Aszda LifeNotes

Sunday, 7 May 2023

COD Shaklee Labuan area

Kenangan COD Shaklee 8 tahun yang lalu masih segar dalam ingatan. Masa itu saya belum ada kekuatan diri memandu untuk membuat penghantaran Shaklee dan ketika itu saya sudah pun mempunyai seorang anak kecil. 

Apabila dijadikan cerita, Nazran masa itu masih kecil lagi. Malam kah siang atau awal pagi sebelum pergi kerja menyempat juga saya COD Shaklee. Saya sendiri tidak percaya saya boleh buat. Terkadang saya sendiri berjalan kaki pergi GDex untuk collect suplemen Shaklee yang sampai untuk saya terus menghantar. 

Beberapa kali juga saya cuma berjalan kaki saja menghantar jika tempat yang di tuju berdekatan pejabat dan di kawasan bandar. Tidak kira hujan kah panas kah redah saja masa tu. Menjadi kebiasaan saya mengambil waktu rehat untuk pergi ke mana-mana demi memenuhi tuntutan pulangan modal.  

Selalunya selesai bekerja kami keluar lagi menghantar  demi meraih pendapatan sampingan. Jika penghantaran dibuat sebelah malam suamilah yang memandu ke sana sini, penat atau tidak belakang cerita janji pelanggan dapat bekalan Shaklee dengan segera. 

Sekarang syukur alhamdulillah, saya boleh ke mana-mana tanpa membebankan suami sendiri. Kekuatan untuk memandu kereta datang pada tahun 2018 apabila satu push factor yang menguatkan semangat saya ialah menghantar Nazran ke sekolah apabila suami saya sering outstation. Mulai saat itulah, tercetusnya semangat untuk saya memegang stereng kereta semula setelah menghadapi trauma kemalangan pada tahun 2009. 

Bukan mudah untuk bangkit semula dari peristiwa pahit tapi syukur atas impian yang tercipta saya mahu mencuba berusaha sehabis daya saya. InshaALLAH. Anda semua pun tidak mustahil untuk mencapai impian masing-masing. Tapi ingat kita harus istiqamah dalam usaha dan tawakal selalu. Cepat atau lambat itu rahsia Allah SWT kita perlu sabar dan terus bersabar. 

Sekiranya ada yang tertarik untuk menjadi rakan kongsi saya dalam bisnes Shaklee, jangan segan-segan untuk bertanya ya. Saya juga boleh menghantar Shaklee ke tempat anda dengan segera di mana-mana kawasan Labuan dan juga ada sesekali COD di luar Labuan. Untuk kawasan yang jauh-jauh saya boleh membuat tempahan melalui online dan akan dihantar ke pintu rumah anda. Senang kan. Mudah dan pantas. 

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