Showing posts with label Herb-Lax. Show all posts
Showing posts with label Herb-Lax. Show all posts

Thursday, 23 February 2023

Herb-Lax Shaklee: Cuci Usus Terbaik

Selama saya bersama Shaklee, ini lah kali pertama saya betul-betul tertarik untuk makan Herb-Lax. Sebelum ini, saya bagi adik saya saja untuk makan sebab badan dia agak besar dan lebih berat badan. Tambahan lagi, saya jarang sembelit sebab saya amalkan OsteNutrix kan yang memang membantu saya membuang setiap hari. 

Ada pula dalam kotak stok saya, jadi saya terpanggil untuk makan sendiri. Saya rasa saya buka botol Herb-Lax itu lebih 4 bulan yang lalu, saya pun bila exact date saya buka dan dua malam yang lalu saya tengok tinggal beberapa biji saja lagi. 


Herb-Lax ni kan terkenal dengan nama lain nya iaitu 'julab semulajadi' yang mengandungi daun senna yang juga merupakan makanan sunnah nabi, saya pun tertarik. Oh ya? Jadi saya pun rasa teruja untuk mencuba.  

Saya masih ingat lagi, masa dulu pernah attend kelas nutrisi kalau boleh makan Herb-Lax ni untuk consume pertama kali, digalakkan untuk amalkan 4 hari berturut-turut. Saya pun makanlah seperti yang di cadangkan dan sehinggalah ke hari ini saya makan Herb-Lax bila perlu sahaja. 

Mahu dijadikan cerita panjang jadi pendek, memang puas membuang selepas makan Herb-Lax ni, biasanya kalau saya ambil OsteNutrix sahaja saya akan membuang sekali saja pada waktu pagi. Tapi bila ambil Herb-Lax fuh kesan dia berganda. Betul betul dia cuci usus saya! 

Saya kalau rasa tiba-tiba dalam sehari itu, terlebih makan yang berminyak mulalah muka saya pun berminyak atau tiba-tiba teringin makan junk food la pulak, atau kadang rasa macam tidak puas membuang malam tu mesti kena telan Herb-Lax. 

Herb-Lax ni dia bantu proses penghadaman yang lancar jadi tidak lah makanan yang kita makan tu duduk lama dalam usus kan? Memang rasa hebat bila lepas membuang. Rasa lah jugak perut tu kempis. Haha! Siapa yang belum makan tu mesti cuba keberkesanan Herb-Lax ni.


"Prevention is Better Than Cure" 
Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 25 October 2014

Produk Serasi: Herb-Lax & Lecithin

Petang kelmarin, seorang regular customer repeat order untuk Herb-Lax dan Lecithin. Katanya kalau tidak makan Herb-Lax dan Lecithin perut akan kembung dan mulalah sembelit. Berhari tidak membuang. Sengsara rasanya. Jadi perlu makan keduanya. Lagipun katanya juga sebelum sempat habis, mahu beli cepat cepat. Sebab dia tidak mahu ketinggalan makan keduanya.

Lecithin memang akan membantu membakar lemak di dalam badan kita dan Herb-Lax akan membantu dalam membuang lemak jahat tersebut. Oleh kerana itu, kedua-dua produk ini sangatlah serasi digandingkan. Apatah lagi, buat mereka yang memang aktif bersenam. Lecithin akan meningkatkan metabolisme tubuh kita jadi kita akan lebih banyak berpeluh. Sangat best!

Oleh disebabkan itu, dua produk ini sangat sesuai untuk membantu menurunkan berat badan.. Tapi kesan dia tu bergantung pada seseorang. Lagipun, tidak kan lah kita makan hari ini, esok sudah kurus betul kah tidak? Kata orang, biar lambat asalkan selamat. Memang banyak produk langsing di pasaran sekarang ini tapi kita tidak tahu kesan produk itu dalam jangka masa panjang. Ada juga produk yang mengandungi racun dan sangat berisiko. Yalah, ramai di luar sana sanggup berbelanja besar untuk kelihatan cantik dan ramping. Tapi mereka tidak menyiasat terlebih dahulu kandungan dalam produk yang mereka ambil. Mereka juga tidak kisah halal dan haram. Susah macam tu.

Apa kata kita cuba Shaklee pula, tidak mengandungi sumber yang tidak selamat kerana semuanya serba alami. Tambahan pula, halal lagi bah. Ramai sudah yang makan Shaklee ni, ada juga sampai berpuluh tahun. Belum cuba belum tahu.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 4 October 2014

Herb-Lax Testimoni

Hai hai semua..Entri kali ini cerita pasal Herb-Lax, entah macam mana boleh terlupa buat entri untuk kakak tu. Minggu lepas, seorang kakak tu mahu beli Herb-Lax, katanya dia susah betul untuk buang air besar. Kadang tu sampai sebulan tidak membuang, sebab tu jerawat mudah tumbuh bila sistem penghadaman kita tidak berapa baik.

Haaa, sebab masalah dia yang satu ni, dia cakap mahu makan hari2 supaya boleh buang air besar. Saya cakap dengan kakak tu cuba makan dulu 4 hari pertama 4 biji, nanti mesti tidak perlu makan hari2. Pagi esoknya, dia whatsapp, "Salam Asda.. Pagi tadi dah berjaya masuk toilet.. " Dia bagi simbol 'thumbs up' banyak2 di whatsapp dia.. Hehe...

