Aszda LifeNotes

Monday, 6 March 2023

Konsisten Res-V: Tenaga yang berpanjangan

Res-V
Feel the difference after 3 consecutive days

Suatu hari di hari indah, saya menang Res-V satu botol yg sy tidak dpt recall menang apa tapi yg pasti Master Norita juga yg adakan contest tu. Pada mulanya, memang mau bagi suami makan Res-V ni tapi pula tiba² dia berhenti makan. Dia ni kalau mau konsisten memang susah ba itula penat juga bising².

Mahu jadikan cerita panjang jadi pendek, baru² ni saya kemas peti ais bersih² apa yg patut then tiba² nampak Res-V then ada lagi lebih 10 biji dlm botol masa tu. Apalagi rembatlah kan. 

Saya konsisten selama 3 hari, saya telan saja time² sebelum tidur walaupun tidak tahu bila waktu yg sesuai utk telan Res-V ni. Hentam sajala labu ! 

Hari pertama makan tu, belum rasa apa² yg berbeza lagi yalah kan sebab saya makan mlm sebelum tidur kan jadi effect dia esok hari la. Tapi kan selepas hari kedua telan Res-V saya rasa kelainan pada diri saya. 

Saya kan buat kek batik juga yalah hobi kan. Saya ambil tempahan pre order saja yalah utk lepas gian saja ba org cakap ada order masuk buat, kalau tiada sy fokus la buat entri di blog.

Malam kedua telan Res-V, esok pagi nya saya kena temankan Nazran utk hadir program berkhatan anjuran United Sabah Islamic Association (USIA) peringkat WP Labuan. So bangun pagi tu selesai solat, tung tang lah di dapur masak nasi goreng utk isi perut teruna saya. 

Sampai saja tempat program kami dpt nombor giliran ke 41 drpd 50 org peserta. Kebas jugaklah punggung menunggu sehinggakan saya sempat terlelap duduk menunggu. Terhibur juga memerhati ragam peserta.  Pukul 2.30ptg juga baru tiba di rumah barulah dapat isi perut. 

Selesai Nazran, ummi kemas dapur clearkan sinki utk ready membatik kek. Selesai basuh² pinggan tu ngam juga azan asar. So selesai solat berperang lah di dapur sambil iklan panggilan dari Nazran, bermula dari 4.30ptg saya buat kek batik sehinggalah hampir pukul 1pagi baru selesai. Memula tu plan buat sebiji dulu. Tapi end up ummi buat 3 biji pulak! Sebenarnya 4 biji lah sebab 1 biji tu tidak memenuhi expectation saya so kena buat lagi lah. 
Res-V


Siap juga 3 biji tempahan kek daripada seorang regular customer, walau banyak iklan² daripada abg Nazran, dgn adik Nayla yg membebel tidak henti². Haha. Ummi layan dengan hati yg tenang. 

Telan lagi Res-V dan OsteNutrix sebelum tidur. Hari ketiga telan Res-V, esok nya pagi saya bangun saya rasa badan sedikit lenguh². Saya bayangkan kalau saya tidak makan Oste mlm tadi confirm sakit badan saya lebih teruk daripada yg saya rasa sekarang. 

Menariknya, walau sakit² tu pun, bangun saja saya direct kemas rumah, saya mop rumah bersihkan dapur. Entah tenaga tu datang dari mana tapi serius cakap sangat berbeza daripada hari² sebelum ni yg sy tidak makan Res-V. Susahlah mau describe perasaan tu. Unik sangat weh sambung lagi mlm nya sy siapkan deko kek dan buka rakaman kelas Master Norita yg sy terlepas pukul 9mlm tu tidur pun lewat dan saya terbangun juga seawal 4.30pg utk solat pagi. 

Alhamdulillah bertuah sungguh dapat merasa makan Res-V bilamana saya sendiri tidak mampu membelinya. Syukur yg amat. Nikmat rezeki yg dikongsi daripada Mentor² Shaklee saya yg mungkin tidak ramai yg mengalaminya seperti dalam community kami.

