Saturday 30 April 2016

Detoks secara semulajadi

Melalui detoks inilah kita dapat mengoptimumkan proses pengeluaran racun-racun dari tubuh kita. Kesan dari detoks yang optimum sangat luar biasa: Tubuh anda akan mencerna makanan secara lebih baik, kulit anda akan menjadi lebih berseri, sakit belakang, sendi ataupun rasa sakit kronik lain akan hilang dan bertenaga serta tenaga andapun akan meningkat

Pengumpulan racun dalam tubuh boleh saja disebabkan oleh faktor makanan. Mengambil makanan berkolestrol tinggi, mengandungi lemak tepu dan makanan dan minuman ringan lain boleh jadi mengandungi bahan-bahan berbahaya, ia juga boleh jadi pencetus bertumpuknya racun dalam tubuh.

Pilihan paling selamat untuk detoksifikasi boleh dilakukan dengan langkah-langkah berikut, antaranya yang paling popular dan telah diteliti secara ilmiah:

Air putih hangat.

Air putih merupakan salah satu cecair yang berkualiti dan boleh membersihkan system pencernaan. Air putih bekerja menghilangkan racun dan ampas makanan yang mungkin tersisa dan terkumpul dalam usus melalui kulit, buah pinggang dan juga peluh. Air boleh melarutkan unsur-unsur kimia dalam darah dan membantu memperbaiki jaringan tubuh dan pertumbuhan. Minum sekurang-kurangnya dua gelas air putih setiap pagi, selepas bangun tidur, dalam keadaan perut kosong. Air hangat akan membantu tubuh mengeluarkan racun secara semulajadi.

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap harinya. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi likat dan kental, tersumbat dan meracuni sistem di dalam tubuh.

Air kelapa hijau.

Air kelapa hijau bermanfaat untuk membersihkan saluran pencernaan bahkan dapat melawan kuman, virus dan bakteria. Minum air kelapa hijau secara teratur pun boleh meningkatkan daya tahan tubuh dan mencukupi pengambilan cecair dalam tubuh.

Detoks Liver Dengan Jeruk
Lemon, limau nipis dan limau mengandungi limonene iaitu sejenis minyak yang meneutralkan sebatian pencetus kanser dalam liver. Liver yang bekerja seperti penapis udara ini perlu sering-sering dibersihkan. Jika tidak akan tersumbat racun dan melemahkan tubuh seluruh badan akan lambat. Jadi bersihkan liver anda setiap hari dengan rajin makan buah limau.

Oren juga merupakan sumber utama vitamin C, yang dipercayai meningkatkan daya tahan tubuh. Oren juga kaya akan flavonoid, antioksidan penting yang melindungi sistem imun manusia dengan cara melawan kuman dan bakteria penyebab penyakit. Minumlah minuman-minuman diatas, 10 minit sebelum anda menyantap sarapan untuk hasil yang lebih maksimum

Minumlah jus buah-buahan
Minumlah jus buah-buahan organik yang mempunyai kandungan glisemik rendah. Akan lebih baik jika jus buah dicampur dengan sayur-sayuran organik. Minumlah jus tersebut, selama tujuh hari.

Teh Hijau / Hitam Meneutralkan Merkuri

Bagi anda penggemar makanan laut, makan makanan ini dua kali seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Malangnya pelbagai makanan laut diduga banyak mengandungi merkuri, bahan-bahan yang berbahaya bagi kesihatan tubuh. Penyelesaian minum teh hijau atau hitam sebagai peneman makan makanan laut. Penyelidikan membuktikan teh hijau atau hitam mencegah masuk ke aliran darah hingga 92%. Teh hijau juga merupakan salah satu antioksida semula jadi yang tertinggi. Mengandungi polyphenols yang membantu mengawal pembentukan glukosa dalam darah. Polyphenol menghalang pembentukan glukosa menjadi sel-sel lemak, serta mencegahnya masuk ke pusat aliran darah. 

