Zaman sekarang semakin hebat, semakin canggih teknologinya. Kalau boleh semuanya mau cepat dan jimat masa. Maka ramai yang cenderung mengamalkan pengambilan pelbagai makanan fast food, frozen food dan junk food atau apa saja makanan bergoreng, makanan minuman manis mahupun berlemak.
Tahukah ANDA?
Penyakit Kronik Menyebabkan Kematian PraMatang
Pengambilan makanan yang tidak sihat secara berterusan akan menyebabkan keradangan pada sel kita.
Semakin banyak makan unhealthy food, semakin banyak keradangan berlaku pada sel badan kita. Seterusnya mencetuskan pelbagai penyakit yang kronik.
PENYAKIT kronik (turut dikenali sebagai penyakit tidak berjangkit) seperti penyakit jantung, kencing manis (diabetes mellitus), tekanan darah tinggi (hipertensi), penyakit mental termasuk kanser menyumbang kepada 47 peratus daripada keseluruhan beban penyakit dunia. Sebanyak 60 peratus daripadanya menjadi keseluruhan punca kematian.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), 80 peratus daripada keseluruhan kematian akibat daripada penyakit-penyakit kronik berlaku dalam negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Daripada jumlah tersebut, 50 peratus kematian berlaku secara pramatang dalam kalangan mereka yang berusia di bawah 70 tahun. Di Malaysia, penyakit-penyakit kronik telah lama menjadi satu cabaran dan beban untuk negara.
Seawal tahun 2000, laporan pertama Kajian Kecederaan dan Beban Penyakit Rakyat Malaysia telahpun melaporkan bahawa penyakit jantung dan penyakit serebrovaskular sebagai dua punca kematian utama untuk kedua-dua jantina.
Selang dua tahun, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula mengeluarkan statistik yang menunjukkan bahawa sekitar 71 peratus daripada keseluruhan kematian di Malaysia disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit.
Lebih teruk lagi pada bulan puasa, kerana perut yang menjerit minta diisi, nafsu makan yang menggelegak, mata yang rambang melihat juadah makanan di bazar, kita dengan kuasa membeli mulalah beraksi.
Maka itu, saya ambil peluang kali ini untuk berkongsi ilmu daripada hasil bacaan saya dalam beberapa hari ini. Saya sebenarnya sangat susah untuk menentukan menu sahur setiap pagi. Malam sebelum tidur mesti berpusing ligat otak saya fikir apa mau di masak. Nantikan kalau tanya encik suami, selalunya memang akan tidak sependapat. Saya tidak suka berlebih-lebihan kerana kita tidak mampu untuk makan semua pada awal pagi subuh tu kan. Saya suka ala kadar saja tapi kan memandangkan ada juga perut orang lain yang perlu saya kenyangkan maka saya pun mengalah juga dan cuba turutkan saja apa yang dia mahu.
Sebenarnya, time bulan puasa inilah peluang kita untuk memaksimum kan kesihatan kita supaya sel di badan kita lebih cergas dan mampu melakukan proses pembersihan sel.
Menu Sahur Ringkas
Saya pernah terbaca dalam Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad manfaat pengambilan oat semasa bersahur dan berbuka. Saya tertarik dengan satu resepi yang sangat ringkas tutup mata then siap! Resepi itu ialah 'overnight oat'.
Penyediaan overnight oat ini bukan saja menjimatkan masa malah menjimatkan belanja juga. Bahan-bahan nya tidak banyak pun. Apa lagi jom kita tengok resepi:-
3 hingga 5 sudu makan Oats
2 sudu teh Chia seeds
Aneka kacang (biji labu, kuaci, kismis ikut selera anda)
1 stgh cawan Susu Badam
2 sudu yogurt (apa pun jenis yogurt ikut selera anda)
2 sudu makan madu
Cara-caranya:
Pertama sekali, potong epal secara dadu dan ketepikan.
Gabungkan oat, kekacang dan chia seed di dalam satu bekas. Gaul sebati.
Masukkan yogurt, madu dan epal yang potong dadu tadi ke dalam gabungan oat.
Kemudian, tuangkan susu badam. Gaulkan sehingga rata.
Tuang ke dalam bekas kaca yang bertutup dan sejukkan selama beberapa jam di dalam chiller.
Penyediaan Overnight Oat ni kenalah dibuat malam sebelum tidur then masa sahur kita tinggal buka mulut utk makan saja. Sebab itulah saya cakap tutup mata pun boleh buat sebab kita biarkan sewaktu kita melelapkan mata. Tapi betul lah menu ni pun sangat ringkas kan?
