Tuesday, 14 February 2023

Set Kurus Shaklee: Cara Diet Yg Paling Mantap

Sebagai mukaddimah, set kurus Shaklee yang bakal saya perkenalkan kali ini, bukanlah set bajet yang selalu kita semua dengar, bukan juga satu produk yang cikai-cikai [kalau nya orang kebanyakan "bukan kaleng kaleng" cewah, haha].

Kesinambungan bagi entry saya sebelum ini, berkenaan intermittent fasting (IF), cara yang betul dan tepat untuk dapatkan IF yang sihat kita perlu ada nutrisi yang cukup supaya semua sel-sel, otot dan organ dalaman kita dapat bekerja dengan lancar. Meaning to say, set kurus Shaklee ini sangat penting supaya intermittent fasting kita lebih berkesan dan yang paling best kita boleh kurus secara sihat. Best kah sangat best? 

Set Kurus Shaklee: Hello New You Set + Vivix 

"Hello New You Set" terdiri daripada: 
  • Cinch Shake
  • Lecithin
  • Omega Guard
  • Herb-Lax
First and foremost, saya suka untuk mendahulukan set kurus Shaklee ini dengan sesuatu yang boleh bantu kita membuang dan membersih barulah badan kita boleh terima segala nutrisi yang lain nya secara optimum. Sesuatu itu ialah Herb-Lax

"Kamu adalah apa yang kamu makan". Pernah dengar frasa ini? Minggu lepas baru saja saya close sales
dengan seorang customer, menhadapi masalah penghadaman dan susah membuang jadi badan pun tidak selesa dan rasa tidak puas membuang. Menariknya, dalam Herb-Lax itu sendiri mengandungi daun senna yang juga merupakan makan sunnah nabi. Jadi terbukti diakui selamat dari zaman Rasulullah lagi. Disebabkan oleh lumrah dalam hidup kita memang suka makan, gather makan, menonton tv pun makan, depan PC pun makan. Segalanya makan! Jadi, Herb-Lax ini bukan sahaja membantu kita membuang dengan lancar tapi juga dia membersihkan dinding usus kita daripada 'molekul-molekul' yang kotor dalam kata lain toksik dalam perut tu lah.  Say goodbye to "kotoran"dalam perut tu ha barulah perut kita slowly akan kempis. Tapi, dengan syarat mesti amalkan set kurus Shaklee bukan nya Herb-Lax sahaja ya. Bak kata seorang customer saya, kalau beli daun senna mau kena rebus lagi. Lambat! 


Next set kurus Shaklee, jom cerita pasal Cinch Shake. Cinch ini sebenarnya ada 3 flavor ya! Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla. Cinch ini terkenal dengan perkataan "meal replacement" maksudnya menggantikan nasi, lauk pauk dan sayur yang kita makan hari-hari tu. Bahan utama yang ada dalam Cinch ini ialah "leucine" bukan "lysine" ya dia dua benda yang berbeza walaupun bunyi dan sebutan lebih kurang sama.

Leucine secara ringkasnya mengurangkan selera makan tapi lysine ini adalah yang menggalakan kita makan lagi dan lagi. Lysine ni selalunya ada pada mana-mana vitamin untuk kanak-kanak yang untuk tingkatkan selera makan mereka. Bezakan ? 

Lebih dalam lagi, leucine ialah golongan seangkatan asid amino yang berfungsi dalam badan kita untuk membentuk PROTEIN. Protein ini sangatlah terpentingnya dalam badan kita sebab ianya umpama batu bata yang membina sebuah bangunan yang mana protein itulah batu bata nya manakala badan kita ialah bangunan itu tadi. Nampak kah tidak kepentingan protein ni? Sebab itu ini bukan set kurus Shaklee yang biasa-biasa ya. Kita ada complete nutrisi barulah kurus dengan selamat. 

