Showing posts with label Set Kolesterol dan Darah Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Set Kolesterol dan Darah Tinggi. Show all posts

Tuesday, 14 December 2021

Omega Guard sebagai pelincir salur darah

Omega Guard ini sesuai utk mereka yg ada darah tinggi kerana ia mempunyai elemen EPA dan DHA yg berfungsi sebagai pelicir dalam saluran darah yg mampu menghalang thromnosis (tekanan darah tinggi) dan mengelak terjadinya pembekuan darah yg boleh menyebabkan strok. 

Omega guard juga boleh membantu mengekalkan tahap kolesterol LDL dlm salur darah so juga sesuai utk mereka yg mempunyai kolesterol yg tinggi. Orang yg mempunyai kolesterol yg tinggi tidak semestinya mempunyai berat badan berlebihan jadi sesiapa sahaja boleh mempunyai kolesterol yang tinggi walaupun struktur fizikal badan seseorang itu kurus.

Kolesterol mempunyai dua jenis iaitu HDL dan LDL. HDL ialah kolesterol baik (good) dan manakala LDL adalah kolesterol yg jahat (bad). Walaubagaimanapun, jika kita mempunyai LDL yang berlebihan maka LDL ini akan mendap ke dalm salur darah dan lama kelamaan akan menyempitkan salur darah yang boleh menghalang darah kita mengalir dengan lancar. Sebab itu, kita perlu Omega Guard untuk mengekalkan tahap LDL ini supaya dia tidak dominan berada dalam salur darah kita. 

Jika kolesterol tidak dihalang, boleh menyebabkan strok akhirnya akan mengakibatkan juga serangan sakit jantung. 

Marilah kita mencegah demi kesihatan kita yang terjamin. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
SID 1071673 
Facebook: Asda HealthCare 
Instagram: asda_healthcare 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 27 November 2014

Hipertensi: Gejala & Rawatan

set darah tinggi shaklee

Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%.

TEKANAN DARAH


Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75.

Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
Tekanan Darah Abnormal

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.

Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:

~Penyakit buah pinggang
~Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
~Faktor keturunan
~Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

Tanda & gejala

  • Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
  • Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.

Komplikasi


Komplikasi- komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

Peningkatan mendadak tekanan darah boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-

1. Jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan
kematian
2. Pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
3. Buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
4. Mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya
dalam mata
5. Otak- strok/angin ahmar

Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

RAWATAN


Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara rawatan tanpa ubatan & ubatan
1. Anda perlu mengubah cara hidup seperti
2. Kurangkan pengambilan garam
3. Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
4. Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan
pemakanan
5. Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
6. Hindari stress

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

Monday, 17 November 2014

Garlic Complex - Permintaan Tinggi

Dua minggu berlalu, November masih lagi merangkak dan kajian saya menyatakan Garlic Complex ni antara produk yang mempunyai permintaan tinggi pada bulan ini. Garlic ni bukan sahaja membantu mereka yang mempunyai masalah darah tinggi, tapi juga sangat terkenal sebagai 'antibiotik'. Saya pasti mesti ramai pernah dengan 'antibiotik' ni kan.. 

Bukan sahaja pada mereka yang sering mengalami batuk, apa2 masalah pun mesti juga doktor sertakan antibiotik. Tapi terkadang antibiotik yg diberikan doktor ada juga yg tidak ngam bah sebab tu lah perlunya kita makan Garlic. Extract asli daripada bawang putih. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 12 November 2014

Garlic Complex & Tekanan Darah

Akhirnya tidur juga si kecil saya, dengan saya sekali tertidur pula. Ini terbangun jadi saya update lah sekejap, seboleh yang mungkin. Apa tidak, dua hari saya biarkan blog saya kosong tanpa info maklumat. Penat tidak menghalang saya untuk duduk berdepan lappy saya. Mata pun juga layu. Walau hujan lebat, saya tetap ingin bercerita. Dua hari ini saya sibuk set up kan blog saya dan tidak sempat untuk menulis. 

Khasiat bawang putih

Kali ini saya tertarik untuk cerita pasal Garlic Complex. Yalah, sesuai dengan lakunya produk ini sejak kami mengadakan sharing tempoh hari. Ramai yang bertanya-tanya Garlic ni untuk apa. Garlic ni kalau di tengok dari nama sendiri pun kita sudah boleh tahu apa kandungan Garlic ini kan? Khasiat bawang putih ni, bagi pendapat saya sendiri fungsinya memang meluas. Mak saya cakap bawang putih ni bagus untuk kesihatan dalaman. Katanya untuk buang panas dalam. Ia juga sesuai untuk menghilangkan bau badan dan nafas berbau. Haaa, best kan? 


Garlic Menormalkan Tekanan Darah

Manfaat utama Garlic sebenarnya mampu menormalkan tekanan darah jadi pada mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi tu boleh ambil Garlic sebelum keadaan menjadi teruk. Lebih baik mencegah daripada mengubati kan?

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee 

1. Pengekalan 100% Allicin aktif 
2. Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic 
3. Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint. 
4. Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol. 
5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday, 4 November 2014

Omega Guard - Omega 3, EPA dan DHA

Pertama sekali kita kena faham omega tu apa? Ia adalah gabungan rantaian asid politak-tepu, merupakan asid lemak penting yang mana badan kita tak boleh hasilkan dengan sendirinya, sbb apa, badan kita tak ada enzim yang sepatutnya untuk sintesis asid lemak tu.

Bukan semua lemak tidak sihat ya! Ada juga lemak yang penting untuk kita ambil dan perlu mencukupi dalam badan kita.

So? Kalau badan kita tidak boleh hasilkan asid lemak penting ni, apa masalahnya? Perlu sangat kah asid lemak yang di panggil omega 3 ni?

Ya, sangat penting. Sebab apa, ia penting untuk melindungi organ-organ lembut dari terkena renjatan atau kejutan. Dan dikatakan ada 'brain-boosting' power terutama pada kanak-kanak. Bukan tu saja, ia jugak in sha Allah boleh mencegah kanser (breast cancer ke, colon cancer etc).

Omega 3 jugak boleh mengurangkan sakit sendi. Sebab dia kurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi. Jugak mengurangkan risiko serangan jantung, hebat betul ciptaan Allah ni!

Omega 3 ni bantu badan kita tingkatkan kadar serapan vitamin A,D,E dan K. Jadi kalau tinggi kadar serapan, vitamin ADEK akan mudah diserap ke dalam badan.. baru la best badan dapat manfaat vitamin2 tu kan? Sudah begitu ia mampu meningkatkan kadar metabolisme badan pulak tu, memang patut la boleh kuruskan badan!

Omega guard shaklee mengandungi

1. Omega-3 EFA (330mg)

2. EPA (180mg)

3. DHA (120mg)

Omega 3 ni paaaling banyak ditemui dalam jisim ikan-ikan dekat lautan yang betul-betul dalam, dan lautan yang sejuk. Kenapa?

Takat beku ikan adalah rendah. Means cepat membeku pada suhu sejuk. Macamana ikan nak hidup dan berenang dalam laut sejuk, mati la mereka kebekuan kan? Maka Allah anugerahkan omega 3 ni yang mana, ia sangat membantu memanaskan ikan di lautan yang paling sejuk. Memang Allah Maha Bijaksana. Lapisan lemak ni lah yang memanaskan ikan-ikan membolehkan mereka mampu hidup walaupun dalam laut sejuk kan, Subhanallah..

Okay. Ikan-ikan yang biasanya hidup di lautan sejuk adalah macam ikan sardin, tuna, mackerel, salmon. Termasuk lah ikan kod.

Minyak ikan shaklee bebas toksid, Sebab apa?

1) Sebab shaklee tidak amik ikan yang tinggi merkuri.

2) Omega Guard Shaklee di hasilkan melalui kaedah ultratulen ber gred farmaseutikal. Bermaksud proses penyulingan proprietari 3 molekul yg dapat memekatkan asid lemak omega 3 paling tulen.

