Aszda LifeNotes

Wednesday, 5 August 2015

My Hero - Turn 2 years



Nazranfiddin Asjad


Hari ini entri untuk anak pula, yalah saya sangatlah berbesar hati untuk menceritakan tumbesaran anak saya yang pertama ini. Apabila melihat kepintaran, kbijaksanaannya, lincah dia bgerak saya sangat2 terharu, juga sangat gembira yg tidak boleh saya gambarkan dengan kata2.

18 Jun 2013 tarikh yang amat bermakna buat kami sekeluarga, anak saya merupakan cucu sulong buat mama saya dan di sebelah suami saya pula bertambah pula cucu setelah 7 orang cucu dari kakak dan abang kandung suami saya. Nazran sangat istimewa di mata saya sebagai ibu yang mgandungkan, melahirkan, menjaga dan mnyusukannya sepanjang saya cuti berpantang.

Bukan apa, kalau dikenangkan saat-saat sebelum dan selepas melahirkan dulu banyak dugaan kami berdua yang baru bgelar ibu bapa untuk pertama kali. Bayi saya mengalami jaundis melebihi 14 hari dan kami sampai dua kali masuk wad untuk rawat Nazran yang bacaan bilirubin nya mendadak naik. Disebabkan oleh itu, semua bayi yang mempunyai "prolonged jaundice" terpaksa di ambil darahnya sehingga dua tiub darah untuk dibuat ujian keseluruhan seperti fungsi jantung, hati, buah pinggang dan lain-lain. Masa tu pun sangat menyayat hati sebab kami tidak dibenarkan bersama semasa darah itu di ambil, menjerit menangis Nazran kami hanya mampu mendengar dari luar sehinggakan dia tersedu-sedu menangis tidak bersuara semasa saya mengambil nya.

Di wad pula, kami mesti menginap sehingga dua malam dan hanya dibenarkan keluar pada pagi hari ketiga. Begitu juga pada kedua kali kami di tahan di wad yang sama. Setiap pagi dia akan di bawa keluar oleh petugas nurse untuk mengambil ujian darah bilirubin nya yang di ketip di belakang tapak tangan. Sehingga sekarang bekas luka itu masih kelihatan di tangan Nazran. Setiap kali melihat itu, saya mesti akan teringat kembali betapa payahnya kami lalui hari-hari sepanjang sebulan tu. Pelbagai cara alternatif yang kami cuba untuk memastikan anak kami sembuh sepenuhnya.

Pengalaman di wad kanak-kanak, saya tidak mampu lupakan apabila petugas di situ sampai meninggikan suara dan mengherdik saya. Terasa saya ni sudah buat satu jenayah pula. Saya tidak pernah tidur selesa kerana menjaga Nazran. Dia pun kelihatannya suka sangat membuka penutup mata yang dipasangkan padanya. Setiap dua jam saya kena menyusukan dia supaya dia lebih banyak membuang air. Sehingga pernah satu hari tu, Nazran asyik tidur saja sampai nurse terpaksa tampar untuk kejutkan dia dari bangun supaya dia boleh menyusu badan dari saya. Sedih juga pada masa itu. Setiap malam di wad tu saya mesti mengalirkan air mata. Mungkin sebab tekanan perasaan dan juga terlalu melayan rasa sakit hati dengan layanan nurse dan petugas di situ. 

Bukan itu sahaja, disebabkan Prolonged Jaundice Nazran diberi tarikh untuk berjumpa dengan Paedriatik. Satu hari tu, mereka dengar sesuatu pada jantung Nazran ada bunyi pelik tapi Paedriatik di Hospital Nukleas tidak dapat memastikan apa itu sebenarnya. Apa yang mereka katakan pada kami mungkin juga boleh tertutup atau mungkin juga lubang tu tidak tertutup sampai bila2 dan mungkin juga dia mesti menerima lawatan lanjutan. Pelbagai kemungkinan yang kami dengar daripada doktor pakar. Siapa yang tidak risau memikirkan itu tambah lagi kami ini terpaksa pergi ke Hospital Ibu dan Kanak-Kanak di Likas Kota Kinabalu. Seharian kami berada di sana menunggu giliran. Kami bersarapan di hospital dan malam sebelum itu kami terpaksa menginap di hotel berdekatan untuk mudah ke sana. Di sana, beberapa proses yang kami terpaksa hadapi disebabkan Nazran tidak mahu diberi ubat pelali supaya dia tidur untuk memudahkan doktor memeriksa keadaan jantungnya.

Semasa umur 8 bulan Nazran juga diberi tarikh untuk berjumpa dengan pakar Audiotory di Hospital Pakar ENT (telinga, hidung dan lidah). Sesampai sahaja kami di sana, kami terpaksa menunggu lama dan syukur juga waktu itu Nazran tidur semasa diperiksa tapi tiba telinga sebelah untuk diperiksa dia pula sudah terbangun dan sesi pemeriksaan terganggu dan doktor tidak dapat menjalani ujian telinga nya dengan sempurna jadi kami diberi tarikh lain lagi selepas umurnya 1 tahun kami bawa lagi dia ke sana untuk menyempurnakan sesi ujian pendengaran nya. Kali ini agak well behave walaupun dia tidak pandai duduk diam kerana banyak mainan dalam bilik doktor yang memeriksa dia pada waktu itu. Nakal juga waktu tu. Setelah pahit maung bersusah payah ke sana ke sini akhirnya Nazran dapat juga meneruskan hidup seperti biasa tanpa pemeriksaan lanjutan di mana2 klinik pakar.

Setelah dia membesar dan beratnya naik dengan sihat setelah 4 bulan, Nazran mula susut berat badan selepas saya mula kembali berkerja. Sehinggalah sekarang beratnya juga masih belum mencapai berat badan ideal bagi umurnya yang sudah meningkat dua tahun.

Walau bagaimana cara sekalipun, saya sangat berbangga dengan apa kami ada sekarang. Nazran mula menampakkan kepintaran nya dan sangat aktif bermain bola. Itulah dugaan saya sekarang, setiap petang saya rasa berat hati untuk menambah waktu kerja saya demi melihat dia sejurus saya balik bekerja. Naluri seorang ibu kan memang ingin sentiasa rapat dengan anaknya.

Saya mengenal Shaklee pun selepas saya habis berpantang dan barulah saya bermula dengan Set Penyusuan Bajet dan setelah Nazran berumur 10 bulan saya cuba juga bagi dia Meal Shake dan juga Omega Guard. Saya bagi pun sebab Nazran mengalami masalah berat badan dan carta beratnya sudah mula menurun dan setiap bulan terpaksa bawa dia ke klinik kesihatan untuk monitor berat badannya ni. Tambahan lagi berklinik pakar paedriatik setiap 5 bulan sekali. Tapi sebelum umurnya 2 tahun kami sudah tidak perlu membawanya ke Paedriatik lagi kerana masalah berat badannya tidak membimbangkan oleh kerana perkembangan tumbesaran Nazran sesuai dengan umurnya walaupun dia nampak kecil. Hehe.

Sekian rencah perjalanan sepanjang Nazran menginjak ke umur 2 tahun. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan kekuatan dan seiring dengan ketabahan kami berdua ayah dan ummi.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