Leucine ini juga mampu menyerap makanan dan bergerak terus ke tisu-tisu otot untuk bertindak sebagai isyarat dalam proses sintesis protein. Disebabkan oleh protein itu terbentuk, kita akan lebih mudah rasa kenyang dan badan kita bertenaga dalam masa yang sama. Ianya berbeza dengan karbohidrat yang ada pada nasi, kalau kita terambil lebih karbohidrat dia akan jadi gula dalam badan kita. Bila jadi gula tu yang badan kita akan mudah penat selepas buat kerja. Tenaga itu ada tapi tidak long lasting. Kita nak tenaga yang berpanjangan kan? Jadi sebaiknya makan lebih protein berbanding karbohidrat. Senang cerita minum Cinch lah kan. Senang 5 minit saja bancuh, shake shake then siap boleh minum. Wah! Sedap pula tu. Set kurus Shaklee memang awesome!

Tambah lagi best, kalau makan Lecithin. Lecithin ini main purpose dia ialah untuk membakar lemak. Famous sebenarnya Lecithin ni bah! Famous sebab dikatakan mampu untuk memecahkan lemak dalam badan kita. Lecithin dikenali sebagai 'pengemulsi semulajadi' yang mana ia memberi kesan melekat pada lemak dan menyebabkan lemak terapung dalam darah at the same time mencegah lemak itu melekat pada dinding membran. Jadi kuranglah lemak-lemak dalam badan kita kan? Nama pun ada perkataan 'thin' kan. Jadi Lecithin ialah wajib dalam Set Kurus Shaklee. 

Seterusnya, dalam Set Kurus Shaklee ada Omega Guard. Kita sudah buang dan bersih, ada sudah meal replacement yang mengenyangkan then ada pula yang bantu bakar dan pecahkan lemak, ha yang ini pula kata kunci nya kolesterol dan jantung. Tapi kan sebenarnya, kalau cerita Omega Guard sampai lusa pun tidak habis weh. Banyak betul ni manfaat dia bah. Kalau tidak share kan macam rugi betul pula. Hebatnya Omega Guard ni sebab ia terhasil daripada 3 kali penyulingan ya. Terbukti kebersihan dan tiada kandungan merkuri dan sangat selamat untuk semua golongan. 

Saya sebut kolesterol tadi sebab Omega Guard ini juga menyingkirkan kolesterol jahat yang ada pada salur darah kita. Ia juga menambah kolesterol baik dalam badan kita sebab itu untuk misi kuruskan badan kena kurangkan kolesterol jahat dalam badan dahulu barulah berkesan jika diamalkan bersama set kurus Shaklee yg lain.  


Dalam satu kajian yang dijalankan penyelidik dari Liverpool John Moores University, England mendapati, pengambilan minyak ikan dalam hidangan kita sebanyak dua kali seminggu membantu meningkatkan ketahanan tubuh. Maksudnya, badan kita mampu mencegah serangan bakteria dan virus daripada terjangkit. Yalah kan! Sebab itu Omega Guard mesti ada dalam Set Kurus Shaklee, buat apa kurus kalau kita sikit-sikit jatuh sakit. Siapa yang mahu flu and fever ? Confirm lah bah tiada orang mahu kan.

Tambahan lagi, sebab nama dia pun ada Omega Guard. "Guard" disini maksudnya protection kepada "ibu" dalam badan kita iaitu: JANTUNG. Jantung kita ni perlukan Omega-3 yang ada dalam Omega Guard supaya boleh mengekalkan degupan jantung yang sihat supaya bacaan nadi kita itu konsisten sepanjang masa. Walaupun segala anggota badan kita sudah tidak mampu bergerak tetapi selama jantung berdetak selagi itu kita masih hidup. Cewah! Macam lagu pulak. 

