Showing posts with label Info Penyakit (Diseases) dan Puncanya. Show all posts
Showing posts with label Info Penyakit (Diseases) dan Puncanya. Show all posts

Tuesday, 24 May 2016

Kanser Serviks (Pangkal Rahim)

Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang Dr Andi Anggeriana Andi Asri, kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu. Malah bagi individu yang berusia di bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim.

“Walaupun di Malaysia kanser rahim berlaku seawal usia 26 tahun, ia tidak berbahaya selagi pesakit mengetahui perubahan diri mereka dan mendapatkan rawatan awal. Semakin awal mereka mendapatkan rawatan, peratusan untuk pulih sepenuhnya sangat cerah,” katanya.
Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin atau kandungan. Organ ini berbentuk buah pear dan terdiri daripada bahagian badan (uterine body) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim dipanggil istmus.

“Apabila disebut kanser rahim, ia merujuk kepada kanser yang terjadi atau berasal daripada bahagian badan rahim. Ada dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri daripada tiga lapisan otot dan stroma,” jelasnya.
Dalam bidang perubatan, terdapat tiga jenis kanser rahim iaitu selaput dinding rahim dinamakan kanser endometrium, kanser yang berasal daripada otot dinding rahim iaitu liomiosarkoma (Leiomyosarcoma) dan kanser yang berasal daripada kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan karsinosarkoma.

Kanser rahim mudah dikesan disebabkan tanda yang sangat jelas terutama selepas wanita itu menopaus iaitu selepas ketiadaan darah haid. Antaranya, pendarahan yang berlaku selepas menopaus. Kebiasaannya wanita mengambil mudah apabila selepas menopaus, mereka didatangi haid semula.

“Ramai mengambil mudah kerana menyangka ia darah haid. Sebab itu ada yang tidak mendapatkan rawatan dan membiarkan nya sehingga sel kanser merebak ke tahap empat. Sekiranya darah keluar semula selepas menopaus, sepatutnya mereka membuat pemeriksaan sebelum doktor mengesahkan sama ada ia penyakit serius atau tidak,” katanya.

Wanita yang secara tiba-tiba mengalami tempoh haid yang panjang serta jumlah haid yang banyak melebihi biasa juga dinasihatkan membuat pemeriksaan. Ia sesuatu yang normal sekiranya haid berlaku sekitar lima hingga tujuh hari namun sekiranya haid berpanjangan sehingga 14 hari, wanita harus mendapatkan rawatan segera kerana berkemungkinan ia adalah kanser rahim.
“Namun, ada juga bertanya saya mengenai haid yang tidak menentu. Ia bukanlah faktor utama sebaliknya golongan ini berisiko mendapat kanser rahim,” katanya.

Kanser rahim juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan pengedaran serta kandungan hormon estrogen yang tidak seimbang atau dipanggil sindrom ovari polisistik (PCOS) iaitu gangguan hormon paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan wanita.

Antara ciri utama PCOS adalah ovulasi (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada ovulasi yang tetap pada setiap bulan. Selain itu, peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.

cervical cancer“Sindrom ovari polisistik tidak menunjukkan sebarang petanda awal seperti demam atau kesakitan, lantas ia tidak disedari penghidapnya. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati menghidap PCOS,” katanya.

PCOS boleh dihidapi sesiapa saja, namun kekerapan berlaku lebih kerap kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun yang turut berisiko mendapat kanser rahim. Namun, faktor keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.

PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti daripada ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular. Mereka juga mempunyai bulu berlebihan di kawasan tertentu disebabkan ketidakseimbangan hormon ini.

“Wanita yang mengalaminya juga akan mengalami berat badan berlebihan atau obesiti namun ada juga yang terlalu kurus berpunca daripada ketidakseimbangan hormon ini. Begitu juga bagi mereka yang mengalami masalah keputihan yang serius perlu mendapatkan rawatan segera bagi memastikan ia tiada kaitan dengan penyakit lain,” katanya.

Rawatan kanser rahim

Rawatan untuk kanser rahim tahap empat hanya dapat dilakukan menerusi pembedahan pembuangan rahim termasuk tiub fallopio dan ovari. Untuk kanser tahap lanjut, pesakit dinasihatkan menjalani kemoterapi atau radioterapi bagi mengelak sel kanser merebak ke kawasan lain.

“Keadaan ini berbeza bagi mereka yang membuat pemeriksaan awal terutama wanita di bawah 30 tahun kerana pembedahan tidak perlu dilakukan. Kadar penyembuhan juga lebih cepat,” katanya.
Jelasnya, pembuangan rahim juga tidak mendatangkan kesan terutama kepada pesakit yang sudah menopaus. Namun bagi wanita yang masih muda mereka mungkin mengalami kesan perubahan hormon disebabkan menopaus seperti sering tertekan, cepat marah, menjadi lebih beremosi dan sukar mengawal perasaan.

“Bagi mereka yang merasakan perubahan begitu ketara sebelum dan selepas pembuangan rahim, sebaiknya mereka segera mendapatkan rawatan di hospital kerana ada ubat yang mampu meredakannya,” ujarnya.

Proses penyembuhan juga bergantung sejauh mana pesakit mampu menerima kenyataan atas apa yang diberikan. Pemikiran yang positif dan menerima kenyataan akan menjadikan mereka lebih kuat. Dalam hal ini, orang sekeliling terutama keluarga harus memberikan sokongan supaya pesakit tidak berasa keseorangan.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah reda dengan ketentuan Tuhan dan menerima dengan hati terbuka. Mereka harus sedar kanser yang diberikan ini bukanlah satu musibah sebaliknya anugerah bagi membolehkan pesakit mendekatkan diri dengan Allah.

“Jika berasa keseorangan, babitkan diri dalam aktiviti bersama rakan yang mengalami nasib yang sama agar mereka saling memberi sokongan. Banyak badan bukan kerajaan seperti Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) Universiti Putra Malaysia (UPM) menyediakan pelbagai aktiviti untuk pesakit kanser seperti terapi seni dan kaunseling yang mampu memberikan semangat untuk mengharungi kehidupan. Waktu yang dilalui seharusnya diisi bersama keluarga supaya mereka dapat berasa betapa bermaknanya waktu yang ada ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro 
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 5:04 AM




Thursday, 14 April 2016

Soal Jawab: Hernia atau Angin Pasang

Bolehkah rawatan alternatif seperti mengurut membantu menyembuhkan penyakit ini? 

Masyarakat sering tersilap tanggapan dengan mengatakan rawatan alternatif seperti urutan dan sebagainya boleh menyembuhkan penyakit angin pasang. Pada hakikatnya, urutan tidak langsung akan membantu memulihkan penyakit angin pasang ini. Sebaliknya, kes hydrocoele yang kebanyakannya boleh surut sendiri dan tidak memerlukan pembedahan sering disalah tafsir sebagai kes angin pasang. Tanggapan yang salah ini yang menyebabkan masyarakat berpendapat sedemikian 

Adakah penyakit ini mempunyai risiko dan berbahaya? 

Jawapan : YA 

Selaput processus vaginalis memberi ruang kepada usus untuk sampai ke bahagian inguinal dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Pada peringkat awal proses ini, kebiasaannya kanak kanak akan mengadu tidak selesa disusuli dengan perasaan sakit pada bahagian itu. Disebabkan keadaan anatomi yang sempit pada salur inguinal, usus tersebut mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk tersumbat. Bekalan darah pada bahagian usus terbabit juga akan terjejas yang memungkinkan usus tersebut mati jika tidak dirawat. Kawasan yang sempit pada salur inguinal ketika itu juga boleh menghimpit salur darah ke testis menyebabkan organ testis mengecut dan mati. Selain bahagian usus, bahagian pundi kencing atau kilang ovary untuk anak anak perempuan boleh tersumbat dan mati. 

