Selama saya bersama Shaklee, ini lah kali pertama saya betul-betul tertarik untuk makan Herb-Lax. Sebelum ini, saya bagi adik saya saja untuk makan sebab badan dia agak besar dan lebih berat badan. Tambahan lagi, saya jarang sembelit sebab saya amalkan OsteNutrix kan yang memang membantu saya membuang setiap hari.
Ada pula dalam kotak stok saya, jadi saya terpanggil untuk makan sendiri. Saya rasa saya buka botol Herb-Lax itu lebih 4 bulan yang lalu, saya pun bila exact date saya buka dan dua malam yang lalu saya tengok tinggal beberapa biji saja lagi.
Herb-Lax ni kan terkenal dengan nama lain nya iaitu 'julab semulajadi' yang mengandungi daun senna yang juga merupakan makanan sunnah nabi, saya pun tertarik. Oh ya? Jadi saya pun rasa teruja untuk mencuba.
Saya masih ingat lagi, masa dulu pernah attend kelas nutrisi kalau boleh makan Herb-Lax ni untuk consume pertama kali, digalakkan untuk amalkan 4 hari berturut-turut. Saya pun makanlah seperti yang di cadangkan dan sehinggalah ke hari ini saya makan Herb-Lax bila perlu sahaja.
Mahu dijadikan cerita panjang jadi pendek, memang puas membuang selepas makan Herb-Lax ni, biasanya kalau saya ambil OsteNutrix sahaja saya akan membuang sekali saja pada waktu pagi. Tapi bila ambil Herb-Lax fuh kesan dia berganda. Betul betul dia cuci usus saya!
Saya kalau rasa tiba-tiba dalam sehari itu, terlebih makan yang berminyak mulalah muka saya pun berminyak atau tiba-tiba teringin makan junk food la pulak, atau kadang rasa macam tidak puas membuang malam tu mesti kena telan Herb-Lax.
Herb-Lax ni dia bantu proses penghadaman yang lancar jadi tidak lah makanan yang kita makan tu duduk lama dalam usus kan? Memang rasa hebat bila lepas membuang. Rasa lah jugak perut tu kempis. Haha! Siapa yang belum makan tu mesti cuba keberkesanan Herb-Lax ni.
"Prevention is Better Than Cure"
Jom sihat dan cantik bersama saya
Asdayanty
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673
YouTube: RH AszdaYanty
Facebook: Asda HealthJourney
Instagram: asda_healthjourney
“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”