Aszda LifeNotes

Thursday, 17 September 2015

Info Kanak-Kanak: Rangsang Perkembangan Otak Anak

Aktiviti Rangsang Otak Kanan Anak Pintar


Ada fakta yang mengatakan kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih bijak, cerdik dan positif. Ibu ayah disarankan melakukan rangsangan pada otak kanan anak sejak si kecil berusia seawal enam bulan. Otak kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya.Otak anak pada enam tahun pertama usianya bersifat seperti span. Mereka mudah menerima rangsangan. Oleh itu dedahkan kepada ilmu yang menyeronokkan supaya dapat membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu.

Aktiviti yang menggunakan jari jemari dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalahh hasil daripada kerahan otak kanan.

1. Bermain tanah liat. Dengan menggunakan kreativiti membuat pelbagai bentuk haiwan, objek dan sebagainya membantu otak kanan anak aktif berfikir.

2. Origami. Belajar pelbagai lipatan kertas bagi membuat bermacam bentuk.

3. Menggunting. Belajar menggunting pelbagai jenis bentuk, garisan atau apa sahaja gambar.

4. Masukkan manik dalam benang atau tali dalam straw minuman.

5. Melukis. Kreativiti anak dirangsang melalui aktiviti melukis. Biarkan mereka melukis apa sahaja yang diimaginasikan.

6. Bercerita. Anda boleh meminta anak menyambung cerita yang anda ceritakan. Biarkan mereka menggunakan daya imaginasi.

7. Bermain teka-teki dengan anak. Caranya, letakkan satu barang dalam kotak/bekas tidu, suruh anak teka barangan tersebut atau teka bentuk dan warnanya.

8. Kad imbasan. Mula perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

Tak perlu buat aktiviti ini dalam tempoh lama untuk mengelakkan anak bosan. Masa disarankan lebih kurang setengah jam sahaja.

Resources: Pa&Ma @ Karangkraf

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