Aszda LifeNotes

Monday, 20 October 2014

Tahan Maki dan Kritik: Be Strong!!

Tips untuk berjaya pastinya kita kena sentiasa sabar. Biarpun orang memaki kita, mengkritik kita, mentertawakan kita.. Biarlah bah, kita ada hak untuk menentukan mata pencarian kita. Biarlah lebih dari sesuap nasi.. Jangan kurang.. Biar lebih, sebab lebih kita boleh simpan. Betul tidak?

Demi rezeki yang halal, kita perlu kuat untuk mengharungi apa saja jua rintangan yang datang. Walau kadang, kita lagi perlukan sokongan daripada hamba Allah tersebut tapi dia memaki hamun kita seperti kita ni tiada guna. Sedap jak cakap bah. Terlalu mudah untuk melukakan hati orang, hanya dengan kata2 berbisa. Pasti sudah bisa meninggalkan parut dalam hati. Simpan lah sampai bila2. Akan aku buktikan satu hari nanti aku berjaya. Pasti saat itu, dirimu pasti menyesal melepaskan kata2 bisa di hadapanku.

Kesimpulannya, saya jadikan sebagai pembakar semangat saya. Saya akan jadikan titik tolak permulaannya perjuangan saya ini. Impian saya cukup besar. Sangat besar. Saya ada hak untuk mengejar impian saya, dengan cara halal semestinya. Jadi, jangan sesuka hati mengeluarkan kata2 kesat kerana kata2 itu adalah dari hasutan Syaitan yg rejam. 

Berjuang dalam Shaklee, kita perlu sediakan perisai, bukan untuk memulakan perang, tapi kita mahu mengelak daripada diserang. Allah sentiasa bersama2 dengan orang yang sabar. In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