Apakah kaedah rawatan yang ada untuk penyakit ini? 

Kes angin pasang memerlukan pembedahan kecil untuk memisahkan dan menutup selaput processus vaginalis. Urutan atau rawatan tradisional tidak akan membantu menyembuhkan penyakit ini. 

Pembedahan tersebut boleh dilakukan melalui kaedah biasa atau pembedahan laparoskopi. 

Melalui kaedah pembedahan biasa, satu luka kecil akan dibuat pada bahagian atas inguinal dan selaput processus tersebut akan dikenal pasti, dipisahkan daripada struktur lain sebelum di tutup. 

Melalui kaedah pembedahan laparoskopi, satu luka kecil sebesar 5-7mm akan dibuat pada bahagian pusat, di sertai 2 luka kecil sebesar 3mm di bahagian kiri dan kanan pesakit. Dengan kaedah ini, kedua belah selaput processus boleh di periksa dan sekiranya perlu, pembedahan boleh terus dilakukan untuk kedua dua belah serentak. 

Bilakah masa yang sesuai untuk anak menjalani pembedahan? 

Apabila anak anda telah disahkan mengalami penyakit ini, pembedahan harus dilakukan pada waktu yang terdekat. Ini untuk mengelakkan risiko usus aau kilang ovary tersumbat dan mati. 

Bolehkah penyakit ini berulang? 

Risiko untuk penyakit ini berulang adalah sangat rendah, kurang daripada 1%. Walaubagaimanapun, peratusan kes ulangan adalah lebih tinggi sekiranya anak anda mengalami simptom angin pasang yang kronik dan disahkan tersumbat. Ketika itu, struktur dalaman kawasan inguinal membengkak dan menyebabkan pembedahan ketika kecemasan menjadi sukar. 

Adakah penyakit inguinal hernia kanak kanak sama dengan orang dewasa? 

Secara amnya, ia adalah berbeza. Majoriti penyakit inguinal hernia pada kanak kanak adalah disebabkan oleh selaput processus vaginalis yang gagal mengecut dan tertutup. Untuk orang dewasa, kebanyakannya kes disebabkan oleh otot kawasan inguinal yang sudah kendur. Cara pembedahannya juga adalah berbeza. 

Bawalah anak anda berjumpa doktor pakar untuk yang pemeriksaan yang terbaik. 

(written by Dr. Syariz Izy Sehat )

Hernia (Angin Pasang)

Salam semua…

Hernia. Sebenarnya saya baru dengar nama penyakit ini itupun daripada downline saya yang bertanyakan di dalam group whatsapp. Memandangkan saya sendiri tidak tahu menahu tentang ini jadi saya google lah kan. Alternatif lain, saya tanya juga di dalam group whatsapp besar upline saya, Master Siti Aisah dan upline saya share screenshot blog super upline saya, Master Norita yang mana beliau sendiri menghadapi masalah yang sama pada kedua anak lelakinya suatu ketika dulu selepas melahirkan. 

Antara tips yang diberi ialah:-

Basuh daun sireh dengan selawat dan layukan daun2 tersebut dengan iron. Layukan sedikit sahaja ya. Seterusnya renyukkan dengan tangan sehinggakan seperti ada basah2 di tangan dan tuamkan di tempat yang bengkak tu. Doa Nurbuah yang diamalkan. Amalkan sehingga bengkak itu surut…
Doa Nurbuah

Menurut beliau, kesembuhan nya memakan masa juga lebih kurang 2,3 bulan. Tapi syukurlah tdk perlu di operation dgn cara tradisional ini. 

Mari saya kongsikan hasil pengetahuan yang saya perolehi daripada internet dan bacaan. 

Apakah penyakit angin pasang atau inguinal hernia?

Kita kerap mendengar kes kes angin pasang berlaku pada orang dewasa dan kanak kanak. Kes angin pasang kanak kanak berlaku dengan kekerapan 3 – 5 kes dari setiap 100 kelahiran, atau bersamaan 3- 5%. Ia lebih kerap berlaku untuk anak lelaki berbanding perempuan dan 60% daripadanya berlaku pada bahagian kanan inguinal berbanding bahagian kiri. 10-15% kes melibatkan kedua dua belah (bilateral). Kes kes angin pasang lebih kerap berlaku pada anak-anak yang dilahirkan pramatang dengan kadar 40-55% disebabkan proses perkembangan bayi yang masih belum sempurna.

Apakah penyebab penyakit ini terjadi?

Sewaktu janin terbentuk, untuk bayi lelaki, testis awalnya berada pada aras yang sama dengan ginjal. Organ testis akan bergerak ke arah kantung zakar mengikut panduan struktur Gubernaculum dan di bawah pengaruh beberapa hormon. Pergerakan testis ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu fasa abdomen dan keduanya adalah fasa inguinal. Apabila struktur gubernaculum tiba di kawasan inguinal, ia akan melalui dan menarik selaput peritoneum yang kemudiannya di kenali sebagai selaput processus vaginalis. Selaput processus Vaginalis secara amnya akan mengecut dan tertutup dengan sendiri ketika umur bayi berada pada 36-40minggu dalam kandungan. Kegagalan selaput ini untuk mengecut dan tertutup dengan menyebabkan adanya saluran yang berhubung antara kawasan abdomen dan kantung zakar. Jika lubang kepada saluran ini halus, maka hanya unsur seperti air yang boleh melaluinya. Keadaan ini dikenali sebagai hydrocoele.

Walaubagaimanapun, jika lubang pada selaput tersebut adalah besar, (keadaan angin pasang @ Inguinal Hernia) struktur seperti usus, kilang ovary dan pundi kencing mempunyai potensi untuk masuk ke dalam selaput ini dan tersumbat.

Apakah simptom simptom yang lazim untuk penyakit ini?

Simptom awal

a) kawasan ari-ari (inguinal) dan / atau kantung zakar yang bengkak
b) kawasan bengkak biasa berlaku ketika anak menangis, berlari atau meneran dan bengkak tersebut boleh kekal atau surut selepas aktiviti terbabit

Simptom kronik

a) bengkak yang tidak surut disertai dengan keadaan anak yang dalam tidak selesa dan dalam kesakitan
b) perut kembung disusuli episod muntah- muntah

Bawalah anak anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mereka mempunyai simptom tersebut.

Adakah rawatan untuk hernia dan hydrocoele berbeza?

Perlu di tekankan di sini bahawa jika anak anda telah disahkan mengalami kes angin pasang, tiada rawatan alternatif yang boleh mengubati penyakit ini melainkan pembedahan yang di panggil ‘herniotomy’

Keadaan ini berbeza sekiranya anak anda mempunyai penyakit hydrocoele. Seperti yg telah diterangkan, oleh kerana lubang pada selaput hydrocoele adalah kecil dan kandungan kawasan bengkak tersebut hanyalah air, ini tidak akan membawa risiko bahaya kepada anak anda. Kes kes hydrocoele hanya memerlukan rawatan susulan dan kebanyakannya akan surut sendiri sebelum anak anda berumur 2 tahun tanpa memerlukan pembedahan. Pembedahan hanya perlu dilakukan jika hydrocoele masih kekal selepas anak berumur lebih 2 tahun. Pembedahan untuk hydrocoele adalah sama tekniknya dengan pembedahan untuk inguinal hernia iaitu ‘herniotomy’

Pada pendapat saya, masing-masing berhak mengikhtiarkan apa cara sekalipun untuk mengatasi penyakit ini. Walaupun ramai doctor yang tidak menyarankan ubatan tradisional tapi mungkin juga dengan kuasa dan izin ALLAH swt mampu menyembuhkan. 