Yogurt 
Melindungi Perut Susu fermentasi yang banyak mengandungi bakteria baik lactobacilus acidophilus dan lactobacilus bifidus ini meningkatkan kemampuan kolon mencegah kuman dan toksin menggandakan diri. 

Psyllium 
Untuk Kesihatan Pencernaan Ini adalah serat larut aroma dan tak bertekstur. Biasanya didapati pada suplemen serat bentuk serbuk. Di dalam usus serat ini akan berubah menjadi gel dan akan melekat di kompaun jahat dan menyapunya keluar tubuh. 

Makanan sihat selama tiga hari / makanan organik 
Untuk menyingkirkan racun yang melekat pada usus, konsumsilah makanan sihat selama dua hingga tiga hari. Elakkan, makanan siap saji, makanan berminyak, pengambilan sayur-sayuran mentah atau yang diproses secara ringkas dan buah-buahan. Akan lebih baik jika makanan yang dimakan berbahan organik. Hal ini akan membuat pencernaan lebih sihat. Lakukanlah sekurang-kurangnya dua hari dalam satu tahun. 

Urut meningkatkan peredaran dari dan ke jaringan tubuh dan membantu anda menjadi relaks dan melepaskan tekanan. Menyikat kulit dalam keadaan kering sebelum mandi membantu membersihkan toksin dari liang-liang, dan juga merupakan rangsangan yang baik untuk sistem limpa dan peredaran. Cara ini juga melepaskan sel-sel kulit mati yang membuat kulit kelihatan kusam. 

Mandi dan lulur
Kulit kita adalah organ yang paling luas dalam tubuh dan sangat berkesan dalam menghilangkan racun. Sebelum mandi, bersihkan kulit dengan berus lembut dalam keadaan kering. Membersihkan tubuh sebelum mandi akan membantu kulit mati mengelupas dan merangsang sistem limfatik (perbelanjaan) untuk membantu mengeluarkan racun. Sauna juga merupakan kaedah detoksifikasi yang berkesan. Sauna membantu proses penyembuhan, menghilangkan demam, menimbulkan keringat. Cara pemansan badan seperti sauna meningkatkan metabolisme, dan aktiviti organ-organ vital dan kelenjar-kelenjar tubuh, mengoptimumkan proses detoks.


Gaya makan yang sihat 

Banyak dari kita mengambil diet yang seringkali terdiri dari daging (rendang, sate, burger dan sebagainya), makanan berlemak (santan, gorengan), makanan yang telah diproses dan mengandungi zat-zat kimia tambahan (biskut, mi segera, coklat dan sebagainya). Gaya makan seperti ini memberikan pengambilan toksin dan bahan pencemar dalam jumlah yang signifikan ke dalam tubuh kita, menjadikan proses detoks sangat kritikal. 

Mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan mentah, dan mengurangkan jenis makanan yang merugikan tubuh akan membantu detoks yang optimum. Buah-buahan, sayur-sayuran, buah-polongan dan makanan dengan sedikit pemprosesan lain (beras merah, roti gandum-penuh, havermouth) berkadar serat tinggi yang membantu penyerapan dan pengangkutan toksin dari tubuh. Jenis makanan ini juga mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi, yang lebih mudah dicerna berbanding protein ataupun lemak. 

Melindungi diri dari radikal bebas Sebahagian radikal bebas terbentuk sebagai hasil dari proses metabolik semula jadi tubuh. Tapi sebahagian yang lain terbentuk kerana pengaruh faktor-faktor luar seperti pencemaran alam sekitar, kurang olahraga, dan gaya makan yang tidak sihat. 

Jika jumlah radikal bebas melebihi jumlah yang dapat ditangani enzim tubuh, zat-zat antioksidan dari luar seperti, vitamin A, C, dan E akan turun tangan. 
Antioksidan mencegah pembentukan lebih banyak radikal bebas dengan memberikan elektron untuk menstabilkan radikal bebas. 

