Aszda LifeNotes

Wednesday, 15 October 2014

Shaklee Efforts: Memujuk Adik

Syukur alhamdulillah.. malam ni Allah permudahkan. Saya pun sudah berjaya menghantar order untuk 'surprise present' buat sifu Shaklee saya. Lega juga. Dari petang tadi buat edit semua, baru tadi selesai order procedure.

Petang tadi, adik lelaki saya yang paling tua, sebut2 pasal mencuci kotoran dalam badan, saya jawablah Herb-Lax. Dia sebenarnya baru makan Lecithin, selepas dipujuk oleh saya. Dia sibuk mahu turunkan berat badan, katanya boroi sudah. Saya bagitahu dia ambil dengan Herb-Lax haa degil. Berapalah sangat tu Lecithin dgn Herb-Lax masih juga mahu berkira. Aiyaaa...

Dulu adik saya ni consume GNC yg mahal tu, berjualan di sebelah The Body Shop premis tu. Mahalnya... Tapi waktu tu dia sanggup pula mahu beli. Siang malam dia kerja. Sekarang ni, dia sibuk uruskan lesen memandu, so dia mahu jimat sikit. Nafsu makan pun dia control bilang. Ermm.. Yalah tu, sabar sajalah. Pujuk dia makan dua ni, Lecithin juga dia ambil dulu. Takut betul pula dia, padahal ramai sudah pelanggan yang berjaya membuang/mudah menghadam dengan Herb-Lax. Sudah sebut berkali2 pun dia tidak yakin. Bukan main susah yakinkan adik sendiri ni.

Tapi di sebalik itu, dia ada juga menyokong. Alhamdulillah.. Tempoh hari, saya bagi dia bisnes kad, tapi dia minta lebih manalah tau boleh bagi2 dengan kawan dia. Yalah, sekarang kan dia makan Lecithin, ermm belum sebulan lagi lah. Saya tunggu dia terpujuk ambil Herb-Lax pula. Memang remaja sekarang ni kan, sanggup beli reload kredit berpuluh2 ringgit, tapi kesihatan tidak mahu jaga. Berjagalah ya, bila sudah sakit nanti baru mahu sedar, waktu tu kita susah untuk mengubati sudah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

Itu kisah yang seorang, ini pula seorang lagi.. Haa dia penggemar D'Herbs ni.. Dia beli set penyubur rambut. Lucu juga haritu bila mama tunjuk "Apa ni long.." Haa, dia nanti kita urus, tunggu adik yang tua tu dulu. Nanti adalah kawan saya yang satu kata, so boleh menyakinkan lagi. Hehe. Dia ni pun mesti kenalkan Set Kurus Shaklee ni. Berat badan dia tahap 'overweight' juga. Suka lagi minuman yang manis2 tu. Allahuakbar!! Tidak boleh control nafsu betul minum air kordial di rumah ni. Kadang sebotol air kordial tu boleh habis seminggu. Apa tidak, lepas makan jak, minum air manis. Risau betul tengok adik seorang ni. Badan dia cepat naik, sebab dia rajin pergi derma darah bah. Waahh... Cuma takut ada masalah di masa akan datang pula. Obes ni boleh menyebabkan kencing manis juga.. Nauzubillahi min zalik. Kena cepat2 cakap dengan dia ni.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