Mungkin juga tidak boleh diurut kerana ia mungkin akan lebih memudaratkan. Saya sarankan gunalah daun sireh seperti yang saya kongsikan pada awal entri saya ini. InshaAllah bermanfaat.

Monday, 7 March 2016

Kaitan Senggugut dan Kesuburan Wanita

Senggugut

Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.

BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

TAHAP SENGGUGUT

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.

- SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA

Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Terapi yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

-SENGGUGUT SEKUNDER

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Contoh-contoh lain adalah :

ENDOMETRIOSIS

Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.

FIBROID
Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.

PELVIK
Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.

'INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'
Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.

TANDA-TANDA SENGGUGUT:

- kedatangan haid tidak teratur dan jumlah pusingan hari juga tidak tetap. Adakalanya panjang dan adakalanya pendek.Kadangkala, ia datang sehingga dua kali dalam sebulan.

- sakit tidak menentu apabila tiba masanya kedatangan haid.

- terdapatnya gumpalan di dalam darah yang keluar sebagai darah haid.

- mengalami kesakitan yang teramat dalam tempoh 24 jam pertama.

-kesakitan selalunya berlaku sebelum atau ketika kedatangan haid.

Kadangkala senggugut disertai dengan beberapa gejala iaitu:

-sakit kepala

-rasa loya

-muntah-muntah

-masalah penghadaman seperti cirit-birit atau sembelit.

-mudah pitam atau pengsan.

-simptom pra-haid seperti pembengkakan di bahagian abdomen yang boleh melanjutkan tempoh haid.

-kesakitan yang dialami hanya akan berkurangan selepas dua atau tiga hari.

UBAT TAHAN KESAKITAN

Kesakitan dengan mudah boleh dihilangkan dengan pelega kesakitan biasa atau mengamalkan makan ubat perancang keluarga yang menghalang ovulasi. Contoh ubat penawar sakit yang sesuai untuk melegakan kesakitan senggugut ialah Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain-lain. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandungi hormon 'Norethisterone'. Namun begitu, sukar untuk melegakan kesakitan dan sakit menjadi punca berjumpa doktor. Gejala berkaitan termasuk ketidaksuburan. Kadangkala doktor hanya mengesan penyakit tersebut ketika pesakit membuat ujian untuk rawatan ketidaksuburan. Sakit senggugut yang teruk tidak bermakna penyakit penyebab juga teruk dan peluang hamil makin tipis. Ini hanya akan ditentukan selepas doktor membuat penilaian sepenuhnya. Keperluan mengambil ubat penahan sakit menunjukkan tahap seriusnya kesakitan dan keperluan mendapat cuti sakit menjadikan keadaan ini kontroversial . Kesan ubat penahan sakit terutamanya dari kategori 'non steroidal anti inflammatory' boleh mendatangkan ulser pada dinding perut.

sumber rujukan - majalah rapi 1 sept 05

Thursday, 27 August 2015

Info Hamil: Placenta Previa II

Uri akan terbentuk apabila seseorang wanita hamil. Ia bertindak menjadi penghubung di antara bayi dengan sistem darah ibu yang membekalkan oksigen dan khasiat makanan kepada bayi dan akan keluar bersama apabila bayi dilahirkan. Ia juga bertanggungjawab menyingkir bahan sisa daripada darah bayi. Uri melekat pada dinding rahim dan tali pusat bayi yang menjadi penghubung utama di antara ibu dan anak dalam kandungan.

Pada awal kehamilan, uri mungkin di bahagian bawah rahim. Apabila janin membesar, biasanya uri bergerak dan tertolak ke atas menjauhi pangkal rahim.

Kedudukan uri boleh dikesan melalui ujian imbasan bunyi yang dilakukan pada pemeriksaan prenatal anda. Doktor akan memberitahu jika uri terletak di bawah sebelum kandungan masuk minggu ke-20.

Mengalami pendarahan ketika hamil adalah perkara menakutkan hingga menyebabkan sesetengah wanita trauma untuk mengandung lagi. Mereka bimbang perkara sama akan berulang kerana masalah ini boleh membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan.

Biasanya pendarahan ketika hamil berlaku pada trimester ketiga akibat kedudukan uri (yang sepatutnya di atas) terletak di bahagian bawah rahim iaitu berhampiran pangkal rahim. Keadaan ini dipanggil plasenta previa.

Tanda utama plasenta previa ialah pendarahan pada trimester ketiga. Keadaan pendarahan berbeza dari semasa ke semasa. Ada kalanya pendarahan hanya sedikit, tetapi ada waktunya ia boleh menjadi banyak sehingga membahayakan. Pendarahan ini boleh berlaku bila-bila masa dan lazimnya berulang selepas beberapa hari atau minggu.

Bagaimanapun, ia keadaan biasa dan dalam kebanyakan kes (lebih 80 peratus), uri tertolak ke atas apabila kandungan semakin membesar. Hanya 10 hingga 15 peratus kes uri kekal di bawah. Masalah mula timbul apabila janin semakin besar (memasuki minggu ke-26) dan memberi tekanan kepada uri sehingga menyebabkan pendarahan.

Insiden kedudukan uri rendah adalah kecil iaitu hanya 0.5 peratus atau satu kes bagi setiap 200 kehamilan, tetapi risikonya sangat tinggi kerana pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah (anemia). Jika tidak diberikan rawatan segera, ibu dan bayi boleh menemui maut akibat kehilangan terlalu banyak darah.

“Wanita yang ada masalah plasenta previa boleh mengalami pendarahan vagina selepas kandungan memasuki minggu ke-28, tetapi ia tidak menyebabkan rasa sakit.
“Perkara ini membimbangkan kerana pendarahan boleh berlaku dengan banyak atau dipanggil tumpah darah dalam masa singkat. Malah, ia boleh berlaku bila-bila masa tanpa sebab.

“Jika tidak dirawat, pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah. Ini sebabnya wanita yang disahkan ada masalah plasenta previa major perlu dimasukkan ke hospital sehingga bersalin,” katanya.
Bagaimana pendarahan boleh berlaku? Ia boleh berlaku apabila bahagian bawah rahim mula mengalami perubahan bentuk dan menjadi nipis sebagai persediaan untuk melahirkan anak.

Namun, oleh kerana uri tidak boleh meregang seperti rahim, ia merekah pada tempat tertentu lalu menyebabkan pendarahan. Pada peringkat awal, pendarahan biasanya sedikit tetapi ada risiko berlaku banyak pendarahan pada bila-bila masa tanpa tanda atau amaran. Pendarahan ini juga menyebabkan wanita menjadi pucat, berpeluh dan jantung berdegup cepat.

Punca, Jenis Dan Faktor Risiko

Sehingga kini tiada siapa tahu punca sebenar plasenta previa. Namun, ada hipotesis mengaitkan ia dengan salur darah tidak normal pada lapisan endometrium (dinding rahim) akibat pembedahan atau jangkitan. Malah, bentuk rahim tidak normal juga boleh menyebabkan plasenta previa.

Masalah ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:

Jenis I atau uri rendah.
Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.

Jenis II atau pinggiran.
Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bagaimanapun, kumpulan wanita yang ada masalah seperti ini masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa.

Jenis III atau separa.
Uri menutup separuh pangkal rahim.

Jenis IV atau lengkap.
Uri menutup seluruh pangkal rahim.

Jenis I dan II dikenali sebagai plasenta previa minor, manakala jenis III dan IV dikelaskan sebagai plasenta previa major yang sering menyebabkan pendarahan membimbangkan.
Namun, bukan semua kes uri di bawah dipanggil plasenta previa. Jika kandungan kurang daripada 28 minggu, masalah ini dikategorikan sebagai uri rendah dan hanya selepas kandungan memasuki 28 minggu dan masalah ini berterusan baru ia dipanggil plasenta previa.

