Sunday 11 March 2018

Rawat Chicken Pox

Dua minggu yang lalu saya terjangkit cacar air atau lebih dikenali dengan panggilan 'chicken pox'. Saya pun tidak sedar sehinggalah mama saya selak belakang saya dan kepala saya yang sudah mula banyak. Kerana tidak tahu, saya tergaru dan terpecah yang ada di muka kening saya. Apa lagi memang teruk lah jadinya. Tambahan lagi, yang tumbuh di kepala membuat saya rasa sakit yang amat. Keesokan harinya saya turun bekerja tapi disebabkan sakit yang amat saya dihantar pulang oleh rakan baik saya. Petang itu juga saya pergi klinik membawa puteri saya kerana dia juga sudah terjangkit. 

Beberapa hari saya tidak mandi untuk menunggu semua cacar air tu habis keluar. Ia tumbuh di seluruh badan saya tiada yang tiada. Tersiksanya pasti menahan sakit. Apa yang pasti saya makan ubat mengikut masa dan saya makan juga Vitamin C Shaklee untuk kuatkan antibodi. Setiap hari minum air kelapa muda untuk menghilangkan rasa panas badan. Mungkin ada lagi tujuan lain minum air kelapa muda ni saya ikut saja. Selain itu, terpaksa sapu calamine lotion yang diberikan oleh doktor untuk mengelak rasa gatal dan miang di badan. Sudahlah payah hilang kesan calamine lotion tu melekit.

Yang lebih menyayat hati anak sulung saya pun kena. Kami bertiga dirawat oleh mama saya yang kebetulan suami saya berada di luar bandar selama beberapa minggu. Terima kasih mak. Apa pun mak sangat bersabar merawat kami yang sakit dan banyak bunyi ni. 

Pertama kali ke klinik, doktor bagi 7 hari sick leave, habis nya sick leave saya hadirkan diri ke pejabat tapi saya belum sembuh sepenuhnya dan masih berjangkit jadi perlu sambung cuti sakit jadi pagi itu saya cuma beberapa minit di pejabat dan berjalan kaki ke klinik. 

Di klinik, saya dihubungi cikgu tadika Nazran, anak sulung saya yang mengatakan dia belum boleh hadir ke sekolah jadi saya hubungi adik saya untuk menjemput nya di sekolah dan membawanya ke klinik.

Hampir dua minggu, saya duduk kuarantin di rumah. Makan, telan ubat, tidur, tengok tv itulah kerja nya yang sangat membosankan tambah lagi menahan sakit menyucuk seluruh badan. Sekarang, sakit itu sudah mula berlalu cuma menunggu skin healing saja lagi. Gatal jangan cakaplah kan. Tapi kena tahan jangan digaru. Masa ini boleh sudah sapu Herbal Blend Shaklee. 

Paling terkilan dan sedih, tiket saya ke kelantan bersama rakan sepejabat hangus. Lebih dari RM300 sayang nya ya Allah. Betul lah percaturan Allah tu hebat. Beberapa hari sebelum pergi kami merancang untuk pergi banyak tempat tapi Allah Maha Berkuasa dua hari selepas berbincang perjalanan, saya kena pula chicken pox yang memang saya terpaksa hadap tanpa boleh ke mana-mana. Sedihnya... Terkilan yang amat. 

Apa yang pasti sakit itu menghapus dosa. Sakit itu juga memberi ruang untuk kita betul-betul berehat. Saya lebih bersemangat pergi ke pejabat selepas sembuh dari sakit. Alhamdulillah. Ya, Allah beri saya sebab untuk saya berehat di rumah. Syukur alhamdulillah. 


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Binti Rudy
Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda HealthCare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”