Saturday, 30 April 2016

Detoks secara semulajadi

Melalui detoks inilah kita dapat mengoptimumkan proses pengeluaran racun-racun dari tubuh kita. Kesan dari detoks yang optimum sangat luar biasa: Tubuh anda akan mencerna makanan secara lebih baik, kulit anda akan menjadi lebih berseri, sakit belakang, sendi ataupun rasa sakit kronik lain akan hilang dan bertenaga serta tenaga andapun akan meningkat

Pengumpulan racun dalam tubuh boleh saja disebabkan oleh faktor makanan. Mengambil makanan berkolestrol tinggi, mengandungi lemak tepu dan makanan dan minuman ringan lain boleh jadi mengandungi bahan-bahan berbahaya, ia juga boleh jadi pencetus bertumpuknya racun dalam tubuh.

Pilihan paling selamat untuk detoksifikasi boleh dilakukan dengan langkah-langkah berikut, antaranya yang paling popular dan telah diteliti secara ilmiah:

Air putih hangat.

Air putih merupakan salah satu cecair yang berkualiti dan boleh membersihkan system pencernaan. Air putih bekerja menghilangkan racun dan ampas makanan yang mungkin tersisa dan terkumpul dalam usus melalui kulit, buah pinggang dan juga peluh. Air boleh melarutkan unsur-unsur kimia dalam darah dan membantu memperbaiki jaringan tubuh dan pertumbuhan. Minum sekurang-kurangnya dua gelas air putih setiap pagi, selepas bangun tidur, dalam keadaan perut kosong. Air hangat akan membantu tubuh mengeluarkan racun secara semulajadi.

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap harinya. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi likat dan kental, tersumbat dan meracuni sistem di dalam tubuh.

Air kelapa hijau.

Air kelapa hijau bermanfaat untuk membersihkan saluran pencernaan bahkan dapat melawan kuman, virus dan bakteria. Minum air kelapa hijau secara teratur pun boleh meningkatkan daya tahan tubuh dan mencukupi pengambilan cecair dalam tubuh.

Detoks Liver Dengan Jeruk
Lemon, limau nipis dan limau mengandungi limonene iaitu sejenis minyak yang meneutralkan sebatian pencetus kanser dalam liver. Liver yang bekerja seperti penapis udara ini perlu sering-sering dibersihkan. Jika tidak akan tersumbat racun dan melemahkan tubuh seluruh badan akan lambat. Jadi bersihkan liver anda setiap hari dengan rajin makan buah limau.

Oren juga merupakan sumber utama vitamin C, yang dipercayai meningkatkan daya tahan tubuh. Oren juga kaya akan flavonoid, antioksidan penting yang melindungi sistem imun manusia dengan cara melawan kuman dan bakteria penyebab penyakit. Minumlah minuman-minuman diatas, 10 minit sebelum anda menyantap sarapan untuk hasil yang lebih maksimum

Minumlah jus buah-buahan
Minumlah jus buah-buahan organik yang mempunyai kandungan glisemik rendah. Akan lebih baik jika jus buah dicampur dengan sayur-sayuran organik. Minumlah jus tersebut, selama tujuh hari.

Teh Hijau / Hitam Meneutralkan Merkuri

Bagi anda penggemar makanan laut, makan makanan ini dua kali seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Malangnya pelbagai makanan laut diduga banyak mengandungi merkuri, bahan-bahan yang berbahaya bagi kesihatan tubuh. Penyelesaian minum teh hijau atau hitam sebagai peneman makan makanan laut. Penyelidikan membuktikan teh hijau atau hitam mencegah masuk ke aliran darah hingga 92%. Teh hijau juga merupakan salah satu antioksida semula jadi yang tertinggi. Mengandungi polyphenols yang membantu mengawal pembentukan glukosa dalam darah. Polyphenol menghalang pembentukan glukosa menjadi sel-sel lemak, serta mencegahnya masuk ke pusat aliran darah. 

Yogurt 
Melindungi Perut Susu fermentasi yang banyak mengandungi bakteria baik lactobacilus acidophilus dan lactobacilus bifidus ini meningkatkan kemampuan kolon mencegah kuman dan toksin menggandakan diri. 