Komplikasi

Jika anda mengalami masalah plasenta previa, doktor akan memantau kesihatan anda dan bayi dalam kandungan untuk mengurangkan komplikasi seperti:

Pendarahan yang banyak.

Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan).

Kedudukan uri di bawah juga boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi tidak betul, sama ada menyongsang atau melintang, terutama bagi wanita yang mengalami plasenta previa major. Malah, masalah ini meningkatkan risiko wanita untuk mendapat masalah plasenta akreta.

Plasenta akreta (uri tertanam dalam dinding rahim dan ia sukar tercabut secara semula jadi apabila bayi dilahirkan). Jika keadaan serius, doktor terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan rahim untuk menyelamatkan nyawa ibu. Plasenta akreta tidak boleh dibiarkan kerana ia menyebabkan pendarahan berterusan selagi tidak dikeluarkan. Bagaimanapun keadaan ini jarang berlaku. Plasenta abruptio. Uri terpisah atau tercabut dari dinding rahim sebelum sampai waktu melahirkan anak. Ia boleh menyebabkan bayi mengalami kesesakan akibat ketiadaan bekalan oksigen dan nutrien. Malah, keadaan ini mengakibatkan pendarahan yang membahayakan nyawa ibu dan bayi. Walaupun ia boleh terjadi kepada wanita yang tiada masalah plasenta previa, masalah ini jarang berlaku.

Adakah Ia Membahayakan Bayi Anda?

Masalah uri rendah secara umumnya tidak mendatangkan bahaya pada bayi. Namun jika menyebabkan pendarahan, ia boleh mengakibatkan bayi turut mengalami masalah kekurangan darah.

Pendarahan boleh berlaku bila-bila masa bermula dari kandungan berusia 28 minggu hingga sebelum bersalin. Masalah ini juga boleh menyebabkan seseorang wanita terpaksa bersalin awal (tidak cukup bulan atau kurang 36 minggu).

Lebih membimbangkan, pendarahan banyak yang berlaku ketika kandungan kurang daripada 26 minggu boleh menyebabkan keguguran. Malah, si ibu boleh meninggal dunia jika dimasukkan ke hospital yang tiada bekalan darah.

Rawatan dan penjagaan bergantung kepada masalah dihadapi, sama ada pesakit perlu berehat di atas katil, memerlukan pemindahan darah atau menjalani pembedahan Caesarean. Bagi pendarahan akut (banyak dalam masa singkat), pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan pemeriksaan rapi dilakukan untuk memastikan ia tidak berulang.

Malah, pesakit mungkin terpaksa menerima bekalan darah jika pendarahan terlalu banyak. Namun, dalam kebanyakan kes, di bawah pengawasan doktor, wanita boleh meneruskan kehamilan sehingga bayi cukup matang untuk dilahirkan.

Bagi wanita yang ada plasenta previa tetapi tidak mengalami pendarahan, mereka masih perlu berehat di hospital sehingga bayi cukup matang (antara 36 hingga 38 minggu kehamilan) untuk menjalani pembedahan.

“Wanita yang mengalami masalah ini dinasihatkan memilih hospital yang ada bank darah dan kelengkapan mencukupi. Wanita juga perlu memaklumkan doktor mengenai masalah yang dihadapi jika membuat pemeriksaan di tempat lain.
“Hospital akan menyimpan bekalan darah untuk pesakit dan memberi suntikan pada wanita yang pernah mengalami pendarahan. Suntikan ini diberikan sebelum minggu ke-34 kehamilan untuk mematangkan paru-paru bayi. Jika berlaku pendarahan lagi, doktor akan segera melakukan pembedahan Caesarean,” katanya.

Masalah plasenta previa bukan penghalang untuk anda mengandung lagi kerana tidak semestinya perkara ini berulang. Malah, anda juga boleh mendapat anak sihat dan comel seperti orang lain.

Namun Doktor menyarankan wanita yang ada sejarah plasenta previa supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun. Justeru, persediaan minda penting. Cari maklumat lanjut mengenai masalah ini supaya anda faham dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk komplikasi serta rawatan yang ada.

Sebaik mengetahui anda mengandung, bincang dengan doktor mengenai langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelak pendarahan. Anda juga mungkin terpaksa mengurangkan aktiviti seks atau mengelakkannya langsung jika berlaku pendarahan.

Kumpulan Berisiko

Terlalu kerap mengandung dan kehamilan yang terlalu rapat. Pernah menjalani pembedahan Caesarean ketika melahirkan anak terdahulu.

Pernah menjalani pembedahan untuk membuang fibroid. .

Mempunyai luka pada rahim.

Pernah menjalani dilation and curettage D & C (selepas menggugurkan anak) yang menyebabkan rahim luka dan berparut.

Mengandung pada usia terlalu muda (belasan tahun) atau lewat (melebihi 35 tahun). Risiko bertambah tinggi dengan peningkatan umur.

Pernah mengalami masalah plasenta previa pada kandungan terdahulu. Mengandung anak kembar.

Merokok atau mengambil dadah.

Wednesday, 26 August 2015

Info Hamil: Plasenta Previa I

Apa itu plasenta previa, dan adakah kerap berlaku?

Plasenta previa (placenta praevia) adalah plasenta atau uri yang terletak rendah. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim. Dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang mempunyai masalah ini. Perdarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk. Bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh.

Perdarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. Jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi.

Plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis, yang disenaraikan di bawah, di mana yang dua terdahulu adalah yang paling biasa.
I plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
II bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
III plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean;
IV plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

Jika anda ada membuat imbasan ultrasound semasa awal kehamilan dan plasenta ternampak seakan-akan terletak berdekatan dengan serviks atau menutupinya, jangan pula anda merasa terlalu bimbang. Itu semestinya bukan plasenta previa. Semasa bayi anda membesar, uterus anda yang mengembang itu akan secara semulajadi, menarik plasenta dan memisahkannya dari serviks. Walaupun plasenta masih terletak rendah semasa imbasan minggu ke-20, ini mungkin bukan lagi merupakan satu masalah apabila anda sudah cukup bulan. Ini adalah disebabkan semasa pembesaran bahagian bawah rahim anda, kebanyakan plasenta seakan-akan "bermigrasi" ke atas di waktu trimester ketiga.

Apakah beberapa petanda amaran plasenta previa?

Perdarahan vagina yang tidak sakit semasa tiga bulan terakhir kehamilan selalunya merupakan petanda amaran dan anda perlu memanggil doktor dengan segera jika ini berlaku. Namun begitu, mungkin tiada petanda amaran langsung dan kenyataan yang anda mempunyai plasenta previa mungkin hanya diketahui semasa imbasan ultrasound.

Lesley, seorang ibu BabyCentre UK, menjalankan imbasan pada minggu ke-16, dan ini menunjukkan yang plasentanya berada dekat dengan serviks. Doktornya tidak begitu bimbang, jadi Lesley meneruskan kehidupannya yang sibuk. Dia pergi untuk percutian berkhemah dan membuat perjalanan ke negara Jerman.

Imbasan seterusnya pada minggu ke-28 menunjukkan yang plasenta Lesley sememangnya menutupi serviksnya. "Doktor saya lebih bimbang dan berwaspada pada kali ini," kata Lesley, "dan meminta saya supaya memaklumkan dia dengan serta merta jika berlakunya sebarang perdarahan." Dia juga dinasihatkan supaya jangan terlalu aktif dan supaya banyak berehat untuk mengurangkan risiko perdarahan. Dia tahu yang bayinya perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

Adakah sesetengah wanita lebih berisiko dari yang lain?

