Aszda LifeNotes

Tuesday, 11 April 2023

Duit Raya Awal Hasil Bisnes Online

Bisnes online sudah tidak asing lagi di zaman serba teknologi canggih ini. Rata-rata usahawan menjalankan perniagaan mereka melalui online apatah lagi marketing kebanyakannya menggunakan media sosial yang sangat berkembang pada waktu ini. 

KEHEBATAN BISNES ONLINE 


Perniagaan dalam talian atau 'bisnes online' bukan sahaja mudah dilakukan malah menjimatkan masa. Perniagaan dalam talian menawarkan pelbagai faedah, termasuklah: 

 Jangkau: Dengan perniagaan dalam talian, anda boleh menjangkau khalayak yang lebih ramai, luas dan menyasarkan pelanggan di seluruh dunia. Perniagaan kita boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai sambungan internet, tanpa mengira lokasi fizikal mereka.

Contoh: Facebook/Meta for business. Features yang sangat best untuk mereka yang buka bisnes online melalui media ini sebab kita boleh pilih golongan mana yang sesuai dengan produk kita jadinya mudah kita mendapat pelanggan yang betul² serius ingin membeli. 

Misalnya, saya sendiri sebagai pengedar Shaklee yang menggunakan media ini sebagai salah satu platform untuk saya buat marketing produk Shaklee saya. Setiap produk mempungai sasaran pengguna mengikut kesesuaian masalah yang dihadapi jadinya senang untuk memberikan pandangan dan nasihat tentang set kesihatan yang mereka perlu ambil. Mudahkan? 

 Kos Lebih Rendah: Perniagaan dalam talian biasanya mempunyai kos overhed yang lebih rendah berbanding perniagaan tradisional. Tiada sewa atau perbelanjaan utiliti, dan lebih sedikit pekerja diperlukan untuk menjalankan perniagaan.

Contoh: Tiktok. Perniagaan di dalam tiktok sekarang sangatlah berleluasa tidak perlu ada premis/kedai,  dari rumah saja pun boleh menjual jadinya kos lebih murah. Kalau ada kedai fizikal ni kena bayar sewa la, bayar letrik, bayar air atau sekiranya perlu kita kena renovate lagi kan? 

 Fleksibiliti Anytime Anywhere: Perniagaan dalam talian boleh dijalankan dari mana-mana sahaja dengan sambungan internet, memberikan lebih fleksibiliti dan keseimbangan kehidupan kerja untuk usahawan.

Contoh: Intagram for business, sebesar mana usahawan atau pun mana² peniaga² kecil sekalipun mereka boleh update gambar yang menarik berkenaan perniagaan mereka pada bila² masa saja janji ada rangkaian internet yang kuat. Gambar ni antara marketing yang sangat berkesan tau?Setuju kan! 

 Available/Buka 24 Jam : Perniagaan dalam talian boleh beroperasi 24/7, membolehkan pelanggan mengakses produk dan perkhidmatan kita pada bila-bila masa yang dikehendaki tidak kiralah siang atau malam .

Yalahkan kalau kedai fizikal ada business hours yang tertentu dan jika ada pekerja yang menjaga pula tidak boleh melebihi masa dalam setiap hari untuk menepati undang2 pekerja kan. 

Contoh: Saya suka dengan platform yang sy baru² juga berjinak marketing dalam Google Business. Ha, yang ni kan boleh set masa business hours 24 jam ikut suka hati kitalah mahu buka public holiday pun boleh tiada masalah setting semua tersedia dalam Business Profile. 

 Mudah akses kepada Data: Perniagaan dalam talian mempunyai akses kepada banyak data tentang pelanggan dan pelawat tapak web mereka, yang boleh digunakan untuk memaklumkan keputusan pemasaran dan perniagaan. 

Contoh: Shopee. Sebelum kita membuat pembayaran, kita boleh review feedback dari setiap pelanggan yang sudah membeli supaya kita tidak hesitate untuk membeli dari kedai tersebut. Ini boleh meningkatkan tahap keyakinan kita utk membeli barang daripada kedai tersebut. Jadinya senang buat seller utk close deal senang juga buat buyer utk buat psmbelian segera.  

