Thursday, 27 August 2015

Info Hamil: Placenta Previa II

Uri akan terbentuk apabila seseorang wanita hamil. Ia bertindak menjadi penghubung di antara bayi dengan sistem darah ibu yang membekalkan oksigen dan khasiat makanan kepada bayi dan akan keluar bersama apabila bayi dilahirkan. Ia juga bertanggungjawab menyingkir bahan sisa daripada darah bayi. Uri melekat pada dinding rahim dan tali pusat bayi yang menjadi penghubung utama di antara ibu dan anak dalam kandungan.

Pada awal kehamilan, uri mungkin di bahagian bawah rahim. Apabila janin membesar, biasanya uri bergerak dan tertolak ke atas menjauhi pangkal rahim.

Kedudukan uri boleh dikesan melalui ujian imbasan bunyi yang dilakukan pada pemeriksaan prenatal anda. Doktor akan memberitahu jika uri terletak di bawah sebelum kandungan masuk minggu ke-20.

Mengalami pendarahan ketika hamil adalah perkara menakutkan hingga menyebabkan sesetengah wanita trauma untuk mengandung lagi. Mereka bimbang perkara sama akan berulang kerana masalah ini boleh membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan.

Biasanya pendarahan ketika hamil berlaku pada trimester ketiga akibat kedudukan uri (yang sepatutnya di atas) terletak di bahagian bawah rahim iaitu berhampiran pangkal rahim. Keadaan ini dipanggil plasenta previa.

Tanda utama plasenta previa ialah pendarahan pada trimester ketiga. Keadaan pendarahan berbeza dari semasa ke semasa. Ada kalanya pendarahan hanya sedikit, tetapi ada waktunya ia boleh menjadi banyak sehingga membahayakan. Pendarahan ini boleh berlaku bila-bila masa dan lazimnya berulang selepas beberapa hari atau minggu.

Bagaimanapun, ia keadaan biasa dan dalam kebanyakan kes (lebih 80 peratus), uri tertolak ke atas apabila kandungan semakin membesar. Hanya 10 hingga 15 peratus kes uri kekal di bawah. Masalah mula timbul apabila janin semakin besar (memasuki minggu ke-26) dan memberi tekanan kepada uri sehingga menyebabkan pendarahan.

Insiden kedudukan uri rendah adalah kecil iaitu hanya 0.5 peratus atau satu kes bagi setiap 200 kehamilan, tetapi risikonya sangat tinggi kerana pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah (anemia). Jika tidak diberikan rawatan segera, ibu dan bayi boleh menemui maut akibat kehilangan terlalu banyak darah.

“Wanita yang ada masalah plasenta previa boleh mengalami pendarahan vagina selepas kandungan memasuki minggu ke-28, tetapi ia tidak menyebabkan rasa sakit.
“Perkara ini membimbangkan kerana pendarahan boleh berlaku dengan banyak atau dipanggil tumpah darah dalam masa singkat. Malah, ia boleh berlaku bila-bila masa tanpa sebab.

“Jika tidak dirawat, pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah. Ini sebabnya wanita yang disahkan ada masalah plasenta previa major perlu dimasukkan ke hospital sehingga bersalin,” katanya.
Bagaimana pendarahan boleh berlaku? Ia boleh berlaku apabila bahagian bawah rahim mula mengalami perubahan bentuk dan menjadi nipis sebagai persediaan untuk melahirkan anak.

Namun, oleh kerana uri tidak boleh meregang seperti rahim, ia merekah pada tempat tertentu lalu menyebabkan pendarahan. Pada peringkat awal, pendarahan biasanya sedikit tetapi ada risiko berlaku banyak pendarahan pada bila-bila masa tanpa tanda atau amaran. Pendarahan ini juga menyebabkan wanita menjadi pucat, berpeluh dan jantung berdegup cepat.

Punca, Jenis Dan Faktor Risiko

Sehingga kini tiada siapa tahu punca sebenar plasenta previa. Namun, ada hipotesis mengaitkan ia dengan salur darah tidak normal pada lapisan endometrium (dinding rahim) akibat pembedahan atau jangkitan. Malah, bentuk rahim tidak normal juga boleh menyebabkan plasenta previa.

Masalah ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:

Jenis I atau uri rendah.
Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.

