Wednesday, 17 September 2014

Set Diabetes Shaklee

BAGAIMANA KENALI TANDA-TANDA DIABETES DAN PENCEGAHANNYA

Anda rasa anda sihat dan tidak mempunyai masalah diabetes. Tapi awas, kebanyakan diabetes melitus hadir tanpa kita sedari dari awal. Sebenarnya terdapat tanda-tanda awal diabetes sebelum kita disahkan menghidapi diabetes iaitu:

Tanda-Tanda Awal Diabetes:


1. Kerap berasa dahaga

2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit

Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah berikut kepada doktor.

Tanda-Tanda Diabetes:

1. Menghadapi masalah jangkitan yang kerap seperti:-- Kulit- Gusi- Jangkitan pundi kencing
2. Penglihatan yang semakin kabur
3. Luka lambat sembuh
4. Parut luka berwarna kehitam-hitaman
5. Rasa kebas di tangan atau kaki
6. Tekanan darah tinggi mula hadir
7. Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakanotot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)

Punca-Punca Diabetes Melitus

Kita harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga ahli-ahli keluarga yang lain. Diabetes melitus boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja juga walaupun penyumbang terbesar statistik negara daripada 1.2 juta orang penghidap diabetes melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.

Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu:


1. Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikaninsulin setiap hari.2. Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidakmenggunakan insulin dengan betul seperti biasa


Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes

- Adik beradik kepada pesakit diabetes- Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus- Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga- Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes- Individu yang tindak bersenam- Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun

Pencegahan Diabetes Melitus

Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Ant
ara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:

1. PEMAKANAN SIHAT - Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta mengikut keperluan umur


2. BERSENAM - Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 20 minit bagi setiap sesi dan bertambah menyeronokkan bersenam bersama keluarga


3. PENJAGAAN KESIHATAN - Lakukan pemeriksaan doktor apabila anda mengalami tanda-tanda diabetes


4. SUPPLEMENT - Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik.


5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA - Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya penyakit diabetes dalam tubuh.


Vitamin Asas Bagi Pesakit Diabetes


B-Complex - Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga

Vita-Lea - Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
Sustained Release Vita-C 500mg - Mengukuhkan kapilari dan salur darah
Zinc Complex - Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat

Larangan Pengambilan Vitamin Untuk Penyakit Diabetes


1. Alfalfa Complex tidak disarankan diambil bersama Vita-Lea dan Vita-E keranaboleh mengganggu penyerapan vitamin E


2. Ostematrix tidak boleh diambil bersama Vita-lea kerana zat besi dalam Vita-Leamengganggu penyerapan kalsium.

Jangan biarkan tanda-tanda diabetes berlarutan, dapatkan pemeriksaan doktor dan nikmati kehidupan yang lebih sihat dan pemakanan yang sihat. Rawatan awal dapat mengurangkan gelaja penyakit diabetes yang lebih teruk sehingga memerlukan suntikan setiap hari dan luka-luka lambat sembuh sehingga menyebabkkan anggota tubuh perlu dipotong untuk menyelamatkan nyawa anda atau ahli keluarga yang mempunyai masalah diabetes. Jagalah kesihatan diri demi orang-orang tersayang.

Sekiranya berminat boleh klik Set Diabetes Asas atau anda berminat dengan Phytocol-ST


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