Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Sunday, 26 March 2023

B-Complex Untuk Kurus

Lazimnya, B-Complex dikaitkan dengan penambah selera makan. Tapi sebenarnya tidak semestinya, vitamin ini bertindak bergantung kepada tubuh badan seseorang. 

B-Complex saya maksudkan ialah keluaran Shaklee yang dirumus khas menggabungkan 8 jenis vitamin B. Sebelum saya pergi lebih dalam, saya terangkan terlebih dahulu 8 jenis vitamin yang terdapat di dalam B-Complex Shaklee ini serta fungsinya iaitu: 
  1. Vitamin B1 (Tiamine) - berfungsi untuk membantu tubuh mengubah makanan menjadi energi.  Ia juga berperanan dalam metabolisme karbohidrat dan membantu mengatur kadar gula dalam darah. Kekurangan tiamin dapat menyebabkan berbagai masalah kesehatan seperti berkurangnya daya ingat, kelelahan, gangguan pencernaan, dan berbagai masalah saraf.

  2. Vitamin B2 (Riboflavin) - membantu dalam metabolisme lemak, protein, dan karbohidrat, serta membantu dalam pertumbuhan dan pembahagian sel  riboflavin juga penting untuk kesehatan kulit, mata, dan sistem saraf. Vitamin B2 berperan dalam produksi sel darah merah, memelihara fungsi tiroid yang sehat, serta membantu sistem pencernaan untuk bekerja dengan baik. Kekurangan riboflavin dapat menyebabkan berbagai masalah kesehatan seperti anemia, masalah kulit, kelelahan, dan gangguan pada sistem pencernaan.

  3. Vitamin B3 (Niasin) - membantu dalam pembentukan hormon dan melancarkan sistem penghadaman. Ia juga berperanan dalam produksi sel-sel penting dalam tubuh, membantu menjaga kesehatan jantung, meningkatkan kadar kolesterol baik, dan juga anti-radang. Kekurangan niasin dapat menyebabkan berbagai masalah kesehatan seperti masalah kulit, gangguan pencernaan, masalah saraf, serta menyebabkan penyakit pelagra yang dapat menyebabkan kulit mengelupas

  4. Vitamin B5 (Asid Pantotenik) - penting dalam pembentukan hormon dan kolesterol yang sihat, serta menjaga kesehatan sistem saraf. Vitamin B5 berperan dalam pembentukan dan pemecahan lemak dalam tubuh, memperbaiki jaringan tubuh yang rosak, dan membantu dalam produksi sel-sel darah merah dan putih. Kekurangan asid pantotenatik ini jarang terjadi pada manusia, tetapi ia boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti kelelahan, mual, dan masalah kulit.

  5. Vitamin B6 (Piridoksin) - Vitamin ini berperanan dalam membentuk neurotransmitter seperti serotonin dan norepinefrin yang penting untuk menjaga keseimbangan emosi (healthy mood). Piridoksin juga menggalakan permbentukan hormon melatonin. Melatonin adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pineal di dalam otak. Hormon ini memainkan peranan dalam mengawal kitaran tidur-bangun dan membantu mengawal irama sirkadian badan (circadian rythm-body clock). Pengeluaran melatonin dicetuskan oleh kegelapan dan berkurangan apabila terdedah kepada cahaya. Melatonin juga mempunyai kesan antioksidan dan boleh membantu mengawal sistem imun. Kerana kesannya pada irama sirkadian dan tidur, melatonin juga boleh digunakan sebagai bantuan tidur atau untuk merawat gangguan tidur seperti insomnia

  6. Vitamin B7 (Biotin) - membantu dalam metabolisme lemak, karbohidrat, dan protein, serta membantu dalam pertumbuhan sel.  produksi asid lemak dan membantu dalam pemecahan protein dan karbohidrat. Biotin juga penting dalam membentuk insulin yang membantu mengatur kadar gula dalam darah. Kekurangan biotin jarang terjadi, tetapi jika kekurangan Biotin akan menyebabkan masalah kesihatan seperti botak kerana rambut gugur, kelemahan otot, dan gangguan pada sistem saraf.

