Aszda LifeNotes

Sunday, 15 May 2016

Bengkel Nutrisi Shaklee 2016


Salam ceria semua...

Alkisah saya pagi ini saya bangun awal pagi untuk menyapu rumah, siapkan sarapan, mengeluarkan baju yg sudah dicuci di mesin basuh dan jemur, mengemas tempat tidur, mandikan si comel barulah saya membersihkan diri. Sambil menunggu hero-hero saya selesai mandi saya jemur baju kerja suami saya pula. 

Siap semua saya dihantar terus ke Tiara Hotel Labuan. Sampai sahaja di sana dan saya turun terus saya ke kaunter bertanyakan tempat bengkel nutrisi. Saya call Master katanya di Billion Waterfront. Aduuuhhh.. teruslah saya berpeluh-peluh kerana salah tempat. Nasiblah si comel saya tidak banyak kerenah dan dia tenang sahaja berada dalam stroller. 

Bersama saya bawa dua beg, stroller dan si comel dan minta tolong call teksi selepas beberapa kali cuba menghubungi suami saya tidak berjaya. Hampir 10 minit saya decide untuk menghubungi teksi. Adik di kaunter tu, memaklumkan saya teksi dalam perjalanan lebih kurang 8 minit. Masa itulah suami saya menhubungi saya balik tapi saya tidak menyuruh nya datang mengambil saya. Setelah beberapa minit menunggu, teksi tiba dan saya tolak anak saya ke depan pintu. 

Tawakal dan berdoa agar tambang teksi itu tidak melebihi wang saya dalam purse. Saya tengok hanya ada RM31 sahaja. Mudah-mudahan tidaklah sampai 30 ringgit teksi itu. Sampai sahaja di tempat yang dituju saya terpaksa membetulkan stroller si comel kerana pembantu hotel dan uncle teksi itu tidak pandai membetulkan stroller tu. Ya Allah!!! Secara tidak sedar, anak saya dukung terkebelakang dan dia menangis semasa menunjukkan tempat untuk buka stroller tu. Kasihan dia.. Nasib tangisannya cuma sementara. Syukur syukur syukur ya Allah cuma RM17 sahaja tambang teksi itu. 

Leganya saya setelah sampai di pintu dan ada juga pembantu hotel membukakan saya pintu. Selama berlangsung nya kelas, saya menidurkan, menyusukan dan menghiburkan si comel saya itu. Sangat berterima kasih kerana tidak banyak mengganggu saya sepanjang kelas. Dia cuma menangis jika terkejut semasa pecah ketawa kami dalam kelas dan menangis jika minta susu. Tambahan lagi, dia ini tidak biasa disusukan semasa duduk, dia suka kita baring bersama. Nashwa, nashwa.... 

Alhamdulillah... Walaupun sehari suntuk menuntut ilmu tapi rasanya seperti tidak cukup dan tidak puas bersama pakar nutrisi kami, Ms Tracy Yong dan rakan seperjuangan Shaklee yang lainnya. Saya sungguh tidak puas dan tidak sabar untuk selalu datang ke kelas Shaklee nanti. InshaALLAH. 

Antara tujuan Bengkel Nutrisi ini ialah:

Memperkayakan ilmu dgn produk2 Shaklee
Mengetahui kelebihan manfaat produk Shaklee
Menambahkan pgetahuan tentang cara pgambilan nutrisi


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Binti Rudy
Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda HealthCare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