Tapi dengan Omega Guard, bukan setakat otak cerdas, jantung sihat tapi juga membantu supaya sendi kita kuat. Bagaimana ini terjadi? Disebabkan omega ni pun bertindak sebagai minyak pelincir, darah kita yang terdiri daripada omega-3 itu tadi akan mengalir dengan lancar dari atas (otak) sampai lah ke bawah bahagian badan (kaki) kita jadi sebab itu lah sendi kita cukup bekalan nutrisi. Macam aircraft la dia terbang tanpa langgar awan. Smooth saja. Kalau pernah rasa kebas-kebas kaki atau tangan tu sebab darah tidak lancar lah tu. Ha itu buktinya kurang Omega Guard dalam diet harian. So sangatlah penting Omega Guard dalam Set Kurus Shaklee ni ya. 

Orang kata save the best for last. Last but not least ya! The number one Shaklee product is Botanical Beverage Mix - Vivix. Sebab apa saya mahu tekan kan Vivix juga dalam Set Kurus Shaklee? Overall produk, Vivix lah juga yang sangat membantu kita elak daripada penyakit 3 serangkai. Paling best sekali polifenol yg ada pada Vivix memberi effect anti-angiogenesis. Effect anti angiogenesis ini ialah apabila badan kita memotong menghancurkan salur darah yang ada pada sel-sel tak normal termasuklah kanser, tumor dan juga lemak. Lemak ini ada salur darah tau, jadi polifenol yang ada dalam Vivix ni akan bantu cut-off salur darah tu terus. Direct buang salur darah yang ada lemak tu tadi. 

Lagi tambah berganda gila bestnya kan! Fuh saya menulis pun jadi excited. Polifenol yang ada pada Vivix tu ada anti-diabetic effect yang bagi kita warning jangan craving gula. Di samping itu, otak kita ni boleh dikata 'otak akhir zaman' bila mana untuk sampai signal kenyang tu ke otak kita mengambil masa 20 minit juga weh. Lama tuh. Saya kalau 20 minit tu banyak benda sudah di telan. Sebab itu Rasulullah SAW pesan "berhenti sebelum kenyang" so dengan ada anti-diabetic effect ni, adanya brain protective material bila mana otak kita cepat pick-up dan dalam keadaan yang normal supaya maklumat dari badan kita pantas laju sampai ke minda kita. Gila best kan! 

Saya suka pun Shaklee ni sebab mudah sangat tidak perlu ambil masa lama untuk penyediaan. Sudah pun tersedia depan mata tinggal telan. Senang main telan saja tidak perlu masak la itula inila janji sediakan air untuk telan. Pantas dan efektif pulak tu. Lengkap set kurus Shaklee kita dengan kesihatan yang ditahap paling mantap. Set ini bukan sahaja untuk kurus tapi promotes overall health. All-in-one set. Set ni pun boleh diamalkan untuk kulit cantik dan sistem dalaman luaran di tahap yang paling menawan.

Secara keseluruhannya, untuk memiliki Set kurus Shaklee pastinya kita cuma perlu sediakan wang ringgit saja. Ya bukan semua orang mampu tapi sakit itu lebih mahal harganya bila dibandingkan Set Kurus Shaklee ini! Bila orang kata eh kau mampu juga beli kereta kan tapi tidak mampu untuk labur sikit demi badan kita yang lebih lama kita boleh pakai ni. Senang ceritalah kan, kereta tu harga dia puluh ribu tapi kita mampu untuk miliki. Entah 10 tahun boleh kah tidak kereta tu berkhidmat untuk kita kan. Kalau badan sihat dan larat boleh lagi lah bawa kereta itu tapi kalau badan kita tidak kuat pun tidak guna juga kereta tu kan? Samalah kepentingan nya disini. Tepuk dada tanya selera. You gain a big thing, you sacrifice a minor thing. Duit boleh dicari selagi kita mampu, InshaAllah. Tapi nikmatilah hidup kita selagi masih diberi peluang. Live life to the fullest! 

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda & keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
Shaklee ID 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”