Kakak ni, dia memang susah telan yang tablet2 ni, dia suka serbuk2 macam ESP. Sebab tu dia beli ESP dari saya. Dua tiga hari lepas tu, dia whatsapp lagi tanya kan harga Alfalfa, lepas tu tanya lagi B-Complex. Nampak kan tarikan Shaklee disitu.. Kalau kita mahu sihat, pasti ada jalannya, 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Kakak ni yang susah telan tablet pun, sekarang sudah tidak lagi.. 'Alah bisa, tegal biasa' bah.... So, demi hidup yang sihat, kita tidak perlu takut untuk mencuba.

Selamat mencuba!!!

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 1 October 2014

Shaklee & Ujian Saringan

Mindset orang melayu kita ni kan kebanyakannya memang suka makan ubat kan. Yalah, mungkin dibekalkan dari hospital kerajaan kan? Jadi mereka fikir itu jalan paling murah untuk mendapat bekalan ubat. Kita sangat percaya ubat tu boleh mengurangkan sakit yg kita alami. Tapi sebenarnya ubat juga yg bakal merosakkan buah pinggang kita suatu ketika nanti. "Ubat" yg saya maksudkan ialah ubat yg mengandungi walau sedikit pun drugs (dadah) atau pain killer (penahan sakit)...

Vitamin Shaklee ini tidak mengandungi apa2 pun kandungan drugs. Semua dari alam semulajadi. Shaklee telah menjalankan 80,000 ujian klinikal setiap tahun untuk memastikan kualiti produk mereka. Juga lebih 350 ujian saringan setiap ramuan baru untuk mengesan pencemaran bahaya.

Disebabkan itu, ada sesetengah keluaran produk boleh terganggu jika Shaklee mendapati produk tersebut tidak lulus ujian saringan yg dijalankan.

Contohnya spt CarotoMax, pernah sekali selama saya bersama Shaklee, 4 bulan tidak ada pengeluaran produk ini, sebab buah yg tidak segar, atau buah itu tumbuh di musim sejuk. Apabila sudah sampai ke makmal buah itu membeku atau freezing. Jadi, Shaklee pada masa itu tidak dapat mengeluarkan CarotoMax.

Lagi? Herb-Lax. Herb-Lax mengandungi Senna Leaves yg tumbuh di bukit. Daun ini harus lah cukup lembab atau tidak terlalu kering tidak juga terlalu basah. Tapi pernah juga Shaklee tidak mampu mengeluarkan Herb-Lax, production utk produk ini terpaksa ditangguhkan sehinggalah ujian saringan Senna Leaves lulus utk digunakan dlm membuat Herb-Lax.

Banyak lagi produk Shaklee yg begitu hanya kerana Shaklee bukan mementingkan keuntungan tapi mementingkan KUALITI PRODUK mereka. Kami di Shaklee ingin membantu lebih ramai orang diluar sana supaya mampu hidup sihat tanpa bergantung dengan UBAT.

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE.

Dapatkan produk Shaklee berserta konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 12 September 2014

Herb-Lax Julab Lembut

Adakah anda sering mengalami masalah sembelit? Adakah anda ingin menurunkan berat badan? Adakah anda sedang mencari produk detoksifikasi yang selamat? Herb-Lax adalah pilihan yang tepat! Herb-Lax berfungsi sebagai julap semulajadi yang membantu proses pembersihan usus secara lembut. Antara fungsi utama Herb-Lax adalah:

♥Membersihkan najis yang tersekat dan terkumpul lama di dalam usus 
♥Membantu masalah sembelit 
♥Mengempiskan perut 
♥Mengurangkan berat badan 
♥Detoksifikasi - menyingkir toksin dari badan supaya usus lebih mudah menyerap khasiat vitamin 

Herb-Lax dirumus dari 9 herba semulajadi iaitu alfalfa, senna, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root. Penghasilan Herb-Lax adalah daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. 

* SENNA LEAVES merangsang tindakan pembersihan lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak. 

* BUCKHORN BARK melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan pada usus. 

* LICORICE ROOT membantu proses detoksifikasi 

* FENNEL SEEDS mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut. 

* ANISE SEED merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan. 

* RHUBARB ROOT merupakan herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina sebagai antibiotik. 

* BLUE MALVA FLOWER membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit 

* CULVER'S ROOT membantu lebihan air dalam badan dan masalah asma. 

* ALFALFA LEAVES membersihkan usus, darah dan hati. 

Anda sangat digalakkan untuk mengambil Herb-Lax terlebih dahulu sebelum mengamalkan mana-mana set vitamin keluaran Shaklee untuk tujuan pembersihan usus (detoksifikasi). Ini adalah kerana usus yang bersih akan lebih mudah menyerat khasiat vitamin yang diambil, maka kesan vitamin itu akan menjadi lebih efektif kepada tubuh kita. 

Herb-Lax juga merupakan salah satu produk utama dalam set pelangsing dan penurunan berat badan Shaklee. Harganya adalah amat berpatutan.


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”