Wanita yang mengandung bayi kedua dan seterusnya lebih berisiko daripada wanita yang mengandung bayi pertama. Lebih berisiko lagi adalah wanita yang sebelum itu bersalin melalui pembedahan caesaraean, atau mereka yang sudah melalui kehamilan dengan plasenta previa, atau yang merokok. Namun begitu, kebanyakan wanita dengan plasenta previa tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang ketara.

Bagaimana untuk menangani plasenta previa?

Ini bergantung dengan sama ada anda mengalami perdarahan dan pada minggu kehamilan yang berapakah ianya berlaku. Jika keadaan ini didiagnos selepas minggu ke-20, tetapi anda tidak mengalami perdarahan, anda mungkin dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang senaman yang terlalu kencang dan supaya banyak berehat. Sekiranya anda turun darah dengan banyak, anda akan dimasukkan ke hospital supaya pendarahan boleh diawasi dan walaupun ianya berhenti selepas itu, anda mungkin akan diminta tinggal di hospital sehingga bayi anda sedia untuk dilahirkan. Anda akan dinasihatkan untuk tidak mengadakan hubungan seks semasa kehamilan itu sebab ianya akan menerukkan lagi perdarahan dari plasenta yang terduduk rendah.

Lesley mengalami episod perdarahan pertamanya pada minggu ke-32 – kehilangan darah adalah seakan-akan kedatangan haid. Dia disuruh supaya berehat dengan tenang di rumah, tetapi, empat hari selepas itu, dia mengalami perdarahan yang lebih banyak dan dimasukkan ke hospital selama lima hari sebelum dibenarkan balik ke rumah semula.

"Saya dibenarkan pulang hanya sebab suami saya bekerja di rumah," kata Lesley.
"Kalau tidak, saya mungkin diperlukan duduk di hospital sehingga habis tempoh kehamilan." Lesley telah diberikan suntikan steroid untuk membantu paru-paru bayi matang sekiranya ia dilahirkan awal.

Dia masuk ke hospital untuk menjalani pembedahan caesarean pada minggu ke-36. Anaknya dilahirkan dalam keadaan sihat. Lesley kehilangan darah sedikit semasa pembedahan dan memerlukan transfusi darah selepas itu. Dia pulih sembuh sepenuhnya.

Resources: BabyCenter

Friday, 14 August 2015

Buasir dan Gejala-nya: Hemorrhoids/Piles

Apakah Penyakit Buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran dan di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Jenis-jenis Buasir

1) Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum.Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi proses meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.

Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2) Buasir luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memeri dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya..

Buasir ialah benjelon yang wujud di selaput lendir rektum atau pada kulit dubur. Sembelit merupakan punca terjadinya buasir terutamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi.

Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan.

Mengapa buasir terjadi?

Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.

Perlukah saya berjumpa dengan doktor?

Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus. Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat bagi mereka yang:

Berumur 40 tahun ke atas.
Mempunyai sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/ saudara yang mengalami kanser usus.
Mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit dan/atau sembelit.
Kurang berat badan tanpa sebab tertentu.

Apa yang boleh saya lakukan?

Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:

>> Elakkan sembelit

Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
Lakukan senaman setiap hari.
Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.

>> Mengurangkan kesakitan
Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.

Jika ingin mendapatkan produk Shaklee untuk menentang masalah buasir ini boleh lah klik sini > Set Buasir Shaklee

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 11 July 2015

Obesiti - Faktor Kepada Penyakit Yang Lain


Obesiti ialah satu pyakit di mana kita menghadapi berat badan yg berlebihan drpd spatutnya dan BMI result jg lebih drpd 30..

Sudah masalah Obesiti kita jg tdk boleh lari pyakit2 lain yg juga menanti disebabkan Obesiti ini. Malahan bg mereka yg sudah mencecah Overweight jg harus berwaspada spy ianya tdk mnyentuh peringkat Obesiti dan kalau blh berusaha utk normal kan berat badan.

Penyakit dtg drpd makanan yg kita makan, psekitaran yg tdk sihat, hidup yg jarang bersenam ini meningkatkan lagi risiko dtgnya penyakit. Mcm sy ckplah kan kbanyakan pyakit pn dtg nya dr nafsu perut.

Penyakit ini bukan saja buat kita susah hati, bgaimana lg dgn kos perubatan lagi, tmbh2 lagi masa kita byk tbuang d hosp utk review la appointment doktor la, hemodialisis la, segala mcm prosedur yg perlu kita ikut demi mnuntut ksihatan yg mgkn tdk akan kembali spt biasa/normal spt sblm ni.

Berhati2lah drpd skrg.
Pesan ikhlas drpd Asda Healthcare
Pengedar Shaklee Suplemen Terbaik Anda
0136507465

Tuesday, 24 February 2015

Penyakit Batu Karang I

KAJIAN TENTANG PENYAKIT BATU KARANG


Daripada kajian Dr.Zaidun Kamari, Timbalan Pengarah Iktisas Hospital Pengarah Iktisas Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Cawangan Kelantan, 7 orang daripada 10,000 orang warga Malaysia mengidap penyakit batu karang setiap tahun. Ini bermakna, 14,000 pesakit baru akan bertambah dari tahun ke tahun. Dalam tahun 2005 sahaja, seramai 349 orang pesakit batu karang telah di HUSM. Penyakit batu karang terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

i. Batu Karang Dalam Ginjal
ii. Batu Karang Dalam Hempedu

PENYAKIT BATU KARANG DALAM GINJAL / BUAH PINGGANG

Batu yang terdapat dalam ginjal (buah pinggang) terbentuk daripada beberapa jenis bahan kimia melalui pemakanan kita iaitu Kalsium Oxalat, Kalsium Pospat, Asid Uric, Cystine dan Magnesium Pospat Ammonia. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh menjadi sebesar bola golf. Ia terbentuk dalam ginjal, kemudian bergerak ke dalam saluran kencing dan membesar di situ. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu ini menjadi terlalu besar dan mengakibatkan gangguan kepada perjalanan air kencing. Kuman-kuman akan merebak di sini dan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Ginjal

1. Rasa pedih ketika kencing
2. Rasa loya (mual) & muntah tanpa sebab
3. Rasa seperti pasir berada dalam badan
4. Air kencing kotor & berbau busuk
5. Rasa sakit di kawasan pinggang
6. Rasa sakit pada alat sulit

Rawatan Batu Karang Dalam Ginjal

1. Peringkat Awal - Perubatan Biasa
2. Peringkat Kedua - Pembedahan / Lithotritpsy
3. Peringkat Serius - Dialisis / Pemindahan Buah Pinggang

Kesan Pemecahan Batu Karang

Bidang perubatan moden boleh menghancurkan batu karang, tetapi serpihannya akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat ketika ia hendak keluar melalui saluran kencing. Jika batu itu tersekat, pembedahan terpaksa dilakukan.

Kesan Pemindahan Buah Pinggang

Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak mudah iaitu dengan manggantikan buah pinggang lama dengan yang baru. Namun masalah akan timbul jika tubuh pesakit tidak serasi dengan buah pinggang yang baru.

PENYAKIT BATU KARANG DALAM HEMPEDU

Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu semakin menular dikalangan kita kerana pemakanan yang tidak seimbang. Faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Hempedu

1. Sakit/kembung dibahagian kanan perut
2. Rasa sakit bila ditekan pada tepi ulu hati
3. Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas
4. Rasa loya & muntah tanpa sebab
5. Badan rasa tidak bermaya
6. Kurang selera makan
7. Demam

* Tanda-tanda ini kerap berlaku selepas beberapa jam memakan makanan berminyak

Kesan-Kesan Batu Karang Dalam Hempedu

1. Kerosakan Hati & Pankreas
2. Hepatitis B (demam kuning)
3. Kematian

Rawatan Batu Karang Dalam Hempedu
Pembedahan membuang pundi hempedu

KOS PERUBATAN MODEN UNTUK PENYAKIT BATU KARANG

Pembedahan Membuang Batu Karang (hempedu/ginjal) :
RM 4,000.00 - RM 10,000.00

Penyakit Batu Karang II

Pengenalan


Air kencing terbentuk di dalam buah pingggang mengalir melalui struktur tiub yang dipanggil ureter ke pundi kencing sebelum dikeluarkan. Batu karang atau kalkuli boleh ditemui di mana saja pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing. Di Malaysia batu karang biasa ditemui di bahagian atas saluran kencing ( buah pinggang dan ureter). Kekerapan batu karang ini adalah 10%-20% di Asia berbanding dengan 15%-18% di negara barat.

Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Biasanya air kencing mempunyai bahan yang dipanggil 'penghalang' yang menghalang pembentukan batu karang, tetapi ada setengah kes ia tidak berfungsi. Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi pada mereka yang sering kali kekeringan (dehydrasi) kerana kurang pengambilan cecair. Sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai paras bahan ini yang lebih tinggi dari paras normal di dalam darah dan meningkatkan jumlah bahan ini di dalam air kencing. Jangkitan salur kencing yang berulang kali juga menggalakkan pembentukan batu karang. Apabila terdapat halangan pada saluran air kencing seperti pembesaran kelenjar prostat, takungan air kencing akan menyebabkan berlakunya jangkitan dan pembentukan batu karang yang berulang-ulang. Sebahagian pesakit mungkin dilahirkan dengan saluran air kencing yang tidak normal yang menyebabkan halangan pada saluran air kencing.

Ada beberapa jenis batu karang, antaranya ialah kalsium oxalate, asid urik dan cystine. Batu jenis struvite pula terdiri daripada magnesium, ammonia dan fosfat bercampur dengan karbonat. Ini dikenali juga sebagai batu jangkitan. Di Malaysia, batu jenis kalsium oxalate, asid uric dan batu jangkitan biasa di temui.

Gejala dan Tanda


Batu karang di buah pinggang biasanya tidak menyebabkan kesakitan dan mungkin ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan ultrasound atau x-ray abdomen untuk sebab-sebab yang lain. Batu yang kecil mungkin boleh keluar tanpa rasa sakit atau mungkin menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat daripada belakang hingga ke kemaluan dengan rasa mual dan muntah yang biasanya disebut sebagai 'Renal Colic'. Ini berlaku apabila batu itu bergerak melalui saluran ureter yang sempit yang mengecut untuk mengeluarkannya. Setengah pesakit akan merasa sakit yang tajam pada testikel mereka atau sepanjang zakar mereka semasa kencing. Mereka biasanya dapat mengesan adanya darah di dalam air kencing.

Batu yang lebih besar yang tidak boleh keluar dengan sendiri mungkin tersekat di dalam ureter dan menyebabkan halangan. Ini akan menyebabkan sakit yang berterusan dan mungkin demam jika terdapat jangkitan kuman. Biasanya pesakit batu karang di buah pinggang akan merasa sakit dan sengal-sengal di belakang. Sakit ini tidak dipengaruhi oleh pergerakan atau perubahan postur yang biasanya disebabkan oleh sakit yang berpunca dari tulang ataupun otot.


Penyiasatan



90% batu karang boleh dikesan dengan x-ray abdomen. Ini biasanya diikuti dengan siri x-ray yang di ambil selepas sejenis pewarna disuntik ke dalam badan. Prosedur yang dikenali sebagai Intravenous Pyelogram (IVP) ini digunakan untuk melihat pada paras mana batu karang tersebut berada dan kemungkinan adanya halangan. Ujian Ultrasound pula akan diadakan jika batu karang disyaki tetapi tidak dapat dilihat dengan x-ray. Kaedah yang lebih tepat adalah dengan imbasan CT (CT Scan) abdomen, tetapi ini hanya ada di hospital yang besar sahaja.

Satu siri ujian darah dijalankan untuk menilai fungsi buah pinggang, paras asid urik dan kalsium di dalam darah. Ujian air kencing pula dijalankan untuk melihat jika ada jangkitan kuman, keasidan atau alkali. Dalam setengah kes, juga untuk memeriksa paras kalsium, oxalate dan asid urik.

Komplikasi


Batu karang di buah pinggang atau ureter akan menyebabkan halangan. Ini akan mengundang jangkitan kuman pada buah pinggang dan dalam kes yang teruk pembentukan nanah. Jangkitan ini boleh merebak ke dalam darah dan pesakit akan jadi sangat teruk kerana urosepsis. Ini adalah kecemasan dan pesakit tersebut perlu rawatan dengan antibiotik dan halangan tersebut perlu di atasi dengan memasukkan tiub ke dalam ureter untuk melepasi ureter atau memasukkan tiub ke buah pinggang untuk mengalirkan air kencing yang dijangkiti kuman. Halangan yang kronik akan merosakkan buah pinggang dan jika berlaku pada kedua-dua buah pinggang pesakit tersebut akan mengalami kegagalan buah pinggang. Jika ada batu karang, tetapi tidak menghalang aliran air kencing juga boleh menyebabkan jangkitan yang berulang-ulang yang di namakan Pyelonephritis.

Begitu juga dengan batu karang di pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman. Batu ini boleh menjadi penghalang dengan tersekat pada pangkal pundi kencing, di bahagian pundi kencing bersambung dengan urethra iaitu saluran kencing di dalam zakar, atau di dalam urethra sendiri. Dalam situasi ini, pesakit tersebut akan menghadapi kesukaran membuang air kecil dan terdapat pengumpulan air kencing. Jika ia berlaku untuk tempoh yang lama tekanan kebelakang mungkin akan memberi kesan kepada ureter dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan buah pinggang. Otot pada pundi kencing yang gagal mengeluarkan halangan tersebut akan meregang dan kemudiannya menjadi kegagalan otot. Ini adalah penting kerana pesakit mungkin tidak dapat mengeluarkan air kencing dari pundi kencing biarpun batu tersebut telah dikeluarkan.

Dalam kes yang jarang berlaku, terdapat gangguan berterusan oleh batu karang pada permukaan dalam pundi kencing dan akan menyebabkan kanser.

Rawatan


Kebanyakan batu karang yang kurang dari 4mm akan keluar dengan sendiri. Tetapi pesakit akan memerlukan intervensi/rawatan jika batu itu tidak keluar selepas tempoh pemerhatian dan berterusan menyebabkan kesakitan. Batu tersebut mungkin akan membesar atau menyebabkan komplikasi seperti halangan dan jangkitan. Kadangkala batu karang tersebut tidak menyebabkan kesakitan tetapi menyebabkan fungsi buah pinggang semakin teruk. Rawatan batu karang ini bergantung kepada lokasi, saiz dan jenis batu karang tersebut.

Extracorporeal Shockwave Lithotripsy (ESWL)

Ini adalah prosedur yang biasa dijalankan di mana pesakit akan baring di atas meja khas dan gelombang yang dikeluarkan oleh sejenis mesin menembusi badan pesakit dan memecahkan batu itu kepada ketulan-ketulan kecil. Pesakit itu akan mengeluarkan serpihan batu ini apabila kencing. X-ray atau ultrasound digunakan untuk mengesan lokasi batu karang tersebut. Prosedur ini sesuai untuk batu karang yang kurang dari 2 cm dan kebanyakan batu karang di dalam ureter boleh dilihat dengan x-ray.

Ini adalah prosedur pesakit luar dan biasanya pesakit akan diberi suntikan penahan sakit dan ubat tidur. Batu yang lebih besar memerlukan beberapa kali siri rawatan.