Psyllium 
Untuk Kesihatan Pencernaan Ini adalah serat larut aroma dan tak bertekstur. Biasanya didapati pada suplemen serat bentuk serbuk. Di dalam usus serat ini akan berubah menjadi gel dan akan melekat di kompaun jahat dan menyapunya keluar tubuh. 

Makanan sihat selama tiga hari / makanan organik 
Untuk menyingkirkan racun yang melekat pada usus, konsumsilah makanan sihat selama dua hingga tiga hari. Elakkan, makanan siap saji, makanan berminyak, pengambilan sayur-sayuran mentah atau yang diproses secara ringkas dan buah-buahan. Akan lebih baik jika makanan yang dimakan berbahan organik. Hal ini akan membuat pencernaan lebih sihat. Lakukanlah sekurang-kurangnya dua hari dalam satu tahun. 

Urut meningkatkan peredaran dari dan ke jaringan tubuh dan membantu anda menjadi relaks dan melepaskan tekanan. Menyikat kulit dalam keadaan kering sebelum mandi membantu membersihkan toksin dari liang-liang, dan juga merupakan rangsangan yang baik untuk sistem limpa dan peredaran. Cara ini juga melepaskan sel-sel kulit mati yang membuat kulit kelihatan kusam. 

Mandi dan lulur
Kulit kita adalah organ yang paling luas dalam tubuh dan sangat berkesan dalam menghilangkan racun. Sebelum mandi, bersihkan kulit dengan berus lembut dalam keadaan kering. Membersihkan tubuh sebelum mandi akan membantu kulit mati mengelupas dan merangsang sistem limfatik (perbelanjaan) untuk membantu mengeluarkan racun. Sauna juga merupakan kaedah detoksifikasi yang berkesan. Sauna membantu proses penyembuhan, menghilangkan demam, menimbulkan keringat. Cara pemansan badan seperti sauna meningkatkan metabolisme, dan aktiviti organ-organ vital dan kelenjar-kelenjar tubuh, mengoptimumkan proses detoks.


Gaya makan yang sihat 

Banyak dari kita mengambil diet yang seringkali terdiri dari daging (rendang, sate, burger dan sebagainya), makanan berlemak (santan, gorengan), makanan yang telah diproses dan mengandungi zat-zat kimia tambahan (biskut, mi segera, coklat dan sebagainya). Gaya makan seperti ini memberikan pengambilan toksin dan bahan pencemar dalam jumlah yang signifikan ke dalam tubuh kita, menjadikan proses detoks sangat kritikal. 

Mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan mentah, dan mengurangkan jenis makanan yang merugikan tubuh akan membantu detoks yang optimum. Buah-buahan, sayur-sayuran, buah-polongan dan makanan dengan sedikit pemprosesan lain (beras merah, roti gandum-penuh, havermouth) berkadar serat tinggi yang membantu penyerapan dan pengangkutan toksin dari tubuh. Jenis makanan ini juga mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi, yang lebih mudah dicerna berbanding protein ataupun lemak. 

Melindungi diri dari radikal bebas Sebahagian radikal bebas terbentuk sebagai hasil dari proses metabolik semula jadi tubuh. Tapi sebahagian yang lain terbentuk kerana pengaruh faktor-faktor luar seperti pencemaran alam sekitar, kurang olahraga, dan gaya makan yang tidak sihat. 

Jika jumlah radikal bebas melebihi jumlah yang dapat ditangani enzim tubuh, zat-zat antioksidan dari luar seperti, vitamin A, C, dan E akan turun tangan. 
Antioksidan mencegah pembentukan lebih banyak radikal bebas dengan memberikan elektron untuk menstabilkan radikal bebas. 

Antioksidan yang paling efektif terdapat dalam makanan utuh dan alami.
Untuk memastikan pengambilan antioksidan dalam jumlah cukup, konsumsilah sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur tiap harinya. Malangnya, mengingat tingginya jumlah toksin dan bahan pencemar yang telah mencemarkan alam sekitar kita, anda tidak selalu dapat bergantung kepada perlindungan daripada makanan sahaja.

