Friday 13 May 2016

Rencah Hidup Bermula Dengan Shaklee

Saya dahulunya tdk pernah terfikir utk join apa2 bisnes. Apatah lagi yg melibatkan produk-produk selain drpd makanan biasa kita makan kan. 

Suatu hari dalam 2013 saya sangat runsing apa yg boleh memberikan air susu badan sy banyak, rasa mcm down juga masa tu, baru melahirkan anak pertama secara caeserean pula tu, kena lagi anak saya jaundis berpanjangan (prolonged jaundice) melebihi 14 hari dan sering mpunyai bacaan tinggi. Sudahnya saya bermalam di hospital temankan anak saya utk dapatkan rawatan lanjut, dengan susah payah bergerak lagi pada masa itu, duduk menyusukan susah apatah lagi baring. Memang langsung tidaklah. Rehat yang cukup memang tidaklah kan. Tegarnya untuk menyusukan anak sy masa itu, risau semua beri pada dia sehinggakan nurse yg lawat saya post natal tu cakap risaukan diri sendiri juga. Tapi macam mana kan? Siapa yg tidak risau anak yang keluar masuk hospital untuk dapatkan rawatan fototerapi tu. 

Saya mencari segenap facebook, saya join group Kumpulan Ibu Menyusukan di facebook. Satu hari tu terserempak dengan seorang kakak ni dia tengah mengepam masa tu di dalam bilik menyusukan di Hospital Nukleus masa tu. Dia bagi saya pamphlet. Simpan2 pamplet sampai hilang baru saya sibuk cari balik. Tidak jumpa juga. Jadi saya cari dalam facebook. Alhamdulillah jumpa. 

Sekarang beliau merupakan mentor saya di dalam hidup Shaklee saya. Saya pun beli set menyusu untuk mencuba. Selepas 2, 3 hari tu saya tidak puas hati sebab set diberi cuma trial pack shj. Apa lagi saya decide untuk beli ESP & Alfalfa set menyusukan yg paling asas. Selepas beberapa hari mengambil dua produk ni. Saya pam susu sy dpt lebih drpd biasa. Saya share di facebook dan dapat menarik perhatian beberapa rakan yg juga sedang menyusukan anak. Alhamdulillah mereka mahu mencuba.

Apa lagi, tercetuslah idea saya untuk buat part time income. Saya tidak pasti selepas beberapa hari saya berfikir banyak kali untuk masuk ahli. Yalah kan selain kita dapat membantu orang lain hidup sihat, kita juga dapat pulangan dalam bentuk wang ringgit. Makan Shaklee sambil jana pendapatan. Saya pun dapatkan persetujuan daripada suami. Syukurlah dia setuju saja. 

Sebenarnya bukan mudah juga untuk buat Shaklee ini. Kadang-kadang ada juga halangan walaupun dari suami saya sendiri. Kalau saya ingat balik, mengalir juga air mata saya ini. Tapi atas kekuatan yang ada. Saya tahu ini keputusan yang terbaik untuk saya, anak, keluarga dan suami sy sendiri. Adalah kalau ada dalam sebulan dapat juga bonus RM100++ kan. Siapa mahu bagi kalau bukan dari hasil usaha sendiri kan?

Sekarang saya perhatikan, ramai rakan-rakan yang berkerjaya mencari pendapatan secara sambilan. Saya pasti dalam keadaan ekonomi sekarang, inflasi lagi, kita harus ikhtiar untuk mendapat pendapatan lebih daripada kerjaya kita juga. 

Apatah lagi, suri rumah berkerjaya seperti saya ini yang mempunyai dua org cahaya mata. Kita rasakan keadaan ekonomi memaksa kita untuk berjimat. Tapi saya yakin, rezeki itu rahsia Allah swt kan. Jadi kita tidak perlulah mempertikaikan apa yang belum sempurna di dalam hidup kita sekarang. Kita juga ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Hindarkan perasaan tidak bersyukur dan sering mengeluh. Saya pun pernah dikejutkan dengan kata-kata seorang bekas sahabat sekolah yang katanya "Untung suami kau ni Asda, sebab kau pandai cari rezeki sambilan dengan berbisnes"

Di dalam Shaklee, saya dijanjikan dengan pelbagai ilmu. Bukan sahaja pengetahuan am tapi juga ilmu kerohanian. Kami berkeluarga dalam Shaklee. Kami juga bersaing secara sihat. Jika kita mempermudahkan urusan orang lain, nescaya Allah swt juga akan mempermudahkan urusan kita suatu hari nanti. 

Khas buat suamiku, walaupun banyak ketidaksempurnaan syg di mata abang. Syg pasti abg tidak akan pernah menyesal untuk memilih syg sebagai teman hidup abg. Terima kasih atas segala sokongan dan segala pertolongan yang dihulurkan ikhlas tidak ikhlas syg sgt menghargainya. Abg adalah business partner yang paling supportive dan penyabar. Terima kasih abg.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Binti Rudy
Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda HealthCare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Faktor Mengapa Kolagen Berkurang

Faktor Kolagen Pada Kulit Berkurang
  • Terdedah dengan cahaya matahari
Pendedahan terus kepada sinaran UV merosakkan struktur kolagen pada kulit seterusnya mempercepatkan proses penuaan (Gary J. F. et.al, 1997, Pathophysiology of Premature Skin Aging. Induced by Ultraviolet Light , N Engl J Med 1997)
  • Asap rokok
Asap rokok boleh merosakkan sel kolagen yang terbentuk di samping mampu memberikan kerosakan yang teruk pada paru-paru
  • Faktor stress dan ketidakstabilan hormone
Stres boleh mengurangkan kualiti kolagen pada kulit yang mampu menpengaruhi fungsi dan keanjalan kulit (V. Kahan et.al, 2009,Stress, Immunity and skin collagen intergrity: Evidence from animal model and clinical conditions, Brain , Behavior, and Immunity , Volume 23, Issue 8 Pages 1089-1095)
  • Faktor pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam menyebabkan kulit kering , kolagen rosak dan penuaan kulit. (Callaghan, T.M 2008, A review of ageing and an examination of clinical methods, in the assessment of ageing skin. Part I Cellular and molecular perspectives of skin ageing, International Journal of Cosmetics Science, 30(5), 1468-2494)
  • Faktor Usia
Selepas usia 20 tahun, penghasilan kolagen oleh badan manusia sangat sedikit dan akhirnya terhenti 


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Binti Rudy
Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda HealthCare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”