 Pengalaman Pelanggan yang Dipertingkat: Perniagaan dalam talian boleh memberikan pengalaman pelanggan yang lancar dan diperibadikan, dengan ciri seperti chatbots, perkhidmatan pelanggan automatik dan pengesyoran yang diperibadikan.

Ha, yang ni pula contoh SSPN Plus. Tapi ini bukanlah satu platform bisnes ya. SSPN Plus ni  more to savings dan takaful. Eh bukan mau promote. Mahu bagi contoh saja SSPN Plus ni ada chatbots senang kita yang pelanggan ni untuk bertanya terus jika ada sebarang kemusykilan atau masalah pada pihak berkenaan. Tidak perlu lagi kita membuat panggilan. 

Jimat masa tidak lah kita kelamaan lagi menunggu dalam talian untuk disambungkan. Jimat kredit panggilan juga kan? Sebab semuanya pun melalui online mudah untuk pihak tertentu membuat kaji selidik atau pun pemerhatian terhadap semua pelanggan mereka seterusnya bolehlah mereka upgrade servis untuk memberi perkhidmatan yang terbaik buat kita semua. 

BISNES ONLINE SHAKLEE PILIHAN TERBAIK SAYA

Hampir 10 tahun saya bersama Shaklee. Setiap tahun Shaklee bagi saya Borang CP58 without fail. Senang saja cuma perlu login di Shaklee2u website dapatlah buka Borang CP58 tu. Eh ada yang tidak tahu ini borang apa? 

Form CP58 ini ialah penyata pendapatan yang diperolehi daripada hasil perniagaan Shaklee. Pendek cerita jumlah keseluruhan cash bonus setiap bulan pada tahun taksiran tersebut akan dinyatakan dalam borang ini. Banyak ka sikit itu rahsia masing² tapi yang pasti saya mesti menerima penyata ini setiap tahun sejak 2013 lagi.

Saya sebagai pengedar Shaklee sangat suka berkongsi manfaat produk melalui online. Gambar² produk dan testimoni produk memang memainkan peranan penting untuk menarik lebih ramai orang membeli dari kita. 

Very convenient dan sangat cost effective. 

Saya tidak perlu buka kedai fizikal pun dan saya gunakan hampir semua platform yang ada. Facebook, Intagram, WhatsApp, Google Business dan juga yang saya sedang buat sekarang ni Blogging. Saya cuma perlu spend RM35 setiap bulan untuk dapatkan rangkaian internet tanpa terhad. Bebas upload dan download gambar di semua media platform pada bila² masa kita mahu. 

Tidak perlu modal besar pun untuk pegang stok Jadinya tiada risiko untuk Vitamin Shaklee kita tidak habis terjual. Senang kan? 

Mudah membeli dan menjual

Shaklee Branch sudah pun ada di negeri-negeri seperti Selangor, Putrajaya, Johor, Kelantan, Sabah. Sekiranya saya mempunyai pelanggan yang jauh dari saya, sesudah consult, close deal dan dapat bayaran daripada pelanggan, saya cuma perlu login Shakee2u, pilih produk, key in kan alamat penerima then place order. 

Mudah! Hujung jari saja kan. Sangat mudah membuat bayaran melalui FPX platform kerana ia terus menghubungkan perbankan internet kita yang ada. Seterusnya Shaklee Branch yang terdekat akan buat penghantaran bagi pihak kita jadinya bukan alasan untuk orang jauh tidak boleh beli dari kita tau? Nasib ada business Shaklee online, kan? 

Apatah lagi yang dekat ni, sekiranya stok saya sedia ada boleh terus COD terus ke depan pintu rumah. Tidak semestinya kena pegang stok sebab kita pun boleh beli online.

Bantu orang lain tingkatkan tahap kesihatan mereka 

Bertambah excited rasa di hati saya apabila mereka yang membeli dan mengamalkan suplemen Shaklee dapat memperbaiki tahap kesihatan mereka. Saya pun mengamalkan Shaklee dan hampir semua vitamin Shaklee saya cuba. Keluarga saya pun tidak terkecuali. Terutama mama saya yang sangat sukakan OsteNutrix. 