Jenis II atau pinggiran.
Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bagaimanapun, kumpulan wanita yang ada masalah seperti ini masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa.

Jenis III atau separa.
Uri menutup separuh pangkal rahim.

Jenis IV atau lengkap.
Uri menutup seluruh pangkal rahim.

Jenis I dan II dikenali sebagai plasenta previa minor, manakala jenis III dan IV dikelaskan sebagai plasenta previa major yang sering menyebabkan pendarahan membimbangkan.
Namun, bukan semua kes uri di bawah dipanggil plasenta previa. Jika kandungan kurang daripada 28 minggu, masalah ini dikategorikan sebagai uri rendah dan hanya selepas kandungan memasuki 28 minggu dan masalah ini berterusan baru ia dipanggil plasenta previa.

Komplikasi

Jika anda mengalami masalah plasenta previa, doktor akan memantau kesihatan anda dan bayi dalam kandungan untuk mengurangkan komplikasi seperti:

Pendarahan yang banyak.

Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan).

Kedudukan uri di bawah juga boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi tidak betul, sama ada menyongsang atau melintang, terutama bagi wanita yang mengalami plasenta previa major. Malah, masalah ini meningkatkan risiko wanita untuk mendapat masalah plasenta akreta.

Plasenta akreta (uri tertanam dalam dinding rahim dan ia sukar tercabut secara semula jadi apabila bayi dilahirkan). Jika keadaan serius, doktor terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan rahim untuk menyelamatkan nyawa ibu. Plasenta akreta tidak boleh dibiarkan kerana ia menyebabkan pendarahan berterusan selagi tidak dikeluarkan. Bagaimanapun keadaan ini jarang berlaku. Plasenta abruptio. Uri terpisah atau tercabut dari dinding rahim sebelum sampai waktu melahirkan anak. Ia boleh menyebabkan bayi mengalami kesesakan akibat ketiadaan bekalan oksigen dan nutrien. Malah, keadaan ini mengakibatkan pendarahan yang membahayakan nyawa ibu dan bayi. Walaupun ia boleh terjadi kepada wanita yang tiada masalah plasenta previa, masalah ini jarang berlaku.

Adakah Ia Membahayakan Bayi Anda?

Masalah uri rendah secara umumnya tidak mendatangkan bahaya pada bayi. Namun jika menyebabkan pendarahan, ia boleh mengakibatkan bayi turut mengalami masalah kekurangan darah.

Pendarahan boleh berlaku bila-bila masa bermula dari kandungan berusia 28 minggu hingga sebelum bersalin. Masalah ini juga boleh menyebabkan seseorang wanita terpaksa bersalin awal (tidak cukup bulan atau kurang 36 minggu).

Lebih membimbangkan, pendarahan banyak yang berlaku ketika kandungan kurang daripada 26 minggu boleh menyebabkan keguguran. Malah, si ibu boleh meninggal dunia jika dimasukkan ke hospital yang tiada bekalan darah.

Rawatan dan penjagaan bergantung kepada masalah dihadapi, sama ada pesakit perlu berehat di atas katil, memerlukan pemindahan darah atau menjalani pembedahan Caesarean. Bagi pendarahan akut (banyak dalam masa singkat), pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan pemeriksaan rapi dilakukan untuk memastikan ia tidak berulang.

Malah, pesakit mungkin terpaksa menerima bekalan darah jika pendarahan terlalu banyak. Namun, dalam kebanyakan kes, di bawah pengawasan doktor, wanita boleh meneruskan kehamilan sehingga bayi cukup matang untuk dilahirkan.

Bagi wanita yang ada plasenta previa tetapi tidak mengalami pendarahan, mereka masih perlu berehat di hospital sehingga bayi cukup matang (antara 36 hingga 38 minggu kehamilan) untuk menjalani pembedahan.

“Wanita yang mengalami masalah ini dinasihatkan memilih hospital yang ada bank darah dan kelengkapan mencukupi. Wanita juga perlu memaklumkan doktor mengenai masalah yang dihadapi jika membuat pemeriksaan di tempat lain.
“Hospital akan menyimpan bekalan darah untuk pesakit dan memberi suntikan pada wanita yang pernah mengalami pendarahan. Suntikan ini diberikan sebelum minggu ke-34 kehamilan untuk mematangkan paru-paru bayi. Jika berlaku pendarahan lagi, doktor akan segera melakukan pembedahan Caesarean,” katanya.