So boleh lah singkirkan bahan bahaya dalam ikan macam merkuri and plumbum. Company lain tak guna kan proses ni sebab mahal...

3) Omega Guard Shaklee tidak di ekstrak dari minyak hati ikan sebab kandungan toksik dalam hati adalah sangat tinggi! Sebab itu kita mesti elakkan pengambilan minyak ikan daripada hati (liver). Kamu perasan kah tidak Scott Emulsion tu ada tulis lebih kurang berbunyi begini "Cod fish liver oil".

Jadi sekarang pilihan di tangan anda..

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Shaklee Labuan: Sharing Dalam Bas

Salam Isyak semua...
Hari ini masih lagi boleh berjalan jauh daripada pejabat saya tumpang kereta kawan untuk ke Ujana Kewangan. Saya pergi UK sebab buat penghantaran customer baru saya yang berminat dengan Herbal Blend Cream dan seorang lagi return customer saya yang selalu order Set Slimming - HerbLax dan Lecithin.

Lepas berjaya buat penghantaran tu, jam pun sudah menunjukkan 5.30ptg, terus saya laju berjalan ke stesen bas. Walau kaki rasa sakit sedikit kerana terseliuh sebab terlalu laju berjalan, saya sempat juga sampai stesen bas. Melintas bukan main payah time tu, jalan sesak dengan kenderaan. Dari jauh, saya cuma nampak bas kecil sahaja, yg bukan ke destinasi rumah saya, dengan cemas mungkin bas sudah tiada dan tamat perkhidmatan hari ini, saya berjalan ke depan sedikit, saya nampak Bas Mini No.2 yang memang kecil hanya muat 11 penumpang sahaja. Nampak macam sudah penuh, bila sudah dekat ada pula ruang untuk saya duduk. Alhamdulillah, 20 minit tangkas berjalan, dapat juga tempat di dalam bas terakhir untuk hari ini.

Di dalam bas pula, ada seorang pakcik ni duduk sebelah saya saja nampak peramah, saya sapa sekadar nya. Tidak sangka ramah dan sampai saya share dia pasal Shaklee. Terus dia bertanya tentang Set Darah Tinggi. Sembang punya sembang, pakcik tu nampak berminat dan saya bagi dia pamplet dan namecard untuk dia tengok. Saya pun bagi tahu best price saya, dia kata "waa, ok juga harga macam tu untuk makan sebulan kan.." haaa, itulah namanya sihat sambil jimat pakcik. Dia cakap dia akan call saya esok harinya kalau dia turun bandar. Pakcik tu pun bermurah hati, bayarkan saya tambang bas tu walaupun saya menolak.

Tidak sangka pula hari ini naik bas ada hikmah tersembunyi dengan perjalanan jauh berjalan kaki. Saya gagahkan juga. Syukur alhamdulillah. Berkat dugaan hari sebelumnya in shaa Allah, Allah itu Maha Adil. Semoga pakcik itu dimurahkan rezeki sepanjang umurnya dan peroleh kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya selepas memilih Shaklee. In shaa Allah.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk i
ni tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 1 November 2014

Serba Serbi Kelebihan Omega Guard

Anak beranak amalkan Omega Guard. Saya bagi anak saya Omega Guard sejak dia berumur dari 11 bulan lagi, dan dari sejak hari itu sehinggalah sekarang Nazran tidak pernah jatuh sakit, tidak pernah demam, tidak pernah selsema. Ini kerana Omega Guard mampu membantu menguatkan imun tidak kira orang dewasa ataupun juga kanak-kanak.

Tambahan lagi, kulitnya pun tidak pernah ada ruam sejak hari itu lagi, kulitnya sangat terjaga walaupun rumah saya boleh dikatakan sarang semut merah, tapi bila dia digigit semut aau nyamuk tidak pernah meninggalkan kesan dan bengkak mudah surut. Tidak tahu macam mana lagi mahu cakap, tidak terkata dengan kesan yang mantap diberikan.