Khasiat daripada bahan² OVERNIGHT OAT
Oat adalah sumber serat pemakanan yang hebat, terutamanya beta-glukan, yang telah terbukti menurunkan paras kolesterol LDL (buruk) dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Oat juga kaya dengan antioksidan dan mengandungi beberapa vitamin dan mineral penting, seperti besi, magnesium, dan zink.
Biji chia juga merupakan sumber serat yang baik dan mengandungi asid lemak omega-3 yang menyihatkan jantung, yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan kesihatan jantung.
Biji chia juga kaya dengan antioksidan dan beberapa mineral penting, seperti kalsium, magnesium, dan fosforus.
Menggabungkan oat dan biji chia dalam hidangan atau snek boleh memberikan gabungan nutrien dan manfaat kesihatan yang kuat.
Pastikan anda minum banyak air semasa makan chia seeds, kerana ia boleh menyerap cecair dan boleh menyebabkan ketidakselesaan penghadaman jika anda tidak terhidrat dengan betul.
Dalam menu saya tadi, saya juga menyebut kekacang. Kacang ialah makanan padat nutrien yang menawarkan pelbagai vitamin, mineral dan nutrien lain yang bermanfaat. Berikut adalah beberapa nutrien utama yang disediakan oleh pelbagai jenis kacang:
Badam: Badam adalah sumber vitamin E, magnesium, dan serat yang baik.
Walnut: Walnut adalah sumber yang kaya dengan asid lemak omega-3, yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan kesihatan jantung.
Gajus: Gajus adalah sumber protein, serat, dan beberapa mineral penting yang baik, seperti magnesium, zink dan besi.
Pistachio: Pistachio adalah sumber protein, serat, dan beberapa mineral penting yang baik, seperti copper dan mangan.
Kacang Brazil: Kacang Brazil adalah sumber yang kaya dengan selenium, mineral yang penting untuk fungsi tiroid dan kesihatan sistem imun.
Pecan: Pecan adalah sumber serat, protein, dan beberapa mineral penting, seperti zink dan magnesium. Ia juga mengandungi lemak tak jenuh tunggal dan tak tepu yang sihat.
Secara keseluruhannya, menggabungkan pelbagai jenis kacang ke dalam diet anda boleh memberikan pelbagai nutrien penting dan manfaat kesihatan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil kira daily intake, kerana kacang juga tinggi kalori dan boleh menyumbang kepada penambahan berat badan jika dimakan secara berlebihan.
Selain itu boleh juga ditambah sedikit sunflower seeds dan pumpkin seeds, ikut selera anda.
Biji bunga matahari adalah sumber yang baik bagi beberapa mineral yang penting untuk kesihatan tulang, termasuk magnesium, copper dan zink.
Biji bunga matahari juga boleh membantu mengawal paras gula dalam darah dan mengurangkan risiko diabetes jenis 2.
Biji labu adalah sumber zink yang baik, yang penting untuk fungsi sistem imun. Zink juga membantu menyokong kulit yang sihat dan penyembuhan luka.
Ha! Best kan. Mari sama-sama kita cuba resepi yang sihat, sedap dan super ringkas ini tutup mata pun boleh siap. Penyediaan yang sangat menjimatkan masa tidak sampai pun 10 minit.
Sahur: Tambah Tenaga dan Kenyang
Rahsia puasa yang lebih bertenaga dan rasa kenyang yang lama boleh juga bancuh ESP dan Cinch. Shake saja dengan susu segar atau apa jenis susu confirm senang dan sedap. Boleh jadikan gabungan minuman protein ini sebagai set puasa shaklee kalian juga. Sekarang kan serba mahu cepat dan pantas. Lainlah zaman nenek moyang kita, belum pun wujud makanan teknologi canggih. Zaman Rasulullah SAW pula tiada farmasi. Sebab itulah kenapa kita perlukan suplemen sebagai top up nutrisi diet seimbang kita.
Sebenarnya masa zaman nabi dulu telah pun perkenalkan 16 super foods yang perlu diamalkan untuk sihat. Super foods Rasulullah SAW ni saya akan share kan di entri yang lain ya. Stay tuned!
"Prevention is Better Than Cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya
Feel free to contact me, Asdayanty
Your Shaklee friend
Shaklee ID: 1071673
YouTube: RH AszdaYanty
Facebook: Asda HealthJourney
Instagram: asda_healthjourney
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi
“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”