  7. Vitamin B9 (Asid Folik) -  menggalakkan pembentukan DNA dan RNA yang membantu dalam perkembangan janin yang sihat dan sistem saraf yang sihat. Pengambilan asid folic setiap hari bagi ibu mengandung boleh mencegah cacat lahir pada bayi. Asid folik juga penting untuk membantu menurunkan risiko terjadinya penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser.

  8. Vitamin B12 (Kobalamin) - menyokong fungsi asid folik dan asid amino dalam tubuh dan membantu dalam produksi sel darah putih yang mana boleh mengelakkan kita terkena penyakit anemia 

Mengapa B-Complex Penting Untuk Kurus? 


Sepertimana fungsi semua jenis Vitamin B di atas dapatlah kita simpulkan mengapa kita perlukan B-Complex untuk kuruskan badan. Kita boleh lihat beberapa jenis vitamin B berfungsi untuk menukarkan gula dalam darah menjadi tenaga. Secara tidak langsung ini juga penyebab B-Complex juga perlu dalam Set Kurus Shaklee. 

Selain itu juga, seperti saya jelaskan di atas, Biotin penting untuk meningkatkan metabolisme lemak, karbohidrat dan juga protein dan ini akan membuatkan badan kita lebih bertenaga dimana Biotin berfungsi sebagai koenzim, yang bermaksud ia membantu enzim dalam badan berfungsi dengan baik. 

Secara ringkasnya, Biotin terlibat dalam penukaran lemak dan karbohidrat kepada tenaga, dan dalam penguraian protein kepada asid amino. Dalam metabolisme lemak, biotin membantu mengaktifkan enzim yang memecahkan asid lemak kepada bentuk tenaga yang boleh digunakan. Jadinya semua makanan yang mengandungi lemak, karbohidrat dan protein akan di uraikan menjadi tenaga so dia tidak stay as it is. Sekiranya kita bertenaga kita akan lebih aktif bergerak dan ini seterusnya akan membantu kita dalam proses menurunkan berat badan. 

Dan, suka saya highlight kan emosi kita juga sebenarnya mempengaruhi cara pemakanan harian kita. Saya tidak tahu orang lain, tapi apa yang saya perasan kalau saya stress atau pun sakit kepala saya mesti cari minuman yang manis (ShareTea-tinggi gula) dan makanan yang terlalu pedas (SamYang-mi segera yang mempunyai tinggi kandungan preservatives). Kemungkinan besar saya ni kekurangan Piridoksin asyik rasa stress saja kan. Jadi kalau kita makan B-Complex ni tentunya kita cukup bekalan Vitamin B6 ini so kuranglah stress kuranglah makan makanan yang tidak sihat, gitew! Seterusnya boleh lah kita kuruskan badan! Setuju ? 

Secara keseluruhannya, B-Complex Shaklee sangat membantu dalam misi kuruskan badan ni. Berbanding produk keluaran lain, ada yang tidak menggabungkan ke lapan-lapan jenis vitamin B yang penting untuk badan kita. InshaaALLAH. Kalau ambil Set Kurus Shaklee pun lebih baik sebenarnya. Siapa yang berminat tu bolehlah roger2 saya bah. Kalau mahu kurus jangan segan bertanya ya nanti tersalah membuat pilihan kan rugi tu. 

#blogmegashaklee #iconicprojectblog #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleelabuan
 
"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 13 November 2014

Shaklee: Essential Nutrition

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal

Alfalfa Complex

Sumber Nutrien & Klorofil Asli
Kod Produk:10159 (330 tablet), 10162 (700 tablet)

Alfalfa ialah tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien. Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi.

Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.
Sumber alfalfa semula jadi
Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau menyusukan anak, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih dahulu.