Apatah lagi, Omega Guard ini membantu perkembangan otak kanak-kanak mahupun orang dewasa. Buktinya kan, Nazran ini sangat cepat berjalan, sebelum dia berumur setahun. Dia sudah memulakan beberapa langkah pertamanya pada sekitar umurnya 12 bulan. Lagipun, dia ni cepat meniru, sangat cepat pick up, sangat lucu dan pintar. Pada umurnya sekarang, 1 tahun lebih, dia mahu tiru saya menulis, dia berlari sangat laju, lompat-lompat, mudah faham arahan. Sekali saja kita tunjuk, dia sudah pandai tiru.
shaklee melaka

Mahu dijadikan cerita, dua bulan yg lepas, saya belikan dia tabung, dia sangat sukakannya. Sekali saya tunjuk dia duit syiling, saya tunjuk lubang tabung, dia pun mahu juga masukkan duit syiling tersebut. Sejak hari itu, bila saya balik dari kerja saja, saya bagi dia duit syiling dan sebut tabung, dia akan berlari ke bilik menuju tabung nya tu. Saya sangat gembira tidak terkira anak saya ni sangat pintar. Setiap kanak-kanak perkembangannya akan berlainan. Sebab itu, saya amalkan Omega Guard untuk nampak perkembangan yg sangat ketara pada anak saya sendiri.

Bukan Nazran saja yang amalkan Omega Guard, saya sendiri makan juga, cuma kadang2 saja, saya pun inginkan berat badan ideal. Lagipun saya makan Omega ni bukan sebab apa, saya ni bila lewat tidur, update blog, berfb, menaip di depan laptop, belakang saya akan rasa sakit dan berangin. Omega Guard akan mengurangkan radang sendi yang saya selalu saya kena tu lah. Kalau sakit bukan kepalang. Tapi saya makan bersama Peppermint Ginger la utk buang angin saya tu.

Pagi tadi saya dapat berita baik pula, bulan ini dikejutkan oleh Shaklee dengan dua promo:
- Beli 6 Percuma 1 Omega Guard; dan
- Beli twin pack dapat 5% diskaun daripada Shaklee..

Sanga tidak terkata, saya tidak akan lepaskan peluang, tambah2 lagi Omega Guard memang benda wajib mesti ada di rumah untuk campurkan pada susu Nazran.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Combo PROMO: Kejutan Lagi di bulan November??


 Lagi kejutan daripada Shaklee pada bulan ini. Dua lagi promo berlangsung tapi tertumpu pada satu produk iaitu Omega Guard Shaklee.

Ini berita baik khusus buat mereka yang sangat meminati dan mengamalkan Omega Guard ini.

Promo 1: Beli 6 Percuma 1 Omega Guard

Promo ini bukan setakat untuk dapatkan kelebihan pada botol yang ketujuh secara percuma dan ini juga menandakan kita jimat RM136. Tapi juga memberi kita peluang untuk menjadi ahli secara percuma di mana jimat RM65. Keahlian Shaklee adalah seumur hidup tidak perlu renew renew lagi tau?! Dan lagi disebabkan sudah melebihi minimum pembelian, anda akan layak mendapat bonus untuk hasil pembelian bulan ini sebanyak 5%. Bonus % ini adalah bergantung pada pembelian anda, sekiranya lebih maka anda layak mendapat lebih. Kalau anda mahu tahu 5% dari pembelian Omega Guard beli 6 percuma 1 ini adalah kira2 dalam RM30++. Wow! Sudah percuma 1 botol, dapat lagi jadi member, sekali layak juga dapat bonus. Ini peluang keemasan yang memang sangat berbaloi dan sangat menguntungkan.

Promo 2: Beli 2 botol Omega Guard dapat diskaun 5% daripada harga 2 botol.

Yang ini lagi best. Tidak pernah pernah pula Shaklee mahu bagi diskaun bagai ni. Ini sangat mengejutkan dan sangat best!! Bagi yang ahli Shaklee tu, wah memang promo ini menguntungkan anda.. 

