Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan memang salah satu cara yang terbaik untuk kuruskan badan dan tidak dinafikan ramai yang ambil peluang ini semasa berpuasa. Berpuasa ialah menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar hinggalah waktu habis waktu senja.
Kalau kita di Malaysia, menahan lapar dan dahaga selama 13 jam atau lebih bergantung pada waktu sahur masing-masing. Jadi sambil kita memenuhi ibadah puasa, bolehlah on kan misi kita yang mahu kuruskan badan. Jom tengok tips kuruskan badan dengan cepat semasa berpuasa.
Tips Kurus Sepanjang Berpuasa
- Sahur
Saya pasti ramai yang diluar sana skip sahur. Alah! Malaslah bangun awal pagi, penatlah tidak larat, mata tergam tidak mahu buka lah. Pelbagai alasan. Tapi sebenarnya sahur ini sangat penting tidak kiralah kita cuma bangun untuk minum seteguk air atau sebiji kurma pun jadilah. Janji kita bersahur. Sebab, sahur ini sangat di anjurkan oleh para Nabi jadi amalan bersahur ini sudah tentu beroleh pahala. Inshaa ALLAH.
Kita juga digalakkan untuk melewatkan waktu sahur. Sunnah untuk kita melewatkan waktu sahur sehingga hampir kepada waktu subuh sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Zaid bin Thabit RA, beliau berkata:
ุชَุณَุญَّุฑَْูุง ู
َุนَ ุฑَุณُِูู ุงِููู ุตََّูู ุงُููู ุนََِْููู َูุณََّูู
َ، ุซُู
َّ ُูู
َْูุง ุฅَِูู ุงูุตََّูุงุฉِ، ُْููุชُ: َูู
ْ َูุงَู َูุฏْุฑُ ู
َุง ุจََُْูููู
َุง؟ َูุงَู: ุฎَู
ْุณَِูู ุขَูุฉً
Maksudnya: "Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bangun untuk mendirikan solat, aku telah bertanya, berapa jarak antara keduanya? Maka baginda SAW bersabda: 50 ayat."
Riwayat Muslim (1097), al-Nasaie (2155), dan Ibn Majah (1694)
50 ayat di dalam hadith ini bermaksud kadar tempoh bacaan ayat al-Quran tersebut lebih kurang persamaannya dengan kadar waktu antara imsak dengan waktu subuh.
- Cara pemakanan yang sihat dan berkhasiat
Berkhasiat ini maksudnya real food yang mempunyai tinggi kandungan serat dan protein. Ini penting supaya badan kita sentiasa sihat dan kekal bertenaga.Contoh makanan yang tinggi serat dan protein: Bijirin- oatmeal, telur, buah-buahan -pisang, kurma, aprikot, sayuran -kubis, brokoli, bayam, daging tanpa lemak -ayam tanpa kulit.
Elak pengambilan makanan yang berminyak seperti ikan goreng, sayur tumis dan variasi kan cara masakan. Contoh: Ikan bakar, ayam panggang, sayur rebus.
Pastikan makanan sahur anda adalah seimbang dan berkhasiat untuk memastikan anda memperoleh nutrien yang mencukupi untuk menjalani ibadah puasa dengan baik dan sihat.
Kurangkan garam dalam makanan, kurangkan gula dalam minuman dan lebihkan manis dalam senyuman. Cewah.
Makanan yang terlebih garam atau masin biasanya akan menyebabkan kita terlalu haus semasa berpuasa. Manakala makanan atau minuman yang manis pula memang akan memberikan kita mudah lesu selepas melakukan aktiviti fizikal. Bekalan tenaga itu mungkin ada tapi tidak long lasting.
Elakkan makanan yang manis atau berkafein seperti teh, kopi dan minuman ringan kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi dan mengganggu misi kuruskan badan.
- Minum air yang cukup
Air yang dimaksudkan ini bukanlah air manis yang bergula tu ya. Sepanjang berpuasa badan kita akan kekurangan air dan makanan untuk jangka waktu yang lama, oleh itu penting untuk memastikan tubuh anda mencukupi keperluan air semasa sahur.Untuk memastikan anda mencukupi keperluan air semasa sahur, minumlah sekurang-kurangnya 2-3 gelas air pada waktu sahur dan minum sedikit demi sedikit di malam hari selepas berbuka.
