Aszda LifeNotes

Monday, 27 October 2014

Tips Ceburkan Diri MLM Network Marketing

Jika anda inginkan extra income, dan ingin melibatkan diri dalam MLM (Network Marketing), ada beberapa perkara yg perlua anda titik beratkan.

Pertama, pastikan anda mulakan dengan modal yang kecil. Selalunya ini dipanggil sebagai Yuran Pendaftaran untuk anda layak dipanggil Distributor. Modal besar berpuluh-puluh ribu tu cuba elakkan.

Kedua, pastikan Syarikat yang anda pilih itu adalah syarikat yang bagus, telah lama beroperasi dan establish.

Ketiga, pastikan produk yang dipasarkan adalah produk yang dapat menambah nilai kehidupan seseoarang dan sentiasa mendapat permintaan, bukan bermusim.

Keempat, sistem perniagaan yang patuh syariah.. bukan sistem piramid, bukan sistem cepat kaya. Kekayaan tidak akan datang bergolek, kena usaha baru la terasa manisnya setiap sen yang diperolehi.

Kelima, pastikan anda memilih mentor yang dapat membawa anda bersama-samanya ke puncak kejayaan. Mentor yang komited dan bersungguh-sungguh, yang sentiasa memegang tangan anda pada setiap masa, yang tunjukkan jalan ketika sesat. Bisnes hebat tetapi jika memilih mentor yang salah tidak akan membawa anda ke mana-mana.

Setiap apa yang kita lakukan carilah SEBAB agar kita terus bersungguh-sungguh. Sedetik kita leka ingatlah kembali SEBAB itu agar kita terus melangkah.

Hidup ini adalah hasil daripada pilihan-pilihan yang kita pilih. Maka corakkanlah ia dengan warna-warna yang indah. Jadikan kesusahan, kesukaran masa lampau sebagai sebab untuk melonjak lebih tinggi... jadikan ia sebagai satu azimat supaya kita tidak mudah kalah dan berputus asa.

Tiada siapa yang boleh mengubah nasib diri melainkan diri anda sendiri.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