Wednesday 21 June 2023

Petua Menghilangkan Jeragat

Ramai rasanya yang pernah mengalami jeragat pada muka. Jeragat ini kebiasaannya akan muncul pada mereka yang sering terdedah pada cahaya matahari. 

Apa itu JERAGAT?

Jeragat dan jerawat adalah sesuatu yang berbeza. Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang muncul pada permukaan kulit manusia. Jeragat ini akan lebih ketara pada mereka yang mempunyai kulit yang cerah. 

Jeragat berpunca daripada lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Kemunculan jeragat pada wajah seseorang akan membuatkannya kurang yakin untuk tampil di khalayak ramai.

Oleh sebab itu, kita boleh cuba beberapa petua hilangkan jeragat pada muka ini. 

petua hilangkan pigmentasi


#1 Membersihkan Wajah


Mencuci muka adalah perkara paling asas yang perlu dilakukan oleh kita semua. Pastikan anda menggunakan pembersih muka yang tidak mempunyai paraben dan steroid. 

Menjaga kecantikan kulit tidak semestinya boleh membantu dalam kesihatan kulit ya. Jadi, perlu juga dalaman sihat supaya kulit luar pun kelihatan sihat dan cantik.   

Kulit adalah organ terbesar tubuh badan, fungsinya sangat penting iaitu untuk melindungi kita daripada cuaca ekstrem, jangkitan dan bahan toksik. Jadi, penting untuk kita menjaga kesihatan dan bukannya fokus pada kecantikan kulit semata-mata.

Disebabkan faktor-faktor seperti iritasi bahan kimia daripada produk kulit, persekitaran, perubahan hormon atau kondisi kesihatan, kulit kita mungkin boleh mengalami masalah seperti jerawat, dehidrasi, kulit kering, kasar, ketat serta lemah sistem perlindungan.

Saya belum ada pengalaman mengatasi masalah jeragat ni sebenarnya dan harap ianya kekal lah begitu. Atau mungkin juga sebab saya menggunakan produk Youth Skincare Shaklee yang tidak memberi saya masalah kulit ini. Wah amazing cewah.

#2 Diet Pemakanan Sihat 


Ini bukan sahaja mempengaruhi kecantikan kulit tetapi juga memberi kesan juga kepada tubuh badan kita seluruhnya. Oleh kerana itu kita perlu menjaga cara pemakanan supaya kulit juga sihat dalam dan luaran. 

Buah-buahan dan sayuran adalah sumber penting yang membantu kita mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. 

Buah-buahan yang kaya dengan polifenol yang mempunyai antioksidan tinggi untuk melindungi badan dan kulit kita. 

Contoh buah-buahan yang kaya dengan polifenol ialah buah delima, kiwi, berries (strawberi, raspberi, beri biru)

#3 Aktiviti Anti-Sunshine


Ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan muka kita tumbuhnya jeragat. Kurangkan aktiviti di bawah sinar matahari. 

Sinar matahari ini akan membentuk melanin pada kulit. Melanin inilah yang bertanggungjawab menimbulkan jeragat pada kulit. 

Dan akan lebih teruk jika kita bekerja di bawah sinaran UV setiap hari. Antara cara-cara untuk mengelakkan diri dari terkena cahaya matahari yang berlebihan: 

1. Pakai topi besar dan cermin mata hitam
2. Menggunakan sunscreen untuk disapu pada kulit 
3. Pilih produk yang selamat dan berkesan 

Produk Shaklee yang Menghilangkan Jeragat 

Jeragat akan mula pudar sekiranya kita pantas dan cepat dalam merawatnya. Jeragat yang juga dikenali sebagai 'pigmentasi' ini muncul tanpa kita sedar. 

Vivix ialah salah satu produk Shaklee yang mempunyai campuran polifenol yang membantu dalam melindungi sel kita daripada tekanan oksidatif yang boleh menyumbang kepada kerosakan dan penuaan pada kulit.

Bukan itu sahaja, Shakle juga mempunyai Collagen Powder di mana ianya membantu menyokong keanjalan kulit. 

Kolagen adalah struktur protein yang menyumbang kepada kesihatan dan penampilan kulit. 

Dalam pada itu, Youth Skincare juga merupakan satu rangkaian produk yang mempunyai pembersih, toner, pelembap dan rawatan yang boleh membantu meningkatkan penampilan dan kesihatan kulit.

Jadi apa tunggu lagi, sebelum hyperpigmentation berlaku pada kulit kita, sebaiknya kita cegah dengan cara yang sihat dan selamat. Berminat dengan produk Shaklee yang menghilangkan jeragat? 

Tepuk dada tanya selera anda untuk memilih yang mana. Boleh tekan link pada nama saya di bawah untuk hubungi saya terus melalui whatsapp. 

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Amalan Hidup Sihat Wanita Usia 40an

Rasanya 40 tahun ni boleh kira muda lagi kah? Boleh consider tua sudah bah kan. Veteran orang bilang. Tapi ada juga tu orang yang tidak mengaku tua sudah padahal badan sakit sana sini sudah. Tambirang saja itu bilang masih muda. Kan?

Usia menginjak ke umur 40 tahun bukan lagi masa untuk kita sembarangan terjah. Khususnya cara pemakanan kita. Di usia begini, bermulanya perjalanan kita untuk berkata "tidak" dan berusaha untuk mencegah apa saja yang boleh mendatangkan impak pada badan kita.

Jadinya, umur saya pun sudah 37 tahun tidak dirasa kalau panjang umur 3 tahun lagi. Tapi bukan tunggu 3 tahun baru kita ubah amalan gaya hidup sihat kita. Saya pun baca sana situ sini untuk buat rumusan di entri kali ini.  
amalan gaya hidup sihat


Gaya Hidup Sihat = Makan Secara Sihat


Golongan wanita lebih cenderung mengalami perubahan bentuk fizikal yang lebih ketara berbanding lelaki. Beberapa faktor yang mempengaruhi terjadinya perkara ini antaranya ialah kenaikan berat badan yang mendadak selama mengandung dan proses kelahiran anak. 

Disebabkan itulah kita wanita perlu menjaga cara pemakanan. Semakin kita berumur semakin mudah kenaikan berat badan terjadi. Disebabkan perubahan hormon kadar metabolisme juga pasti akan menurun.  

Tips Pemakanan Sihat

1. Kurangkan pengambilan gula, garam dan minyak 
2. Lebihkan makan sayuran dan buah 
3. Tingkatkan pengambilan protein, kalsium dan vitamin D 
4. Tidak makan terlalu pedas
5. Pilih makanan yang mudah dikunyah dan dihadam

Sering kali dikaitkan semakin umur meningkat semakin banyak kedutan di wajah, semakin mudah berasa penat dan mengalami otot yang lemah.  

Kemungkinan besar anda yang berada di luar sana dan saya sendiri alaminya yang mana kurang mengambil protein daripada tumbuh-tumbuhan. Protein daripada sumber organik lebih selamat terutama kepada kita yang usia makin meningkat ni. 

Oleh sebab itu, saya sarankan Energizing Soy Protein (ESP) dalam diet harian anda. ESP ini bukan saja membantu dalam membina sel otot, ia juga membantu memperbaiki tisu yang rosak contoh luka kecil. 

Dengan ESP juga boleh kawal nafsu makan yang mungkin mendadak naik ketika haid. 

Selain itu, OsteNutrix juga boleh mengisi jurang nutrisi yang tidak cukup dalam diet harian kita. OsteNutrix ini bukan sahaja menjadi sumber kalsium dan vitamin D tapi juga mempunyai magnesium yang membantu kita mendapatkan tidur yang lena. 

Gaya Hidup Sihat = Tidur Yang Cukup 


Kualiti tidur  juga mempengaruhi kehidupan seseorang. Mendapatkan tidur yang cukup adalah sangat penting. Dalam usia 40 tahun, kita disarankan untuk tidur 7-9 jam dalam sehari. Tidur juga mempengaruhi proses penuaan. 

Ya! Kalau tidak cukup tidur, hati kita pun tidak cukup rehat, seterusnya badan kita akan cepat tua sebelum masanya. Scary kan. 

Setelah mengamalkan OsteNutrix sebelum tidur, saya mudah mendapatkan tidur yang lena sepanjang malam. Kita rasa puas tidur walaupun cuma beberapa jam pada malam hari. 

Apabila kita tidak mengambil kalsium secukupnya, badan akan menggunakan simpanan kalsium yang terdapat pada tulang. Ini menyebabkan kehilangan jisim tulang dan sekiranya berlanjutan, tulang kita akan menjadi semakin lemah. 
Kesimpulannya, OsteNutrix wajib untuk kita amalkan terutamanya pada mereka yang usia mula menginjak ke 40 tahun. 

Gaya Hidup Sihat = Senaman 


Kita juga perlu aktiviti fizikal supaya badan kita masih aktif walaupun sana sini rasa sakit lah lenguh lah. Itu bukan alasan untuk tidak bergerak. Sekali sekala jantung kita perlu juga mengepam laju so we feel alive. 

Senaman yang kerap 2 atau 3 kali dalam seminggu boleh menggalakan kesihatan kardiovaskular, mengekalkan berat badan yang sihat dan membantu kesihatan secara menyeluruh. 

Kadar metabolisme yang semakin rendah seiring dengan perubahan hormon akan menyebabkan kita mudah rasa malas, lemas dan lembik sekiranya kita kurang melakukan aktiviti fizikal ini. 

Selepas melakukan senaman sama ada intensiti rendah atau yang cergas dan berpeluh, kita sendiri boleh alami badan mulai terasa ringan. 

Gaya Hidup Sihat = Mental dan Emosi Sihat 


Apabila sudah mula rasa tua ini, kurangkan lah aktiviti yang membawa kita stres. Lakukanlah sesuatu perkara yang kita suka. Jadikan ia hobi supaya mood kita sentiasa rasa tenang. 

Khusus untuk stress management, saya sarankan Vita-Lize yang mempunyai 25 jenis vitamin dan mineral termasuklah vitamin B yang boleh mengawal stres. 

Stres ini akan membawa kita sering rasa sakit kepala. Kurang tidur pun akan buat kita stres. Paling teruk sekali mendapat anxiety. Kita tidak mahu itu kan. Apatah lagi di usia yang makin tua ni. 

Tidak perlulah kita fikir banyak hal. Fokus saja pada akhirat. Hal dunia itu dan ini kita serahkan pada mereka yang masih boleh handle. 

Vitamin dan Hidrasi 

Buat wanita di luar sana termasuklah saya sendiri jangan pernah mengabaikan kecantikan kulit. Oleh sebab itu, untuk mengekalkan wajah yang berseri, amalkan pengambilan 8 gelas air sehari. 

Jangan lupa juga Vitamin C untuk melindungi badan kita daripada radikal bebas. 

Amalan hidup sihat ini bukanlah untuk mereka yang berusia sahaja tapi juga golongan muda juga. Yalah, saya pasti orang muda ni susah untuk ikut amalan hidup sihat ini tambahan lagi di dunia serba serbi sibuk dan semua orang mahu cepat pantas saja kan. 

Sebab itu suplemen bukan lagi satu penambahan malah satu keperluan di zaman yang serba canggih dan moden ni. Oleh itu, ingat Shaklee ingat lah saya. Boleh hubungi saya dengan hanya klik pada nama saya di bawah dan anda boleh direct whatsapp saya. 



"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Kegunaan Herbal Blend yang berkesan

Krim serbaguna Herbal Blend 


Krim ini mengandungi campuran pelbagai herba yang mesra dengan kulit. 

Sekiranya mengalami masalah gatal atau ruam boleh sapu krim ini setiap kali selepas mandi. 
Herbal Blend
COD Krim Herbal Blend 

Pernah tangan saya terkena air panas, masa tu adik saya tuangkan air daripada sebuah thermos dalam kereta yang bergerak jadi air yang panas tu tertumpah ke tangan saya.

Saya sapu krim herbal blend pagi ptg siang malam 3 hari saja kesan melecur sudah tidak berapa kelihatan. Alhamdulillah. 

Banyak sangat kegunaan krim ni. Semua orang harus ada satu untuk bekalan di bawa ke mana-mana. 

Saya sendiri letak krim ni dalam satu bekas kecik untuk saya letak dalam handbag.

Selain daripada tu, boleh juga mengurangkan rekahan pada tumit kaki. Konsisten sapu InshaAllah licin la tumit nanti. 

Harga krim ini cuma RM42. Tahan lama tau tiub pun besae. Sangat jimat. Saya pun menggunakannya setiap hari untuk apa saja masalah pada kulit. 

Ready stock dan penghantaran boleh dibuat seluruh Labuan. Boleh whatsapp saya terus untuk dapatkan krim serbaguna ini ya. Tekan sahaja nama saya di bawah dan boleh direct pm saya

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saya dan Basic H2 Shaklee

Rumah Sihat dan Bersih - Basic H²

Comel sangat travel pouch set cleaning ni


Dengan harga cuma RM48.75 ini Basic H² saya gunakan sangat lama. Sangat jimat. Saya mop rumah pun guna Basic H² campurkan juga sedikit floor cleaner untuk wangi. 

Bukan itu saja, membersihkan seluruh rumah termasuk lah peti ais pun menggunakan Basic H². 

Selamat digunakan untuk membasuh sayur dan menyegar semula sayur yang layu setelah direndam beberapa jam.

Boleh juga digunakan untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan. Sangat serbaguna tambahan lagi selamat. 

Cuma setitik dua untuk sekali guna. Dari dulu hingga sekarang memang setiap kali habis, mesti kena beli lagi Basic H². Beberapa bulan yang lalu saya rembat promosi Basic H², free travel set small pouch.




"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saya pun nak cantik juga - Youth

Youth Gel Mask 


April lalu, dapat rebut Youth set promotion. Sudah lama rasanya ternanti-nantikan peluang untuk memiliki Youth product. 

Youth Hydrating Gel Mask
Youth Hydrating Gel Mask

Paling tersangatlah suka Luminous Gel Oil Cleanser. Yang ni tiada promosi pun tapi sudah alang² beli Youth Promotion set, rembat jugaklah satu. Buih pun tidak banyak jadi nya mudah untuk membersih dan membilas muka. 

Lagi, saya beli Youth Hydrating Gel Mask sekali sapu shimmering nya muka. Mula-mula tu ada effect sejuk pada muka lepas tu once sudah kering di muka dan saya bilas terasa smooth nya kulit muka. Best sungguh! 

Menariknya, sejak saya gunakan pencuci muka Youth, night cream Youth, gel mask Youth, luka bekas jerawat cepat kering. Saya ini ada tabiat buruk yang tidak boleh nampak ada jerawat tumbuh confirm saya picit-picit. 

Kadang belum sempat kering pun luka tu, berdarah semula sebab tangan saya gatal pergi kopek-kopek luka. Tetapi, sejak saya guna Youth muka saya tidak lagi mudah tumbuh jerawat. Bekas jerawat pun cepat kering dan hilang. 

Seronok sangat dapat berkongsi kebaikan produk Shaklee. Tapi testimoni ini pun sebenarnya cuma sebahagian saja daripada kisah saya bersama Shaklee. Banyak lagi sebab yang membuatkan kita jatuh cinta dengan Shaklee. 

Jadi anda bagaimana? Berminat untuk jadi pengguna Youth? Boleh hubungi saya cepat-cepat ya manatau dapat grab promosi yang tidak di sangka-sangka ini.            


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”