Masalah plasenta previa bukan penghalang untuk anda mengandung lagi kerana tidak semestinya perkara ini berulang. Malah, anda juga boleh mendapat anak sihat dan comel seperti orang lain.

Namun Doktor menyarankan wanita yang ada sejarah plasenta previa supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun. Justeru, persediaan minda penting. Cari maklumat lanjut mengenai masalah ini supaya anda faham dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk komplikasi serta rawatan yang ada.

Sebaik mengetahui anda mengandung, bincang dengan doktor mengenai langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelak pendarahan. Anda juga mungkin terpaksa mengurangkan aktiviti seks atau mengelakkannya langsung jika berlaku pendarahan.

Kumpulan Berisiko

Terlalu kerap mengandung dan kehamilan yang terlalu rapat. Pernah menjalani pembedahan Caesarean ketika melahirkan anak terdahulu.

Pernah menjalani pembedahan untuk membuang fibroid. .

Mempunyai luka pada rahim.

Pernah menjalani dilation and curettage D & C (selepas menggugurkan anak) yang menyebabkan rahim luka dan berparut.

Mengandung pada usia terlalu muda (belasan tahun) atau lewat (melebihi 35 tahun). Risiko bertambah tinggi dengan peningkatan umur.

Pernah mengalami masalah plasenta previa pada kandungan terdahulu. Mengandung anak kembar.

Merokok atau mengambil dadah.

Wednesday, 26 August 2015

Info Hamil: Plasenta Previa I

Apa itu plasenta previa, dan adakah kerap berlaku?

Plasenta previa (placenta praevia) adalah plasenta atau uri yang terletak rendah. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim. Dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang mempunyai masalah ini. Perdarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk. Bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh.

Perdarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. Jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi.

Plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis, yang disenaraikan di bawah, di mana yang dua terdahulu adalah yang paling biasa.
I plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
II bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
III plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean;
IV plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

Jika anda ada membuat imbasan ultrasound semasa awal kehamilan dan plasenta ternampak seakan-akan terletak berdekatan dengan serviks atau menutupinya, jangan pula anda merasa terlalu bimbang. Itu semestinya bukan plasenta previa. Semasa bayi anda membesar, uterus anda yang mengembang itu akan secara semulajadi, menarik plasenta dan memisahkannya dari serviks. Walaupun plasenta masih terletak rendah semasa imbasan minggu ke-20, ini mungkin bukan lagi merupakan satu masalah apabila anda sudah cukup bulan. Ini adalah disebabkan semasa pembesaran bahagian bawah rahim anda, kebanyakan plasenta seakan-akan "bermigrasi" ke atas di waktu trimester ketiga.

Apakah beberapa petanda amaran plasenta previa?

Perdarahan vagina yang tidak sakit semasa tiga bulan terakhir kehamilan selalunya merupakan petanda amaran dan anda perlu memanggil doktor dengan segera jika ini berlaku. Namun begitu, mungkin tiada petanda amaran langsung dan kenyataan yang anda mempunyai plasenta previa mungkin hanya diketahui semasa imbasan ultrasound.

Lesley, seorang ibu BabyCentre UK, menjalankan imbasan pada minggu ke-16, dan ini menunjukkan yang plasentanya berada dekat dengan serviks. Doktornya tidak begitu bimbang, jadi Lesley meneruskan kehidupannya yang sibuk. Dia pergi untuk percutian berkhemah dan membuat perjalanan ke negara Jerman.

Imbasan seterusnya pada minggu ke-28 menunjukkan yang plasenta Lesley sememangnya menutupi serviksnya. "Doktor saya lebih bimbang dan berwaspada pada kali ini," kata Lesley, "dan meminta saya supaya memaklumkan dia dengan serta merta jika berlakunya sebarang perdarahan." Dia juga dinasihatkan supaya jangan terlalu aktif dan supaya banyak berehat untuk mengurangkan risiko perdarahan. Dia tahu yang bayinya perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

Adakah sesetengah wanita lebih berisiko dari yang lain?