B-Complex

Vitamin B untuk Kesihatan yang Baik
Kod Produk:10164 (120 tablet)

Adakah anda mendapat bekalan vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah ubat preskripsi boleh mengurangkan bekalan vitamin B anda. Oleh yang demikian, vitamin B perlu dititik beratkan sebagai komponen asas dalam sesebuah diet yang seimbang.

Spektrum B Penuh dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.
B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
Asid folikdan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*

Chewable Vita-C Plus™ 100 mg

Kod Produk:10621 (90 tablet)

Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kandungan antioksidan semula jadi tubuh. Selain itu, ia juga amat diperlukan untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan keseluruhan tubuh secara amnya.

Vitamin C tambahan diperlukan oleh wanita hamil dan ibu yang sedang menyusukan bayi kerana diet sahaja tidak dapat memberikan tahap vitamin C yang mencukupi.

Chewable Vita-C dirumus dengan perisa sitrus yang lazat dan membekalkan vitamin C yang bersamaan dengan 1½ buah oren. Ia sesuai untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah untuk menelan tablet.

Lecithin

Kod Produk:10163 (180 kapsul)

Lesitin soya ialah sumber utama kolina, salah satu komponen pengutus saraf asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej dalam otak dan sistem saraf.

Lecithin Shaklee diperoleh secara semula jadi daripada kacang soya. Setiap sofgel mengandungi 530mg lesitin.

Sustained Release Vita-C™ Plus

Bekalan Vitamin C Serba Semula Jadi untuk Sepanjang Hari
Kod Produk:10104 (180 tablet)

Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.

Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.*

Friday, 31 October 2014

Shaklee Effect: Say NO pada Jerawat!!

Ramai yg tidak perasan ataupun tidak ambil peduli. Jerawat biasanya kita dengar tumbuh disebabkan hormon yg tidak menentu. Bagi saya jerawat ini boleh tumbuh bila2 dia suka. Mungkin juga sebelum dan semasa datang bulan, atau juga bila kulit berminyak sikit, mulalah jerawat pun tumbuh. Paling tidak pun stres saja pun mesti juga tumbuh.. Ada juga kadang lambat tidur pun dia tumbuh keesokkan paginya.

Shaklee Labuan
Mari sini saya cerita pasal GLA Complex ni, sebenarnya, GLA ni membantu menstabilkn hormon kita dan jerawat juga jarang tumbuh. Bila jerawat jarang tumbuh muka pun sihat. Bila muka sihat, kita pun tidak stres tengok muka sendiri. Bila sudah hormon stabil dan kita tidak stres, period kita pun akan teratur seterusnya boleh membantu mereka yg inginkan cahaya mata juga.. Sebab mereka boleh nampak hari subur mereka. 

Lagi, GLA Shaklee ni mengandungi Vitamin E sebab itu juga mampu membantu mencantikkan kulit kita. Biasanya lambat datang bulan, mesti jerawat tumbuh, ada juga sampai menyerang seluruh muka. Smpai merah2 berisi lagi. Tahu kenapa. Kalau period kita lambat, kotoran di dalam badan belum lagi keluar melalui period sebab itu kotoran akan naik tumbuh ke muka. Kita tidak sedar muka kita tdk sihat bkn sebab muka kita tapi dalam badan kita ni sendiri yg tidak sihat

Ataupun mereka yang ada sembelit. Lagilah sangat berpotensi untuk berjerawat. Sebab apa, kalau kita tidak membuang dalam sehari, kotoran akan berkumpul di dlm badan sebab tu mampu menaikkan jerawat di muka kita. Yg tu boleh bantu dengan Herb-Lax. Tidak pun Alfalfa ka. Lagi best dan hebat buat wanita.

bcomplex
Tambahan lagi, kalau mahu cantik, kita tidak mahu stres-stres, nanti kedut di muka pun nampak, nanti jerawat pun tumbuh. Pernahkah kamu dengar bila kita senyum, otot-otot di muka kita akan secara automatik bersenam jadi kuranglah potensi untuk nampak kedut di muka bila sering tersenyum. Kalau sering marah-marah, selalu kerut kan muka bantu dengan B-Complex, anti-stres, betul sangat berkesan. Saya selalu amalkan B-Complex ketika rasa tension, rasa stres, terus telan B-Complex. Di sebabkan itu B-Complex ini salah satu set kecantikan dalam Shaklee juga bah. Jangan marung-marung jom kita makan B-Complex!