Haaa, best ba kan promo kejutan drpd Shaklee bulan ini.. Tidak boleh tidak. Mesti mahu juga beli antara satu promo di atas.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga... 

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 013-6507465 
Sid 1071673 
Facebook: RH-Aszda Yanty 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday, 28 October 2014

Kolesterol & Latar Belakang

Apa sebenarnya Kolestrol?


Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon. Kiranya kalau tiada langsung pun tidak boleh lah. Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai liporotein. Lipoprotein ni terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.

Kita biasa dengan tentang kolesterol yang termendap di salur darah dan mengakibatkan strok. Namun sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan kita.

Ada berapa jenis Kolestrol?
Di dalam badan kita ada 2 jenis lipoprotein membawa kolesterol.

Satu dipanggil LDL (low density lipoprotein) dan yg lagi satu dipanggil HDL (high density lipoprotein).

LDL ni popular kerana dipanggil ‘kolesterol jahat’. Kenapa jahat? Sebab jika paras LDL tinggi, ia membawa kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.

HDL pula dikenali sebagai ‘kelosterol’ baik. Sebab ape baik? Sebab ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri.

Jadi sebab tu la tadi dikatakan kolestrol ni penting juga. Bukan semuanya kita kena buang

Sel yang sihat sangat bergantung kepada HDL kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai fungsi metabolisma. Manakala LDL boleh merosakkan fungsi tersebut.

Apa fungsi Kolestrol?


Seperti yang dinyatakan diatas, terdapat beberapa fungsi penting kolestrol dalam tubuh badan kita. Antaranya:

+Membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.
+Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
+Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
+Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.
+Menjaga ‘pintu pagar’ sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.
+Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
+Menjadi penebat kepada jaringan saraf.
+Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.

Apakah tahap normal Kolestrol?


Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl.

Apa akan terjadi jika Kolestrol bukan ditahap sepatutnya?

Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.

Antara masalah yang biasa berlaku ialah:

~Strok

~Serangan jantung

~Penyempitan arteri

~Darah tidak mengalir dengan baik

Bagaimana cara mengawal paras Kolestrol?

Terdapat beberapa cara yang perlu dipraktikkan untuk membolehkan kita mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan.

MENGAWAL DIET– Sebenarnya, makanan sebenar yang mengadungi kolesterol (dietary cholesterol) tidak memberi kesan buruk kepada kolesterol dalam tubuh kita. Masalah berlaku apabila kita megambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan diproses. Oleh itu, banyakkan makan makanan yang sebenar, dan lemak yang berkualiti.

PERBANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL – Jika kita kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti fizikal, peluang untuk kita memiliki kadar LDL yang lebih tinggi dari HDL adalah lebih tinggi . Maka, banyakkan aktiviti fizikal walau hanya sekadar berjalan ke masjid, naik tangga, bersenam dan sebagainya.

MENURUNKAN BERAT BADAN - Orang yang mempunyai masalah berat badan terutamanya yang menhadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.

MENJAUHI ROKOK DAN ALKOHOL - Terang dan jelas bahawa kedua perkara ini sangat tidak bagus utk kesihatan dan haram disisi agama Islam.

PENGAMBILAN SUPPLEMEN - Supplemen yang diambil dengan betul dapat memberikan bantuan kepada tubuh kita dalam mengurangkan paras kolestrol yang tidak diperlukan tubuh di samping menjaga kesihatan jantung.

Apakah supplemen Shaklee yang dicadangkan?

Untuk mengawal paras kolestrol dan masalah berkaitan dengannya, terdapat 3 produk khas yang boleh di amalkan penggunaannya utk kesan yang optimum.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh klik di link setiap supplement ini:


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 18 October 2014

Set Darah Tinggi Lengkap Buat Ibu Tersayang

Hai semua.. baru balik dari COD ke rumah schoolmates saya dulu. Khamis lalu, dia bertanyakan set darah tinggi, katanya untuk mamanya. Set Darah Tinggi yang lengkap, saya cadangkan ambil Garlic Complex, Omega Guard dan OsteMatrix.

