Hidup sihat dengan vitamin Shaklee
Bersama Shaklee, semestinya yang paling utama saya mengimpikan untuk selalu sihat. Dengan sihatnya tubuh badan, kita dapat merasai nikmat hidup yang sempurna. Saya dapat melakukan apa saja halangan. InshaALLAH! Bukan saya saja, mak saya, adik saya pun mengamalkan Shaklee sejak 2014 lagi. Mereka sudah pun alami keberkesanan suplemen Shaklee.
Begitu juga anak-anak saya pun boleh hadir ke sekolah tanpa ponteng dan mudah fokus dalam pembelajaran dengan adanya bekalan vitamin dari Shaklee. Macam anak saya yang kecik ni sangat suka Omega Guard. Dia pun jarang sekali demam, selsema dan batuk. Kalau ada pun sehari mesti baik. Video ini dirakam 3 tahun yang lalu.
Siapa yang berkehendakan sakit? Tiada orang yang suka dapat sakit. Begitu juga saya yang paling tidak mahu jatuh sakit. Seorang ibu/isteri dalam rumah tangga kalau jatuh sakit tentu rumah akan dalam keadaan kelam kabut. Suami saya adalah seorang yang sangat bergantung pada saya sepenuhnya yalah dia kan bekerja jadi saya terpaksa galas tanggungjawab seorang untuk mengurus rumah dan anak-anak.
Tambahan saya ni, kadang-kadang dalam satu masa tu saya mahu buat semua benda, entah ni penyakit memang tertanam dalam diri saya, kalau saya rasa mahu buat saya buat semua tanpa endah penat atau sakit kepala. Susah untuk saya buang sikap yang satu ni. Jadi saya mesti ada cukup vitamin supaya dapat elak saya dari terkena penyakit.
Sebagai ahli Shaklee saya membeli vitamin dengan harga yang sangat berbaloi, dan saya boleh tampung keperluan vitamin utk anak-anak. Alhamdulillah setakat ni rezeki untuk beli vitamin utk anak saya sentiasa ada walaupun tidak banyak. Manatau dapat juga duit raya dari Shaklee nanti kan boleh beli lagi vitamin.
Bulan lalu, saya kumpul belian untuk layak beli Vitalea Kids dengan harga RM5 sahaja. Murahkan? Dapat sihat dengan harga berbaloi. Rugi betul yang tidak ambil peluang yang jarang-jarang ada.
Conference point: Pakej percutian bersama Shaklee
Of course, saya pun mahu sangat menjadi salah seorang yang layak untuk melancong bersama Shaklee. Saya tidak pernah sekalipun ke luar negara dan mestilah mahu juga mengalami pengalaman yang sama dengan leaders yang namanya tersenarai di setiap kali tahun yg baru. Tahun ini leaders Shaklee pergi South Korea dan Los Angeles.
Dan juga sesekali ada peluang Shaklee menawarkan percutian ke tanah suci dengan mengerjakan umrah. Seronoknya! Kalau point cukup boleh pergi berdua dengan mak atau suami, atau kalau banyak conference point lagi boleh bawa lebih ramai ahli keluarga. Ini peluang yang paling ditunggu-tunggu.
Disamping kita dapat amalkan kehidupan yang sihat dengan suplemen Shaklee, kita pun dapat jalan-jalan di oversea dengan ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.
Semoga Allah bukakan pintu rezeki seluasnya untuk saya bawa orang tersayang mengerjakan umrah di tanah suci. Amiinn allahumma aminn.
Peluang untuk perbaiki diri sendiri
Semenjak saya menyertai Shaklee, syukur ya Allah upline saya semuanya ke arah Allah's approach. Ya! Kami selalu diberikan kata-kata nasihat, bimbingan dari segi keagamaan dan paling saya gemar selalu saling mengingatkan supaya kita tidak terlalu taksub dengan dunia. Kita perlu mencari redha Allah walau bagaimana cara sekalipun usaha kita untuk memperbaiki hidup kita di dunia sementara ini.
Banyak sangat tips dan input yang saya sedikit sebanyak cuba ikut mengamalkan nya. Ilmu yang dikongsi tidak pernah terhad semata pada Shaklee saja. Upline yang sering memberi kata semangat dan tidak pernah putus asa membantu sangat lah saya hargai dan impian bersama Shaklee ini, ialah untuk genggam kejayaan saya sendiri seperti mana yang mereka mahukan.
#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleelabuan
"Prevention is Better Than Cure"
Jom sihat dan cantik bersama saya
Asdayanty
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673
YouTube: RH AszdaYanty
Facebook: Asda HealthJourney
Instagram: asda_healthjourney
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi
“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”