Baru-baru ini, saya cuma berkongsi sebuah gambar di WhatsApp status saya berkenaan usus yang tidak sihat jadinya saya didatangkan seorang pelanggan yang mahu membeli Herb-Lax. Selepas seminggu dia memberi feedback yang sangat memberangsangkan. Tiada lagi sembelit dan perut berasa selesa setiap kali selepas membuang banding sebelum ini perut nya masih terasa sebu walaupun sudah membuang berkali². Alhamdulillah! Best kan? 

Kita pun rasa sangat gembira boleh bantu mereka yang mahukan kehidupan yang sihat dan terjamin. 




Bonus setiap 14haribulan

Raya pun belum lagi tapi saya sudah dapat duit raya! Hasil dari titik peluh sendiri pulak tu. Sangat seronok! Jumlah nya belakang kira janji ada. Ini pun pencetus semangat untuk kita lebih berusaha keras di kemudian harinya. Betulkan? 

Saya masih ingat lagi, pada tahun 2014 masa tu Shaklee meningkat naik tidak kira di mana² saja orang kenal Shaklee. Popular Shaklee masa tu dan bonus saya pun cecah 4 angka. Siapa sangka duit itu banyak menyumbang kepada ASB savings saya. 

Saya menabung sikit² sejak saya masih bergelar pelajar UiTM lagi tau. Sehinggalah sekarang tabung saya mencecah 5 angka kerana dividen yang diiktiraf kerajaan setiap tahun, duit tabung saya bertambah sekian tahun. 

Duit tabung tu hasil dari pengorbanan saya semasa berada di Universiti, yalah jadi student ni cabaran kuat lagi² jauh dari keluarga kita banyak kehendak melebihi keperluan. Kawan ajak makan luar saya tidak ikut dan pergi jalan shopping² rambang mata terpaksa kita tahan hati. 

Saya jadi student yang memang ala kadar dan berbelanja ikut perlu saja. Juga hasil saya konsisten menabung selama saya berkarier sebagai seorang auditor sehinggalah bergelar isteri dan akhirnya menjadi ibu kepada 3 orang permata. 

Termasuklah juga hasil dari usaha saya berkongsi manfaat produk Shaklee. Untung jualan runcit dan bonus tunai. Semuanya terkumpul menjadi satu hasil yang sangat besar dapat juga saya membeli sebuah rumah atas nama saya sendiri. 

Dan hari ini, hasil tabungan masih ada lagi untuk saya berbelanja untuk raya tahun ni. Walaupun sudah setahun lebih jadi suri rumah ada juga bonus Shaklee utk jadi duit raya saya. Syukur alhamdulillah. Anak² pun merasa juga baju raya baru syukurlah dapat juga jana pendapatan walaupun dari rumah saja. 

Shaklee memang membuka mata kepala saya sendiri untuk terus maju dalam bisnes online. Bukan mudah sebenarnya untuk kuatkan semangat sehingga ke tahap ini. Banyak lagi impian saya bersama Shaklee yang mesti saya kecapi demi mengubah nasib keluarga saya. 

Apa²pun secara kesimpulannya, buat Shaklee secara online ini bukan saja mudah prosesnya, malah jimat lagi, risiko pun rendah, disamping dapat bonus kita pun boleh jana untung runcit, kalau jadi ahli pun tidak rugi bah boleh beli harga jimat dalam masa yang sama amalkan hidup sihat dengan Shaklee boleh kongsi bersama seluruh keluarga lagi. Sayang kalau tidak cuba. 

Shaklee boleh juga dibuat secara offline tidak rugi berkongsi manfaat suplemen bersama orang luar. Contoh sambil tunggu anak keluar dari sekolah boleh buat product sharing. Kita jangan putus asa untuk terus mencuba. 

Jadinya, siapa yang berminat untuk jadi rakan bisnes online saya atau pun rakan bisnes offline, saya amatlah alu-alukan. Sambil sihat sambil itu kita jana pendapatan. Best kah sangat best? 

#NextLevelBlogging #ShakleeTriumph2023 #ShakleeThrive2023 


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

1 comment:

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