Garlic boleh membantu menurunkan paras tekanan darah yang dialami oleh pesakit. Garlic complex ini adalah diekstrak daripada bawang putih dan ia adalah salah satu sumber antibiotik semulajadi.

Omega Guard pula membantu melancarkan perjalanan darah dan menghalang pembekuan darah. Kebiasaannya darah tinggi ini dikaitkan dengan sakit belakang kepala, mudah pening, suka marah2 kan. Ini adalah disebabkan salur darah yang tersumbat dan menyebabkan kita berasa pening2.

OsteMatrix pula membantu mengurangkan masalah sakit kepala. Ia boleh menormalkan tekanan darah tinggi. Lagipun OsteMatrix macam susu, dia membekalkan kalsium yang mana boleh mengurangkan masalah sakit sendi dan pinggang. 

Semoga usaha baru untuk mengatasi masalah darah tinggi buat kawan saya itu berbaloi. Kita usaha sehabis daya, selebihnya kerja Allah s.w.t. Jadi, apa tunggu lagi, hadiahkan ibu bapa anda vitamin Shaklee tanpa bergantung sepenuhnya dengan ubat-ubatan. In shaa Allah set ini boleh membantu.


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 16 October 2014

Pencegahan & Penurunan KOLESTEROL


Gandingan menghalau KOLESTEROL di dalam badan yang paling hebat!!!
Phytocol-st & Omega Guard.
Phytocolst mencegah KOLESTEROL daripada diserap ke dalam darah dan omega guard menurunkan paras KOLESTEROL yg berlebihan.

Duet Produk yang paling berkesan untuk menghalau KOLESTEROL dalam badan.
Siapa yg rasa nafsu makan tidak boleh control??
Siapa yg suka makan makanan berkolesterol??
Siapa yg menghadapi masalah diabetes??
Siapa yg rasa berat badan sudah berlebihan??

Apa kata anda cuba set ini. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati
Dapatkan best price & konsultasi terbaik daripada saya
Hubungi Asda 013-650 7465
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 17 September 2014

Set Kolesterol dan Darah Tinggi

Kawal Kolesterol Dan Tekanan Darah Tinggi Dengan-SHAKLEE

Masalah jantung merupakan punca utama kematian di Malaysia dan juga didunia. Biasanya sakit jantung yang berpunca dari kadar kolesterol yang tinggi dan tekanan darah tinggi tidak mempunyai sebarang tanda.

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL. Ada dua jenis kolesterol.

1)Kolesterol LDL(kolesterol jahat).

2)KolesterolHDL (kolesterol baik).

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.

Harus diingat, jantung kita ni telah bekerja keras dan berfungsi mengepam darah dari kita masih dalam kandungan ibu kita lagi.Oleh itu sayangilah jantung anda untuk kehidupan yang terus baik sepanjang hari,

Set Vitamin yang dicadangkan dalam shaklee ini mempunyai kebaikan antaranya adalah:

1.Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan stok.

2.Membantu mengekalkan tahap kolesterol yang baik.

3.Membantu tekanan darah yang normal.


Set Vitamin ini terdiri drp:

1. OmegaGuard
· pengambilan asid lemak omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
· memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida dan kolesterol yang normal.
· merendahkan kolesterol dan menghindar pembekuan darah di dalam badan.

2. Garlic
· membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolesterol.
· menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
· menurunkan kolesterol LDL ,trigliserida dan kelikatan darah.
· meningkatkan HDL,menghalang stok dan penyakit koronari.

3. Vitamin E complex
· Melindungi jantung,melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pegasidan lipid.
· meningkatkan kolesterol HDL.
· mengurangkan tekanan darah tinggi.
· sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dlm lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung.

4. Lecithin
· pemecahan lemak dan kolesterol, bertindak sbg pembersih salur darah.
· membantu mengemulsi dan metabolisma lemak,kolesterol dan trigliserida dalam tubuh.
· menghalang tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis.
· menggalakkan peredaran darah.

5. CoQHealth Plus
· Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
· Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
· Meningkatkan peredaran darah
· Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.
                
Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”