Antioksidan yang paling efektif terdapat dalam makanan utuh dan alami.
Untuk memastikan pengambilan antioksidan dalam jumlah cukup, konsumsilah sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur tiap harinya. Malangnya, mengingat tingginya jumlah toksin dan bahan pencemar yang telah mencemarkan alam sekitar kita, anda tidak selalu dapat bergantung kepada perlindungan daripada makanan sahaja.

Mengambil suplemen vitamin dan mineral memegang peranan penting dalam membantu tubuh menghancurkan dan mengeluarkan unsur-unsur kimia beracun dari dalam tubuh. Andrew Weil, MD menganjurkan komposisi dan jumlah berikut:
Pagi hari: 1000-2000 mg Vitamin C dan 25000 beta karotin semulajadi
Siang hari: 400-600 IU vitamin E semulajadi dan 200-300 mcgr Selenium
Malam hari: 1000-2000 mg vitamin C
Sebelum tidur: 1000-2000 mg Vitamin C

Sukan
Aktiviti fizikal secara teratur akan membantu pengeluaran toksin melalui peluh. Sukan, selain memacu tubuh untuk berpeluh, ia juga meningkatkan peredaran darah dan menstimulir sistem limpa. Sukan juga bermanfaat untuk menurunkan tahap stres dan kemurungan, menstabilkan emosi kita.

Proses detoksifikasi yang paling mudah boleh bermula dengan gaya makan sihat yang banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran, serta sukan secara teratur.



Kesan Detoksifikasi: Proses Pemulihan



Kenapa kita perlu melakukan "Detoksifikasi"

MENGAPA PERLU DETOKS? 

Salah satu punca terbesar terjadinya tokxemia pada usus adalah kebiasaan mengambil makanan yang dimasak secara berlebihan atau diproses , iaitu makanan - makanan yang tidak mempunyai enzim lagi. Juga kebiasaan lebih banyak makan makanan berbentuk asid , iaitu protein ( haiwan ) , pati , lemak .

Ini akan menyebabkan kita mempunyai asid berlebihan di dalam badan atau juga di kenali sebagai asidosis , yang bermaksud keasidan darah dan tisu badan berlebihan . Asidosis boleh menimbulkan keradangan pada pelbagai jaringan dalam tubuh, menyebabkan butir-butir darah melekat satu sama lain, atau terbentuknya rangkaian serabut-serabut halus (fibrin) dalam darah. Jejaring serabut-serabut in yang memberi kesan seolah-olah darah menjadi pekat. Serabut-serabut ini mengakibatkan peredaran sel-sel darah terganggu, sehingga bekalan zat makan dan oksigen ke sel-sel tisu badan lain terbantut.

Tubuh kita dikurniakan enzim-enzim yang diperlukan oleh pelbagai fungsi metabolik dalam badan dalam jumlah terhad, termasuk prosespencernaan.

Tubuh tidak akan menggunakan enzim-enzim ini apabila makanan yang kita makan masih mempunyai enzim. Terus-menerus menggunakan enzim tubuh akan menghabiskan tenaga dan menyebabkan keradangan pada pankreas.

Pankreas adalah organ vital yang menghasilkan enzim-enzim pencernaan pada usus kecil.

Gangguan pada pankreas menyebabkan pencernaan tidak lancar dan badan semakin banyak menghasilkan ampas.Usus besar tidak mempunyai kemampuan untuk mencerna makanan.
Tubuh akan memadatkan makanan yang tidak tercerna ke sepanjang dinding usus halus.
Secara semula jadi proses ini akan mengundang pengeluaran lendir dari sistem kekebalan tubuh yang ada pada dinding-dinding usus. Keadaan ini akan mengakibatkan sembelit (sukar buang air besar) dan penyumbatan pada saluran usus besar. Setelah beberapa waktu, kotoran ini akan membusuk dan menghasilkan gas beracun.