Kita juga boleh memilih minuman yang mengandungi elektrolit seperti jus buah-buahan segar atau minuman isotonik untuk membantu memperbaiki keseimbangan elektrolit dalam badan.
Namun, elakkan minum minuman yang manis atau berkafein, seperti kopi atau teh, kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi. Sesetengah orang sukar untuk minum air biasa, cubalah menambahkan sedikit perisa seperti jus lemon atau mint untuk memberikan rasa yang lebih segar.
Paling tidak pun boleh minum bancuhan Performance Drink yang sangat ringkas di bancuh. Segar dan kekal hidrasi.
- Makan ala kadar dan jangan berlebih-lebihan
Penyediaan makanan semasa sahur biarlah yang ringkas supaya kita tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan menu.
Dan semasa berbuka pula, mulakanlah makan buah kurma dan minum air putih dahulu. Sebab kadang kita berpuasa sepanjang hari bukanlah kita lapar sangat pun tetapi kita lebih rasa haus dan dahaga.
Walau bagaimanapun, berhentilah makan sebelum kenyang untuk mengelakkan perut kita terlalu penuh dan ketidakhadaman.
Lakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan atau berjalan-jalan selama 30 minit setiap hari semasa berpuasa. Ini membantu membakar kalori dan meningkatkan metabolisma badan.
Aktiviti fizikal juga dapat membantu mengurangkan risiko masalah kesihatan seperti obesiti, penyakit kardiovaskular, dan diabetes. Senaman ringan seperti regangan dan berjalan adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman.
Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah 30 minit sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan terhadam.
Tetapi harus ingat jangan pilih aktiviti fizikal yang terlalu berat semasa berpuasa kerana ia boleh menyebabkan kita cepat letih dan kekurangan cecair. Contoh aktiviti ringan ialah berjalan santai, memasak, menyapu lantai dan berkebun.
- Ambil suplemen sebagai pelengkap nutrien atau meal replacement
Suplemen Shaklee mempunyai meal replacement yang sangat mudah untuk disediakan atau kita boleh pun skip tips yang saya nyatakan di atas sekiranya terlalu malas untuk masak menu sahur atau pun juadah berbuka.
Berpuasa dengan set suplemen Shaklee lebih menjimatkan masa dan tenaga sebenarnya. Mak-mak macam saya ni lagi suka kalau tidak perlu masak. Shake-shake saja then minum. Lepas tu telan vitamin mengikut keperluan. Then siap.
Antara vitamin/suplemen Shaklee yang saya sarankan semasa berpuasa:
Cinch/ESP: Gabungan protein yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan lebih bagus di amalkan dalam diet harian kita tidak kiralah mahu kurus kah mahu turunkan berat badan. Ianya lebih sihat berbanding protein haiwan.
Protein haiwan seperti daging, telur, dan produk tenusu mengandungi lebih banyak lemak dan kolesterol berbanding protein tumbuhan. Lemak dan kolesterol yang berlebihan dalam makanan boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.
Protein tumbuhan seperti kacang soya yang ada menghasilkan Cinch dan ESP ini mengandungi lebih banyak serat berbanding protein haiwan. Serat membantu meningkatkan fungsi sistem pencernaan dan membantu mengurangkan risiko kanser usus besar.
Tambahan lagi, Cinch dan ESP mengandungi lebih banyak nutrien seperti vitamin, mineral, dan antioksidan. Antioksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas, manakala nutrien membantu mengekalkan kesihatan tubuh secara keseluruhan.
Lecithin: Fungsi yang membantu dalam misi kurus dengan cepat
1. Mengurangkan penyerapan lemak
Lecithin Shaklee membantu mengurangkan penyerapan lemak dalam usus. Ini bermaksud bahawa tubuh akan menyerap kurang lemak dari makanan, yang pada gilirannya boleh membantu mengurangkan berat badan.
2. Menjaga kesihatan hati
Lecithin Shaklee membantu menjaga kesihatan hati dengan mempromosikan pengeluaran empedu yang lebih cekap. Empedu membantu mencerna lemak, jadi apabila proses pencernaan lemak menjadi lebih cekap, ia dapat mengurangkan kerja hati dan membantu memastikan kesihatan hati yang baik.
