Aszda LifeNotes

Monday, 6 March 2023

Kenapa perlu SAHUR apabila berpuasa?


Pejam celik masa berlalu sungguh pantas. Tidak lama lagi menjelang bulan mulia, bulan Ramadhan. Ramadhan kedua saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Saya pasti ramai tu kan yang sedang mencari resepi berbuka. Tapi, jangan lupa, SAHUR pun memainkan peranan penting apabila kita berpuasa. 

       السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جَرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى المُتَسَحِّرِينَ

“Sahur adalah makanan yang penuh berkat. Oleh kerana itu, janganlah kalian meninggalkannya sekalipun hanya dengan minum seteguk air. Kerana sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat kepada orang-orang yang makan sahur.”(Hadis Riwayat Ahmad)

Kenapa perlunya sahur apabila kita berpuasa?



Pertama sekali, untuk membezakan kepada puasa agama lain. Seperti yang ramai tahu, agama lain juga masing-masing ada amalan berpuasa dengan cara mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, kaum lain ada yang berpuasa cuma tidak makan daging ada juga kaum berpuasa selama 48 jam. Tetapi mereka tiada yang menekankan hal bersahur  kecuali agama kita agama Islam yang mengamalkan sunnah untuk bersahur apabila berpuasa. 

Sahur
Kedua, semestinya demi mencari keberkatan daripada ibadah puasa itu sendiri. Ini kerana hukum bersahur ialah Sunat Muakkad yang mana bermaksud Sahur merupakan sunnah yang dituntut dalam agama Islam dimana kita dikurniakan ganjaran bersahur walaupun kita cuma untuk berpuasa ganti atau pun berpuasa sunat. Apatah lagi bersahur sepanjang bulan Ramadhan Insha'ALLAH pahala lebih berlipat kali ganda. 

Sebab yang seterusnya adalah kerana kajian sains sendiri telah membuktikan bahawa bersahur juga merupakan salah satu amalan hidup sihat. Rasulullah sendiri menekankan umatnya untuk melewatkan sahur sebaik saja sebelum imsak kerana ia menepati waktu untuk bersarapan pagi. 

Dr Mark Pereira dan beberapa orang pengkaji lagi dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi akan mempunyai risiko untuk menghidap penyakit jantung dan kencing manis.

Manakala, menurut Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor menunjukkan bahawa mereka yang meninggalkan sarapan berisiko untuk menanggung dua kali ganda kekurangan zat besi dalam darah dan berpotensi mengalami penyakit anemia, iaitu kekurangan haemoglobin dalam darah.

Justeru itu, dengan bersahur akan menggantikan sarapan pagi yang tidak boleh dilakukan  semasa berpuasa agar kesihatan kita sentiasa terjaga.
 
Last but not least, menurut Hadis Riwayat Ibnu Umar: Allah dan Para Malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur. Menariknya, apabila kita sekali bersama-sama berselawat dan berisitghfar semasa waktu sahur, InshaAllah urusan harian kita juga dipermudahkan. 

Bukan mudah sebenarnya untuk bangun awal untuk bersahur ni, tapi bagi mereka yang menggagahkan diri untuk bangun bersahur ini memang cekal hati nya tambahan lagi mereka yang istiqamah. Saya sendiri menghadapi kesukaran untuk kejut anak-anak seawal waktu sahur tambahan lagi semasa saya masih bekerja dulu, saya mempunyai masa yang sangat singkat untuk melakukan banyak perkara. Terkejar sana sini, alhamdulillah sepanjang menjadi suri rumah walau banyak perkara perlu dibuat, saya boleh bahagikan masa saya dan mulakan dengan priority list dahulu. 

Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam adalah lebih afdhal bangun bersahur apabila berpuasa. Cukupkan saja syarat berpuasa tu lagi best bah sebab bangun awal sebelum org lain bangun ni banyak hikmahnya. Salah satunya, senang juga buat kerja tanpa gangguan aman dunia ummi buat seketika. Hehe.

#blogmegashaklee 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

4 comments:

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