Terima kasih kerana singgah ke blog saya.
Saya Asdayanty, dilahirkan dan menetap di Labuan. Saya seorang isteri yang juga seorang ummi kepada seorang putera dan kini sudah mempunyai dua orang lagi puteri.
Saya salah seorang graduan Disember 2012 from UiTM Malacca City Campus dalam bidang Bachelor of Accountancy (Hons), lebih 11 tahun berkerjaya sbg Juruaudit (Auditor) dan sekarang suri rumah sepenuh masa.
Sebagai mengisi masa lapang, tercetusnya permintaan seorang downline, maka saya mula membuka kelas mengaji kecil-kecilan di rumah pada hujung minggu sejak January 2022.
Saya namakan nya sebagai "Kelas Retun to ALLAH"
Juga bermula daripada sebuah hobi, atas sokongan my only sister,
saya mula menyertai salah sebuah kelas PJJ online untuk belajar pelbagai resepi kek batik
dan bermula Ogos 2022, saya mula membuat dan menjual sedikit demi sedikit.
Pada awal tahun 2023, aya mula serius dalam bisnes ini dan menerima tempahan kek batik secara
'pre order'
Di samping itu, saya memang seorang pengedar Shaklee di Labuan sejak tahun 2013 lagi.
Bersama Shaklee, syukur alhamdulillah saya pernah menerima income 4 angka, juga beberapa kali menerima reward dari upline dan juga super upline. Saya naik rank 'Supervisor' pada tahun 2016 tapi buat masa ini cuma effective sebagai 'Distributor' sahaja. Berimpian untuk bangkit semula sebagai azam 2023 untuk mengubah nasib keluarga. Semoga ALLAH mempermudahkan semuanya.
In sha' ALLAH
Persekitaran kita sekarang menyebabkan saya berfikir lebih jauh untuk hidup sihat, hidup lebih terjamin di masa depan, hidup penuh ibadah ke arah dunia dan akhirat kita nanti.. In sha' ALLAH..
Sebab itulah saya buat part time income Shaklee, sambil kita promote sihat kita juga promote pendapatan sampingan..
Lebih menariknya, dengan Shaklee saya belajar lebih mendalam untuk memperbaiki diri secara fizikal dan dari segi rohani juga. Segala ilmu tercurah membuatkan kita lebih kepada bersyukur dan bertawakal pada yang MAHA ESA.
Apapun, saya ingin katakan di sini, biarlah kita korban wang ringgit demi kesihatan keluarga kita seluruhnya, apabila kita sihat, ibadah In sha' ALLAH pasti terjaga. Disebabkan itulah saya sering tekankan perkataan "prevention is better than cure"..
Saya sangat suka frasa ini.. lebih baik kita mencegah daripada mengubati, bila sudah sakit saat itu sudah terlambat utk kita perbetulkan kesihatan
Asda HealthCare (Since Oct 2013)
Kelas Return to ALLAH (Since Jan 2022)
Cake Batique Ummi (Since Aug 2022)
Kelas Return to ALLAH (Since Jan 2022)
Cake Batique Ummi (Since Aug 2022)
Wallahualam..
A bouquet full of Love,
Ana doakan akak berjaya. Moga 2023 ni tahun akak. Inshaa Allah. Aamiin. 🤲
ReplyDeleteterima kasih byk² Ana..akk pun doakan Ana supaya berjaya dunia akhirat
Delete