Monday, 27 October 2014

Tips Ceburkan Diri MLM Network Marketing

Jika anda inginkan extra income, dan ingin melibatkan diri dalam MLM (Network Marketing), ada beberapa perkara yg perlua anda titik beratkan.

Pertama, pastikan anda mulakan dengan modal yang kecil. Selalunya ini dipanggil sebagai Yuran Pendaftaran untuk anda layak dipanggil Distributor. Modal besar berpuluh-puluh ribu tu cuba elakkan.

Kedua, pastikan Syarikat yang anda pilih itu adalah syarikat yang bagus, telah lama beroperasi dan establish.

Ketiga, pastikan produk yang dipasarkan adalah produk yang dapat menambah nilai kehidupan seseoarang dan sentiasa mendapat permintaan, bukan bermusim.

Keempat, sistem perniagaan yang patuh syariah.. bukan sistem piramid, bukan sistem cepat kaya. Kekayaan tidak akan datang bergolek, kena usaha baru la terasa manisnya setiap sen yang diperolehi.

Kelima, pastikan anda memilih mentor yang dapat membawa anda bersama-samanya ke puncak kejayaan. Mentor yang komited dan bersungguh-sungguh, yang sentiasa memegang tangan anda pada setiap masa, yang tunjukkan jalan ketika sesat. Bisnes hebat tetapi jika memilih mentor yang salah tidak akan membawa anda ke mana-mana.

Setiap apa yang kita lakukan carilah SEBAB agar kita terus bersungguh-sungguh. Sedetik kita leka ingatlah kembali SEBAB itu agar kita terus melangkah.

Hidup ini adalah hasil daripada pilihan-pilihan yang kita pilih. Maka corakkanlah ia dengan warna-warna yang indah. Jadikan kesusahan, kesukaran masa lampau sebagai sebab untuk melonjak lebih tinggi... jadikan ia sebagai satu azimat supaya kita tidak mudah kalah dan berputus asa.

Tiada siapa yang boleh mengubah nasib diri melainkan diri anda sendiri.

Kenali Warna Air Kencing Anda

Pelik dengan warna air kencing? Sudah berabad doktor mengkaji perubahan warna air kencing dan kaitannya dengan penyakit. Air kencing yang keladak menunjukkan kemungkinan ada jangkitan kepada saluran air kencing dan air kencing yang berbau 'manis' menunjukkan kemungkinan ada diabetes.

Buah pinggang menghasilkan air kencing untuk membuang air, bahan kumuh dan toksin berlebihan dalam badan, juga bahan kumuh berlebihan dalam darah. Air kencing boleh 'memberitahu' apa yang kita minum, apa yang kita makan, ubat apa yang kita makan dan penyakit apa yang kita ada. Warna air kencing sangat penting untuk menentukan semua itu.


Warna Air Kencing Oren

Sebab

1. Dehidrasi.
Bila anda kurang minum air, air kencing anda akan jadi pekat dan bertukar menjadi oren atau kuning gelap.

2. Makanan
Lobak Merah, Jus Lobak Merah boleh menyebabkan air kencing bertukar menjadi oren. Jika anda makan banyak lobak merah atau minum banyak jus lobak merah, karoten dalam lobak akan menyebabkan air kencing, tapak tangan dan kaki menjadi oren. Makanan dan pill yang mempunyai Vitamin C yang tinggi juga menyebabkan air kencing berwarna oren.

3. Ubat
Sesetengah ubat seperti coumadin, antibiotics, laxatives danchemotherapeutic drugs boleh menyebabkan air kencing berwarna kuning.Vitamin B Compleks juga menyebabkan air kencing berwarna kuning gelap atau oren.

Apa yang perlu dibuat.
Jika air kencing bertukar warna bukan sebab makanan dan ubat, nampaknyaanda kena minum air yang cukup. Minum lebih air dan ia meningkatkan kesihatan badan anda secara keseluruhan. Warna air kencing disebabkan ubat adalah tidak bahaya, tetapi jika air kencing menjadi oren disebabkan anda makan lobak yang banyak, anda harus untuk kurangkan pengambilannya.


Air Kencing Berkeladak dan Keruh

Sebab

1. Jangkitan Kencing
Jika anda mempunyai jangkitan kencing, bakteria dan sel imun dalam air kencing akan menyebabkan air kencing bertukar menjadi keruh. Jangkitan saluran kencing adalah biasa dikalangan wanita dan biasanya menyebabkan rasa sakit dan kerap buang air kencing.

2. Kegagalan Buah Pinggang
Protein yang terdapat dalam air kencing menyebabkan ia bertukar keruh. Ia adalah tanda kegagalan buah pinggang.


3. Jangkitan secara umum
Apabila anda sakit dan mengalami jangkitan bakteria, sel imun dan bakteriaakan mengeruhkan air kencing.