Mengambil suplemen vitamin dan mineral memegang peranan penting dalam membantu tubuh menghancurkan dan mengeluarkan unsur-unsur kimia beracun dari dalam tubuh. Andrew Weil, MD menganjurkan komposisi dan jumlah berikut:
Pagi hari: 1000-2000 mg Vitamin C dan 25000 beta karotin semulajadi
Siang hari: 400-600 IU vitamin E semulajadi dan 200-300 mcgr Selenium
Malam hari: 1000-2000 mg vitamin C
Sebelum tidur: 1000-2000 mg Vitamin C

Sukan
Aktiviti fizikal secara teratur akan membantu pengeluaran toksin melalui peluh. Sukan, selain memacu tubuh untuk berpeluh, ia juga meningkatkan peredaran darah dan menstimulir sistem limpa. Sukan juga bermanfaat untuk menurunkan tahap stres dan kemurungan, menstabilkan emosi kita.

Proses detoksifikasi yang paling mudah boleh bermula dengan gaya makan sihat yang banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran, serta sukan secara teratur.



Kesan Detoksifikasi: Proses Pemulihan



Kenapa kita perlu melakukan "Detoksifikasi"

MENGAPA PERLU DETOKS? 

Salah satu punca terbesar terjadinya tokxemia pada usus adalah kebiasaan mengambil makanan yang dimasak secara berlebihan atau diproses , iaitu makanan - makanan yang tidak mempunyai enzim lagi. Juga kebiasaan lebih banyak makan makanan berbentuk asid , iaitu protein ( haiwan ) , pati , lemak .

Ini akan menyebabkan kita mempunyai asid berlebihan di dalam badan atau juga di kenali sebagai asidosis , yang bermaksud keasidan darah dan tisu badan berlebihan . Asidosis boleh menimbulkan keradangan pada pelbagai jaringan dalam tubuh, menyebabkan butir-butir darah melekat satu sama lain, atau terbentuknya rangkaian serabut-serabut halus (fibrin) dalam darah. Jejaring serabut-serabut in yang memberi kesan seolah-olah darah menjadi pekat. Serabut-serabut ini mengakibatkan peredaran sel-sel darah terganggu, sehingga bekalan zat makan dan oksigen ke sel-sel tisu badan lain terbantut.

Tubuh kita dikurniakan enzim-enzim yang diperlukan oleh pelbagai fungsi metabolik dalam badan dalam jumlah terhad, termasuk prosespencernaan.

Tubuh tidak akan menggunakan enzim-enzim ini apabila makanan yang kita makan masih mempunyai enzim. Terus-menerus menggunakan enzim tubuh akan menghabiskan tenaga dan menyebabkan keradangan pada pankreas.

Pankreas adalah organ vital yang menghasilkan enzim-enzim pencernaan pada usus kecil.

Gangguan pada pankreas menyebabkan pencernaan tidak lancar dan badan semakin banyak menghasilkan ampas.Usus besar tidak mempunyai kemampuan untuk mencerna makanan.
Tubuh akan memadatkan makanan yang tidak tercerna ke sepanjang dinding usus halus.
Secara semula jadi proses ini akan mengundang pengeluaran lendir dari sistem kekebalan tubuh yang ada pada dinding-dinding usus. Keadaan ini akan mengakibatkan sembelit (sukar buang air besar) dan penyumbatan pada saluran usus besar. Setelah beberapa waktu, kotoran ini akan membusuk dan menghasilkan gas beracun.

Gas lebih mudah diserap melalui liang-liang halus pada dinding usus, mengalir dalam darah dan masuk ke sel-sel tubuh dan sewaktu-waktu siap menimbulkan penyakit.Pembersihan besar-besaran alias detoksifikasi yang dilakukan secara berkala, perlu bagi tubuh kita. Selain untuk mengurangi hampas-hampas beracun dari dalam tubuh, tidak ada organisme pembawa penyakit atau virus yang tahan dalam tubuh yang bersih. Terapi detoks paling tuadan sudah ratusan tahun dilakukan oleh manusia adalah puasa. Dengan pola makan yang lebih sederhana dan alami saja, manusia dahulu sudah mengerti bahawa sekali waktu tubuh perlu detoks. Detoks seharusnya menjadi lebih penting bagi manusia modern dengan pola makan yang cenderung menimbulkan hampas lebih banyak dan penyumbatan-penyumbatan pada sistem tubuh.

Toksin mengakibatkan proses penuaan dan kerosakan lebih cepat pada seluruh sel tubuh.

Masa tidak ada hubungannya dengan penuaan. Penuaan atau proses degenerasi semata-mata adalah
kerana toksin dan dehidrasi yang kita tabung selama bertahun-tahun.