Wanita yang mengandung bayi kedua dan seterusnya lebih berisiko daripada wanita yang mengandung bayi pertama. Lebih berisiko lagi adalah wanita yang sebelum itu bersalin melalui pembedahan caesaraean, atau mereka yang sudah melalui kehamilan dengan plasenta previa, atau yang merokok. Namun begitu, kebanyakan wanita dengan plasenta previa tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang ketara.

Bagaimana untuk menangani plasenta previa?

Ini bergantung dengan sama ada anda mengalami perdarahan dan pada minggu kehamilan yang berapakah ianya berlaku. Jika keadaan ini didiagnos selepas minggu ke-20, tetapi anda tidak mengalami perdarahan, anda mungkin dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang senaman yang terlalu kencang dan supaya banyak berehat. Sekiranya anda turun darah dengan banyak, anda akan dimasukkan ke hospital supaya pendarahan boleh diawasi dan walaupun ianya berhenti selepas itu, anda mungkin akan diminta tinggal di hospital sehingga bayi anda sedia untuk dilahirkan. Anda akan dinasihatkan untuk tidak mengadakan hubungan seks semasa kehamilan itu sebab ianya akan menerukkan lagi perdarahan dari plasenta yang terduduk rendah.

Lesley mengalami episod perdarahan pertamanya pada minggu ke-32 – kehilangan darah adalah seakan-akan kedatangan haid. Dia disuruh supaya berehat dengan tenang di rumah, tetapi, empat hari selepas itu, dia mengalami perdarahan yang lebih banyak dan dimasukkan ke hospital selama lima hari sebelum dibenarkan balik ke rumah semula.

"Saya dibenarkan pulang hanya sebab suami saya bekerja di rumah," kata Lesley.
"Kalau tidak, saya mungkin diperlukan duduk di hospital sehingga habis tempoh kehamilan." Lesley telah diberikan suntikan steroid untuk membantu paru-paru bayi matang sekiranya ia dilahirkan awal.

Dia masuk ke hospital untuk menjalani pembedahan caesarean pada minggu ke-36. Anaknya dilahirkan dalam keadaan sihat. Lesley kehilangan darah sedikit semasa pembedahan dan memerlukan transfusi darah selepas itu. Dia pulih sembuh sepenuhnya.

Resources: BabyCenter

Info Hamil: Kedudukan Uri Bayi di Bawah

Komplikasi & Info: Kedudukan Plasenta Bayi Berada di Bawah Semasa Mengandung 

Kelmarin petang saya pergi appointment doktor untuk scan keadaan baby saya yg berumur 28 minggu. Lama juga doktor tu check, saya pun hairan juga selalu tengok semua okey, selesai tapi kali ini agak berbeza. Selepas baring dalam lebih 10 minit, saya dimaklumkan oleh doktor bahawa uri bayi saya berada di bawah. Saya pun cari info tentang ini. Sedikit perkongsian buat ibu yang di luar sana yang mungkin senasib seperti saya. 

Uri merupakan organ yang terdapat dalam rahim wanita yang berfungsi untuk membekalkan oksigen dan nutrisi dari si ibu kepada bayinya. Uri di bawah rahim merupakan satu keadaan di mana uri menutupi ruang laluan bayi ketika proses bersalin. Dalam keadaan normal, uri seharusnya berada di atas atau di pertengahan rahim dan bukannya di bawah.

Di awal kehamilan, kebanyakan wanita sememangnya mempunyai uri di bawah rahim. Seiring dengan perkembangan janin bermula minggu ke 28, uri pada situasi normal akan tertarik ke atas rahim. Jika ia masih lagi tidak bergerak ke atas, ia dipanggil sebagai Placenta Previa (PP). Terdapat beberapa keadaan PP samada menutupi keseluruhan pintu rahim atau sebahagiannya saja. Rawatan juga bergantung kepada keadaan uri ketika itu (rujuk gambar di bawah)
kedudukan uri bayi di bawah

Risiko

Kandungan yang mempunyai uri di bawah adalah berisiko untuk kedua ibu dan anak. Pendarahan yng berlaku boleh membawa maut kepada ibu dan bayi yang dilahirkan mungkin tidak cukup bulan. Disebabkan kemungkinan risiko ini berlaku, ibu hamil yang mempunyai uri di bawah perlu lebih berhati-hati dan perlu terus ke hospital sekiranya berlaku pendarahan. Penting juga ibu hamil yang mempunyai uri di bawah mempunyai bacaan hb yang tinggi supaya darah tidak terlalu cair yang boleh menyebabkan maut ketika proses bersalin.

Selain daripada pendarahan, kebiasaannya bayi di dalam rahim juga berkedudukan songsang. Keadaan ini menyebabkan langkah terbaik untuk mengeluarkan bayi adalah melalui pembedahan caeseran. Pembedahan meninggikan lagi risiko kerana uri boleh melekat pada rahim. Keadaan ini dipanggil plecenta accreta di mana uri tidak dapat dipisahkan daripada dinding rahim. Jika berlaku komplikasi ketika pembedahan, rahim mungkin terpaksa dibuang bagi mengelakkan ibu kehilangan nyawa.

Walaubagaimanapun, risiko uri melekat pada rahim hanyalah 5% bagi ibu yang belum pernah melakukan pembedahan caesaren.

Kebiasannya, jika ibu masih tidak menunjukkan tanda-tanda melahirkan dan tiada pendarahan sehingga minggu 38, pembedahan secara efektif akan dilakukan. Apa yang penting, ibu hamil perlu sentiasa membuat pemeriksaan secara berkala untuk melihat kedudukan bayi dan juga uri. Pembedahan caeseran merupakan kaedah terbaik dan selamat bagi kandungan yang mempunyai uri di bawah dengan bantuan perkhidmatan sokongan pakar o&g.

Saya juga mendapat info daripada upline saya yang juga seorang berlatar belakangkan bahagian kesihatan yang mungkin membantu sedikit sebanyak bagi ibu seperti saya ini. Katanya, jangan terlalu penat dan bekerja hingga lewat malam. Dan juga perlu makan Vita-Lea Iron 1 biji 2 kali sehari kerana takut baby kita kekurangan oksigen jika kita kurang bekalan zat besi. Lebih-lebih lagi saya yang pernah dibedah untuk melahirkan anak pertama saya. 

Saya berharap info daripada saya ini sedikit sebanyak memberi kita gambaran yang jelas keadaan kandungan yang mempunyai uri di bawah dan risiko yang bakal berlaku.

Friday, 14 August 2015

Buasir dan Gejala-nya: Hemorrhoids/Piles

Apakah Penyakit Buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran dan di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Jenis-jenis Buasir

1) Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum.Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi proses meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.

Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2) Buasir luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memeri dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya..

Buasir ialah benjelon yang wujud di selaput lendir rektum atau pada kulit dubur. Sembelit merupakan punca terjadinya buasir terutamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi.

Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan.

Mengapa buasir terjadi?

Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.

Perlukah saya berjumpa dengan doktor?

Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus. Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat bagi mereka yang:

Berumur 40 tahun ke atas.
Mempunyai sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/ saudara yang mengalami kanser usus.
Mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit dan/atau sembelit.
Kurang berat badan tanpa sebab tertentu.

Apa yang boleh saya lakukan?

Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:

>> Elakkan sembelit

Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
Lakukan senaman setiap hari.
Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.

>> Mengurangkan kesakitan
Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.

Jika ingin mendapatkan produk Shaklee untuk menentang masalah buasir ini boleh lah klik sini > Set Buasir Shaklee

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 5 August 2015

My Hero - Turn 2 years



Nazranfiddin Asjad


Hari ini entri untuk anak pula, yalah saya sangatlah berbesar hati untuk menceritakan tumbesaran anak saya yang pertama ini. Apabila melihat kepintaran, kbijaksanaannya, lincah dia bgerak saya sangat2 terharu, juga sangat gembira yg tidak boleh saya gambarkan dengan kata2.

18 Jun 2013 tarikh yang amat bermakna buat kami sekeluarga, anak saya merupakan cucu sulong buat mama saya dan di sebelah suami saya pula bertambah pula cucu setelah 7 orang cucu dari kakak dan abang kandung suami saya. Nazran sangat istimewa di mata saya sebagai ibu yang mgandungkan, melahirkan, menjaga dan mnyusukannya sepanjang saya cuti berpantang.

Bukan apa, kalau dikenangkan saat-saat sebelum dan selepas melahirkan dulu banyak dugaan kami berdua yang baru bgelar ibu bapa untuk pertama kali. Bayi saya mengalami jaundis melebihi 14 hari dan kami sampai dua kali masuk wad untuk rawat Nazran yang bacaan bilirubin nya mendadak naik. Disebabkan oleh itu, semua bayi yang mempunyai "prolonged jaundice" terpaksa di ambil darahnya sehingga dua tiub darah untuk dibuat ujian keseluruhan seperti fungsi jantung, hati, buah pinggang dan lain-lain. Masa tu pun sangat menyayat hati sebab kami tidak dibenarkan bersama semasa darah itu di ambil, menjerit menangis Nazran kami hanya mampu mendengar dari luar sehinggakan dia tersedu-sedu menangis tidak bersuara semasa saya mengambil nya.

Di wad pula, kami mesti menginap sehingga dua malam dan hanya dibenarkan keluar pada pagi hari ketiga. Begitu juga pada kedua kali kami di tahan di wad yang sama. Setiap pagi dia akan di bawa keluar oleh petugas nurse untuk mengambil ujian darah bilirubin nya yang di ketip di belakang tapak tangan. Sehingga sekarang bekas luka itu masih kelihatan di tangan Nazran. Setiap kali melihat itu, saya mesti akan teringat kembali betapa payahnya kami lalui hari-hari sepanjang sebulan tu. Pelbagai cara alternatif yang kami cuba untuk memastikan anak kami sembuh sepenuhnya.

Pengalaman di wad kanak-kanak, saya tidak mampu lupakan apabila petugas di situ sampai meninggikan suara dan mengherdik saya. Terasa saya ni sudah buat satu jenayah pula. Saya tidak pernah tidur selesa kerana menjaga Nazran. Dia pun kelihatannya suka sangat membuka penutup mata yang dipasangkan padanya. Setiap dua jam saya kena menyusukan dia supaya dia lebih banyak membuang air. Sehingga pernah satu hari tu, Nazran asyik tidur saja sampai nurse terpaksa tampar untuk kejutkan dia dari bangun supaya dia boleh menyusu badan dari saya. Sedih juga pada masa itu. Setiap malam di wad tu saya mesti mengalirkan air mata. Mungkin sebab tekanan perasaan dan juga terlalu melayan rasa sakit hati dengan layanan nurse dan petugas di situ. 

Bukan itu sahaja, disebabkan Prolonged Jaundice Nazran diberi tarikh untuk berjumpa dengan Paedriatik. Satu hari tu, mereka dengar sesuatu pada jantung Nazran ada bunyi pelik tapi Paedriatik di Hospital Nukleas tidak dapat memastikan apa itu sebenarnya. Apa yang mereka katakan pada kami mungkin juga boleh tertutup atau mungkin juga lubang tu tidak tertutup sampai bila2 dan mungkin juga dia mesti menerima lawatan lanjutan. Pelbagai kemungkinan yang kami dengar daripada doktor pakar. Siapa yang tidak risau memikirkan itu tambah lagi kami ini terpaksa pergi ke Hospital Ibu dan Kanak-Kanak di Likas Kota Kinabalu. Seharian kami berada di sana menunggu giliran. Kami bersarapan di hospital dan malam sebelum itu kami terpaksa menginap di hotel berdekatan untuk mudah ke sana. Di sana, beberapa proses yang kami terpaksa hadapi disebabkan Nazran tidak mahu diberi ubat pelali supaya dia tidur untuk memudahkan doktor memeriksa keadaan jantungnya.

Semasa umur 8 bulan Nazran juga diberi tarikh untuk berjumpa dengan pakar Audiotory di Hospital Pakar ENT (telinga, hidung dan lidah). Sesampai sahaja kami di sana, kami terpaksa menunggu lama dan syukur juga waktu itu Nazran tidur semasa diperiksa tapi tiba telinga sebelah untuk diperiksa dia pula sudah terbangun dan sesi pemeriksaan terganggu dan doktor tidak dapat menjalani ujian telinga nya dengan sempurna jadi kami diberi tarikh lain lagi selepas umurnya 1 tahun kami bawa lagi dia ke sana untuk menyempurnakan sesi ujian pendengaran nya. Kali ini agak well behave walaupun dia tidak pandai duduk diam kerana banyak mainan dalam bilik doktor yang memeriksa dia pada waktu itu. Nakal juga waktu tu. Setelah pahit maung bersusah payah ke sana ke sini akhirnya Nazran dapat juga meneruskan hidup seperti biasa tanpa pemeriksaan lanjutan di mana2 klinik pakar.

Setelah dia membesar dan beratnya naik dengan sihat setelah 4 bulan, Nazran mula susut berat badan selepas saya mula kembali berkerja. Sehinggalah sekarang beratnya juga masih belum mencapai berat badan ideal bagi umurnya yang sudah meningkat dua tahun.

Walau bagaimana cara sekalipun, saya sangat berbangga dengan apa kami ada sekarang. Nazran mula menampakkan kepintaran nya dan sangat aktif bermain bola. Itulah dugaan saya sekarang, setiap petang saya rasa berat hati untuk menambah waktu kerja saya demi melihat dia sejurus saya balik bekerja. Naluri seorang ibu kan memang ingin sentiasa rapat dengan anaknya.

Saya mengenal Shaklee pun selepas saya habis berpantang dan barulah saya bermula dengan Set Penyusuan Bajet dan setelah Nazran berumur 10 bulan saya cuba juga bagi dia Meal Shake dan juga Omega Guard. Saya bagi pun sebab Nazran mengalami masalah berat badan dan carta beratnya sudah mula menurun dan setiap bulan terpaksa bawa dia ke klinik kesihatan untuk monitor berat badannya ni. Tambahan lagi berklinik pakar paedriatik setiap 5 bulan sekali. Tapi sebelum umurnya 2 tahun kami sudah tidak perlu membawanya ke Paedriatik lagi kerana masalah berat badannya tidak membimbangkan oleh kerana perkembangan tumbesaran Nazran sesuai dengan umurnya walaupun dia nampak kecil. Hehe.

Sekian rencah perjalanan sepanjang Nazran menginjak ke umur 2 tahun. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan kekuatan dan seiring dengan ketabahan kami berdua ayah dan ummi.

Testimoni Shaklee: Herbal Blend


herbal blend shaklee

Herbal Blend Menyejukkan Kulit Yang Rasa Terbakar

Cerita terkena air panas mendidih semasa menuang air panas daripada termos ke Maggie cup. Masa terkena tu, rasa macam tangan saya masak dan jari rasa tidak boleh bergerak, rasa pedih menyucuk ke dalam. Nasiblah herbal blend ni dbawa ke mana saja so saya sapu selepas saya siram air sejuk pada tangan yang 'burning'.

Walaupun sdh berkali2 siram air sejuk tangan sy masih juga rasa pedih nyucuk. Lepas sapu herbal blend rasa sejuk sampai ke dalam kulit tangan. Haa krim ajaib ni memang bukan calang2 produk. Kegunaan dia sangat pelbagai dan sangat berbaloi tambah lagi istimewa harga sangat2 murah dgn tiub pun besar.

Bukan sahaja sesuai untuk di sapu pada kulit yang terkena air panas tapi banyak lagi kegunaan nya seperti :- 
Melegakan bekas gigitan nyamuk dan semut
Ubat sapu ruam
Kulit kering
Gatal2 pada kulit
Tumit kaki pecah
Eczema
Menghilangkan bekas parut cacar air

Hanya RM27.50 shj..

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday, 4 August 2015

Tips Penyusuan: Khas Utk Ibu Berkerjaya

Tips bagi ibu berkerjaya untuk meneruskan penyusuan eksklusif


Wanita kini kebanyakannya mempunyai kerjaya masing masing. Dan saya adalah salah seorang wanita yang berkerjaya juga. Oleh itu saya sangat memahami keadaan wanita/ibu yang terpaksa kembali berkerja walaupun masih menyusu badan tambahan lagi saya yang berkerja di sektor swasta yang cuma mempunyai 60 hari maternity leave yang dikira termasuk sabtu ahad dan public holiday. 

Jadi, bagaimanakah mereka boleh meneruskan penyusuan badan jika mereka kerja berjauhan atau tidak bersama bayi mereka?

Seseorang ibu itu perlu merancang dari awal jika ingin menyusu badan dan bekerja dengan jaya. Ibu perlu selesa dengan penyusuan badan dan yakin dengan bekalan susunya. Ini boleh dicapai dengan menyusu badan secara kerap dan eksklusif (tidak memberi cecair atau makanan lain beberapa minggu sebelum kembali bekerja). Memberi susu tiruan atau formula kepada bayi akan meyebabkan bayi kurang menyusu daripada payu dara, dan bekalan susu ibu berkurangan. Susu badan adalah penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi. Saya akan membincangkan apa yang si ibu bharus lakukan sebelum kembali bekerja.


Sebelum Kembali Bekerja.

Bincangkan rancangan penyusuan badan bersama majikan sebelum kembali bekerja, termasuk apa yang anda perlukan serta bagaimana majikan boleh membantu. Cuti bersalin di Malaysia adalah sekurangnya 60 hari, jadi berunding dengan majikan agar anda boleh berada di rumah selama yang boleh setelah bayi anda lahir. Anda juga boleh berbincang tentang kemungkinan bekerja separuh masa semasa beberapa minggu pertama dan kebenaran untuk 2-3 waktu rehat fleksibel pada hari kerja anda.


Berjumpa penjaga bayi anda.

Bincangkan rancangan anda dan cara anda ingin bayi anda disusui semasa anda di tempat kerja. Penjaga bayi perlu faham dan sokong komitmen anda untuk menyusu badan.
• Sesetengah ibu dapat menyusu badan semasa waktu rehat makan tengahari mereka. Adakah anda boleh ke tempat bayi anda atau bayi dibawa ke tempat kerja anda?
• Sesetengah ibu inginkan bayi diberi susu perahan semasa mereka di tempat kerja. Ajar penjaga bayi anda cara menyimpan dan mengendalikan susu badan yang betul. Arahan bertulis akan banyak membantu.
• Ramai ibu suka menyusu badan sebaik sahaja mereka bersama bayi mereka. Penjaga perlu tahu masa anda dijangkakan pulang supaya tidak akan menyusu bayi sejurus sebelum kepulangan anda.


Menyusu bayi semasa ketiadaan anda.

Bayi tidak semestinya perlukan botol. Memperkenalkan botol semasa beberapa minggu pertama selepas lahir hanya akan mengganggu penyusuan badan dan menjejaskan pengeluaran bekalan susu yang baik. Terdapat cara lain: dengan cawan, sudu atau cawan penyuap. Jika anda perlukan bantuan dengan kaedah penyusuan ini, hubungi kaunselor penyusuan badan atau pakar pediatrik anda.

Namun, jika anda merancang untuk menyusu susu perahan menggunakan botol, mulakan selepas usia 6 minggu bagi mengelakkan keengganan payu dara dan/atau kekeliruan puting.

Pastikan anda menggunakan botol yang bebas bisfenol (BPA) kerana terdapat bukti menunjukkan kimia ini boleh mengganggu tumbesaran sihat dan fungsi tubuh bayi anda.


Simpan stok susu perahan.

Mula simpan susu badan diperah 2 minggu sebelum kembali bekerja.

Minta bantuan si bapa atau orang lain untuk memberi bayi susu perahan. Ini membolehkan bayi mengaitkan penyusuan badan secara langsung dengan ibunya dan susu perahan dengan orang lain.


Pam payu dara untuk tempat kerja.

Jika anda merancang menggunakan pam payu dara untuk memerah susu di tempat kerja, pilih pam yang paling sesuai untuk keperluan anda. Berlatih mengepam untuk menyesuaikan diri dengan cara pam berfungsi, masa diambil untuk mengepam dan apa yang anda rasa semasa mengepam.


Perihal pakaian.

Pakaian dua lapis atau yang boleh dibuka di hadapan adalah lebih mudah untuk penyusuan badan atau memerah susu. Pakaian bercorak yang boleh dibasuh boleh menyorokkan bahagian yang basah akibat kebocoran susu.


Sesi percubaan.

Pilih satu hari untuk cuba melihat keadaan apabila anda kembali bekerja. Sediakan diri dan bayi anda untuk hari tersebut. Susui bayi anda, tinggalkan bersama penjaga, keluar sepanjang hari dan perah atau menyusu seperti mana yang akan anda lakukan apabila kembali bekerja.