Gas lebih mudah diserap melalui liang-liang halus pada dinding usus, mengalir dalam darah dan masuk ke sel-sel tubuh dan sewaktu-waktu siap menimbulkan penyakit.Pembersihan besar-besaran alias detoksifikasi yang dilakukan secara berkala, perlu bagi tubuh kita. Selain untuk mengurangi hampas-hampas beracun dari dalam tubuh, tidak ada organisme pembawa penyakit atau virus yang tahan dalam tubuh yang bersih. Terapi detoks paling tuadan sudah ratusan tahun dilakukan oleh manusia adalah puasa. Dengan pola makan yang lebih sederhana dan alami saja, manusia dahulu sudah mengerti bahawa sekali waktu tubuh perlu detoks. Detoks seharusnya menjadi lebih penting bagi manusia modern dengan pola makan yang cenderung menimbulkan hampas lebih banyak dan penyumbatan-penyumbatan pada sistem tubuh.

Toksin mengakibatkan proses penuaan dan kerosakan lebih cepat pada seluruh sel tubuh.

Masa tidak ada hubungannya dengan penuaan. Penuaan atau proses degenerasi semata-mata adalah
kerana toksin dan dehidrasi yang kita tabung selama bertahun-tahun.

Saturday 16 April 2016

Khasiat Minum Air Putih

Entri kali ini berkisarkan tentang minum air putih. Memandangkan saya sering juga haus dan sejak mengandung dan melahirkan anak kedua ini saya perasan yang saya kuat meminum air putih. Mungkin juga disebabkan saya masih fully breastfeeding anak kedua saya ini, atau juga mungkin saya mudah berpeluh. Apa yang saya perasan saya mudah haus setelah berpeluh banyak. Juga selepas meminum air saya akan berpeluh kembali. Menjadikan saya berasa tidak selesa tapi semestinya haus dan dahaga itu tidak mampu ditahan-tahan lagi kan?


Di kesempatan ini, saya ingin berkongsilah kan kebaikan meminum air putih hasil explore info minum air putih di facebook sebentar tadi. Sumber daripada Facebook Mingguan Wanita. 

Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh, malahan juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. 

Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air putih adalah pada waktu pagi setelah bangun dari tidur. Jangan bagi alasan, anda perlu 'paksa diri' untuk minum air putih. Ini adalah sebab-sebabnya:

1. Seimbangkan sistem buah pinggang 
Tubuh memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cairan dan mencegah jangkitan.

2. Kulit lebih berseri 
Minum air putih boleh membantu kita menyingkirkan racun di dalam tubuh seterusnya menjadikan kulit lebih berseri. Bahkan, ia dapat membantu membersihkan racun dalam darah.

3. Langsingkan tubuh
Cuba minum dua gelas air setiap bangun tidur. Rajin-rajinlah minum air pada pagi hari dan boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24 peratus.

4. Tambah darah
Ketika anda berasa lesu, pening dan anemia, minumlah air dengan jumlah yang mencukupi. Ia membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot.

5. Membersihkan usus
Minum air ketika perut kosong membantu membersihkan usus dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk kemudiannya.
Daripada artikel di atas tadi, saya dapat simpulkan bahawa pentingnya meminum air putih mengikut keperluan setiap individu. Pastikan meminum air putih secukupnya mengikut berat badan anda supaya sistem pencernaan di dalam badan kita mudah berjalan lancar secara normal. Lagipun kan, kita tahukan kalau juga mesin basuh penuh dengan kain tapi tidak cukup air dia tidak akan boleh membersih dengan sempurna dan kadang sabun serbuk pencuci baju juga tidak tergaul dengan lancar. Anda faham kan maksud saya?


Thursday 14 April 2016

Soal Jawab: Hernia atau Angin Pasang

Bolehkah rawatan alternatif seperti mengurut membantu menyembuhkan penyakit ini? 