Apa yang perlu dibuat.
Kepada wanita yang pernah mengalami jangkitan saluran kencing pasti tahu simptom-simptomnya. Cara paling cepat untuk mengubatinya adalah denganrawatan antibiotik. Jika anda tidak demam dan sakit, anda perlu buat analysis air kencing dan ujian darah untuk mengenalpasti adalah kegagalan buah pinggang yang menyebabkan air kencing anda keruh. 


Air Kencing Biru atau Hijau

Sebab

1. Makanan
Asparagus boleh menyebabkan air kencing menjadi hijau dan berbau pelik. Warna biru mungkin terhasil dari pewarna makanan dalam makanan. 

2. Ubat. 
Sesetengah multivitamin, ubat tahan muntah, ubat tahan sakit dan ubat-ubat lain akan menyebabkan air kencing bertukar menjadi biru

3. Familial hypercalcemia
Familial hypercalcemia adalah penyakit kanak-kanak yang jarang berlaku yang biasanya menyebabkan air kencing menjadi biru

Apa yang perlu dibuat
Warna air kencing ini tidak menunjukkan apa-apa bahaya kecuali Familial hypercalcemia.


Air Kencing Coklat Gelap

Sebab

1. Sayur
Jika anda makan beberapa jenis makanan seperti sayur rhubarb atau favor beans, air kencing anda mungkin bertukar warna menjadi coklat gelap.

2. Ubat
Antibiotik, ubat anti-malaria, penenang otot dan laxative seperti Senna boleh menyebabkan air kencing berubah warna menjadi coklat gelap.

3. Kegagalan fungsi buah pinggang dan hati.
Air kencing berwarna coklat gelap mungkin tanda kegagalan buah pinggang atau hati. Kedua-dua penyakit liver cirrhosis dan acute viral hepatitis boleh menyebabkan air kencing menjadi coklat gelap. Kegagalan buah pinggang yang kronik seperti acute glomerulonephritis di mana buah pinggang tidak boleh membuang cecair dan badan kumuh berlebihan dari darah akan menyebabkan air kencing bertukar menjadi coklat gelap.

Apa yang perlu dilakukan. 
Jika masalah ini bukan disebabkan makanan atau ubat, anda disarankan untuk berjumpa doktor jika air kencing bertukar warna menjadi coklat gelap. Kegagalan buah pinggang dan hati yang kronik perlukan rawatan segera. 


Air Kencing Tiada Warna atau Pucat

Sebab

1. Terlebih minum air atau kafein
Jika air kencing anda tiada warna, anda mungkin minum banyak air atau anda minum air yang mengandungi diuretics seperti kafein

2. Diuretics
Ubat yang mengandungi diuretics mungkin menyebabkan air kencing tiada warna kerana ia menggesa badan membuang air berlebihan dalam badan

3. Kegagalan buah pinggang
Air kencing tiada warna mungkin disebabkan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik kerana ia tidak boleh memekatkan air kencing. 

Apa yang perlu dilakukan.
Anda boleh mengurangkan minum air atau pengambilan kafein. Tetapi jika air kencing tiada warna adalah bukan disebabkan minum air banyak atau ubat, anda perlu membuat uji kaji buah pinggang supaya dapat mengesan buah pinggang berfungsi dengan baik atau tidak.


Air Kencing Berwarna Merah atau Pink

Sebab

1. Buah-buahan atau sayur-sayuran
Banyak berry dan sayur berwarna warni seperti red beets boleh menyebabkan air kencing bertukar menjadi merah atau pink

2. Ubat
Laxatives dan ubat antipsychotics boleh menukarkan warna air kencing menjadi merah

3. Keracunan bahan logam berat
Logam kronik atau keracunan merkuri menghasilkan pigmen merah yang akan dikumuh kepada air kencing.

4. Darah
Walaupun beberapa titis darah, ia boleh menyebabkan air kencing menjadi merah. Senaman berat, jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau batu karang, barah pundi kencing dan barah buah pinggang boleh menyebabkan ada darah dalam air kencing.

Apa yang perlu dilakukan.
Anda perlu berjumpa doktor jika air kencing anda berwarna merah bukan disebabkan ubat atau makanan.

Shaklee Effect: Analisis Perbelanjaan Gaji

Pada pagi hari gaji memanglah seronok & excited, tapi tiba juga masa untuk bayar hutang2, bila buat analisis 55% daripada gaji sudah hilang. Bukan hilang apa, mana bayar bil bulanan lagi, mana bayar loan lagi, instalment lagi.... Sabar sajalah bah.. Duit skrg kalau di tangan mengalir macam air sungai.. Sebab itu harus waspada dlm penggunaan wang & harta kita. Nanti kita digelar orang membazir pula., jadi member 'syaitan' pulak kan. Nau'zubillahi min zalik.

Apa lagi kita boleh buat selain mencari pendapatan sampingan.. biar tidak banyak yang penting ia dapat meringankan sedikit demi sedikit. Tidak kira wanita berkerjaya ataupun suri rumah, kalau dapat ringankan beban suami kan, mesti dia lagi suka. Mesti suami pun senang kalau kita yg suri rumah hulur kan wang pada suami. Apatah lagi, kalau kita bagi lagi pada ibu bapa kita. Wahh, mesti mereka sangat bangga, anak saya yg suri rumah sepanjang masa dapat bagi saya wang belanja. 

Yalah, dunia zaman sekarang ini serba serbi wang. Gerak sikit wang. Walaupun terkadang terlebih belanja juga, kita kena cepat cover balik supaya kita boleh menyimpan. Jaminan masa hadapan itu kan penting. Memanglah kita tidak tahu umur kita panjang atau tidak, masa depan itu wujud atau tidak tapi yg penting masa depan adalah masa yg mungkin juga kita hadapi nanti. 

Saya buat Shaklee pun bukan semata mahukan income. Pada mulanya, saya cuma ingin kan kesihatan saja juga tapi sebab lama kelamaan saya sharing pada kenalan dan sahabat tidak sangka mendapat sambutan dan akhirnya saya dapat juga pendapatan pertama hasil dari usaha budak baru belajar. Syukur juga. Selain daripada gaji, kita dapat juga pendapatan sampingan. In shaa Allah.

Sambil sihat & cantik bersama Shaklee, kita juga mampu menjana pendapatan daripada Shaklee.

Anda berminat untuk join group saya 'Prevention is better than cure'
Boleh hubungi Asda 013-6507465

Sunday, 26 October 2014

Faktor Masalah Hati

Kali ini saya ingin kongsikan ilmu saya dapat daripada kelas yang saya hadiri lebih kurang 3 atau bulan yang lepas. Sekiranya ada silap tolong perbetulkan saya. Terima kasih.

Hati adalah organ dalaman yang terbesar, sebesar bola sepak dan mempunya berat yg dianggarkan daripada 1.44kg-1.66kg. Antara fungsi hati adalah:

~ Detoksifikasi - menyingkir lemak dan toksik
~ Penghadaman - mencerna makanan berlemak dan penyerapan ke usus
~ Penyimpanan - glikogen & glukosa
~ Penghasilan protein

Simptom hati yg tidak sihat ialah:
  • Keletihan yang melampau - tidur yg tidak cukup
  • Mengalami gatal2 pada kulit
  • Mata berwarna kuning (jaundis)
  • Air kencing menjadi gelap
  • Pendarahan yang berpanjangan
  • Loya & muntah
  • Hilang selera makan
Faktor yang menyebabkan masalah hati
  1. Sering lewat tidur
  2. Makanan berlemak
  3. Ubat-ubatan
  4. Pencemaran dan toksik
  5. Bakteria dan virus

Vit-Lea & FungsiNya

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.Asalnya dikenali
sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet "Vita-Lea" ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Manfaat Utama:

Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu system memori dan focus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan.

Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormone, serta menjaga kesihatan tirod.

Melindungi Organ – Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea

Vita A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.

Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vita B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.

Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.

Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.

Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.

Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.

Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Shaklee Effect: Mengapa Kita Mesti Memilih Shaklee?

  1. Berasaskan bahan semulajadi yg tulen dan bebas dari bahan pengawet tiruan, pewarna dan perisa
  2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk mengekalkan ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya seperti racun serangga
  3. Setiap ramuan botanikal juga diuji oleh pihak ketiga
  4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat utk kesihatan yg optimum secara konsisten
  5. Shaklee mematuhi Good Manufacturing Practice, piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding yang lain
  6. Produk Shaklee terserlah seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA utk misi mereka
  7. Produk Shaklee di Malaysia disahkan HALAL oleh Islamin Services Amerika (ISQA), badan yang diiktiraf oleh JAKIM
  8. Tidak mengandungi silica gel pada setiap produk mereka kecuali Chewable Vita C buat kanak-kanak, kerana takut mereka mengambil dengan tangan yg basah

produk shaklee
We provide health to everyone and a better life to anyone!!

Shaklee Effect: Mengapa Kita Memerlukan Suplemen??

  1. Nutrisi yg diperolehi drpd sumber makanan shj kdg kala tidak mencukupi utk mberikan kesan pencegahan penyakit
  2. Buah-buahan dan sayuran mgkin tcemar dgn pggunaan racun perosak serta baja sinteik yg boleh membahayakan kesihatan
  3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan mkanan (memasak)
  4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman berkafein dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat mkanan
  5. Amalan diet pengambilan mkanan & minuman yg tinggi kandungan kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dpt mgurangkan simpanan zat mkanan dlm tubuh.
  6. Pengambilan mkanan yg tdk seimbang serta tidak mengikut piramid mknan yg dicadangkan boleh mengganggu keseimbangan sistem tubuh
  7. Gaya hidup masa kini dgn khidupan yg lebih sibuk dan mencabar menyebabkan ramai yg kurang menitikberatkan diri sendiri
  8. Ksibukan juga menyebabkan ramai individu yg memilih mkanan segera yg tidak/kurang berkhasiat dan boleh menyumbangkan kpd mslah ksihatan