natrium pada label Fakta Khasiat Pemakanan. Sesetengah label ini juga mungkin menyenaraikan fosforus dan kalium, tetapi ia bukanlah suatu perkara wajib.

Apakah yang harus saya perhatikan pada senarai kandungan?
  • Semak jika terdapat fosforus, atau perkataan yang mengandungi PHOS atau FOS, dalam senarai kandungan. Kebanyakan makanan yang dibungkus mengandungi fosforus. Pilih makanan lain jika terdapat PHOS atau FOS dalam senarai kandungan pada label.
Kandungan: Kentang Terhidrat (Air, Kentang, Natrium Pirofosfat), Daging (Daging, Air, Garam, Natrium Fosfat), Wain...
Senarai kandungan ini menunjukkan bahawa makanan ini mengandungi penambahan fosforus.
  • Semak jika terdapat kalium dalam senarai kandungan. Sebagai contoh, kalium klorida mungkin digunakan untuk menggantikan garam dalam sesetengah makanan yang dibungkus, seperti sup dalam tin dan produk tomato. Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi kalium dalam senarai kandungan. 

    Kandungan: Jus Tomato, Jus Sayuran, Kalium Klorida, Gula, Magnesium, Garam, Vitamin C (Asid Askorbik), Asid Sitrik, Ekstrak Rempah, Perisa, Disodium Inosinat, Disodium Guanilat.
    Senarai kandungan ini menunjukkan bahawa makanan ini mengandungi penambahan kalium.
freedom to live with peritoneal dialysis

Tahukah anda?

Bahan-bahan disenaraikan mengikut jumlah yang terkandung dalam makanan. Sesuatu makanan mengandungi paling banyak bahan yang pertama dalam senarai, dan paling sedikit bahan yang terakhir dalam senarai.
Semak dakwaan pada bungkusan untuk membantu anda mencari makanan yang:
Lebih Rendah Kandungan Lemak Tepu/Trans
Lebih Rendah Kandungan Natrium*
Tanpa lemak tepuTanpa natrium
Rendah lemak tepuSangat rendah natrium
Kurang lemak tepuRendah natrium
Tanpa lemak transKurang garam

* Natrium klorida (garam) digantikan dengan kalium klorida dalam sesetengah makanan. Jika anda perlu memantau pengambilan kalium anda, semak senarai kandungan.

Diadaptasi dari: NIH 2010, National Institute of Health. No. Penerbitan. 10-7407, US.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