3. Meningkatkan metabolisme
Lecithin Shaklee membantu meningkatkan metabolisma tubuh. Metabolisma yang lebih tinggi bermaksud tubuh membakar kalori dengan lebih cekap, yang boleh membantu mengurangkan berat badan
4. Mengurangkan kolesterol
Lecithin juga bertindak mengurangkan kolesterol dalam darah dengan mengikat kolesterol dan membantunya dikeluarkan dari badan. Mengurangkan kolesterol dalam darah dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan membantu menjaga kesihatan yang baik
Omega Guard
Saya suka include sekali Omega Guard dalam diet untuk kurus kerana ianya mengandungi asid lemak omega-3 dari minyak ikan laut yang kaya dengan EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kita semua boleh dapatkan sumber lemak yang sihat daripada Omega Guard ni lah.
Asid lemak Omega-3 boleh membantu untuk pengurusan berat badan dalam beberapa cara.
Pertama sekali, ia membantu dalam mengurangkan keradangan, yang boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengawal berat badan. Keradangan boleh menyebabkan rintangan insulin, yang boleh menyebabkan penambahan berat badan dan masalah kesihatan lain.
Dengan mengurangkan keradangan, asid lemak omega-3 boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu badan mengawal paras gula dalam darah dengan lebih berkesan.
Kedua, asid lemak omega-3 boleh meningkatkan metabolisme, yang boleh membantu badan untuk membakar lebih banyak kalori dan lemak. Ini boleh membantu terutamanya bagi mereka yang cuba menurunkan berat badan.
Ketiga, asid lemak omega-3 boleh membantu mengurangkan keinginan dan menggalakkan rasa kenyang. Ini bermakna orang mungkin berasa lebih kenyang lebih lama selepas makan, yang boleh membantu mereka kurang makan secara keseluruhan. Ini boleh membantu terutamanya bagi mereka yang bergelut dengan makan berlebihan atau snek di antara waktu makan.
Herblax/Alfalfa
Jika ditanya saya, saya lebih suka Alfalfa sebab ianya selamat di ambil setiap hari. Nutritionist pernah pesan semasa berpuasa tidak digalakkan mengambil Herb-Lax dalam harian. Selang sehari boleh lah.
Tambahan lagi, Alfalfa mempunyai kandungan kalsium dan magnesium yang lebih tinggi. Ia lebih kaya dengan vitamin dan mineral kerana akarnya yang tumbuh sedalam 5 meter ke dasar tanah.
Untuk ibu menyusukan bayi, lebih digalakkan mengamalkan Alfalfa dalam diet mereka kerana ianya membantu dalam penghasilan susu ibu.
Bagi saya, Alfalfa ini pengganti sayurlah senang cerita. Siapa yang betul-betul tidak makan sayur atau susah makan sayur. Jawapannya inilah Alfalfa.
Dos pengambilan kena tanya saya ya. Alfalfa ini disebabkan tinggi serat kita perlu minum air yang banyak supaya ia boleh berfungsi dengan baik di dalam proses penghadaman kita.
Dengan set suplemen Shaklee ini ramai yang telah berjaya dalam menurunkan berat badan mereka. Bukan bergantung kepada suplemen ini sahaja ya, hati kita sendiri pun kena cekal, mindset pun mesti kuat jadinya misi kurus tu bolehlah di capai secara sihat.
Jangan juga terlalu risaukan tentang penurunan berat badan - Ingatlah bahawa penurunan berat badan yang sihat adalah penurunan berat badan yang berlaku secara perlahan-lahan dan stabil. Jangan terlalu tergesa-gesa untuk menurunkan berat badan semasa berpuasa. Lebih penting lagi, pastikan kita ni menjaga kesihatan sepanjang berpuasa.
Sekiranya kita amalkan vitamin dari Shaklee sepanjang berpuasa ini, kita akan rasa lebih sihat dan badan lebih bertenaga. Jadi jangan berlengah kalau mahu tu cepat-cepat hubungi saya. Boleh dapatkan contact number saya dengan klik nama saya "Asdayanty" yang tertera di bawah.
"Prevention is Better Than Cure"
Jom sihat dan cantik bersama saya
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673
YouTube: RH AszdaYanty
Facebook: Asda HealthJourney
Instagram: asda_healthjourney
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi
“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”