Aszda LifeNotes

Sunday, 25 January 2015

Urinary Tract Infection: Pengalaman Sendiri

Hai semua....

Cerita hari ini penuh dengan saspen dan cemas. Sakit di sebelah kiri bawah perut yg berlarutan sejak pagi Jumaat lagi buat saya takut. Mahu bawa pergi check, takut juga.. Tapi gagahkan jugalah. Manalah tahu sesuatu yang mengejutkan!!! Nauzubillahi min zalik...

Bangun pagi dengan sakit yang tidak tertahan. Selesai membersihkan diri, saya kejutkan sang suami dengan keadaan mamai lagi dia pergi mandi. Tanpa menjawab saya. Selesai mandi, barulah dia bertanya saya betul2. Sabar sajalah..Hehe..

Pergilah Kecemasan selepas tu, tunggu giliran, tidak lama nama sudah dipanggil. Doktor pun tekan2 bahagian sakit. Lama2 dia buat urine test utk saya. Lepas dia keluar, dia cakaplah saluran air kencing saya terkena jangkitan kuman. Haaa??!! Terkena jangkitan kuman boleh sakit sampai begini sekali kah? Allahuakbar..Bergerak pun payah..Apa yg doktor tanya, mahu jarum atau bagi ubat saja? Haa..tidak mahu jarum...Huhu..Bagi ubat sajalah doktor.

Urine Tract Infection (UTI) itulah yang doktor tulis pada preskipsi ubat saya tadi. Tunggu ubat bukan main lama mak aiii...Akhirnya saya keluar setelah lebih sejam berada di sana. Sabar sajalah.. Dengan sakit2 tu, saya tetap teruskan niat saya untuk pergi ofis. Sambung serba sedikit tugas yang tertangguh.

Moral of the story, jangan kerana kesibukan tugas kita lupa dan leka untuk menjaga kesihatan. Atas nasihat doktor, saya perlu minum lebih banyak air lagi lebih daripada biasa. Akhirnya saya sembuh juga, walau masih berbaki rasa sakit tu sekarang ni tapi memadailah 2 hari 2 malam saya menahan kesakitan. Apa yang saya amalkan ialah peppermint ginger telan 3 biji sekaligus dlm sehari dan cuma semalam saya minum air bancuhan 3 sudu makan Vivix.

Word of the day


To ensure good healthy: eat lightly, breathe deeply, live moderately, cultivate cheerfulness, and maintain an interest in life.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