Masyarakat sering tersilap tanggapan dengan mengatakan rawatan alternatif seperti urutan dan sebagainya boleh menyembuhkan penyakit angin pasang. Pada hakikatnya, urutan tidak langsung akan membantu memulihkan penyakit angin pasang ini. Sebaliknya, kes hydrocoele yang kebanyakannya boleh surut sendiri dan tidak memerlukan pembedahan sering disalah tafsir sebagai kes angin pasang. Tanggapan yang salah ini yang menyebabkan masyarakat berpendapat sedemikian 

Adakah penyakit ini mempunyai risiko dan berbahaya? 

Jawapan : YA 

Selaput processus vaginalis memberi ruang kepada usus untuk sampai ke bahagian inguinal dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Pada peringkat awal proses ini, kebiasaannya kanak kanak akan mengadu tidak selesa disusuli dengan perasaan sakit pada bahagian itu. Disebabkan keadaan anatomi yang sempit pada salur inguinal, usus tersebut mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk tersumbat. Bekalan darah pada bahagian usus terbabit juga akan terjejas yang memungkinkan usus tersebut mati jika tidak dirawat. Kawasan yang sempit pada salur inguinal ketika itu juga boleh menghimpit salur darah ke testis menyebabkan organ testis mengecut dan mati. Selain bahagian usus, bahagian pundi kencing atau kilang ovary untuk anak anak perempuan boleh tersumbat dan mati. 

Apakah kaedah rawatan yang ada untuk penyakit ini? 

Kes angin pasang memerlukan pembedahan kecil untuk memisahkan dan menutup selaput processus vaginalis. Urutan atau rawatan tradisional tidak akan membantu menyembuhkan penyakit ini. 

Pembedahan tersebut boleh dilakukan melalui kaedah biasa atau pembedahan laparoskopi. 

Melalui kaedah pembedahan biasa, satu luka kecil akan dibuat pada bahagian atas inguinal dan selaput processus tersebut akan dikenal pasti, dipisahkan daripada struktur lain sebelum di tutup. 

Melalui kaedah pembedahan laparoskopi, satu luka kecil sebesar 5-7mm akan dibuat pada bahagian pusat, di sertai 2 luka kecil sebesar 3mm di bahagian kiri dan kanan pesakit. Dengan kaedah ini, kedua belah selaput processus boleh di periksa dan sekiranya perlu, pembedahan boleh terus dilakukan untuk kedua dua belah serentak. 

Bilakah masa yang sesuai untuk anak menjalani pembedahan? 

Apabila anak anda telah disahkan mengalami penyakit ini, pembedahan harus dilakukan pada waktu yang terdekat. Ini untuk mengelakkan risiko usus aau kilang ovary tersumbat dan mati. 

Bolehkah penyakit ini berulang? 

Risiko untuk penyakit ini berulang adalah sangat rendah, kurang daripada 1%. Walaubagaimanapun, peratusan kes ulangan adalah lebih tinggi sekiranya anak anda mengalami simptom angin pasang yang kronik dan disahkan tersumbat. Ketika itu, struktur dalaman kawasan inguinal membengkak dan menyebabkan pembedahan ketika kecemasan menjadi sukar. 

Adakah penyakit inguinal hernia kanak kanak sama dengan orang dewasa? 

Secara amnya, ia adalah berbeza. Majoriti penyakit inguinal hernia pada kanak kanak adalah disebabkan oleh selaput processus vaginalis yang gagal mengecut dan tertutup. Untuk orang dewasa, kebanyakannya kes disebabkan oleh otot kawasan inguinal yang sudah kendur. Cara pembedahannya juga adalah berbeza. 

Bawalah anak anda berjumpa doktor pakar untuk yang pemeriksaan yang terbaik. 

(written by Dr. Syariz Izy Sehat )

Hernia (Angin Pasang)

Salam semua…

Hernia. Sebenarnya saya baru dengar nama penyakit ini itupun daripada downline saya yang bertanyakan di dalam group whatsapp. Memandangkan saya sendiri tidak tahu menahu tentang ini jadi saya google lah kan. Alternatif lain, saya tanya juga di dalam group whatsapp besar upline saya, Master Siti Aisah dan upline saya share screenshot blog super upline saya, Master Norita yang mana beliau sendiri menghadapi masalah yang sama pada kedua anak lelakinya suatu ketika dulu selepas melahirkan. 