Kesan lebam mungkin boleh dilihat di bahagian belakang. Lazimnya terdapat kencing berdarah, kadangkala pendarahan ini akan menyebabkan darah beku yang besar di sekeliling atau di dalam buah pinggang. Jika terlalu besar, ia akan menekan buah pinggang. Jangkitan boleh berlaku dan pesakit akan demam dan sakit belakang. Serpihan batu itu mungkin tidak keluar kesemuanya dan akan membentuk jalur yang menghalang ureter. Oleh kerana itu tiub akan dimasukkan untuk mengeluarkan air kencing dari pundi kencing dan buah pinggang sebelum ESWL.

Percutaneous Nephrolithotomy

Dalam prosedur ini doktor akan melakukan hirisan kecil pada belakang pesakit di bahagian buah pinggang untuk membentuk satu laluan bagi memasukkan sejenis alat yang berteleskop. Batu karang dilihat dan dipecahkan dengan sumber kuasa seperti laser, ultrasound atau angin. Di akhir prosedur, pesakit akan ada tiub sementara untuk mengeluarkan air kencing. Prosedur ini dijalankan dengan bius penuh, sesuai untuk batu karang yang lebih besar dari 2 cm dan yang gagal ESWL.

Komplikasi yang biasa berlaku adalah jangkitan dan pendarahan semasa atau selepas prosedur. Kadangkala agak mustahil untuk mengeluarkan kesemua batu karang tersebut dan pesakit perlu menjalani prosedur kecil melalui hirisan yang sama untuk mengeluarkan baki batu tersebut.

Ureteroscopy

Prosedur ureteroscopy melibatkan memasukkan sejenis alat melalui urethra, pundi kencing dan ke dalam ureter. Batu karang akan dipecahkan, dikeluarkan dan tiub sementara akan dipasang dalam ureter untuk mengeluarkan air kencing. Prosedur ini dilakukan dengan bius penuh dan sesuai untuk batu karang dalam ureter yang besar, tidak dapat dilihat dengan x-ray atau gagal dipecahkan dengan ESWL. Komplikasi yang biasa termasuk kecederaan pada ureter, jangkitan dan pendarahan.

Pembedahan Terbuka

Ini jarang dilakukan sekarang kerana kebanyakan batu boleh dikeluarkan dengan cara yang lebih mudah. Untuk pesakit yang mempunyai batu karang yang besar, ia masih lagi menjadi pilihan. Kadangkala apabila buah pinggang dengan batu karang ini menjadi berparut dan tidak berfungsi dengan baik, ia akan dikeluarkan. Masih lagi ada peranan pembedahan terbuka untuk membuang batu karang yang besar.

Pencegahan


Apabila pesakit telah ada batu karang, dia mempunyai risiko untuk pembentukan batu karang lagi. Pesakit dinasihatkan untuk meminum sekuarng-kurangnya 2-3 liter air untuk memastikan diri mereka cukup air dan mencairkan air kencing mereka. Panduan yang baik ialah apabila kencing, warnanya jernih seperti air. Nasihat ini lebih penting kita di iklim panas ini.

Perubahan dalam pemakanan mungkin diperlukan untuk mencegah pembentukan batu karang. Diet yang kaya dengan protein mungkin akan meningkatkan pengeluaran kalsium oxalate dan asid urik dalam air kencing. Pesakit yang mempunyai batu karang jenis asid urik dinasihatkan untuk mengurangkan makanan yang kaya dengan purine seperti daging merah, makanan laut dan alkohol. Tidak ada halangan untuk mengambil makanan tenusu yang kaya dengan kalsium untuk mencegah batu karang jenis kalsium, tetapi biarlah bersederhana. Makanan seperti coklat, kopi dan bayam kaya dengan oxalate dan patut dikurangkan pengambilannya untuk mereka yang berulangkali membentuk batu karang jenis oxalate. Dalam keadaan lain pesakit mungkin perlu mengambil ubat untuk mencegah pembentukan batu karang jenis kalsium dan asid urik. Ubat allupurinol mungkin berguna bagi yang masih mempunyai masalah batu karang jenis asid urik biarpun dengan mengawal makanan. Ini biasanya dengan kombinasi ubat untuk mengurangkan keasidan air kencing.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 2 February 2015

Eczema & Symptoms

What is Eczema??

Eczema is a skin condition that causes the skin to become red, irritated and itchy. Sometimes small, fluid-filled bumps appear on the skin as well. Eczema most common in infants. Many people outgrow it by early adulthood.

Triggers

The following can trigger or worsen eczema symptoms:- 
  • Allergy to pollen in the air, mold, dust mites or animals
  • Colds or flu
  • Dry skin
  • Exposure to environmental irritants
  • Fragrances or dyes added to skin lotions or soaps
  • Stress
  • Food allergies
Symptoms

1. Usually, the first symptom is intense itching
2. Rash appears later; is red and bumpy
3. The rash itches or burns
4. If it is scratched, it may ooze and become crusty
5. Chronic rubbing produces thickened plaques of skin
6. Painful cracks can develop over time

In children younger than age 2, skin lesions begin on he face, scalp, hands, and feet. It is often a crusting or oozing rash.

Self care

  • Remove whatever is causing the allergic reaction change laundry detergent 
  • Prevent dry skin by taking warm showers or baths.
  • Avoid wearing tight-fitting, rough clothing.
  • Avoid scratching the rash. If you cant stop yourself from scratching, cover the area with a dressing.
  • Eat, do light exercise, and rest well.

Sunday, 1 February 2015

What is the Thyroid Gand and Thyroid Hormone?

The thyroid gland is an endocrine gland in the body just under the Adam's apple in the neck. The thyroid gland secretes thyroid hormone, which is essential to control the body cells' metabolic rate, promote normal growth of the body and so on.

What is Hypothyroidism?


Hypothyroidism is a condition characterized by abnormally low thyroid hormone production. This endocrine disorder is more common in women than in men, and its incidence increases with age especially after 50s. The causes of hypothyroidism include thyroiditis (inflammation of thyroid), thyroid cell damage due to radioactive iodine or thyroid surgery, severe iodine deficiency and insufficient thyroid-stimulating hormone due to defects in pituitary function.

Since thyroid hormone is needed for many cellular processes, inadequated thyroid causes widespread symptoms in the body which include:
  • Fatigue
  • Cold intolerance 
  • Depression 
  • Weight gain
  • Excessive sleepiness
  • Dry, coarse hair 
  • Dry skin
  • Constipation
  • Increased cholesterol levels
  • Decreased concentration
  • Enlarged thyroid 

Treatment


Hypothyroidism is treated wih sunthetic oral thyroid hormone. The therapy for hypothyroidism is monitored at approximately six week intervals until it becomes stable.

Thursday, 22 January 2015

Apakah Kanser Pangkal Rahim?

Kanser Serviks


Kanser pangkal rahim atau kanser serviks merupakan salah satu kanser yang boleh menyebabkan kematian dan menjadi mimpi ngeri kepada semua wanita. Kebanyakan wanita yang mengalami penyakit ini adalah daripada golongan pertengahan umur. Pelbagai spekulasi telah diperkatakan oleh orang awam mengenai faktor yang menyebabkan kanser ini. Sebelum itu, adalah penting untuk anda memahami bagaimana kanser serviks ini boleh berlaku kepada wanita.

Apakah faktor penyebab kanser serviks?

Kanser ini secara umumnya disebabkan oleh pendedahan awal kepada hubungan seks. Semakin muda umur anda mengadakan hubungan kelamin, semakin tinggi risiko anda untuk mendapat penyakit ini. Pada zaman sekarang, bilangan gadis mengadakan hubungan kelamin di usia remaja semakin meningkat berbanding pada zaman dahulu. Ini menjelaskan kenapa kanser serviks semakin banyak dikesan pada golongan wanita berumur muda sejak akhir-akhir ini.

