Aszda LifeNotes

Monday, 20 October 2014

Tahan Maki dan Kritik: Be Strong!!

Tips untuk berjaya pastinya kita kena sentiasa sabar. Biarpun orang memaki kita, mengkritik kita, mentertawakan kita.. Biarlah bah, kita ada hak untuk menentukan mata pencarian kita. Biarlah lebih dari sesuap nasi.. Jangan kurang.. Biar lebih, sebab lebih kita boleh simpan. Betul tidak?

Demi rezeki yang halal, kita perlu kuat untuk mengharungi apa saja jua rintangan yang datang. Walau kadang, kita lagi perlukan sokongan daripada hamba Allah tersebut tapi dia memaki hamun kita seperti kita ni tiada guna. Sedap jak cakap bah. Terlalu mudah untuk melukakan hati orang, hanya dengan kata2 berbisa. Pasti sudah bisa meninggalkan parut dalam hati. Simpan lah sampai bila2. Akan aku buktikan satu hari nanti aku berjaya. Pasti saat itu, dirimu pasti menyesal melepaskan kata2 bisa di hadapanku.

Kesimpulannya, saya jadikan sebagai pembakar semangat saya. Saya akan jadikan titik tolak permulaannya perjuangan saya ini. Impian saya cukup besar. Sangat besar. Saya ada hak untuk mengejar impian saya, dengan cara halal semestinya. Jadi, jangan sesuka hati mengeluarkan kata2 kesat kerana kata2 itu adalah dari hasutan Syaitan yg rejam. 

Berjuang dalam Shaklee, kita perlu sediakan perisai, bukan untuk memulakan perang, tapi kita mahu mengelak daripada diserang. Allah sentiasa bersama2 dengan orang yang sabar. In shaa Allah.

Edar Pamplet Tanpa Malu

Petang tadi selepas turun daripada pejabat, saya berjalan kaki pulang menuju ke stesen bas, saya singgah untuk tapau roti canai sebagai pembuka puasa. Then, saya membayar tadi, saya bagi abg mamak di kaunter tu pamplet dengan kad nama saya. Dia tanya ubat kah, saya jawab "bukan... ini suplemen, macam vitamin, ada bakar dan buang lemak" Muka abg mamak tadi macam tidak percaya jak. Wah takkan mamak tidak tahu Shaklee, Sabar saja kan. Bahaya betul kalau hidup langsung tidak ada suplement. Duduk bekerja di kedai mamak lagi lah. Tidak boleh lari dari makanan berminyak dan kolesterol tinggi. Nauzubillahi min zalik.

Selesai sharing walau sekejap, sambung lagi perjalanan ke stesen bas. Syukur juga sempat naik bas tu sebelum dia bergerak. Kalau tidak, tunggu lagi bas yang baru. Lama mahu tunggu tu, penumpang penuh baru jalan tu. Saya naik bas tadi, tidak sampai seminit, bas sudah memulakan perjalanan. Itu pun, azan Magrib saya dengar sebelum saya tiba di rumah. Buka puasa lambat sikitlah nampaknya.

Malam semalam pun saya tidak makan, cuma makan lebihan nasi lepas suap Nazran. Malam pula susah tidur. Sahur pula terlepas. Sedar sedar saja sudah azan subuh. Nazran mengamuk minta susu. Lepas bagi susu, saya terus solat. Hari ini cukup memenatkan, seharian berpuasa. Tapi saya kuatkan juga untuk duduk depan lappy saya ni. Untuk update perjalanan hari ini yang saya rasa sangat jauh. Masa bayar pakcik bas tadi pun, saya bagi pamplet dengan kad nama. Dia cuma senyum jak. Biarlah apa orang mahu kata, saya tidak malu. Saya mencari rezeki yang halal bah, dari usaha saya sendiri juga. Kita cuma mencuba, kalau mereka tidak mahu biarlah. Kalau mereka berminat, itu rezeki. In shaa Allah mereka memilih jalan yg betul untuk hidup sihat. Hari ni puasa saja turun berat. Hehe. Esok berniat untuk berpuasa lagi. In shaa Allah.

Siapa yang berminat dengan vitamin Shaklee yang saya jual ni..
Jangan segan2 bertanya, saya pasti berikan harga terbaik.

