Aszda LifeNotes

Friday, 3 October 2014

Dugaan Mematangkan Kita

Dugaan di pagi Jumaat, memang lah kita tidak harus menyalahkan pihak lain. Cuma mama saya bukanlah seorang yang pandai membaca. Tapi sekurang-kurangnya pihak Baitulmal boleh menghubungi direct pada penerima bantuan, bukan hanya menghantar pesanan ringkas. Tidak semua penerima bantuan baitulmal pandai membaca. Sesungguhnya hidup kita ni macam roda, kadang kita di atas kadang kita berada di bawah..

Saya datang dari keluarga yang berlatar belakang kan orang susah. Saya dari dulu belajar susah, sekarang ada rasa senang sikit sebab sudah bekerja, punya pendapatan sendiri berkat dari usaha pengajian hingga menara gading. Impian saya ingin memijakkan kaki, menuntut ilmu di UiTM akhirnya berjaya juga.

Saya juga bersyukur sangat2 diberi peluang untuk menuntut ilmu di salah satu sekolah agama dulu. Pada masa itu, pendapatan bapa yang tetap mampu menanggung pembelajaran sekolah saya, sekolah rendah kebangsaan pada sesi pagi dan sekolah agama pada sesi petang. Syukur sangat2 sampai sekarang, mampu mengadu pada Allah, boleh turunkan ilmu pada anak-anak saya juga.

Yang kesiannya, adik beradik yang lain selepas saya, tidak dapat untuk dihantar belajar agama atas kewangan bapa yang tidak mengizinkan. Mereka berempat tidak ada kesempatan untuk menuntut ilmu agama. Pendapatan bapa sudah tidak tetap pada masa itu, tambah2 lagi masa itu tempat bapa bekerja ada 'retrenchment worker', so bapa pun dibuang kerja lah.

Tahun demi tahun, pada masa itu saya masih menuntut di UiTM dan pulang Labuan untuk menjalani Latihan Praktikal. Syukur juga, Allah mempermudahkan urusan saya, cuma ada sebuah audit firm tersenarai untuk pilihan sebagai tempat 'Latihan Praktikal'. Excited betul mahu sambut raya bersama keluarga pada masa itu. Yalah, hampir 4 tahun saya belajar di Semenanjung, saya tidak pernah berpeluang berhari raya bersama-sama keluarga di Labuan.Tapi cuma seminggu berada di Labuan, kami terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Bapa saya pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami pada 20 May 2009.

Allah mempermudahkan hidup saya, saya ada seorang pakcik (adik seibu kepada arwah bapa) yang tinggal di Melaka, jadi selama saya tidak pulang ke Labuan, saya tinggal bersama mereka lah. Boleh juga saya simpan duit untuk beli tiket balik sekali dalam setahun. Syukur juga pinjaman MARA saya setiap bulan masuk akaun. Jika ada lebih, saya kirim ke Labuan untuk adik2. Bayangkan saya belajar jauh dari keluarga, yang jauh memerlukan wang untuk sewa rumah, belanja makan lagi, mana kalau mau jalan2 tambang bas lagi, beli2 barang lagi. Tapi saya dapat menyimpan setiap bulan dan mengirim duit sekali sekala.

Sekarang saya buat Shaklee sebagai side income, sebab saya tahu, saya perlu ubah nasib hidup mama saya, adik2 saya, keluarga saya. Saya mahu suami saya bangga dengan kebolehan saya. Saya mahu buktikan pada semua yg usaha saya tidak sia-sia. Saya akan buat impian saya jadi kenyataan. Saya tahu, kalau kita cuma mengharapkan gaji sahaja tidak cukup. Lagi2 saya ini suka menyimpan duit sebelum berbelanja. Memang belanja tidak cukup lah. Ada lebih pun kalau ada work overtime. Itupun susah hati bila bekerja lebih masa, yalah rindu Nazran di rumah. Lagi2 masa puasa, wah sungkai pun d ofis. Sabar sajalah kan.

Saya tahu duit bukan boleh bawa mati. Tapi sekurang2nya wang ini akan mengubah masa depan saya kepada yg lebih cerah. Dari pendapatan sampingan ini, saya juga dapat bersedekah pada orang lain. Kunci kekayaan itu kan 'bersedekah'. Kalau kita banyak memberi pasti kita juga banyak menerima. In shaa Allah. Saya tidak mahu menyusahkan mama saya turun naik baitulmal untuk memohon bantuan kewangan bulanan. Biarlah, saya akan anggap ini sebagai dugaan dalam hidup kami.

"Bukan senang kalau mahu senang"

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