Antara tips yang diberi ialah:-

Basuh daun sireh dengan selawat dan layukan daun2 tersebut dengan iron. Layukan sedikit sahaja ya. Seterusnya renyukkan dengan tangan sehinggakan seperti ada basah2 di tangan dan tuamkan di tempat yang bengkak tu. Doa Nurbuah yang diamalkan. Amalkan sehingga bengkak itu surut…
Doa Nurbuah

Menurut beliau, kesembuhan nya memakan masa juga lebih kurang 2,3 bulan. Tapi syukurlah tdk perlu di operation dgn cara tradisional ini. 

Mari saya kongsikan hasil pengetahuan yang saya perolehi daripada internet dan bacaan. 

Apakah penyakit angin pasang atau inguinal hernia?

Kita kerap mendengar kes kes angin pasang berlaku pada orang dewasa dan kanak kanak. Kes angin pasang kanak kanak berlaku dengan kekerapan 3 – 5 kes dari setiap 100 kelahiran, atau bersamaan 3- 5%. Ia lebih kerap berlaku untuk anak lelaki berbanding perempuan dan 60% daripadanya berlaku pada bahagian kanan inguinal berbanding bahagian kiri. 10-15% kes melibatkan kedua dua belah (bilateral). Kes kes angin pasang lebih kerap berlaku pada anak-anak yang dilahirkan pramatang dengan kadar 40-55% disebabkan proses perkembangan bayi yang masih belum sempurna.

Apakah penyebab penyakit ini terjadi?

Sewaktu janin terbentuk, untuk bayi lelaki, testis awalnya berada pada aras yang sama dengan ginjal. Organ testis akan bergerak ke arah kantung zakar mengikut panduan struktur Gubernaculum dan di bawah pengaruh beberapa hormon. Pergerakan testis ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu fasa abdomen dan keduanya adalah fasa inguinal. Apabila struktur gubernaculum tiba di kawasan inguinal, ia akan melalui dan menarik selaput peritoneum yang kemudiannya di kenali sebagai selaput processus vaginalis. Selaput processus Vaginalis secara amnya akan mengecut dan tertutup dengan sendiri ketika umur bayi berada pada 36-40minggu dalam kandungan. Kegagalan selaput ini untuk mengecut dan tertutup dengan menyebabkan adanya saluran yang berhubung antara kawasan abdomen dan kantung zakar. Jika lubang kepada saluran ini halus, maka hanya unsur seperti air yang boleh melaluinya. Keadaan ini dikenali sebagai hydrocoele.

Walaubagaimanapun, jika lubang pada selaput tersebut adalah besar, (keadaan angin pasang @ Inguinal Hernia) struktur seperti usus, kilang ovary dan pundi kencing mempunyai potensi untuk masuk ke dalam selaput ini dan tersumbat.

Apakah simptom simptom yang lazim untuk penyakit ini?

Simptom awal

a) kawasan ari-ari (inguinal) dan / atau kantung zakar yang bengkak
b) kawasan bengkak biasa berlaku ketika anak menangis, berlari atau meneran dan bengkak tersebut boleh kekal atau surut selepas aktiviti terbabit

Simptom kronik

a) bengkak yang tidak surut disertai dengan keadaan anak yang dalam tidak selesa dan dalam kesakitan
b) perut kembung disusuli episod muntah- muntah

Bawalah anak anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mereka mempunyai simptom tersebut.

Adakah rawatan untuk hernia dan hydrocoele berbeza?