#blogmegashaklee 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 


“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Kenapa perlu SAHUR apabila berpuasa?


Pejam celik masa berlalu sungguh pantas. Tidak lama lagi menjelang bulan mulia, bulan Ramadhan. Ramadhan kedua saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Saya pasti ramai tu kan yang sedang mencari resepi berbuka. Tapi, jangan lupa, SAHUR pun memainkan peranan penting apabila kita berpuasa. 

       السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جَرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى المُتَسَحِّرِينَ

“Sahur adalah makanan yang penuh berkat. Oleh kerana itu, janganlah kalian meninggalkannya sekalipun hanya dengan minum seteguk air. Kerana sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat kepada orang-orang yang makan sahur.”(Hadis Riwayat Ahmad)

Kenapa perlunya sahur apabila kita berpuasa?



Pertama sekali, untuk membezakan kepada puasa agama lain. Seperti yang ramai tahu, agama lain juga masing-masing ada amalan berpuasa dengan cara mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, kaum lain ada yang berpuasa cuma tidak makan daging ada juga kaum berpuasa selama 48 jam. Tetapi mereka tiada yang menekankan hal bersahur  kecuali agama kita agama Islam yang mengamalkan sunnah untuk bersahur apabila berpuasa. 

Sahur
Kedua, semestinya demi mencari keberkatan daripada ibadah puasa itu sendiri. Ini kerana hukum bersahur ialah Sunat Muakkad yang mana bermaksud Sahur merupakan sunnah yang dituntut dalam agama Islam dimana kita dikurniakan ganjaran bersahur walaupun kita cuma untuk berpuasa ganti atau pun berpuasa sunat. Apatah lagi bersahur sepanjang bulan Ramadhan Insha'ALLAH pahala lebih berlipat kali ganda. 

Sebab yang seterusnya adalah kerana kajian sains sendiri telah membuktikan bahawa bersahur juga merupakan salah satu amalan hidup sihat. Rasulullah sendiri menekankan umatnya untuk melewatkan sahur sebaik saja sebelum imsak kerana ia menepati waktu untuk bersarapan pagi. 

Dr Mark Pereira dan beberapa orang pengkaji lagi dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi akan mempunyai risiko untuk menghidap penyakit jantung dan kencing manis.

Manakala, menurut Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor menunjukkan bahawa mereka yang meninggalkan sarapan berisiko untuk menanggung dua kali ganda kekurangan zat besi dalam darah dan berpotensi mengalami penyakit anemia, iaitu kekurangan haemoglobin dalam darah.

Justeru itu, dengan bersahur akan menggantikan sarapan pagi yang tidak boleh dilakukan  semasa berpuasa agar kesihatan kita sentiasa terjaga.
 
Last but not least, menurut Hadis Riwayat Ibnu Umar: Allah dan Para Malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur. Menariknya, apabila kita sekali bersama-sama berselawat dan berisitghfar semasa waktu sahur, InshaAllah urusan harian kita juga dipermudahkan. 

Bukan mudah sebenarnya untuk bangun awal untuk bersahur ni, tapi bagi mereka yang menggagahkan diri untuk bangun bersahur ini memang cekal hati nya tambahan lagi mereka yang istiqamah. Saya sendiri menghadapi kesukaran untuk kejut anak-anak seawal waktu sahur tambahan lagi semasa saya masih bekerja dulu, saya mempunyai masa yang sangat singkat untuk melakukan banyak perkara. Terkejar sana sini, alhamdulillah sepanjang menjadi suri rumah walau banyak perkara perlu dibuat, saya boleh bahagikan masa saya dan mulakan dengan priority list dahulu. 

Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam adalah lebih afdhal bangun bersahur apabila berpuasa. Cukupkan saja syarat berpuasa tu lagi best bah sebab bangun awal sebelum org lain bangun ni banyak hikmahnya. Salah satunya, senang juga buat kerja tanpa gangguan aman dunia ummi buat seketika. Hehe.

#blogmegashaklee 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi