Aszda LifeNotes

Saturday, 1 November 2014

Shaklee Labuan & Shaklee Menumbok in da HOUSE!!!!

Selamat pagi semua, saya mahu juga menulis walaupun hanya sebelah tangan saya yg menaip, sebab sebelah lagi buaikan anak. Sebenarnya saya tidak sabar mahu berkongsi kisah saya pagi tadi. Seorang rakan seperjuangan, anak Shaklee saya berjaya menaikkan uv hingga hampir melayakkan dirinya mendapa bonus bulan ini. Setelah sekian lama menunggu, sejak bulan May menjadi ahli, akhirnya dia mendapat aura dan rentak dalam Shakle business nya. Dia seorang yang sangat muda lagi masih berumur belasan tahun. 

Kalau anda mahu tahu, sebenarnya beliau sudah mendaftar menjadi ahli sejak December tahun lepas lagi, dan saya berjumpa dengannya di Menumbok yang pada ketika itu ngam masa saya untuk pulang kampung suami di Membakut, jadi turun dari feri, saya singgah berjumpa dengannya di sekitar bandar Menumbok tu. Dan dia sudah menghulurkan wang pendaftaran, sayangnya pada ketika umurnya masih belum layak menjadi ahli, hanya bulan May 2014, umurnya meningkat setahun, barulah saya mendaftarkan dia. Nampak kah tidak semangat adik yang sangat muda ini. Malah paling muda di kalangan anak Shaklee saya yang lain. 

Pagi ini, dia kata mahu tambah Performance, sambil saya pakaikan baju anak saya, saya call dia bagi kata semangat dan motivasi supaya dia terus mara. Baru hari pertama Nov, UV nya sudah mencecah 100lebih. Kalau anda mahu tahu, UV itu adalah point dan setiap produk ada pointnya yg tersendiri. Dan usaha untuk dapatkan 150uv supaya layak dapat bonus untuk bulan tersebut.

Kata beliau lagi, Performance tu utk neneknya. Wah, terharu bila dengar begitu. Bukan apa, adik ni seorang yang susah, dan dia mempunya cita2 untuk melanjutkan pelajaran dengan berkerja dahulu selepas beliau tamat SPM. Sekarang masih berkerja dan sambilan buat Shaklee bisnes. September yang lepas, saya dapat pujuk dia hadirkan diri ke New Distributor Trainig, dan selepas itu, November dia kembali bernafas dan bersemangat. Sangat berbaloi juga RM40 yang dia bayar untuk peroleh ilmu pada hari training tersebut. 

Syukur Alhamdulillah. Semoga diluaskan rezeki pada adik ini. Sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan. Jangan pernah mengaku kalah sebelum berjuang. Tiada yang dapat tolong kita melainkan diri kita sendiri. Terngiang di telinga ucapan terima kasih yang dilafazkan pada saya, kerana saya bagi dia semangat, saya bagi dia rasa bermotivasi. Saya boleh bantu dalam perjalanan kamu tapi jauh bangun kamu adalah hak kamu. Tepuk dada dan tanya selera.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