Risiko anda mendapat kanser serviks lebih tinggi sekiranya anda mempunyai ramai pasangan kelamin. Ini adalah disebabkan Human Papilloma Virus (HPV) ada penyebab utama untuk pembentukan kanser serviks di mana virus ini boleh disebarkan melalui hubungan kelamin. Salah satu teori menyatakan lelaki yang pernah melakukan hubungan kelamin dengan pasangan lain sebelum itu boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain melalui kaedah yang sama. Terdapat lebih daripada 150 subtypes atau jenis HPV virus. HPV virus jenis 16 dan 18 merupakan virus utama yang menyebabkan kanser serviks. HPV virus juga boleh menyebabkan kanser anus untuk lelaki homoseksual.

Merokok secara amnya boleh menurunkan imuniti seseorang dan mengandungi karsinogen yang menjadi penyebab kepada pelbagai jenis kanser. Kanser serviks merupakan salah satu komplikasi daripada merokok. Isu mengenai pil perancang keluarga boleh menyebabkan kanser serviks masih dalam kontroversi dan belum terbukti. Secara kebetulan, wanita yang mengadakan hubungan seks bebas turut mengambil pil pencegah kehamilan untuk mengelakkan kehamilan.

Kurang kebersihan wanita merupakan punca utama menyebabkan pelbagai penyakit seperti penyakit kelamin, jangkitan peranakan (pelvic inflammatory disease) dan secara tidak langsung menyebabkan kanser serviks. Wanita yang mendapat keputusan pap smear menunjukkan keradangan atau ‘inflammatory’ secara berterusan walaupun punca jangkitan sudahpun dirawat perlu mendapat perhatian lanjut daripada doktor untuk memastikan keadaan ini tidak berlanjutan kepada peringkat awal kanser serviks ataupundysplasia. Jangkitan HPV juga boleh berlaku disebabkan kurang kebersihan kelamin wanita.

Bagaimana untuk mencegah kanser serviks?

Kanser serviks secara umumnya disebabkan oleh hubungan kelamin dan jangkitan HPV virus. Dengan mengamalkan hubungas seks ‘monogamy’ dan tidak bertukar-tukar pasangan boleh mengelakkan kanser ini. Pap smear merupakan salah satu cara yang sangat efektif dan mudah untuk mengesan tanda-tanda awal kanser serviks. Dengan itu, bilangan pesakit yang mati disebabkan kanser serviks sudahpun menurun sejak akhir-akhir ini disebabkan pengesanan awal kanser serviks yang membolehkan rawatan lebih awal.

Kerajaan Malaysia memperkenalkan vaksin HPV kepada pelajar-pelajar sekolah menengah untuk mencegah kanser serviks. Pelajar-pelajar sekolah merupakan target yang sesuai untuk vaksin ini kerana pada usia muda ini lah gadis sudahpun mula berjinak-jinak kepada hubungan bebas secara tersembunyi. Pencegahan lagi baik daripada merawat kanser yang terjadi akibat hubungan kelamin pada usia muda ini.

‘Jika dibandingkan pada zaman dahulu, semakin ramai wanita telah dikesan menghidapi kanser serviks pada masa sekarang’

Merujuk kepada ayat di atas, pelbagai faktor boleh menjelaskan kejadian tersebut. Hubungan kelamin pada usia muda tidak lagi menjadi perkara asing pada masa sekarang disebabkan peningkatan gejala yang kurang sihat. Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan kanser serviks semakin ramai menghantui golongan wanita pada zaman ini. Selain itu, pap smear belum lagi diperkenalkan pada zaman dahulu menyebabkan kebanyakan kes-kes kanser serviks tidak dapat dikesan lebih awal atau tidak dilaporkan kepada pihak kesihatan. Sebilangan besar pesakit kanser serviks pada zaman dahulu sudahpun berada pada peringkat akhir kanser dan meninggal dunia sebelum sampai ke hospital.

Bolehkah tuala wanita atau tampun menyebabkan kanser serviks?

Setakat ini, tiada bukti atau kajian menyatakan bahawa tuala wanita atau pads boleh menyebabkan kanser serviks. Tampon tidak mengandungi asbestos yang kononnya boleh menyebabkan kanser. Kandungan bahan peluntur pada tuala wanita seperti dioxin sangatlah rendah dan tidak membahayakan wanita. Peluntur ini cuma digunakan pada zaman dahulu dan tidak lagi digunakan dalam tuala wanita pada waktu sekarang. Cellulose gel, sejenis sodium poly-acrylate yang didapati dalam tuala wanita juga boleh didapati dalam napkin bayi terbukti selamat untuk kegunaan kita selepas kajian dibuat oleh pakar toksikologi.

Penggunaan tuala wanita secara tidak bersih merupakan salah satu punca berlakunya ‘dysplasia’ atau perubahan awal kepada sel-sel abnormal pada serviks disebabkan infeksi yang berterusan. Kisah ini terbukti di India di mana kebanyakan wanita di negara itu tidak mampu untuk membeli tuala wanita dan terpaksa menggunakan kain biasa sahaja untuk digunakan berulang-ulang kali. Kajian ini menunjukkan kes kanser serviks adalah tinggi untuk golongan wanita yang menggunakan kain tuala wanita seperti ini. Selain itu, golongan ini juga kerap mengalami masalah wanita lain seperti discaj berbau, jangkitan pada sistem peranakan dan jangkitan air kencing.

Penggunaan pencuci wanita juga telah membuktikan bahawa kandungan pencuci ini tidak menyebabkan kanser serviks. Malah, wanita yang sering mencuci bahagian kelamin dan menggunakan tuala wanita yang bersih kurang mendapat penyakit kelamin.

Kesimpulannya, penyakit kelamin wanita dan kanser serviks cuma akan boleh berlaku sekiranya kebersihan diri tidak dijaga. Adalah penting untuk setiap wanita memastikan penggunaan tuala wanita tidak menjadi sumber kepada pertumbuhan jangkitan kuman yang boleh membahayakan diri kita. Dengan menukar tuala wanita dengan kerap dan mencuci bahagian kelamin boleh mengelakkan sebarang jangkitan kepada wanita. Pelbagai jenis produk tuala wanita boleh didapati di pasaran yang terbukti selamat untuk kegunaan wanita. Semuanya bergantung kepada anda untuk memilih produk mana yang lebih selesa untuk diri anda. Selain itu, elakkan hubungan seks bebas yang boleh menjurus kepada kanser serviks dan pelbagai jenis penyakit kelamin seperti HPV, AIDS dan Hepatitis B.

Dr. Mardiana Kipli M.D. (UNIMAS) merupakan seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang mempunyai kelulusan Sarjana Perbidanan dan Sakit Puan (Masters in Obstetric & Gynaecology) dan sedang berkhidmat di Kuching. (dikemaskini)

Sunday, 4 January 2015

Pain Pain Go Away!!!

Gout 


Gout is a form of arthritis that occurs when uric acid builds up in the blood causing joint inflammation. It causes swelling, redness, stiffness and pain on affected joints. In many people, gout initially affects the joint of the big toe. Ankles, heels, knees, wrists, fingers and elbows can also be affected. Controlling the intake of purine-rich foods (metabolized into uric acid in the body) is important in reducing the reoccurrence of a gout attack.
  • Avoid high-purine food
  • Seafood such as crabs, prawns and scallops
  • Red meats such as beef and mutton
  • Organ meat
  • Soup stock
  • Eat less moderate-purine food 
  • Mushrooms, spinach and asparagus
  • Peanuts, beans and peas
  • Chiku and custard apples
  • Soy bean products such as bean curd and soy drinks 
  Suggested:
  • Drink sufficient plain water of at least 2.5liter per day to flush out the uric acid sufficiently
  • Avoid alcohol as it will promote uric acid crystallization at joints
  • Keep your weight in check