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

Lekat Sticker Shaklee

Pagi Ahad kelmarin, saya bersama adik bongsu saya bersama-sama lekat sticker Shaklee di bonet kereta. Walaupun agak susah, kerana saya tiada pengalaman sebelum ni, tapi kami cuba juga. Sedikit senget juga hasil daripada lekatan salotape tidak seimbang dan kurang tepat. Tapi tidak apa. Kita cuba juga. Manalah tahu kita dapat rezeki dari luar dengan adanya sticker ini.

Pagi tadi, selesai solat subuh, saya panggil adik bongsu saya hulur duit RM50. Dia tanya untuk apa, saya jawab untuk belanja sekolah lah. Duit ni hasil pulangan modal daripada jualan kelmarin tengahari. Walaupun tidak sempat menghantar, rakan seperjuangan saya tu sanggup mencari rumah saya untuk ambil Meal Shake dia tu. Syukurlah, pulang juga modal kan. Duit itu lah saya bagi adik bongsu saya pagi tadi. Mesti dia rasa gembira tu. Yalah, upah dia berpanas di pagi hari lekatkan sticker untuk saya. Kasihan dia. Terima kasih adik bongsu ku. Bestkan buat Shaklee. Alhamdulillah.

Saya memilih hijau kerana warna kesukaan sang suami. Semoga dia sukakannya!!


Asma & Cara Mencegah

Kasihan bila tengok updates daripada rakan2 di facebook. Ramai yang berjaga siang malam menjaga anak yang kurang sihat. Tambah2 lagi anak mereka yg ada asma tu. Ya Allah.. sampai pakai apa tu topeng oksigen. Kesian betul, kecil2 lagi sudah dapat asma. Ada juga saya cuba PM mereka manalah tahu Shaklee boleh membantu. Bukan apa, anak saya pun sudah lama saya bagi minum set si manja ini. Saya tahu sangat keberkesanannya.

Untuk pengetahuan semua, ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak penyakit asma ini. Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.

Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang lain . Antara faktor-faktor penyebab ialah :
~Bulu binatang
~Debu atau habuk
~Perubahan cuaca
~Senaman
~Merokok dan asap rokok
~Debunga
~Jangkitan saluran pernafasan
~Makanan / Buah-buahan tertentu
~Tekanan perasaan
~Ubat tertentu

Gejala penyakit asma:-
*Batuk ( terutama d waktu malam atau semasa cuaca sejuk )
*Susah bernafas ( sesak nafas )
*Nafas berbunyi ( wheezing )
*Rasa ketegangan di dada

KAWALAN ASMA
Pesakit Asma boleh menjalani kehidupan biasa seperti orang lain jika Asma dikawal.


Set Kesihatan Kanak-Kanak ini adalah istimewa kerana set ini mampu mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan pada kanak-kanak. Demam, selesema, eczema, asma, batuk, kurang aktif, sukar menghadam, masalah berat badan dan pelbagai lagi. Set ini adalah lengkap dengan nutrien diperlukan oleh kanak-kanak.

Meal Shake tu kaya dengan protein. Lagi-lagi pada anak yang suka memilih makan. Kaya dengan multivitamin untuk anak kita sesuai dengan tumbesaran mereka. Di samping itu, Omega Guard pula lebih kepada perkembangan otak, mengurangkan alahan dan juga antibodi. Meal Shake juga membekalkan imun tapi bila digabung dengan Omega Guard ini pasti kesannya berhasil.. In shaa Allah. Cubalah yang terbaik demi anak-anak. Keprihatinan anda amatlah saya hargai.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Shaklee Effect: Kenderaan Usaha

Selamat pagi semua...

Pagi cerah, pergi kerja menaiki bas, termenung dan berfikir. Kalau kita sudah lewat dan memilih untuk naik bas yg selalu berhenti menyinggah pasti kita akan lambat masuk kerja. Begitu juga kalau kita dalam Shaklee, sekiranya kita memilih untuk berhenti-henti pasti kita sukar untuk mencapai kejayaan dengan cepat. Usaha mesti konsisten, secara berterusan. Tanpa henti.

Ini juga sebagai peringatan diri sendiri.. Allah adalah sebaik-baik perancang, pasti DIA ada rancangan di sebalik semua ini. Janji Allah itu pasti. Biar apa pun dugaan, kita mesti terus berjuang dengan sabar. In shaa Allah.. Saya akan kejar car bonus tu. Apabila ada car incentive tu nanti saya akan cuba memandu lagi. Saya harap suatu hari nanti saya ada kekuatan untuk itu. 

Cuma satu, pilihan di tangan anda sendiri. Terserah pada kita sendiri. Tepuk dada tanya selera.