Perlu di tekankan di sini bahawa jika anak anda telah disahkan mengalami kes angin pasang, tiada rawatan alternatif yang boleh mengubati penyakit ini melainkan pembedahan yang di panggil ‘herniotomy’

Keadaan ini berbeza sekiranya anak anda mempunyai penyakit hydrocoele. Seperti yg telah diterangkan, oleh kerana lubang pada selaput hydrocoele adalah kecil dan kandungan kawasan bengkak tersebut hanyalah air, ini tidak akan membawa risiko bahaya kepada anak anda. Kes kes hydrocoele hanya memerlukan rawatan susulan dan kebanyakannya akan surut sendiri sebelum anak anda berumur 2 tahun tanpa memerlukan pembedahan. Pembedahan hanya perlu dilakukan jika hydrocoele masih kekal selepas anak berumur lebih 2 tahun. Pembedahan untuk hydrocoele adalah sama tekniknya dengan pembedahan untuk inguinal hernia iaitu ‘herniotomy’

Pada pendapat saya, masing-masing berhak mengikhtiarkan apa cara sekalipun untuk mengatasi penyakit ini. Walaupun ramai doctor yang tidak menyarankan ubatan tradisional tapi mungkin juga dengan kuasa dan izin ALLAH swt mampu menyembuhkan. 

Mungkin juga tidak boleh diurut kerana ia mungkin akan lebih memudaratkan. Saya sarankan gunalah daun sireh seperti yang saya kongsikan pada awal entri saya ini. InshaAllah bermanfaat.

Friday 1 April 2016

Asda Healthcare: Breastfeeding Awareness

Dulu ibu-ibu kebanyakannya duduk drumah suri rumah jadi ada alasan utk menyusukan anak secara eksklusif sepenuhnya. Skrg wanita majoriti ibu berkerjaya tidak lg menanam sifat myusukan anak.. 
TAPI, bagi saya seorang ibu yg moden itulah seharusnya lebih mgutamakan penyusuan ibu kerana dia mampu untuk membeli breastpump walaupun ada yang cakap mahal tapi bila dibandingkan dengan harga susu formula, jauh lebih jimat jika kita memutuskan untuk spend time seketika untuk ekspress breastmilk kita d tmpt kerja.

Dan bagi saya lebih-lebih menjimatkan apabila anak yang menyusu badan penghadaman mereka akan lambat, jadi kita jimat beli pampers sebab dia berak sekali seminggu.. (hehehe)

Seorang ibu yang moden juga seharusnya sudah tahu kerana kajian mbuktikan 80% drpd ibu yg tidak menyusukan anak berpotensi untuk mendapat Kanser Payudara.

Seorang ibu yang moden juga seharusnya lebih berfikiran terbuka utk mgorbankan masanya demi menyusukan anak yang ditinggal kan di nurseri/penjaga.

Seorang ibu yang moden mesti tahu dimana untuk mcari info makanan/minuman yang tidak boleh diambil sepanjang kita menyusukan anak kita.. Seorang ibu itu juga harus mahu berpantang makan demi kesihatan anak sendiri itu barulah dinamakan berkorban...

Seorang ibu juga pasti mahukan badan yg sihat & body yang ok kan...Saya alaminya sendiri sepanjang saya breastfeeding saya dapat rasakan yang berat badan saya maintain pada BMI normal.

Ya, saya akui anak pertama saya ketika itu tidak mampu menyusukan sepenuhnya bila mana saya belum ckup ilmu, tidak berpengalaman, ibu saya yang menjaga belum tahu menguruskan breastmilk, dan saya terlambat membuat persediaan sebelum balik berkerja, dan pada ketika itu supply breastmilk juga mula merudum.

Tapi seorang ibu moden juga memerlukan sokongan fizikal & rohani supaya mereka lebih berfikiran positif dan bersemangat. Suami, ibu dan semua orang sekeliling memainkan peranan yang sangat penting supaya breastfeeding mom ini berjaya menjalankan tanggungjawabnya. 

Saya berterima kasih sangat2 mempunyai insan2 yang mampu memberikan saya semangat dan banyak membantu untuk menjayakan tempoh breastfeeding eksklusif ini. Alhamdulillah...Dua bulan sahaja lagi untuk menjayakan misi breastfeeding selama 6 bulan... InshaAllah