Sebab itu mereka yg inginkan cantik luaran, dalaman mesti cantik dan bersih dahulu. Barulah kita mampu tampil di depan orang ramai dengan konfiden. Ini kalau berjerawat tengok muka sendiri di depan cermin pun malu, apatah lagi berjumpa dengan orang. Kalau sebiji dua tidak apa, kalau penuh jerawat seluruh muka. Wallahualam bi sawab.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday, 28 October 2014

Set Kecantikan Luar & Dalam

set cantik shaklee

Kecantikan adalah idaman untuk setiap orang. Tidak kiralah perempuan mahupun lelaki, masing-masing ingin menjaga keterampilan diri. Tapi hampir kesemuanya tidak menitikberatkan keselamatan produk tersebut. Ada juga yang sanggup menjalani pembedahan plastik. Tidak pun suntikan botox atau apa2 pun jenis suntikan yang menjanjikan kecantikan. Tapi mereka tidak tahu apa akibat dan kesan jangka masa panjang daripada tindakan mereka itu. Dan lagi, mereka membayar beratus malah beribu hanya untuk cantik. Mereka tidak tahu keputusan mereka yang 'shortcut' untuk segera cantik tidak seluruhnya menjaga kesihatan dalaman mereka. Kalau mahu cantik biar cantik di dalam dulu pasti di luar akan juga kelihatan cantik.

Sel-sel di dalam badan kita juga perlukan makanan, tidak kiralah untuk membentuk sel dan tisu yang baru atau pun menyembuhkan sel yang lama. Segalanya perlukan nutrisi. Ini pun shortcut untuk cantik juga sebab apa, SR Vita C Shaklee tu, sebiji jak pun khasiatnya adalah sama seperti memakan 7 biji buah oren. Wahh, mahu cantik sanggup kah makan 7 biji sehari? Tidakkan? Sebab tu kita ada suplemen, suplemen ini makanan tambahan, dia seperti makanan juga kita makan untuk dapatkan zat dan nutrisi cuma suplemen ini berbentuk serbuk atau pun pil tablet. Telan saja sebiji tidak perlu susah2 telan 7 biji buah oren. Mesti ramai tahukan, oren memang elok untuk kulit kita..

Haaa, kalau BComplex pula, khasiat vitamin B yang lengkap dengan 12 jenis vitamin B. B Complex ni, sebab dia termasuk dalam set kecantikan bukan apa, kalau orang suka stres tu kan, suka kerut2kan dahi lama2 terbentuk kedut atau garisan tua, haaa... B Complex ni akan mengurangkan stres kita.. Alah, ubat penenang paling selamat ni. Saya selalu amalkan. Tapi B Complex bukan ubat ya. Ia suplemen. Sama juga SR Vit C.

Vitamin E ni pula untuk membantu mengurangkan dan memudarkan parut luka, regangan kulit (strethmarks), warna tona kulit tidak sekata, bintik2 hitam kesan daripada jerawat.. Haaa, yang ni memang best.. Gabungkanlah ketiga-tiga produk ini mesti kamu tampak hasil yang sangat menakjubkan. Selamat mencuba!!

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 12 September 2014

B-Complex Penawar Thalasemia

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

• B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*

• Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.


"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

Thursday, 11 September 2014

B-Complex

B- Complex terkenal sebagai supplemen anti-stress, dengan mengambilnya sebiji sehari terutama pada wanita selepas pantang dapat mengurangkan tekanan dan mengelakkan masalah depresi

Kandungan dalam vitamin B-Complex Shaklee

Vitamin B kompleks adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada: 

bcomplex shaklee
1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.


Prevention is better than cure" 

Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty