Thursday 23 October 2014

Shaklee Labuan: Bertambah Satu Lagi

Alhamdulillah selesai daftar seorang lagi keluarga Shaklee saya. Dia salah seorang rakan sekolah menengah saya yang memang maintain consume vitamin Shaklee. Antara kegemarannya ialah ESP, SR Vit C Plus, Zinc Complex dan OsteMatrix. Selain itu, disebabkan Meal Shake promotion pada bulan ini, dia pun tidak mahu ketinggalan untuk ambil peluang ini. Katanya untuk anaknya.

Pada mulanya, dia pun bingung dan keliru mana satu ingin di ambil nya kerana dua produk dia mahu tu promo bulan ini, ESP dan Meal Shake. Saya pujuk dia masuk member bukan apa, sebab dia konsisten consume Shaklee ni, untuk tidak rugi better join as member, bukan sahaja kita dapat harga murah sebagai member sah Shaklee, tapi juga kita berpeluang rembat promo item setiap bulan, dengan harga yang sangat extragavanza jimat. Fuh.. Tidak menyesal. Saya pun berjaya ambil dua set Meal Shake Buy 3 Free 1 tu. Lama kelamaan dia pun mahu juga masuk member. Tadi lepas saya jumpa dia, saya excited sangat mahu online enrolment untuk dia. Dia pun whatsapp saya balik2. Dia excited saya lagi lebih excited bah.

Terbuka juga hatinya kan, katanya juga, yalah boleh promote sama keluarga, rakan2, mana tahu ada rezeki boleh dapat bonus, tambah pendapatan bulanannya. Nah, nampak kan. Dia pun bersemangat untuk timba ilmu, banyak yang dia ingin bertanya pada saya. Yalah, kita ni kalau mahu sihat atau mahu promote sihat pada orang lain, ilmu kena ada. Banyak yang harus dipelajari lagi. In shaa Allah. Alah bisa tegal biasa. Dia pun sudah ada rancangan sendiri dan ada target customer sudah. Alhamdulillah. Semoga diperluaskan rezeki buat rakan seperjuangan saya ini. Semoga dipermurahkan rezeki juga buat semua ahli keluarga Shaklee yang mendaftar di bawah saya.

Tahniah untuk anda semua kerana membuat pilihan yang tepat!! Jom kita kejar impian kita bersama-sama.

Siapa lagi yang berminat untuk join member seperti kami??
Boleh hubungi saya 
Asda 013-6507465

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah 
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim . 
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan. Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah) 

Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang luas…yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami…. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.
Jika ada di bumi maka keluarkanlah. 

Jika jauh maka dekatkanlah.
Jika dekat maka mudahkan lah.
Jika sedikit maka banyakanlah.
Jika banyak maka BERKATILAH agar kami dapat menolong

ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN, MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....

SR Vit C: Terlajak Laris!!

Yipppieeee... SR Vita C Plus buy 6 free 1 saya sudah sampai!!! Terima kasih abg GDex hantar untuk saya di awal pagi. Sebenarnya semua sudah di sapu habis oleh member saya. Untuk saya hanya tinggal dua botol. Itupun satu untuk suami tercinta, kebetulan dia punya mahu habis sudah, so untuk saya jual tinggal sebotol. Bukan main terlajak laku betul. 
Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tips Mudah Hamil

Sedikit perkongsian tentang bagaimana kehamilan terjadi. Mudah2an boleh membantu anda...

(✿◠‿◠) Fahami bagaimana kehamilan terjadi - Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

(✿◠‿◠) Jumpa doktor anda - Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

(✿◠‿◠) Dapatkan berat badan yang ideal - Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

(✿◠‿◠) Ketahui waktu subur anda - Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

(✿◠‿◠) Hubungan seks yang lebih kerap - Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan bahagian servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

Shaklee Effect: Gantung Banner Di Depan Rumah

Selamat pagi semua... Salam Dhuha..

Pagi yang sejuk ni saya mau share cerita kelmarin petang. Malam tadi tidak sempat mahu update blog. Syukur diberi peluang untuk bercerita pada hari ini.

Ceritanya begini, ada seorang makcik, jiran saya, kami sekeluarga memang rapat, lagipun dia memang seorang kawan kepada mama sejak bujang lagi. Mahu dijadikan cerita, saya kan memang sudah letak banner Shaklee di depan rumah saya. Banner itu dari bulan lepas lagi bah.

Dua minggu yang lepas, pada hari Ahad makcik tu datang saja bersembang di kaki lima rumah.. Dia pun bertanya2 tentang produk yang saya jual ni. Haa, dia pun sebenarnya sudah consume Zinc Complex, itupun kerana ada kakak angkat saya memang sudah lama consume Zinc, dia beli dari saya, dan tanpa pengetahuan saya, kakak saya berikan makcik tu sebotol Zinc Complex. Kakak angkat saya tu dia makan Zinc kerana ingin menyembuhkan luka dalam. Dia pernah ada sejarah kesihatan yang kurang baik. Then, salah seorang daripada anak makcik tu memang belajar jurusan kesihatan, jadi dia beritahu lah vitamin begini memang bagus, dia bukan ubat tapi suplemen. Jadi mamanya lagilah tertarik. Tambahan lagi, anaknya pun turut makan Zinc mamanya tu. Haa, bila mamanya dapat tahu, anaknya berkata "alah, nanti aku ganti, belikan mama di KK banyak bah tu". Tapi lepas tu makcik cakap sudah tidak perlu kerana, orang yang menjual ada di sebelah rumah saja. Jadi kelmarin petang dia datang rumah kerana Zinc Complex nya sudah habis. Haa.. Seronok sangat. Zinc Complex saya habis, dan tiba masa untuk restok lagi. Syukur Alhamdulillah.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”